30 Nov 2015

Holiday List!


Assalamualaikum



Alhamdulilah exam dah habissssssssssss! hiphiphoorayyyyy
Aku dah awal awal simpan semua buku dalam kotak kahkah tak nak tengok lagi nanti stress fikir pasal result pulak.


Lepas ni cuti panjang LAGI. Apalah nak jadi dengan aku lepas ni. Adohaii lepak dalam rumah jelah jawabnya.

Rutin harian time cuti.

Bangun pukul 9 - mandi - makan - menghadap laptop sampai malam - mandi again - korean drama - tidur lewat pukul 1 pagi then ulang balik buat benda yg sama. hahaha see?


Ni sengaja je nak buat checklist. Untuk peringatan buat diri sendiri.


First,i want to find a part time job and earn a lot of money. Aku belum mintak izin dari parents lagi ni. Kerja pun belum cari. Semangat pun tak ada. hahaha apa nak jadi dgn engkau ni tashira



duit tu tak penting sangat bagi aku (bulak ada jak haha) pengalaman tu yang penting hah.
Setakat ni aku belum pernah lagi bekerja. Mampus lah kalau tiba2 ada interview then tanya pasal ni adohai apalah yang aku nak jawab. Nak rasa sebenarnya pengalaman bekerja ni. Untuk kebaikan diri sendiri jugak.


Second,korean dramaaaaaaaa! Hah,yang ni memang wajib lah oi. Haha siap dah download semua drama dah sebelum habis exam hari tu. Nampak tak semangat aku ni kalau masuk bab2 yang tidak berfaedah? hahaha


Antara drama yang on going nak tengok

She was pretty
Hyde,Jekyll & I
Who are you - School 2015
King of high school
Orange Marmalade
Producer
Yong Pal
Oh my ghost
Birth of beauty
Girl who can sees smell
Sassy, go go

bhahahaha see?


Third,baca novel yang dah bertimbun dalam rak. Part ni pun aku suka. Novel remaja k bukan novel sastera hahahaha thats why lol

At least,adalah manfaatnya. Untuk menambah ilmu pengetahuan ni hahaha


Lastly, yang ni




hahahaa no wayyy akan tercapai



Selamat bercuti for those yang dah habis SPM & STPM.

k bai

16 Nov 2015

Gaya Selendang Terkini!

Assalamualaikum


Selendang atau lebih dikenali sebagai shawl. Well of course semua orang tahu pasal ni sebab dah jadi trend hangat sekarang ni.

Setiap kali kalau pergi shopping mall or mana mana je comfirm aku terpukau tengok gaya fesyen diorang guna shawl. Yeah i'm a little bit jealous sebab aku tak reti nak lilit benda gini. Hancur
Tabik gila kot sebab korang ingat nak lilit tudung ni senang sangat ke? Ingat dalam masa 5 minit dah siap ke? Kalau yang lilit biasa tu maybe lah tapi kalau aku ni huh pasrah je lah. I can't


Shawl boleh diguna dalam pelbagai cara dan dapat dipadankan dengan semua jenis pakaian. Sekarang ni banyak shawl yang antaranya diperbuat daripada fabrik cotton,chiffon,satin & crepe. Tak nak cakap banyak tengok je kat koleksi selendang terkini!

Semua orang ada taste & style masing masing kan? Kalau aku pulak suka style shawl macam Hana Tajima! Tak mungkin korang tak kenal cause dari dulu lagi beliau famous gara gara gaya pemakaian hijab beliau yang sangat kreatif & unik! Tengok ni.





Yang ni pulak ialah rekaan instant shawl yang mula dipopularkan oleh Neelofa! Cantik kan? Style tak?




Well of course Yuna pun termasuk gak. Gaya pemakaian turban Yuna ni dulu dapat banyak kritikan daripada orang ramai  tapi tengok sekarang ni ramai pulak yang ikut gaya beliau.





Lastly ialah gaya fesyen selendang gaya arab. Gaya ni simple je tapi nampak high class jugak.




