29 Mar 2013

Craft from Ice Cream Sticks


Assalamualaikum :)

Korang suka makan ice cream tak? korang selalu ke buang kayu ice cream tu? Laa,tak yah lah buang. Simpan and kumpul untuk dijadikan craft. Kan berguna juga kayu ice cream tu?

Jom layan gambar :D








Semua ni simple simple je kan? Ikut kreativiti korang lah nak buat macam mana.

Until Here Then.








27 Mar 2013

Hasil Felt Craft


Assalamualaikum :)

Sekarang ni felt craft makin dikenali ramai kan? Mesti semua orang reti nak jahit jahit ni. But not me :(
Sobsob. Tangan aku ni kayu sikit. Tapi aku suka sangat tengok orang buat kraf. 

Kalau yang senang senang tu laju je aku ikut. Tapi kalau yang susah tu mak oooiii hampir berbulan bulan pun tak kan siap punya. Payah betul lah engkau niiiiiiiiii -_-

Saje je aku nak share gambar felt craft dari pak cik google. 
Aku paling suka yang kawaii punya.

Jom scroll downnnnnnnnnnn >.<








Aku dah cadang nak buat felt craft for this year teacher's dayyyyyyyy. Korang tunggu je lah hasil felt craft aku tu nanti. Kalau jadi je -_-

Siapa yang baik hati nak hadiahkan aku felt craft? mwhahahhaha. aku tahu tak ade :(
Till here then.


Don't forget to Like & Share !








24 Mar 2013

Biji Mata Terkeluar Sebelah


Assalamualaikum 

Actually dah lama sebenarnya aku nak buat entry pasal ni. But aku selalu lupa pulak.

Kisah ni berlaku cun cun time first day puasa tahun lepas. Memang tepat time hari puasa!


Ni ialah dua ekor kucing kesayangan my family. Hmm,yang berbintik hitam kat hidung tu dah lama meninggal . Kucing tu mati kat tengah jalan raya tak jauh dari rumah aku. Tapi kami tak tahu pulak macam mana kucing ni boleh mati secara tiba tiba,cause time kami jumpa mayat kucing ni tak ada pulak badan dia cedera. Macam sihat je dia masa tu. So sekarang ni just tinggal kucing yang sorang tu haa. Nama kucing tu Thomas! hahaha


Aku masih ingat lagi hari kucing aku tu masuk ke rumah dengan biji mata terkeluar sebelah.
Hari Sabtu bersamaan first day hari raya puasa 2012,waktu tengah hari. Time tu aku tengah nak tidur. Ala biasa lah time puasa badan aku ni memang cepat lemah pun. Belum sempat lagi mata aku ni tutup tiba tiba je aku dengar my mum terjerit kat ruang tamu. Ya Allah masa tu aku memang terkejut gila! So aku keluar dari bilik and time tu jugak aku tengok adik aku dukung Thomas dengan biji mata dia sebelah terkeluar.

 Hampir menangis aku tengok


Nampak tak biji mata dia terkeluar sebelah? Banyak sangat darah and nanah yang keluar

Adik aku tu apa lagi,dah macam nak nangis dia masa tu. Aku memang geli sangat tengok . Setiap hari Thomas duduk dalam sangkar. Selalu jugak dia miaw miaw mintak keluar dari sangkar.  Thomas tak dapat makan cause rahang dia terbelah jugaklah. 

Pernah sekali aku temankan Thomas minum,time tu dia tak nampak ada dinding yang menyekat jalan dia so dia redah je sampai terkena biji mata dia tu. Mata dia dah buta sebelah thats why

Adik aku jaga Thomas 24jam sehari. So hari demi hari biji mata Thomas dah semakin mengecil and Thomas dah semakin sembuh sekarang ni. Seriously aku tak sangka yang Thomas masih dapat bertahan walaupun setiap hari aku selalu tengok dia macam dah tak bernyawa je. 

