10 Dec 2013

Siapa Bodoh?


Assalamualaikum


Ada seorang tukang gunting rambut. Suatu hari,dia sedang menggunting rambut seorang pelanggannya. 
Ketika itu,seorang kanak-kanak bernama Abu sedang leka bermain di luar kedainya.

"Kau tahu,budak yang sedang bermain itu adalah budak yang paling bodoh pernah aku jumpa," beritahu si tukang gunting.

"Mengapa begitu? Kanak-kanak itu tampak cerdik," jawab pelanggannya pula.

"Tak percaya? Mari aku buktikan!" tukang gunting segera memanggil Abu.

Setelah anak itu tiba di hadapannya,tukang gunting mengeluarkan dua helai wang. Sekeping not RM1 di tangan kiri dan sekeping not RM10 di tangan kanan.

"Pilih yang mana kamu suka," arahnya kepada Abu.

Anak itu segera mencapai not RM1 dari tangan kiri si tukang gunting dan berlalu pergi setelah mengucapkan terima kasih.

"Kau nampak bukan? Betul tak apa yang aku cakap tadi. Dah banyak kali aku uji begitu. Pernah aku beri pilihan antara wang RM1 dengan RM50. Tapi dia tetap memilih RM1. Memang bodoh betul budak tu," kata si tukang gunting sambil menggeleng-geleng kepala.

Selesai memotong rambut,pelanggan itu pun berlalu pulang. Tidak jauh dari kedai si tukang gunting,dia bertembung dengan Abu yang leka bermain. Dia mendekati anak itu lalu bertanya.

"Sewaktu tukang gunting menawarkan wang,kenapa kamu tidak memilih wang yang besar nilainya?"

Abu tertawa mendengar soalan itu lalu menjawab, "Setiap hari tukang gunting itu akan memanggilku untuk memilih wangnya. Kalau aku ambil wang yang tinngi nilainya,dia akan berhenti memanggil aku lagi. Lebih baik aku memilih nilai yang kecil. Jadi 'permainan' itu akan berterusan. Dapatlah setiap hari aku membeli jajan."

Mendengar penjelasan Abu,pelanggan itu tersenyum. Lalu dalam hati dia bertanya sendiri,siapa yang bodoh sebenarnya?





Korang dah pernah baca ke kisah ni? Kisah ni aku ambil dari majalah Mastika.
Sebab dah tak tahu nak update ape lagi -_-
At least aku ada update juga. Hihi


 

8 Nov 2013

My Sketch


Assalamualaikum


Salam jumaat :)

Finally habis juga lukisan yang aku buat tu. I don't know how to call it. Tapi aku rasa doodle lah kan?
Ni just short entry and lukisan tu dibuat just untuk buang stress .


Sob sob minggu depan paper sejarah :'(

So kena prepare awal lah ni.


Ni dia lukisan tu.






Aku tahu tak perfect sangat lukisan tu. HAHA

At least sketch book aku tu terisi daripada kosong je -_-

Bhahahaha


Anyone bagi ranking boleh? 


4 Oct 2013

20 Things/Moment That I Will Miss In School


Assalamualaikum .


Rasa macam masa cepat sangat berlalu. Yeah,ni tahun akhir aku bergelar pelajar sekolah menengah.
Lepas tu bye bye je lah kat sekolah tu dgn muka sedih. Hahaha.


