30 Dec 2014

2015 Wishlist


Assalamualaikum

Tak sangka dah nak masuk tahun baru kan? This year,a lot of things happen. Bila difikir balik oh my tak sangka aku ni dah tua & lebih matang sekarang. You’re getting old tashira. Tsk tsk


Wish tahun lepas banyak yang tak tercapai especially plan nak kuruskan badan. (2014 Wishlist) Pfff nak sangat kuruskan? And wish yang kedua tahun lepas ialah nak masuk UITM. Unfortunately,sekarang ni aku dah stuck kat form 6 pulak. So nevermind,lupakan sajalah. Tak kan dapat masuk punyalah.


So aku dah senarai  kan wishes yang baru untuk tahun depan. Harap haraplah lepas ni semua nya tercapai. Amin J




1 . Kuruskan badan aka nak slim balik,hahahaha pfff


Lepas tengok drama korea,tak kira lah drama apa kan sebab semua watak utama pompuan diorang tu slim gila kot. SLIM GILA K K. Jealous k hahaha


2 . Study hard for STPM


1 year je tinggal lagi tashira,so please lah study hard okay? “Tengok lah,”kata hati aku. Hahahaha Semester 1 dah habis tapi aku tak yakin yang aku akan dapat pointer yang daebak. Especially sejarah. Aaaaa stresss


3 . Kumpul duit banyak banyak $$$$$


RM1000 pun cukup lah. Nak beli barang yang aku dah senarai panjangkan dalam notebook. Tapi kalau masuk bab duit,aku memang FAIL.


4 . Nak cari kerja (lepas STPM)


Yang ni aku tak pasti lagi. Tujuan utama aku nak kerja sebab nak dapat experience aka pengalaman. Sebelum ni aku tak pernah lagi kerja kat mana mana sebab my dad tak bagi kebenaran. Sabo jelah. Interview pun aku tak pernah .



Dah . Cukup lah tu. Hahaha. Takyah banyak sangat takut tak tercapai pulak nanti. Lagipun semua wishes yang kat atas tu semua susah nak dicapai. So from now on focus je dengan semua ni. No more crush tashira,please. Haha and one more thing tak yah nak bercinta sangat.



Happy new year kepada semua bloggers & thank you sebab dah follow blog aku selama ni. Semoga kita dipanjangkan umur & dimurah kan rezeki pada tahun baru ini. Amin J






Adios

23 Dec 2014

#Throwback : 2014 Experience/Memories


Assalamualaikum


Finally,dah akhir tahun pun kan? For me,yes masa berlalu dengan begitu cepat. Rasa macam baru semalam aku ambik paper sejarah for STPM,haha penipu cehh

Tadi baru je siap list kan wishlist for 2015. I will achieve it for sure! 

Okay takyah nak buat intro panjang sangat. Kalau nak tahu banyak perkara yang aku tak sangka akan berlaku pada tahun ni. But for me,itu pengalaman beb. Pengalaman gua cakap.


Pengalaman buruk yang pertama ialah , apabila duit aku (rm50) kena curi kat sekolah. Actually dalam beg aku tu ada sebanyak rm100 kalau tak silap sebab nak bayar muet. Waktu tu dah nak rehat so kitorang keluar awal,biasalah aku tak nak berbaris panjang kat kantin apalagi menu hari tu mee laksa,hahaha. 

So macam biasa aku letak beg kat area makmal computer,tempat tu memang terbuka sebab ramai pelajar yang lalu kat situ. Bila habis je rehat,aku masih tak perasan lagi sebab aku tak check(malas) plus hati aku memang tak tenang masa tu but I don’t care.
 Hahaha masuk waktu ketiga lepas rehat , masa tu kitorang nak tukar kelas,kawan aku kata nak bayar bahan fotostet kat cikgu. 

And guess what? Barang dalam dompet dia semua hilang. Like seriously. Ic,kad,duit semua hilang. At that time baru aku teringat pasal duit aku. 

