26 Apr 2016

Macam Kenal Je?

Assalamualaikum


After 6 days tak update blog hahaha
Short entry je ni okay sebab aku malas nak taip panjang-panjang. Ni pun jadilah janji aku update hahaha


So adalah dalam beberapa hari yang lepas aku bukak balik facebook aku. Aku dah deactive fb hampir 3 tahun dah. Best ah rasa dia bila kau deactive facebook ni hahaha tak ada lagi rasa nak stalk life orang lain,tak ada lagi rasa jealous or dengki-dengki. hahahaha well aku ni memang jahat sikit


Aku bukak facebook bukan sebab nak active balik tapi aku nak delete segala gambar & status yang aku pernah post sebelum ni. Semua ya. Status zaman2 aku belum matang dulu semua dah delete dah. Perghh bila baca balik rasa nak tampar muka sendiri berkali-kali. Why are you so budak-budak sangat? hahaha bahasa pun banyak guna bahasa alien. Astaghfirullah


Delete punya delete terjumpa satu conversation aku dengan sorang pompuan ni. Ntah siapa. Aku dulu main add je orang kat facebook hahaha 


" Eh macam kenal je? Kita pernah jumpe ke sebelum ni?"


" Kenal ke? Rasanya tak. Pernah jumpe kat mana?" 


" Kat pub minggu lepas. Awaklah kan?"


" Pub? Oh sorrylah. Salah orang agaknya,saya tak pernah lagi jejakkan kaki ke pub."


" ..............."


Lepas tu dia tak reply dah hahahahaahhahahahaha
Come on lah. Pub? Pub kat area sini pun aku tak tahu kat mana. Hahahahaha sorry beb,salah orang ya. Pelanduk dua serupa kot. Jangan haraplah aku nak jejakkan kaki pergi tempat2 macam tu.  Allah



Lepas tu? Lepas aku delete semua sampah dalam facebook tu aku deactive balik hahahaha the end.

11 comments:

  1. giler r.....hahahhahhaha...kejut kita bila baca...adoyai...memang salah org...
    minta dijauhkn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sy pun terkejut gak dia kata macam tu. kat pub pulak tu T_T

      Delete
  2. Salam huhu akak penah rasa nikmatnya deactivate fb hehehe. Lepas dh rasa boleh tak stalk baru akak on Feb tu pon x aktif pon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama! haha tapi sy memang dah tak bukak dah fb tu.

      Delete
  3. Hahah .. Dasyat sangat jumpa dkt pub. Sebenarnya tengah pikir jugak nak deactive fb tp masih was was .. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha lol kalau macam tu tak payah deactive lah kak :P

      Delete
  4. kenapa deactive hahaha fiqa xboleh deactive mesti nak active kan balik. last2 delete je terus --'

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak delete tapi rasa sayang pulak cehhh hahaha lol

      Delete
  5. Nak deactivate jugak tp banyak pula group sana sini yang penting dalam tu :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? sy pun teragak2 nak deactive tapi last2 deactive jelah. hehe

      Delete
  6. Nak deactivate Facebook juga sebelum ni tapi masa dekat uni ni semua group projects pun nak guna Facebook sebagai medium pengantara.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...