11 Apr 2014

Tips Mengambil Lesen Memandu



Tengah ambil lesen? Or baru nak ambil?
Okay baca entry ni Lulus Ujian Memandu.

Maaf dalam entry tu aku over excited sangat -.-
Tips ni aku bagi ikut dari pengalaman aku je. Maaf kalau ada kekurangan atau silap kata . PEACE

Sebelum ambil lesen 

* Pastikan duit dah cukup . Dulu aku ambil lesen bayaran tu dalam RM 1200+ . Tak tahu lah kat tempat korang tu berapa. Tapi parents aku yang bayar -.- Aku mana ada duit. Lepas habis SPM my dad terus daftar nama kat MKM . Tak sempat nak carik kerja.

* Kalau sempat,tarik bapa atau abang korang untuk ajarkan step step basic memandu dulu. Haha

* Masa daftar tu terus cari cikgu memandu. I mean cikgu yang akan ajar korang drive.
Bagi aku lah kan,step ni penting. Kalau korang dapat cikgu yang buat kerja sambil lewa tu haaa habislah korang. Kalau boleh tanyalah kawan atau saudara mara ke yang pernah belajar memandu kat situ.

*Catatkan semua bayaran yang telah dibayar. Ni penting juga. 
My mom yang suruh aku catat semua ni. Sepanjang aku belajar memandu ni tak pernah pula aku dapat resit bila dah bayar,sebab kita tak kan bayar habis terus. Mesti bayar ansur-ansur ikut stepnya.


Sesi belajar memandu

* Ikut semua yang cikgu korang ajarkan. First sesi latihan tu of course lah belajar yang basic dulu kan? 
Kedudukan clutch,gear semua tu. Belajar perlahan-lahan. Tapi kalau bagi yang dah mahir tu buat on the road je terus. Senang cerita. Hahaha

* Kalau tak tahu atau confuse dengan sesuatu jangan tunggu lama lama tanya dengan cikgu korang tu terus!
Korang tak nak repeat lagi kan? So kena lah tanya banyak banyak kalau tak tahu. 

* Tengah belajar tu tiba2 tersilap pastu kena marah dengan cikgu memandu pulak. Aihhh.
Ni memang pernah terjadi kat aku. Geram pun adalah jugak. Tapi sabo je lah. Tak kan nak marah balik pulak kan?


Driving Test ( Bukit,parking & on the road)

* Sehari sebelum ujian tu doa banyak banyak. Dulu aku nervous lah juga. Banyak yang aku dah lupa,so aku bukak google then search and fahamkan sekali lagi pasal handlekan clutch.Cause aku memang selalu confuse . Meh aku bagi link http://tipsbelajarmemandu.blogspot.com/. Serious berguna!

* Berzikir banyak banyak. Aku kalau dah terlampau nervous memang jantung pun dup dap dup dap dup dap. Hahaha

* Bila nama korang kena panggil untuk ujian on the road,senyum je. Hahaha. Abang JPJ tu baik okay?
Pegang stereng tu betul betul. Jangan pulak stereng tu bergegar sebab terlampau nervous. Cool je 
Tarik nafas dalam dalam.

* Bila dah habis on the road buat muka kesian kat abang/kakak JPJ tu. Hahaha. Gurau je. Kalau nak cuba pun boleh gak :P


Apa apa pun keputusan tu nanti janganlah menangis kalau terpaksa repeat. Cari kesilapan yang korang dah buat tu. Tak yah nak duduk termenung lap hingus sebab sedih . Tak payah nak putus asa sangat.
Okay? Chill



Tu je. Salam

1 comment:

  1. ayat sampai stereng bergegar tu lawak. Harhar :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...