At first aku lega sebab aku fikir duit tu tak hilang tapi bila check betul betul rm50 dah hilang. Damn it. Rasa macam nak tampar plus cekik je pencuri tu. Makan duit haram! 

Actually kat area tu ada cctv unfortunately jauh sangat so tak clear. Tapi aku agak pencuri tu memang dah target beg kitorang. Kalau aku tahu lah siapa pencuri tu memang selamanya engkau tak dapat makan guna tangan engkau tu. Relaxx  relaxxx 


Secondly , pengalaman main bola sepak plus pertunangan kawan aku. I don’t want to write more about this sebab sebelum ni aku dah buat entry pasal ni kat blog.



Next is I finally study really hard for STPM (semester 1) tahun ni. Finally! You know why? Cause selama ni tak kira lah spm or ujian biasa jangan haraplah aku nak buka buku. 

Last minute baru sedar nak belajar,itupun belajar dalam beberapa jam je. Tsk tsk teruk teruk. I hope sangat lah result aku tak teruk . Aaaahhh aku dah study hard kot.


Oh ya baru teringat,no couple for this year! hahaha hip hip hoorayyy for me :)



Banyak lagi experience & memories yang aku nak taip but penyakit malas ni hah. Hihi Korang pulak?







Adios

26 Aug 2014

Dulu vs Sekarang


Assalamualaikum

Sometimes bila kita duduk sorang or laying down on your bed,kita pasti akan teringat dengan kenangan lama. Kalau aku lah kan,aku gerenti sangat air mata ni akan keluar."Oh how i wish i can go back like the old times." Kalau lah sekarang wujudnya mesin yang dapat kembali ke zaman dulu,i will be the first one to try it. hahaha


Tak guna kita mengenang kisah yang dah berlalu. Zaman tadika,sekolah rendah plus menengah,semuanya dah jadi kenangan. Sekarang ni focus dengan future kita.


For me,zaman form 5 ialah detik yang paling terindah buat aku. Eceh hahaha. You know why? Yelah masa tu bukan main lagi aku fikir yang aku tak akan jejak kat sekolah ni lagi. Last year ni wei. Sekali lepas ambik result SPM,ambik kau. Masuk form 6 pulak. Hahaha padan muka,last year sangat kan? hahaha


Dulu time form 5,yes aku tak pernah ambil serious dengan SPM. Aku ngaku okay? Dulu,pagi pagi lagi dah tercegat kat depan pintu kelas tunggu member datang sebab nak ajak diorang pergi kantin then round satu sekolah. Crush punya pasal lah ni. Cehhh tak malu -.- Lepas loceng bunyi sibuk je nak pergi buang sampah padahal bukan engkau pun yang bertugas. Setiap hari pulak tu. Oh my,memang gila lah.


But now,bila masuk form 6 semuanya berubah. Dalam sekelip mata je. Sekarang ni jarang dah nak keluar dari kelas,selalu buat kerja sendiri. Kalau gelak ketawa tu of course lah ada kan? Aku memang jenis yang bercakap tak reti nak berhenti. No crush youuu. No crush. hahaha Booooo tipuuuuu :P


Tengok tv pun boleh dikatakan dalam seminggu 3 kali je kot. Aku memang tak update pasal isu semasa plus gosip artis plus the latest song sekarang ni. Erhhh sucks. Every weekends aku akan buka youtube then search the latest song. Yelah daripada aku tak tahu langsung kan? Blog,laptop pun jarang sangat nak buka. Bukan tak ada masa tapi malas. Setiap hari balik lewat then terus tidur. Malam pulak buat kerja rumah & study. Nampak tak kerajinan aku ni? hahahaha puiii


Maybe ada hikmah kot aku masuk form 6 ni. A lot of things happen. Like seriously.
But aku mengaku , aku memang rindu sangat dengan zaman dulu dulu. Really :')


Memory,please go away.