Anyway ada banyak cara sebenarnya nak guna shwal ni. Ikut kreativiti korang je. Tapi contoh yang kat atas tu merupakan gaya selendang yang dah diikuti orang ramai sehingga sekarang. Lepas ni mungkin banyak lagi style yang boleh diikuti.


Korang pulak suka gaya yang macam mana? Kalau aku lebih prefer gaya hijab Hana Tajima. But yeah aku tak reti nak buat gaya yang macam tu so tsk tsk








14 Nov 2015

Pengalaman Memandu Selepas Dapat Lesen



Assalamualaikum

Teringat dengan pengalaman memandu dulu selepas baca entry ni.
It was like 2 years ago in 2013 masa ambil result SPM. bhahaha malu sehhh nak cerita ni
Cisss 


So nak dijadikan cerita waktu tu bapa aku tak ada kat rumah,outstation. And cun pulak haritu result SPM keluar so wajib lah nak pergi kan cause nak jumpa kawan selepas berbulan cuti panjang.


So i call my friend to pick me up. Actually kalau tak silap aku boyfriend dia yg drive masa tu. At first aku tak tahu dia drive kereta kancil cause she didnt even tell me and masa tu my other friend pun nak ikut tumpang. Bila dia sampai je depan rumah,baru aku perasan tak cukup tempat duduk. Memang full sebab her mom ikut sekali.


Aku of course lah rasa bersalah kan,tak kan nak tumpang juga kot? And she was like "engkau bukan dah dpt lesen ke? Apesal tak drive je?" Amboi senang je cakap eh aku masih ada rasa takut lagi nak drive especially manual gila nervous


So aku suruh je lah dia jalan dulu. Dah terpaksa so aku decide nak drive je kereta manual bapa aku.
My other friend yang nak tumpang sekali tu dah ternganga kot tengok aku sebab tak percaya aku akan drive. She already know that im sucks at driving even though aku dapat full mark time JPJ test hahahaha


So aku start kan enjin dengan bismillah and go. Aku berhenti kat tepi jalan kampung kejap sebab nak berdoa semoga semuanya berjalan dgn lancar sebelum nak masuk ke jalan besar. If you know what i mean here.


Dah habis doa aku teruskan perjalanan and tekan gear 1. Then gear 2 pulak. Everything is going fine until aku nak tukar ke gear 3. I dont know why but im like stuck. Aku tak tahu macam mana nak tukar direction ke gear 3.  Maybe sebab nervous. So aku ambil keputusan untuk guna gear 2 je.


And guess what? Start dari aku mulakan perjalanan dari rumah sampai lah ke sekolah aku just guna GEAR 2 je. Caya tak? Hahahahaha yes aku terpaksa slow kan speed and just focus on the road.


Alhamdulilah tak ada perkara buruk yang berlaku. Aku terpaksa okay? Bukan sengaja tu.
Everything was fine at the beginning tapi bila dah balik tu ya allah i dont know what to say. Tak ada accident tapi 'perkara tu' macam dah jadi trauma kat aku . Thats why sampai sekarang aku dah tak drive lagi. Lesen simpan macam tu je tak diguna. Useless. I dont know. Aku dah tak berani bawa kereta ke jalan besar lagi. Kalau kat kampung tu masih okay lagi. Haha lol

10 Nov 2015

Yummy Crispy Choco Jar!

Assalamualaikum

Right now aku tengah cuti for about 1 week before exam ulangan. Well tak lama lagi habis lah ujian engkau ni tashira. Saba je lah. berapa hari je lagi
Ni intro je hahaha


So aku order crispy choco jar ni hari rabu minggu lepas and bank in duit the next day after order and hari ni dah sampai dah. Alhamdulilah 


Well i know benda ni dah lama famous a longggggg time ago and aku baru je nak merasa. Dont judge me please. Sebelum ni aku buat tak tahu je pasal chocolate dalam jar ni sebab masa tu aku tengah diet and i was like "engkau nak kurus ke gemuk? nak kena sindir oleh kawan lagi???" so thats why aku tak merasa lagi benda ni until aku dah berputus asa nak diet sebab sampai sekarang tak nampak hasilnya so beli je lah. Next year kite diet lagi. Challenge accepted! hahaha



please puji gambar ni sebab aku dah snap banyak kali and lastly gambar ni jugak yg aku pilih kahkah