 Sekarang ni Thomas dah boleh makan and merayau rayau macam selalu. Dah happy je aku tengok dia sekarang walaupun mata dia buta sebelah. Hahahaha. Semakin gemuk jugak dia cause selalu sangat makan whiskas. Hampir sebulan kot mata dia tu terkeluar


Alhamdulilah sekarang ni dah sembuh. Setiap hari lepas makan comfirm kerja dia tu tidur je. Berdengkur setiap hari. 



Gambar kat atas ni masa dia masih kecik lagi. Belum buta lagi



Ni gambar selepas mata Thomas tu buta. Nampak tak mata dia yang sebelah tu?


Sampai sekarang aku tak tahu punca biji mata Thomas tu terkeluar. Nampak macam penderaan je or kena langgar



update 27/4/2016 - banyak jugak yang tanya aku macam mana kucing aku ni sembuh. Kitorang tak hantar kat klinik tapi jaga macam biasa je. Kitorang tak bagi dia keluar dari rumah,setiap hari kat sangkar je. Tapi kalau boleh bersihkan sangkar tu dulu,bagi makan & minum macam biasa. Aku tak berapa ingat apa yang kitorang bagi sampai dia sembuh macam tu. Sorry,dah lama sangat kejadian ni.

Biji mata dia tu lama2 mengecil. Haritu dia tergaru kot kat bahagian mata dia tu thats why boleh tertanggal. Kalau kucing korang tak sembuh2 lagi dalam 3 4 minggu,lebih baik hantar kat klinik haiwan. 




Kalau ada something nak tanya boleh email aku kat ohthrillers96@gmail.com atau tashira445@gmail.com


2 Mar 2013

Tutorial Tukar Themes Google Chrome


Assalamualaikum :) Actually,aku rasa ramai yang dah tahu pasal tutorial ni. Tapi korang buat buat tak tahu je lah ye? Tengah boring ni. So,aku buat je lah tutorial ni.

P/S : Untuk pengguna Google Chrome Sahaja.

Firstly,korang pergi ke Chrome Web Store


Then,korang cari THEMES kat tepi tu.


Dah dapat? klik Themes tu then keluar lah bermacam macam jenis themes. Kalau korang berkenan dgn themes kat situ,just click je erh?


Lepas korang click "Choose Theme" tu. Dgn serta merta themes tu akan didownload. Tunggu je. Lepas habis didownload,korang buka new tab and kababoom! Theme yang korang nak tu dah berjaya. Mwahahaha

Siapa peminat one direction? Wehihihi. Korang nak tak theme 1D? Jom kita pakat sama sama untuk guna theme 1D. 

Untuk memudahkan pencarian korang,korang just taip je nama theme yang korang nak tu.


And akhirnya berjaya juga theme One Direction aku . Hahaha.


Macam mana? Berjaya tak. Alhamdulilah :)

Until here then :D

Assalamualaikum.






Kau Pertama Aku Kedua


                                         

Assalamualaikum :)

Selamat bercuti hari ni . hihi. Homework aku dah merengek minta aku siapkan diorang tu but still sempat lagi aku buka blog. Lama tak update right? SPM tinggal beberapa bulan je lagi :(
sob sob :'(

Hmm,korang pernah baca novel KAU PERTAMA AKU KEDUA  ? Aku baru je habis baca tadi. Seriously,syok sangat. Besttt *thumbs up*.

 But ending novel tu macam kurang je. Rupa rupanya novel tu ada sambungan. Aku baru je buka blog penulis tu tadi.

Nama novel sambungan tu KATARAK. Baru je keluar dalam tahun ni. Tak sabar nak baca. Lepas ni aku terpaksa korbankan masa aku untuk cari novel tu sampai dapat :0


Ni dia. Pernah baca tak? Novel ni best cause banyak pengajaran yang dapat kita ambil. Novel ni bukan 100% pasal cinta cintun tau? Sebaliknya novel ni kebanyakkannya pasal friendship. Sedih sangat part yang kawan diorang mati tu :'(


Yang ni pula novel yang terbaru tu. Maybe sambungan novel yang sebelumnya kot.

Kalau nak singgah ke blog penulis boleh ke http://fitrihussin.blogspot.my/ .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...