26 Jan 2016

Oh Tupai

Assalamualaikum

Teringat pulak dengan post yang dulu dulu. pasal burung hahaha


Alkisahnya tadi aku macam biasalah,lepas habis berperang kat dapur aku terus masuk dalam bilik. Dan macam biasa jugak tingkap bilik aku terbukak,bukan tak sengaja eh tapi memang sengaja sebab malas nak masuk dalam bilik. Tunggu aku habis berperang kat dapur dulu barulah gi tutup tingkap tu hahaha . pemalas sebenarnya.


Lepas aku tutup tingkap tu tadi,aku tarik langsir tu pulak and menuju ke arah meja bilik aku macam biasalah. Then tiba2 macam terdengar bunyi langsir tingkap tu bergerak. Like seriously kuat jugak bunyinya. At first aku biarkan je,mungkin sebab angin dari kipas bilik kan. Tapi second time tu aku dah cuak. 


"Dah kenapa pulak langsir ni,jangan jangan tikus tak?" hahahaha aku dah cuak gila do,dah aku ni memang benci nak mampus dengan tikus. Tapi bila fikir secara logik,takkan lah tikus boleh panjat kot? Ke dapat? hahahaha


Aku tak berani nak tengok so aku gi panggil adik bongsu aku hahahaha . tapi my mom terdengar aku menjerit tadi so dia lah yang pergi tengok2 kan. Bawak penyapu okay? hahaha lol


Goyang punya goyang tupppp ada benda warna hitam coklat terjatuh. Ya allah,dah rasa nak tercabut jantung aku masa tu,cicak ke? tapi mustahil jugak sebab besar kot. Tikus? ya allah jangan lah.


"Eh tupaiiiiii! Ardian tupaiiiii! Tupaiiiiii tupaiiiiii!" my mom menjerit sambil panggil nama adik laki aku hahahaha . aku masa tu dah cabut lari dah dari bilik. Tupai ke tapai ke aku tak kira,keluarkan dari bilik aku sekarang jugak,kalau tak,memang tidur kat ruang tamulah jawabnya.


Dengar je my mom menjerit adik laki aku dua orang tu terus keluar dari bilik,amboi selama ni bukan main susah lagi nak keluar dari bilik korang tu kan? dalam 25 minit gitu lah diorang selesaikan masalah ni hahaha . aku ilek je tak berani nak pergi tengok. 




Cute ke? tak ah. macam tikus je aku tengok T_T



oh tupai,lepas ni janganlah gatal sangat nak masuk bilik aku eh? Promise?

7 comments:

  1. alahai kesian dia sesat agaknya kihkih. kenapa letak dalam sangkar? nak bela ke? ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ah. sengaja letak sbb nak ambil gambar hahahaha lol

      Delete
  2. Hahahha comel laaa tupai tuuu. Pasni up entry oh tikus pulak :p Ekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha lol mmg tak ah kak,nak ambil gambar tikus pun tak berani. haha

      Delete
  3. Haaaa, kalau kite pun terperanjat and mesti akan panggil adik laki tu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...