Adios

11 Jul 2014

Boucher RM250


Assalamualaikum

Boucher ni sepatutnya dah dibagi about the first week of July tapi sekolah kitorang memang lambat sangat -.-
Takpe,asalkan ada je.

Boucher ni for form six student. Yang ambik matriks pun dapat kan?
Boucher ni expired pada 31 July 2014. Tak lama lagi tu -.-




Actually ada 5 keping tapi yang dua keping lagi tu aku dah guna -.-
Kalau bab duit memang laju je engkau kan tashira. >.<




Ada banyak lagi tapi aku malas nak selongkar balik barang yang aku dah susun. Lepas habis susun semua barang yang dibeli tu baru aku teringat nak ambik gambar. ERHHH

Yang skittles tu aku main ambil je sebab takut ada lebih . So total semua ni RM101.35 .
Bangga sikit sebab semua barang yang aku beli tu boleh dikatakan harganya cun cun hahaha




P/S : Beg ni aku beli guna duit my mom.

Ada dua sebab aku beli baru although aku masih ada banyak beg.

First,my mom tak belikan aku beg and stationery time aku masuk form 6 tahun ni. Second, zip backpack aku yang warna pink tu dah rosak sebab pengawas kat sekolah kitorang tu kasarrrrr sangat!
Nasib baik aku puasa masa tu tau , kalau tak habis engkau.


Yang lebih RM150 tu aku tak tahu nak guna beli apa -.- Kalau nak beli buku for penggal 2 pun rasa macam terlalu awal sangat sebab next year baru nak guna. Anyway,happy kot sebab dapat boucher ni hewhew
Alhamdulilah :D




Adios




8 Jul 2014

My Sketch #2



Assalamualaikum


Warning : AutoPublish hahaha


About 2 weeks ago before puasa kot aku habiskan lukisan ni. For me its a little bit ugly lukisan aku kali ni.
Maybe sebab i'm not in mood kot masa tu.

Kalau nak tahu sketch book aku tu masih banyak yang kosong erhhh tak ada idea nak lukis apa lagi.
So here we go.





Yang bawah ni pulak lukisan tahun lepas which is lukisan first aku bhahahaha


http://ohthrillers.blogspot.com/2013/11/my-sketch.html


Kalau korang bandingkan macam sama je kan lukisan aku tu? well tangan aku ni kaku & i'm not that creative you knooow



Thats all for now. Makin hari makin pendek entry aku -.-




Adios

11 Jun 2014

DIY Custom Notebook Cover

Assalamualaikum


Lama dah tak buat DIY. So here we go!
Korang boring tak tengok cover notebook korang yang biasa biasa tu? 


Kalau aku ye memang aku bosan hahaha
So here is what you need. Simple ja jangan risau



- Notebook (actually aku tak guna notebook ni sbb cover notebook ni dah cantik) -
- Glue -
- Scissor -
- Ruler -
- Magazine -


Step nya simple ja. Korang gunting magazine tu dalam bentuk triangle kecil. Sebelum tu ukur dulu ye ^^
Then gam kan.


So the result will be like this.




Althought tak perfect sangat erhhh hahaha
So do you like it? Kalau suka jom cuba! Heeeee




Adios

5 Jun 2014

Oh Burung T_T

Assalamualaikum

Kebelakangan ni rasa malas pula nak blogwalking & buka blog. Ohhh noooo T_T
Ditambah lagi dengan cuaca yang panas and masalah yang tak pernah nak selesai. Geezz


Nak dijadikan cerita petang tadi aku pergi rumah aunty . Then nenek aku cerita time dia tengah mop lantai kat luar rumah tadi tiba tiba ja seekor anak burung 'landing' betul betul kat depan kaki nenek aku. Bhahahaha
Kitorang gelak cause nenek aku memang melatah habis masa tu. Bhahahaha


 


Aku tak tahu nama burung ni. Kaki patah kot sebab tu burung ni 'landing' tadi. Maybe burung ni baru nak belajar terbang. Kesian pulak aku tengok,manalah mak burung ni. Tsk tsk


Sekarang ni anak buah aku yang kecik tu jaga,siap ada bantal & selimut lagi dia bagi kat anak burung ni. Sejuk katanya nanti. Hahaha




Adios



19 May 2014

Blank !