20 Things/Moment That I Will Miss In School


  1. Mee Tomyam yang dijual kat kantin sekolah pada setiap hari isnin
  2. Datang awal kat sekolah pastu beli breakfast (maggi cup,fishball,oatcrunch,kentang) kat kantin 
  3. round round sekolah pada waktu pagi sbb nak cuci mata. Hahaha
  4. Buang sampah tiap pagi sbb tak nak masuk kelas awal sangat
  5. Selalu masuk lewat masa subjek sej cause you know how much i don't like that subject
  6. Tidur dalam kelas especially maths
  7. sambil melantak keropok sambil bergosip dgn kawan kat sebelah
  8. masuk tandas 4 kali sehari walaupun hakikatnya tandas tu meloyakan tekak aku
  9. copy and paste jawapan maths kawan
  10. bersiap sedia 5 minit lebih awal untuk balik
  11. aku ialah orang yang pertama keluar dari kelas sebaik sahaja loceng berbunyi. Mwhahaha
  12. masuk library then selongkar novel cinta. hahaha
  13. moment bila sesi jeling menjeling dgn musuh bila bertembung
  14. bergosip pasal artis hollywood
  15. wajib keluar kelas ketika waktu ke-6 untuk penuhkan perut aku yg minta untuk diisi
  16. bergelak ketawa dgn kawan sampai tak ingat dunia dahh. Pulakk . hahaha -_-
  17. moment paling sedih bila masing masing bercerita pasal masa hadapan then semua tunduk cause sedih. mwhahaha
  18. moment bila first time cikgu subjek BM menengking kelas kami
  19. moment bila crush lalu then terjadi lah aksi "woahh! cair aku doe!" mwhahaha
  20. and lastly moment time aku belajar bersama kawan2,bergelak ketawa,meluahkan perasaan dan spending time selama 7 jam di sekolah dgn mereka. I will really miss this moment

Serious,aku harap sangat dapat luangkan masa bersama mereka lagi :(
And to all my enemy kat sekolah tu,maafkan aku kalau aku pernah buat silap. Wlaupun hakikatnya kita sama sama saling membenci & dengki.



Rindu :(

1 Sep 2013

Tips Hilangkan Stress


Dalam Islam , tekanan boleh dikatakan kesenangan dan kesusahan merupakan ujian Allah yang semata-mata untuk menguji ketakwaan hamba-Nya.

Stress . 
Itulah yang sering kali aku alami. Every hour,every minutes and every second.
Banyak kawan and guru kata muka aku ni stress sangat.
Tapi macam biasa aku hanya menafikan kata kata mereka tu walaupun hakikatnya memang aku selalu stress.

Banyak masalah yang aku hadapi sekarang ni. 
So aku nak juga kongsi tips ni dengan korang.

In Shaa Allah , stress korang tu akan hilang sekejap.


1 . Banyak kan Berdoa

Allah pasti akan menolong hamba-Nya yang menghadapi masalah. Perbanyakkan lah berdoa .



2 . Ambil wudhu

Cara ni akan buat hati korang bertambah tenang. Cuba lah.
Korang tak akan menyesal.


3 . Menangis

Menangis bukan tandanya korang lemah and putus asa. Menangis lah sepuas puasnya. 


4 . Makan chocolate or ice cream


Selalunya kalau aku tengah stress pasal study or masalah kat sekolah,aku akan ambil chocolate yang aku selalu simpan kat laci aku. For emergency. Bagi aku chocolate ni dapat jugak hilang kan stress kita untuk sementara.


5 . Melukis

Bagi yang memang berminat dalam melukis , korang boleh lah guna cara ni.
Stress korang akan hilang time korang tengah fokus dengan lukisan dihadapan tu.


6 . Dengar lagu

Korang dengar lah lagu kesukaan korang. Bagi yang stress sebab putus cinta tu jangan lah dengar lagu sedih pulak ye :)


7 . Luahkan Masalah dengan Orang yang Dipercayai

Carilah kawan baik korang & ceritakan masalah korang tu dengan diorang.
Dengar kata kata nasihat dari mereka dan in Shaa Allah korang tak kan melakukan tindakan yang bodoh.


8 . Cukup Tidur

Tidurlah dalam 6-8 jam dalam sehari. Jangan terlebih atau tak cukup tidur pulak.
Nanti bertambah pulak masalah korang tu.


9 . Bersantai

Tenang kan fikiran korang tu dengan berjalan jalan kat taman ataupun luar rumah.
Spending time with friends will be worth it too :)


10 . Sayangi lah diri anda

Kalau korang sayang dgn diri sendiri,comfirm korang tak kan bertindak melulu.
Think positive. Jangan biarkan emosi korang tu menguasai diri.


11 . Bukak blog , facebook , tumblr , twitter

Cara ni berhasil bagi sesetengah orang je termasuklah aku. Haha







Akhir kata ,





2 Jun 2013

Hair/Girl Sketch !


| Assalamualaikum |

Tadi godek godek google then terjumpa hair/girl sketch! Serious aku suka sangat tengok!
Jealous wei >.<  Kenapa lah diorang ni terer sangat.