Alhamdulilah senang nak berurusan dgn adik yang jual choco ni. Peramah je.
Nasib baik peramah and baik hati sebab kadang kadang susah nak cari yang peramah macam ni.
aku paling pantang lah nak berurusan dengan orang yang nak tak nak je layan,baik takyah jual




I know this picture looks a little bit disgusting hahaha
 forgive me for that


Sedap tak? Of course sedap gilaaaaa. rangup plus manis! rasa nak order lagi je tapi relax lah dulu. duit tak masuk lagi ni hah hahaha


Kalau korang nak order boleh je whatsapp adik humaira (017-3819855)

Big Jar - RM8
Small Jar - RM6






Adakah anda khusyuk dalam solat?


Assalamualaikum

Artikel ni diambil dari blog aku islam. Tak salah kan kongsi benda yang baik & bermanfaat?


Tanyakan pada diri kita, bagaimana fikiran, perasaan dan rasa hati semasa mengerjakan solat? Adakah fokus kita tertumpu sepenuhnya kepada Allah? Atau hati masih liar, fikiran masih merawang dan perasaan masih kacau semasa mendirikan solat? 
Bagaimana pula soal penghayatannya? Adakah kita dapat merasai apa yang telah kita fahami itu? Semasa mengucapkan bacaan-bacaan dalam solat itu adakah kita lakukan dengan sedar? Atau hanya sekadar ucapan biasa yang tidak membawa apa-apa makna dan rasa?
“Dan berjayalah orang yang beriman, yakni orang yang khusyuk dalam solatnya.” [Surah al-Mu’minun 23: 1-2]

Apakah maksud khusyuk?


