7 Feb 2016

Throwback #Tingkatan 6 (Part 2)

Assalamualaikum

Okay ni sambung ke part 2 pulak .


Part 1

Kalau tak silap aku result sem 1 keluar bulan march 2015 kot. Okay wait baru ingat aku ada buat post pasal result sem 1 T_T hahaha | result penggal 1


Alhamdulilah result okay except sejarah. macam biasalah aku ni memang bod*h sikit kalau masuk bab sejarah2 ni. Maaf. Masuk tahun 2015,semester 2 bermula. Kitorang dah ada bangunan baru khas untuk budak form 6 dalam sekolah tu. Asssaaaaaa! 

First day sekolah tu awkward sikit,yelah bangunan baru kan. And seperti biasa guru kelas kitorang tanya siapa yang nak volunteer jadi ketua & penolong kelas. Aku diam je masa tu sebab terpukau sikit tengok guru kelas kitorang. Chinese tapi masuk islam,macam model tau tak? Gila tak terpukau


Anyway,kawan aku kata dia teringin sangat nak jadi ketua kelas (actually saja je sebab nak sijil -.-) so aku pun bagitau lah cikgu tapi malangnya aku pun terkena sekali so terpaksa lah setuju jadi penolong ketua kelas. Sah banyak sangat kerja nak kena buat T_T

Sekarang dah ada kelas sendiri so apa lagi,memang aku dah plan awal nak balut & hias meja aku bhahahaha benda macam ni aku memang excited 

Nak tau aku duduk kat mana? Tuuu kat belakang sekaliiiiii hahahaha dari awal lagi aku memang target nak duduk belakang. Tapi kan sejauh mana pun aku duduk,aku tetap jadi mangsa cikgu -.- kuat sangat berangan dalam kelas. "Tashira,dah sampai ke mana sekarang? korea?"  hahahaha i wish i can lol

Start masuk sem 2 ni aku terpaksa biasakan diri bangun pukul 3 pagi. Allah,stress gila tau tak buat kerja kursus,especially sejarah & PA. Selalu sangat tak cukup tidur so ambil lah kesempatan tidur dalam kelas.

Aku start rasa malas nak belajar bila masuk sem 2 ni. I don't know why. Sem 1 dulu malas jugak tapi setiap kali kalau exam aku akan prepare 1 minggu lebih awal dari tarikh exam. But sem 2 ni aku banyak main je rasanya. Asal balik dari sekolah je rasa macam tak ada satu ilmu pun yang masuk dalam otak. Thats why result sem 2 aku menurun dengan teruk sekali. 

Teringat dengan kata2 cikgu pp , "tashira,perangai tu kena ubah. Ingat tu." Although kata2 cikgu tu taklah sepower mana tapi cara cikgu tu tengok aku lain macam sikit. Like kecewa & dah putus asa nak ubahkan aku. Hmmm

Now that kitorang dah ada kelas,aku selalu beli & bawa makanan banyak2 pastu simpan bawah meja untuk dijadikan sebagai stok bila lapar. Kau bayangkan aku makan nasi lemak 3 kali dalam satu hari! Gila,memang gila, Stok keropok tu takyah cakaplah,memang banyak. Tak terkira. Dulu form 5 dalam 57kg,now dah naik 68kg. Speechless T_T


Muet test aku dapat band 3 je. 6 markah lagi nak dapat band 4. Dengg it. Aku paling tak suka ah dengan listening test. Kalau speaker kuat & clear takpe lah,ni tak. Dahlah aku ni memang sah pekak lagilah tak dapat dengar sebab buat ujian dalam dewan sekolah. Arghhhhh





K sambung part 3 nanti hahaha bai

9 comments:

  1. samalah part muet tu tashira.....T_T sedih dowh rasa...p okaylah...
    throwback mcm ni buat kita kenal siapa diri kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? gila frust dgn result muet ni. saje nak buat throwback ni so that in the future dapat baca balik :)

      Delete
  2. terernyaaaa muet band 3 huhu,yan band 2 ja :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada repeat tak? hehe takada lah terer mana band 3. kalau dapat band 4/5 lagi ah terer. haha >.<

      Delete
  3. Replies
    1. yup. especially speaking test T_T

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...