Assalamualaikum

Harini kitorang dah start belajar. Setiap kali cikgu tengah terangkan kat depan , masa tu lah otak aku rasa BLANK. *Krik krik krik*

Apahal susah gila matapelajaran form 6 ni? Perrggghhh
Tambah lagi ada budak yang annoying gila dalam kelas kitorang. Sabar jelah.

Cikgu bagitau nota memang kitorang sendiri yang catatkan. And kitorang dah tak guna buku nota dari koperasi sekolah lagi. So pandai pandai lah nak handlekan nota sendiri.

Bab ni memang leceh sikit. Aku dah blur plus stress gila nak fikir pasal ni.
Aku memang tak suka tengok nota aku bersepah sana sini.

Korang ada idea tak macam mana nak organize file or notes? Macam kat U juga. 
Aku dok cari kat google tapi tak jumpa yang berkenan .

Sekarang ni file,kertas,notebook,bookmark memang dah bersepah kat atas meja belajar.
Rasa nak berhenti pun ada juga ni. Sabar tashira,sabar.

Errhhhhh


p/s : Siapa siapa yg tag aku kat liebstar award tu,in shaa allah hujung minggu ni aku update.




Adios

6 May 2014

Budak Tingkatan 6


Assalamualaikum

Ya Allah,kenapa dalam dua hari ni panas betul erh. Serious even kalau dah mandi pun masih dapat rasa bahang panas nya. Perrrggghh

Oleh sebab aku sakit hati gila keputusan UPU tu belum keluar lagi so aku decide masuk form 6,walaupun hati aku mati mati kata TAK NAK! It's okay,cuba je dulu.

Setahu aku dah ada few sekolah budak form 6 yang dah guna baju biasa kan? Cikgu aku kata itu peraturan baru untuk pelajar form 6. Tak wajib tapi dah diberikan kebenaran untuk guna pakaian biasa .

Sekarang ni masih busy dengan orientasi. Baju kurung pun belum dibuat lagi. Last minute gila. tsk tsk :')
First day aku datang,okay ja. Tapi lepas masuk second day,Allah rasa nak berhenti terus! Sebab aku tak ada kawan yang nak masuk form 6.

Bilik pun dah bersepah sebab tak ada masa nak kemas. Penat weyyy penaaaaaatt.
In shaa Allah weekends ni aku active balik kat blog. Even dalam sehari dua tak buka blog pun rasa macam dah setahun ja.



Thank you sebab masih datang kat blog aku ni :D


Adios

26 Apr 2014

Hadiah Dari Bloggers #4



***

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih ada rezeki tahun ni . Walaupun sponsor tak minta pun untuk buat entry pasal hadiah ni tapi buat je lah sebagai tanda terima kasih kan :D



Actually ada yang tahun lepas dah sampai tapi lupa pula nak update.
Sorry sangat sebab tak semua hadiah ni aku ingat dari sponsor mana >.<

Yang candle tu aku baru dapat dari Grand Opening Giveaway by Haneulafiqah. Thanks kak .

By the way,aku memang suka gila dengan button badge kat sebelah kanan tu. Wait tak clear.
Here.


Yang ala ala tribal tu hadiah GA yang dulu. Tak sangka menang dua kali dari sponsor yang sama .
Hewhew . Button badge ni dari PrettyLittleArtsNDesign



Alhamdulilah buku doa & penawar dari https://www.facebook.com/kiwifarhana .