Kalau aku yang sketch maybe hasil nya macam ni kot 




Hahahahaha!
Toodlessssssssss

29 Mar 2013

Craft from Ice Cream Sticks


Assalamualaikum :)

Korang suka makan ice cream tak? korang selalu ke buang kayu ice cream tu? Laa,tak yah lah buang. Simpan and kumpul untuk dijadikan craft. Kan berguna juga kayu ice cream tu?

Jom layan gambar :D








Semua ni simple simple je kan? Ikut kreativiti korang lah nak buat macam mana.

Until Here Then.








27 Mar 2013

Hasil Felt Craft


Assalamualaikum :)

Sekarang ni felt craft makin dikenali ramai kan? Mesti semua orang reti nak jahit jahit ni. But not me :(
Sobsob. Tangan aku ni kayu sikit. Tapi aku suka sangat tengok orang buat kraf. 

Kalau yang senang senang tu laju je aku ikut. Tapi kalau yang susah tu mak oooiii hampir berbulan bulan pun tak kan siap punya. Payah betul lah engkau niiiiiiiiii -_-

Saje je aku nak share gambar felt craft dari pak cik google. 
Aku paling suka yang kawaii punya.

Jom scroll downnnnnnnnnnn >.<








Aku dah cadang nak buat felt craft for this year teacher's dayyyyyyyy. Korang tunggu je lah hasil felt craft aku tu nanti. Kalau jadi je -_-

Siapa yang baik hati nak hadiahkan aku felt craft? mwhahahhaha. aku tahu tak ade :(
Till here then.


Don't forget to Like & Share !








24 Mar 2013

Biji Mata Terkeluar Sebelah


Assalamualaikum 

Actually dah lama sebenarnya aku nak buat entry pasal ni. But aku selalu lupa pulak.

Kisah ni berlaku cun cun time first day puasa tahun lepas. Memang tepat time hari puasa!


Ni ialah dua ekor kucing kesayangan my family. Hmm,yang berbintik hitam kat hidung tu dah lama meninggal . Kucing tu mati kat tengah jalan raya tak jauh dari rumah aku. Tapi kami tak tahu pulak macam mana kucing ni boleh mati secara tiba tiba,cause time kami jumpa mayat kucing ni tak ada pulak badan dia cedera. Macam sihat je dia masa tu. So sekarang ni just tinggal kucing yang sorang tu haa. Nama kucing tu Thomas! hahaha


Aku masih ingat lagi hari kucing aku tu masuk ke rumah dengan biji mata terkeluar sebelah.
Hari Sabtu bersamaan first day hari raya puasa 2012,waktu tengah hari. Time tu aku tengah nak tidur. Ala biasa lah time puasa badan aku ni memang cepat lemah pun. Belum sempat lagi mata aku ni tutup tiba tiba je aku dengar my mum terjerit kat ruang tamu. Ya Allah masa tu aku memang terkejut gila! So aku keluar dari bilik and time tu jugak aku tengok adik aku dukung Thomas dengan biji mata dia sebelah terkeluar.

 Hampir menangis aku tengok


Nampak tak biji mata dia terkeluar sebelah? Banyak sangat darah and nanah yang keluar

Adik aku tu apa lagi,dah macam nak nangis dia masa tu. Aku memang geli sangat tengok . Setiap hari Thomas duduk dalam sangkar. Selalu jugak dia miaw miaw mintak keluar dari sangkar.  Thomas tak dapat makan cause rahang dia terbelah jugaklah. 

Pernah sekali aku temankan Thomas minum,time tu dia tak nampak ada dinding yang menyekat jalan dia so dia redah je sampai terkena biji mata dia tu. Mata dia dah buta sebelah thats why

Adik aku jaga Thomas 24jam sehari. So hari demi hari biji mata Thomas dah semakin mengecil and Thomas dah semakin sembuh sekarang ni. Seriously aku tak sangka yang Thomas masih dapat bertahan walaupun setiap hari aku selalu tengok dia macam dah tak bernyawa je. 

