24 Feb 2014

Dah Lulus Ujian Memandu !


Assalamualaikum

Alhamdulilah,tak sia-sia aku work hard selama ni. HAHA
Finally! My first wishlist dah beres. Boleh baca kat sini 2014 Wishlist

Nak aku cerita dari mula ke? HAHA
Okay,awal pagi pukul 8 aku datang kat MKM tahu tak? Punya lah awal tapi ambil masa sejam baru nak start -_-

Lepas check nama ada bagi taklimat pulak. Masa tu aku dah start menggigil. HAHA
Then,diorang suruh tunggu kat track. Nervous oo tengok diorang buat test yang naik bukit tu.
Sementara tunggu giliran aku berselawat lah juga. Nak hilangkan rasa nervous.

Tiba tiba pak cik tu panggil nama aku,so aku buat muka tenang je bajet macam engkau tak nervous sangat kan?

Dengan lafaz bismillah aku gerakan kereta and alhamdulilah berjalan dengan lancar :D
Seterusnya buat side parking & tiga penjuru. One thing about guna kereta manual ni aku memang tak clear lagi pasal nak handle kan clutch. LECEH

Lepas lulus abang JPJ tu kata okay lulus,buat on the road pulak.
I was like WHAT?? Eh,bukan lepas lulus ujian track dah boleh balik ke? Aku tak tahu pun -_-
HAMPEH

Tawakal je lah.

Masuk dalam kereta tu aku dah start menggigil semula,abang JPJ tu buat muka slambe je tanya aku nervous ke? HAHA
Dah tu? Tak kan aku excited kot?

Aku buat step by step . Tengok cermin sisi-depan,guna seatbelt,pastikan gear free,adjust seat.
Masa ni everything masih dalam keadaan terkawal lagi. Tapi bila lalu je kat area sekolah banyak dah pulak kereta yang slow. Aku kalau bab bawa kereta slow ni memang aku tak tahu. Bukan tak tahu tapi takut nak berhenti. Tak pasal pasal enjin mati kat situ.

And you know what? Yeah,memang enjin kereta tu mati. Tapi alhamdulilah dapat handle lah juga.
Tapi at that time aku nervous gila . Dalam fikiran aku,gagal ke tak eh? Gagal ke tak eh? HAHA

Dah sampai kat MKM , abang JPJ tu tanya nak tick LULUS atau KANDAS
Aku diam je sebab dalam fikiran aku dah rasa macam gagal je.

Tapi rupanya Lulus. Hewhew
Cer korang teka berapa markah aku dapat over 20?

Jyeah 20/20!

Ye betul. HAHA. Tapi kan rasa macam tak layak je dapat full mark. Hmm
Anyway happy tak terkata aku sekarang ni. 

Alhamdulilah Allah dah kabulkan doa aku. Memang sebelum ujian tu aku doa banyak banyak semoga dipermudahkan semuanya. Alhamdulilah :)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...