Lastly ,


Gambar ni sengaja je nak letak. Hahahaha



Adios






13 Apr 2014

Dia Suka Dengan Engkau!


Assalamualaikum

***

Nak dijadikan cerita masa ni aku darjah lima lagi kot. Dulu primary school my parents hantar kat sekolah cina. Sampai sekarang aku tak pernah menyesal diorang hantar aku kat sekolah cina. Kahkahkah

Cause setiap kali during secondary school kalau aku speak chinese dengan diorang,they was like "Eh?! What?"

Kadang kadang aku diam je kalau diorang tengah berbisik,mana tahu diorang tengah kutuk aku -.-
Engkau fikir aku tak faham ke? HAHAHA

Okay sambung balik. Time primary school aku memang rapat gila dengan budak laki. Best siot kawan dengan diorang sebab kawan pompuan aku semua jenis yang moody,congek. Erkkk

Semua aku anggap kawan biasa biasa je. Adalah sorang laki ni,dalam kelas aku duduk kat tepi dia.
Kalau dah duduk sama mestilah rapat kan? Selalu juga aku ajar dia BM,bergurau senda tu apalagi.

Then masa tu kalau tak silap,aku tengah borak kot. Tak hingat -.-
Tiba2 je kawan pompuan aku yang sorang tu jerit "Wei tashira, ***** suka kat engkau lah!" (in chinese)
And i was like "Hahhhhh?!"  Korang teka apa reaksi budak laki tu?

Dia senyum. Like this :)))))   . HAHAHAHA
Malu do. Satu kelas dengar kot. Lepas tu aku buat drama pulak. Pura2 nangis masuk dalam tandas padahal masa tu aku tengah blur "Suka? Dia suka kat aku?" HAHAHA

Balik rumah makan tak kenyang,mandi tak basah,tidur tak lena. Cehhh
Of course lah kan masa tu aku darjah 5 wei! Aku mana tahu pasal cinta cinta ni. Setiap hari kat sekolah selalu kena pressure dengan cikgu. Kerja rumah banyak tambah lagi dengan tuition.

Start from that day aku dah tak tegur lagi budak tu. Padan muka. Dah bagus aku nak berkawan dengan engkau tapi engkau yang cari pasal cakap suka dengan aku apahal? HAHA




Adios

11 Apr 2014

Tips Mengambil Lesen Memandu



Tengah ambil lesen? Or baru nak ambil?
Okay baca entry ni Lulus Ujian Memandu.

Maaf dalam entry tu aku over excited sangat -.-
Tips ni aku bagi ikut dari pengalaman aku je. Maaf kalau ada kekurangan atau silap kata . PEACE

Sebelum ambil lesen 

* Pastikan duit dah cukup . Dulu aku ambil lesen bayaran tu dalam RM 1200+ . Tak tahu lah kat tempat korang tu berapa. Tapi parents aku yang bayar -.- Aku mana ada duit. Lepas habis SPM my dad terus daftar nama kat MKM . Tak sempat nak carik kerja.

* Kalau sempat,tarik bapa atau abang korang untuk ajarkan step step basic memandu dulu. Haha

* Masa daftar tu terus cari cikgu memandu. I mean cikgu yang akan ajar korang drive.
Bagi aku lah kan,step ni penting. Kalau korang dapat cikgu yang buat kerja sambil lewa tu haaa habislah korang. Kalau boleh tanyalah kawan atau saudara mara ke yang pernah belajar memandu kat situ.

*Catatkan semua bayaran yang telah dibayar. Ni penting juga. 
My mom yang suruh aku catat semua ni. Sepanjang aku belajar memandu ni tak pernah pula aku dapat resit bila dah bayar,sebab kita tak kan bayar habis terus. Mesti bayar ansur-ansur ikut stepnya.


