11 Jan 2016

Throwback # Tingkatan 6

Assalamualaikum

"I have finish my form 6 & now tengah tunggu result je lah."


That is what i always said to them yang selalu tanya aku buat apa sekarang. Penat tau tak? Asyik tanya soalan yang sama je. Lepas tu tanya lagi comfirm ke dapat masuk U lepas ni? Aku apalagi memang panas hati sangat. Hmm inshaallah kalau ada rezeki dapatlah aku masuk u.


Ni saja je nak buat post pasal form 6,dapatlah aku baca balik post ni dalam 5 tahun akan datang.
Aku decide masuk form 6 lepas aku tak terpilih dalam upu. Yelah semua ni salah aku jugak sebab aku pilih course yang tak layak dengan result spm aku. Now rasakan. hah


At first memang putus asa gila aku masuk form 6 tau tak? Malu pun ada dengan students sekolah tu sebab kawan yang lain semua dah masuk u,aku sorang jelah yang tersekat ni. hahaha

Lama-lama hilang jugak perasaan tu tapi sikap malas nak ambik tahu dengan pelajaran form 6 tu still ada lagi yelah suasana baru kan? Tambah lagi aku sorang je melayu sobsob :')  Almost semua budak cina.


First month tu banyak jugak students yang "keluar masuk" sesuka hati. aihh dah macam sekolah mak bapak dia pulak. Aku pulak still dengan perasaan tak puas hati tak dapat masuk u. Masa tu dah apply rayuan tapi tak dapat jugak damn it memang marah gila lah masa tu so final decision tu masuk je lah form 6 hahahaha tak ada pilihan lagi. Dalam kepala otak dah set dah kata ada hikmah engkau masuk form 6 ni.


First semester kitorang tak ada kelas,guna makmal sebab sekolah kitorang ni dah ditukar jadual dimana semua students form 1 hingga form 6 dimasukkan ke sesi pagi. no more sesi petang dah. Great memang sesak ah kantin masa tu. And unfortunately kitorang last batch form 6 sebab diorang dah tak terima form 6 yelah sekolah dah nak diiktiraf sebagai international baccalaureate .


Semester 1 aku memang bersemangat nak belajar altough still ada perangai gila gila sikit tapi bila result keluar alhamdulilah. Membanggakan jugak lah walaupun sejarah dapat F hahahahahahahahahahaha yang 3 subject lagi memang aku puas hati

Aku ambik subject sejarah,bahasa melayu,pengajian perniagaan & pengajian am


Tahun baru 2015 kite dah masuk upper six. Wahh bangga lah kan senior wehhh hahahaha 
Oh ya kitorang masa tu masih guna uniform sekolah warna peach although kementerian dah membenarkan form 6 guna pakaian formal tapi kitorang tak ah . lagi selesa guna uniform sekolah taklah nampak selekeh sangat hahaha


Alhamdulilah kitorang dah dapat "bangunan form 6" yang dulunya dijadikan sebagai rumah kepada pengetua sekolah kalau tak silap aku.




Kat tingkat bawah tu untuk budak yang ambik science,yang tingkat atas sebelah kiri pulak kelas aku,sastera. 

Sebelah kanan pulak for budak ekonomi. Tapi yelah masalahnya bangunan ni jauh sikit dari pagar sekolah. Penat aku nak berjalan dari pejabat guru dah lah aku ni ketua kelas lagilah sengsara ambik itu ini


Start dari semester 2 tu aku rasa "alive" sikit sebab dah dapat sesuaikan diri plus budak cina sama kelas semua baik baik belaka ceh hahahaha . no problem dengan diorang lagipun aku reti nak berbahasa cina so lagilah best. 

Tapi yang tak best nya diorang dok suka sakat aku hahahaha perangai aku ni gila gila sikit and friendly gituuuu hahahaha


Okay stop,nantilah sambung next entry. Dah panjang sangat ni haha 


[PART 2]

[PART 3]

8 comments:

  1. serius cantik bangunan form 6 tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan? tapi sebenarnya biasa2 je hihi

      Delete
  2. Graduan f6 sini! haha actually, semua student form6 akan rasa down bila TER-paksa rela masuk f6.. yalah, semua berebut masuk U kan.. Sis lagi la, langsung tak isi UPU.. hahahaha sebab memang plan masuk f6. jeles is jeles dengan kawan lain.. tapi actually pengalaman tu kita dapat lebih dari dorang yang masuk u terus. kalau tak percaya, tengok nanti kalau dah masuk u.. kawan2 sis banyak masuk u, semua yang student u baru belajar, student f6 dah habis study dah. hahaha tapi sekarang sis tak masuk u.. sis kerja. haha tapi, seriously, keuntunagn budak f6 lebih banyak.. trust me :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih masuk semester 2 baru tahu rasa masuk form 6 tu macam mana. rasa macam tabik gila kat diorang yg masuk form 6 ni. and yess setuju sgt dengan kata2 sis!

      Delete
  3. wah, pengalaman yang lain daripada saya. hehe. kat sekolah saya, takde sorang pun pelajar cina, semua melayu. tapi, best kan dapat kawan dengan banyak bangsa dan kaum ni. lagi best kalau faham percakapan mereka, boleh join sekali.

    dulu lepas spm, dapat jugak upu, tapi, kos tu tak sesuai lah. lagipun saya ada penyakit. hahaa.

    mula-mula malu sebab saya sorang je yang masuk form 6 sastera, ada 2 kawan saya yang lain masuk sic. susah huhu.

    pastu, redha je lah. takdir. dan saya teruskan belajar. in shaa Allah akan tamatkan sem 3 tahun ni. semoga masa cepat berlalu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. penyakit? get well soon dear :) kan? first2 mmg malu ah nak masuk form 6 tapi lama2 nanti okay lah tu haha. goodluck ya. dont worry,enjoy je masa form 6 ni,tapi jgn lupa nak belajar pulak. hehe

      Delete
  4. Peminat sehun lahh ㅋㅋㅋ kak sy pn akn mbil sc kat f6 dan dpt plk skolah cina. Sy tkut xde kawan. Lepas baca entry akak ni mcm best pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA XD gambar sehun je dalam blog ni hihi. adik sorang je ke melayu? first2 mmg tak biasa tapi lama2 nanti rasa macam tak nak berhenti pulak kalau dah masuk form 6 ni. cehh hahahaha lol. minat tu kena ada tau :) kalau boleh kawan aje dengan budak cina kat situ,friendly sikit. Inshaallah everything will be okay :) hwaiting!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...