 Sekarang ni Thomas dah boleh makan and merayau rayau macam selalu. Dah happy je aku tengok dia sekarang walaupun mata dia buta sebelah. Hahahaha. Semakin gemuk jugak dia cause selalu sangat makan whiskas. Hampir sebulan kot mata dia tu terkeluar


Alhamdulilah sekarang ni dah sembuh. Setiap hari lepas makan comfirm kerja dia tu tidur je. Berdengkur setiap hari. 



Gambar kat atas ni masa dia masih kecik lagi. Belum buta lagi



Ni gambar selepas mata Thomas tu buta. Nampak tak mata dia yang sebelah tu?


Sampai sekarang aku tak tahu punca biji mata Thomas tu terkeluar. Nampak macam penderaan je or kena langgar



update 27/4/2016 - banyak jugak yang tanya aku macam mana kucing aku ni sembuh. Kitorang tak hantar kat klinik tapi jaga macam biasa je. Kitorang tak bagi dia keluar dari rumah,setiap hari kat sangkar je. Tapi kalau boleh bersihkan sangkar tu dulu,bagi makan & minum macam biasa. Aku tak berapa ingat apa yang kitorang bagi sampai dia sembuh macam tu. Sorry,dah lama sangat kejadian ni.

Biji mata dia tu lama2 mengecil. Haritu dia tergaru kot kat bahagian mata dia tu thats why boleh tertanggal. Kalau kucing korang tak sembuh2 lagi dalam 3 4 minggu,lebih baik hantar kat klinik haiwan. 




Kalau ada something nak tanya boleh email aku kat ohthrillers96@gmail.com atau tashira445@gmail.com


2 Mar 2013

Tutorial Tukar Themes Google Chrome


Assalamualaikum :) Actually,aku rasa ramai yang dah tahu pasal tutorial ni. Tapi korang buat buat tak tahu je lah ye? Tengah boring ni. So,aku buat je lah tutorial ni.

P/S : Untuk pengguna Google Chrome Sahaja.

Firstly,korang pergi ke Chrome Web Store


Then,korang cari THEMES kat tepi tu.


Dah dapat? klik Themes tu then keluar lah bermacam macam jenis themes. Kalau korang berkenan dgn themes kat situ,just click je erh?


Lepas korang click "Choose Theme" tu. Dgn serta merta themes tu akan didownload. Tunggu je. Lepas habis didownload,korang buka new tab and kababoom! Theme yang korang nak tu dah berjaya. Mwahahaha

Siapa peminat one direction? Wehihihi. Korang nak tak theme 1D? Jom kita pakat sama sama untuk guna theme 1D. 

Untuk memudahkan pencarian korang,korang just taip je nama theme yang korang nak tu.


And akhirnya berjaya juga theme One Direction aku . Hahaha.


Macam mana? Berjaya tak. Alhamdulilah :)

Until here then :D

Assalamualaikum.






Kau Pertama Aku Kedua


                                         

Assalamualaikum :)

Selamat bercuti hari ni . hihi. Homework aku dah merengek minta aku siapkan diorang tu but still sempat lagi aku buka blog. Lama tak update right? SPM tinggal beberapa bulan je lagi :(
sob sob :'(

Hmm,korang pernah baca novel KAU PERTAMA AKU KEDUA  ? Aku baru je habis baca tadi. Seriously,syok sangat. Besttt *thumbs up*.

 But ending novel tu macam kurang je. Rupa rupanya novel tu ada sambungan. Aku baru je buka blog penulis tu tadi.

Nama novel sambungan tu KATARAK. Baru je keluar dalam tahun ni. Tak sabar nak baca. Lepas ni aku terpaksa korbankan masa aku untuk cari novel tu sampai dapat :0


Ni dia. Pernah baca tak? Novel ni best cause banyak pengajaran yang dapat kita ambil. Novel ni bukan 100% pasal cinta cintun tau? Sebaliknya novel ni kebanyakkannya pasal friendship. Sedih sangat part yang kawan diorang mati tu :'(


Yang ni pula novel yang terbaru tu. Maybe sambungan novel yang sebelumnya kot.

Kalau nak singgah ke blog penulis boleh ke http://fitrihussin.blogspot.my/ .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...