15 Oct 2015

Rosak,again.


Assalamualaikum

Lama jugak tak update pasal life kat blog ni kan. Tadi baru sempat belek blogpost.
So korang apa khabar? Sihat? Alhamdulilah.

Kalau nak tahu aku ni jenis yang cuai plus tangan aku cepat rosak kan barang. So memang tak lama lah "nyawa" barang barang aku ni. 

Nak tahu barang apa yang selalu aku rosakkan?

Earphone.

Yes,earphone. Kalau tak silap dalam tahun ni je dah lebih dari 5 kali kot tukar earphone.
Ntah macam mana aku pakai earphone boleh rosak sampai macam tu sekali.




Everynight,everyday aku habiskan masa aku dengan dengar lagu. Thats why my telinga hampir nak pekak. Hahaha

Kalau tak dengar lagu sebelum tidur,memang tak dapat jugak lah aku nak tidur. Except masa tu aku memang dah penat gila lah

Earphone tu tak lah rosak teruk sangat,selalunya antara satu tu je yang tak berfungsi.
Sekarang ni terpaksa lah beli sekali lagi. Haih habis duit aku

Tadi godek google terjumpa tips nak jaga earphone. hahaha
Mana tahu boleh tolong korang jugak kan?


1. Tetapkan volume sekurang-kurangnya 75% .

Kalau part ni memang tak dapat nak ikut lah, Mungkin penyebab earphone aku rosak sebab dah terbiasa raise volume sampai 100% plus telinga aku pun dah macam so so je. Hahaha . Yeah i know benda macam ni tak baik untuk kesihatan. Degil lagi kan

2. Pasangkan earphone tak jauh dari telinga. 
Like this.

Pasang earphonemu tak terlalu jauh dari telinga

Kerosakan boleh terjadi kalau korang selalu tarik kabel earphone.

3. Sebelum pakai,keringkan dulu telinga tu. 

4.  Simpan/lipat earphone dengan cara yang betul. Macam ni.

Cara melipat earphone

5. Takyah pinjam kat sesiapa.

Kalau nak earphone korang tahan lama,jangan sesekali pinjam kat sesiapa. JANGAN SESEKALI especially kat adik/budak yang masih bawah umur. Kompem ditarik-tarik earphone tu hahaha

credit : Hipwee



So ni peringatan untuk diri sendiri jugak. haha cau

4 comments:

  1. heee. sebab earphone Lissa selalu rosak dulu, Lissa tukar pakai headphone. Lissa pun suka full blast volume. kalau pakai headphone lagi gempak. haha sama-sama lah kita memekakkan diri. XD

    ReplyDelete
  2. sama je mcm akak.. mmg x tahan lama earphone.. earphone kalau jarang guna, mmg tahan.. satu lg, kgn dibawa tidur sebab kita xsedar tali dia ditarik2 masa tgh tidur..

    ReplyDelete
  3. earphone memang selalu rosak kat sebelah je, lebih-lebih lagi sebelah kanan. menyampah betul, hahaha. thank you sebab tunjukkan cara yang betul untuk simpan earphone. baru sekarang tahu. selama ni main campak je, patutlah rosak xD

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...