Solat yang khusyuk tercapai apabila hati, fikiran, perasaan dan seluruh pancaindera tunduk patuh kepada Allah sepanjang waktu mengerjakan solat. 
Semasa solat, seseorang itu berhubung secara langsung dengan Allah. Sepanjang mendirikan solat, seseorang hamba berdoa terus dihadapan-Nya. 
Hubungan dengan Allah ini akan menimbulkan rasa-rasa tertentu di dalam hati yang kemudian membentuk hati itu akur, taat dan patuh kepada Allah. 
Langkah untuk khusyuk dalam solat (inshaallah dapat membantu)
1. MENCARI PENGERTIAN (faham)
Perkara ini perlu dimulakan dengan memahami makna bacaan (rukun qauli) dan erti setiap perbuatan dalam solat.
Apabila mengucapkan takbiratulihram dan membaca surah al-Fatihah misalnya, makna setiap kalimahnya perlu diketahui satu per satu.
Jadi, belajarlah bahasa Arab sekurang-kurangnya untuk mengetahui makna bacaan-bacaan yang wajib dan sunat dalam solat.
2. FOKUSKAN FIKIRAN
Menghindarkan gangguan hal-hal lain, sehingga fikiran, perbuatan dan ucapannya seiring – yakni terfokus sepenuhnya kepada makna bacaan dan perbuatan dalam solat.
Sekiranya seketika kita terfikir juga hal-hal lain, tapi ingatan dan fikiran tetap terikat pada tujuan solat (mengingati Allah), keadaan ini samalah seperti orang yang sedang memandu kereta.
Fikirannya tetap fokus kepada destinasi yang hendak dituju walaupun sekali – sekala ternampak juga objek-objek dan pemandangan di tepi-tepi jalan.
Semua itu tidak menggangu fokusnya.
Lain pula halnya jika dia “terlalai” dengan pemandangan-pemandangan di tepi jalan sehingga dia tidak sedar bahawa sudah terlajak jauh daripada destinasinya.
3. MEMBESARKAN ALLAH
Apabila orang yang kenal Allah mengucapkan kalimah “Allahuakbar” misalnya, dia bukan sahaja tahu maknanya (Allah Maha Besar) malah hatinya turut merasai betapa hebatnya kuasa Allah yang telah mencipta dirinya, alam semesta, akhirat dan segala makhluk.
Pada ketika itulah terpancarnya rasa-rasa yang seni dan indah dalam fikiran dan jiwa yang tidak mungkin terjadi diluar solat.
4. KAGUM DAN TAKUT AKAN KEAGUNGAN ALLAH 
Hasil daripada merasai kebesaran Allah, maka timbul pula rasa takut dan kagum kepada-Nya. Rasa takut dan kagum kepada Allah ini tidak sama dengan rasa takut dan kagum kepada perkara-perkara lain.
Kita takut kepada harimau kerana keganasannya, tetapi kita takut kepada Allah kerana kehebatan-Nya. Takut akan harimau, kita lari menjauhinya, tetapi takut akan Allah kita datang menghampirinya.
Rasa takut akan timbul apabila seseorang gerun akan kemurkaan Allah dan Neraka-Nya.
Rasa takut ini diterjemahkan dalam solat dengan perbuatan berdiri betul, menundukkan kepala, mata melihat ke tempat sujud (tidak berani mendongak), rukuk serta sujud.
5. RASA MENGHARAP KEPADA ALLAH
Rasa mengharap ialah pengharapan seorang hamba untuk mendapat keampunan, kasih sayang dan syurga Allah.
Jika rasa takut sahaja dibiarkan mendominasi jiwa, dikhuatiri akan timbul sangka buruk dan jahat sangka terhadap Allah.
Padahal dalam reality, Allah lebih suka mengampunkan dosa berbanding menyeksa hamba-Nya yang berdosa.
Oleh sebab itu, ulama berpesan dalam keadaan biasa seseorang hendaklah menyeimbangkan rasa  takut dan harapnya umpama dua sayap pada burung yang membolehkannya terbang dengan stabil dan selamat.
Jangan terlalu takut, nanti timbul sangka buruk kepada Allah. Jangan terlalu harap, nanti terjadi sikap sambil lewa serta “berangan-angan” akan keampunan Allah.
Rasa harap dalam solat ini adalah menerusi penghayatan ketika bacaan al-Fatihah (mengharapkan jalan yang lurus), bacaan qunut (mengharapkan hidayah, kesihatan dan lain-lain) dan bacaan ketika duduk diantara dua sujud (mengharap keampunan, belas kasihan, ditinggikan darjat, dan lain-lain)
Manakala melalui perbuatan duduk dalam tahiyat awal dan akhir, sujud serta rukuk – semuanya melambangkan rasa pengharapan seorang hamba yang sedang meminta-minta dan merayu-rayu.
6. RASA MALU DAN HINA DIRI DALAM SOLAT
Rasa malu dan hina diri ialah kemuncak segala rasa yang timbul sebelumnya. Oleh itu PERLU ditimbulkan rasa berdosa kepada Allah.
Apabila ada rasa berdosa maka barulah timbul rasa malu.
Cara untuk menimbulkan rasa berdosa ialah dengan menimbulkan kesedaran (insaf) akan kelalaian diri, lemah melaksanakan tanggungjawab, kurang ikhlas, banyak prasangka buruk, tidak sabar dan reda dengan takdir dan banyak “berhutang” kepada Allah.
Sewaktu sujud, kita meletakkan kepala, dahi dan muka yang sentiasa berada “di atas” (sentiasa dihormati) ke tempat yang paling bawah (tempat sujud).
7. MEMAKAI PAKAIAN YANG PALING SELESA DAN CANTIK KETIKA SOLAT
Nampak seperti remeh, namun ia juga adalah salah satu langkah yang boleh dipraktikkan untuk mencapai khusyuk di dalam solat.
Sebolehnya pilihlah pakaian yang paling selesa, suci dan khas untuk solat.
Pilih pakaian  yang diperbuat daripada material yang paling baik, yang tidak membuatkan kita berpeluh apabila panas, tidak longgar atau ketat sehingga mengganggu pergerakan solat.
Dan juga pilihlah yang paling cantik, sempurna dan dikhaskan untuk solat. Kerana solat kita adalah untuk menghadap Allah, Raja yang paling Agung dan Allah sangat sukakan kecantikkan.
Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
.
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...