11 Apr 2016

After 2 Years

Assalamualaikum


Makin jarang pulak rasanya aku bukak blog ni. Korang dah start ganti puasa ke? Aku kena ganti 7 hari ni. Tak lama lagi nak puasa lepas tu rayaaaaaaaa,hip hip hoorayyyyy! hahaha 
Nak kata excited tak jugak ah,sebab takut raya nanti kena pakai baju size xxl,ya allah. Cepat lah kurus :)


Back to the topic.


Aku start ambik lesen memandu ni masa hujung tahun 2013,selepas spm. Awal tahun 2014 dah dapat lesen dah. Punyalah excited dapat lesen kan,kira dah bebas lah katanya tapi hampeh sebab last aku drive ni ialah pada bulan 3 (2014),time nak ambik result spm. Itu last okay. Trauma sebab dalam perjalanan nak balik tu ada kejadian tak diingini berlaku. Hampir kot nak accident,hampir je.


Lepas tu aku dah stop dah driving. Sanggup okay balik sekolah guna bas,kalau bapak aku busy lah.
Setiap kali kalau my mum bebel suruh bawak kereta,hah masa tu lah rasa macam tangan menggigil,jantung berdegup dengan kuat. hahahaha over tak? Tapi aku tak tipu k


selama 2 tahun aku tak driving. Terpaksalah pekak kan telinga kalau dengar family atau kawan-kawan membebel. Ada lesen tapi tak guna,katanya. Arhh lantaklah,janji aku happy hahahaha



So alkisahnya,my mum beli kereta baru,myvi je k tunggu aku kahwin dengan orang kaya nanti barulah aku beli bmw hahaha lol


So aku pun try lah drive. At first kekok gila ah. So aku bawak lah kereta tu jalan2 dekat area kampung. Mula-mula tu aku pelik dah kenapa asyik berbunyi je kereta ni. Seat belt aku dah guna,pintu pun semua dah tertutup rapat,apalagi yang tak kena ni? Lepas tu baru perasan handbrake tak diturunkan bhahahahahahahahahahaha deng it. Aku kalau guna kereta auto memang selalu macam ni ah. Sah2 kena bebel dengan orang sebelah cisss




Ingat senang ke nak drive balik selepas 2 tahun tak pernah pegang stereng kereta? hahaha 
azam aku tahun depan ialah nak buang segala trauma drive ni. Inshaallah. Tahun ni tak dapat kot,sebab dah terlampau banyak sangat azam yang belum tercapai. so slow slow je dulu hihi





14 comments:

  1. Replies
    1. sy pun baru je start ganti harini kak hehe

      Delete
  2. salam akak, baru awal tahun ni lulus , dah habis study bary terhegeh hegeh nak ambik, alkisahnya akak pun tak bawak kereta . akak satu family terlibat accident jugak . walaupun bukana akak yang bawak tapi still takut akak duk belakang pemandu dan bahagian pemamndu tu lah teruk.


    insyaAllah akakn try bawak balik sementara ingat, akak bawa manual. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam. kan? trauma ah kalau mcm tu. lebih baik akak try jugak bawak nanti takut dah tak ingat macam mana nak bawak kereta,especially manual ni :)

      Delete
  3. good luck sis tashira ! semoga segala trauma dapat diatasi ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin,inshaallah. hehe thank you :)

      Delete
  4. Good luck awaaaaaak!

    I can feel you sebab tgh berazam nk drive dgn lebih berani jugak ni. Hehe. Sy ni harap je ada lesen tapi mereput dalam purse. Penakut yang amat nak drive esp kat jalan-jalan besar. Hanya mampu bawak kat area2 rumah je T__T. Skrg ni teringin nak drive merata-rata tempat tapi kena kumpul semangat dulu. Keke.

    Hopefully tercapailahh azam kita. #fighting!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita. asyik kena bebel oleh family je. sy pun sama gak,nampak kereta banyak je dah start gelabah. amin,inshaallah. good luck jugak,fighting!

      Delete
  5. auto okay je. jangan risau. Chaiyokk!!

    ReplyDelete
  6. Saya suka myvi! Tapi kuat minyak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy suka sbb kereta tu tak berapa nak besar,hihi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...