Sesi belajar memandu

* Ikut semua yang cikgu korang ajarkan. First sesi latihan tu of course lah belajar yang basic dulu kan? 
Kedudukan clutch,gear semua tu. Belajar perlahan-lahan. Tapi kalau bagi yang dah mahir tu buat on the road je terus. Senang cerita. Hahaha

* Kalau tak tahu atau confuse dengan sesuatu jangan tunggu lama lama tanya dengan cikgu korang tu terus!
Korang tak nak repeat lagi kan? So kena lah tanya banyak banyak kalau tak tahu. 

* Tengah belajar tu tiba2 tersilap pastu kena marah dengan cikgu memandu pulak. Aihhh.
Ni memang pernah terjadi kat aku. Geram pun adalah jugak. Tapi sabo je lah. Tak kan nak marah balik pulak kan?


Driving Test ( Bukit,parking & on the road)

* Sehari sebelum ujian tu doa banyak banyak. Dulu aku nervous lah juga. Banyak yang aku dah lupa,so aku bukak google then search and fahamkan sekali lagi pasal handlekan clutch.Cause aku memang selalu confuse . Meh aku bagi link http://tipsbelajarmemandu.blogspot.com/. Serious berguna!

* Berzikir banyak banyak. Aku kalau dah terlampau nervous memang jantung pun dup dap dup dap dup dap. Hahaha

* Bila nama korang kena panggil untuk ujian on the road,senyum je. Hahaha. Abang JPJ tu baik okay?
Pegang stereng tu betul betul. Jangan pulak stereng tu bergegar sebab terlampau nervous. Cool je 
Tarik nafas dalam dalam.

* Bila dah habis on the road buat muka kesian kat abang/kakak JPJ tu. Hahaha. Gurau je. Kalau nak cuba pun boleh gak :P


Apa apa pun keputusan tu nanti janganlah menangis kalau terpaksa repeat. Cari kesilapan yang korang dah buat tu. Tak yah nak duduk termenung lap hingus sebab sedih . Tak payah nak putus asa sangat.
Okay? Chill



Tu je. Salam

10 Apr 2014

DIY BRACELET HOLDER



DIY again. Harap korang tak leju singgah kat blog ni. Hewhew
Dah lama sebenarnya nak buat DIY yang ni. 

Things that you need,simple je.


1) Toilet paper roll (1 panjang dan 1 pendek) *tengok gambar
2) Tape
3) Fabric/paper
4) Knife & scissor
5) A piece of wood
6) hot glue gun (sorry lupa letak dalam gambar)

Macam biasa,potong fabric/paper untuk cover toilet paper roll dan kayu kecik tu tadi.
Like this.


Next,aku tak tahu macam mana nak explain so tengok gambar.



*pastikan lubang yang dipotong mengikut saiz toilet paper roll tu k?

Then cantumkan.


Akhir sekali guna hot glue gun untuk cantumkan dekat kayu kecik tu tadi.
And siap! Tak faham?  Sorry step ni aku tak tahu macam mana nak explain.

So ni hasilnya.



Kalau tak lawa diam je erh? ssshhhhh. hahaha

Nak tengok DIY lagi? Tengok kat sidebar. Hihi



Adios








7 Apr 2014

DIY PAPER BOWL



Well hello there.
DIY ni aku dapat dari blog akak Dila.
So credit to her ^^


Things that you need :


1 . Mangkuk (sbg acuan)
2 . Gam tepung
3 . Kertas warna/any paper (better guna kertas yang keras sikit)
4 . Gunting
5 . Wrapping plastic/plastic biasa
6 . Pencil & brush

Sebelum tu aku tunjukkan cara nak buat gam tepung .


1 . Masuk kan 5 sudu tepung. (Ikut kehendak korang je nak letak berapa banyak)

2 . Campurkan 2 gelas air sejuk dan gaul .

