19 Apr 2016

Round Round Round

Assalamualaikum


fuhh penat sangat sekarang ni,tambah lagi dengan cuaca panas ya allah. Malam lagi teruk kot rasa panas dia. Berpeluh-peluh je bila bangun tidur.


Seperti yang aku cakap kat post [After 2 Years],aku dah boleh tahan jugak berani bawak kereta sekarang,hahahahahahahahahaha >.<


Tadi plan dengan kawan nak pergi sekolah ambil sijil-sijil form six. 2 hari sebelum tu cikgu aku kata nak jumpa hari selasa (harini),so kitorang pun pergilah sebab cikgu tu dah pindah sekolah so kenalah tanya bila dia free kan. Sampai je kat sekolah terus call cikgu. Guess what? Perjumpaan dicancelkan. Ada je cikgu tu umumkan kat group facebook tapi aku mana main facebook lagi erhhhhhh. Panas jugak hati aku masa tu. Oleh kerana masa masih awal lagi tanyalah kawan2 aku tu nak pergi mana tapi dengan syarat belanja aku lah hahahaha tak guna hahahaha


Sekarang ni kan,kalau aku tak berapa nak comfirm jalan ke destinasi yang aku nak (macam pelik je ayat -.-) aku akan bukak waze. Tak kira lah dekat ke jauh. Aku ni jenis yang tak hafal jalan tau tak? Sedangkan nama jalan menuju ke sekolah aku pun aku tak berapa nak ingat. So guna waze je lah hahahaha buuuuuu tak malu >,<


Diorang suggest pergi makan aiskrim sunny hill. Jalan sesak sebab dekat dengan sekolah rendah & menengah. Cisss


Sampai je dah tak tahu nak parking mana sebab diorang ni parking sesuka hati je so aku pun ikut lah sekali hahaha. Oh ya aku masih lemah bab-bab nak parking ni. Punyalah lama nak adjust parking pastu tanya "cun tak? ke terlebih masuk ni?" 


Lepas tu tengok ramai sangat orang beratur nak beli aiskrim. Perghhh tambah dengan cuaca panas terik. Aku nak ambil gambar tapi malas ah ramai sangat orang. Leceh pulak rasanya. Aiskrim kat situ memang popular jugak.



Banyak jenis aiskrim diorang ni. Cone,bread,cup. Aku makan satu mangkuk kecik ni je dah rasa kenyang,tak dapat nak telan dah sebab sejuk sangat hahahaha tadi panas lepas tu sejuk pulak. Tekak aku je yang sejuk k,badan panas membahang. Sorry tak banyak gambar sebab nak cepat-cepat,takut jalan jam pulak nanti.


Lepas tu kitorang pergi kat beberapa tempat untuk cari kerja part time. Asyik kena suruh isi borang je tapi callnya tidak cehhhh sebab tulah sampai sekarang aku tak dapat kerja T_T


Then singgah lah kejap kat shopping mall,plan nak makan tapi tengok jam dah nak dekat pukul 5 petang so balik jelah. Nasib baik jalan tak jam. Hujung bulan ni lah plan nak lepak sama2,bolehlah aku bodek minta duit kat parents hahahaha

3 comments:

  1. Hahahaha cepat cepat cari kerja. Teringin dulu tinggal number punya banyak, satu apa pun tak call haihh. Usaha lagi ye Tashira :)

    ReplyDelete
  2. tashira tashira... hahahaha. berjalan je kerja. meh amek fieyqa kt shah alam bawak jalan jalan hahahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...