3 . - Panaskan kuali. 
- Masukan 2 gelas air sejuk sekali lagi dalam kuali.
- Kemudian,campurkan adunan dalam mangkuk tu tadi dalam kuali.
- Gaulkan

4 . Masukkan 3 sudu gula dan kacaukan.

Biarkan sejuk dahulu.


Next step,


1 . Potongkan kertas warna tadi menjadi bentuk bulat.
(Besar lagi bagus)

2 . Balutkan mangkuk dengan pembalut makanan.

3 . Sapukan gam tepung seperti biasa . (Pastikan semua celah kertas digam)


Then,biarkan sejuk sebab kalau dah sejuk kertas tu akan menjadi keras.
Kalau nak cepat letak kat bawah kipas je . HAHA

Lepas tu barulah korang boleh tanggalkan plastik tu perlahan-lahan dari mangkuk.
Ingat erh PERLAHAN-LAHAN. Cause kalau korang guna wrapping plastic seperti kat atas tu memang susah nak tanggalkan sebab plastic tu jenis yang melekat.

Tadi hampir rosak juga bila aku tanggalkan.

So here it is.




Colour kertas tu tak matching sangat -.-

So thats all. 

For more DIY' click here,



ADIOS







23 Mar 2014

Review : Novel Bunga Di Rimba



Assalamualaikum

Hari tu my mom kata nak pergi bookstore sebab adik aku nak beli buku rujukan for his studies.
Disebabkan aku ni malas sangat nak keluar sebab kat mall yang my mom nak pergi tu banyak sangat ex student sama sekolah dengan aku. Aaaa menyampah -_-

So conclusion nya aku suruh je my mom belikan novel satu untuk aku. Sebab aku ni memang kaki novel :)
PEACE

Lepas diorang balik aku terus tengok novel yang my mom belikan tu. Cehh macam tak best je,sebab cover depan pun macam old school sangat. Tapi disebabkan aku boring yang teramat,so baca je lah.

Ni sinopsis nya.

Rimba itu adalah rumahnya. Tempat di mana dia berbicara dengan alam, meneruskan kehidupan siang yang rutin tetapi mengembirakan. Menjalani kehidupan malam yang panjang tetapi cukup mendamaikan. Bagi Ajura, hidup dan matinya, biarlah di rimba itu. Namun sesuatu telah berlaku. Pemergian si ayah yang sudah melangkau waktu, benar-benar membuat dia buntu. Akhirnya, gadis itu terpaksa memberanikan diri, cuba menjengah dunia luar yang asing yang tidak pernah diimpi. Dalam pencarian, dia bertemu Yusri, lelaki yang berbudi. Lelaki yang dalam diam menyimpan hati padanya tapi takut meluahkan. Dapatkah Ajura bertemu dengan ayahnya semula, apakah hubungan Yusri dan Ajura akan berkembang mekar?


-----------------------------------

Over all best lah novel ni. That's why don't judge a book by it's cover. HAHA

Markah : 4/5





22 Mar 2014

Jom Daftar WhoHAA.com!

Home

Assalamualaikum

Aku tahu pasal WhoHAA ni pun dari sorang blogger ni. Maybe korang pernah jugak nampak pasal WhoHAA ni dari giveaway. Tapi tak ingat pulak giveaway yang mana -_-

Anyway,WhoHAA ni macam churpchurp jugak tapi lebih senang dan mudah.
Korang just perlu jawab soalan yang mereka berikan then walaaaaaa dah boleh dapat points.
Like this.


Jawapan tu korang boleh dapatkan dekat ads yang diberikan. Trust me,senang je.

Then,lepas korang dah earn banyak points,boleh lah korang redeem barang yang korang nak for FREE!
As long as points korang tu dah cukup.
Contoh barang yang korang boleh dapat ialah SAMSUNG GALAXY CAMERA,COFFEE MACHINE,FLASH DRIVE dan banyak lagi.


So tak payah tunggu lama lama. Daftar je terus.





GOOD LUCK 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...