25 May 2016

Klinik Kanak-kanak? Eh

Assalamualaikum


Fuhhh seminggu tak update. Busy okay. Adik aku yang nak masuk u aku pulak yang busy. Yelah budak tu bukannya boleh diharap sangat. Minggu depan dah pendaftaran so kelam kabut nak buat itu ini. Harini my mom cuti sehari so pergilah hantar adik aku tu buat medical check up. Oh ya adik aku dapat course kejuruteraan elektrik. Anyone yang dapat course ni boleh share-share pengalaman tak? Aku cari kat google pun tak berapa nak ada.



Pukul 8 pagi dah keluar dari rumah. Fuhh walaupun masih pagi tapi banyak gilaaaaa orang. Pusing2 cari parking. Dah lah aku ni bab parking KO sikit. Actually klinik tu ada bahagian untuk kanak-kanak & orang dewasa. Aku ikut je my mom masuk dalam pastu duduk,tengok-tengok kitorang duduk kat bahagian khas untuk parents & babies. My mom kata tak ada tempat duduk lagi so takyah complain T_T Okay fine tu aku tak kisah sangat. 



Tapi lepas sampai je giliran,diorang berdua masuk dalam jumpa doktor tak ajak aku. Kiri kanan depan belakang aku semua parents + babies. Aku sorang je macam tunggul duduk kat situ hahahahaha aku takut diorang fikir aku ni tengah pregnant je lol nasib baik tak ada orang tanya “mana suami dik?” hahahahahahaha lol



Sambil duduk tu sempat lah jugak tengok orang sekeliling. Nampak baby comel je senyum,rasa nak culik bawak balik rumah hahahaha tak tahan tengok baby comel. Sempat pulak aku fikir pasal masa depan haha i mean kalau aku dah ada baby nanti nak pakaikan dia baju yang comel-comel,nak baby boy yang tembam hahahahahaha cisssssss cari duit banyak-banyak dulu baru cari laki hahaha



Then,aku ternampak sorang budak chinese dengan daddy dia. Diorang duduk kat belakang aku so aku terdengar lah diorang cakap apa kan. Laki tu boleh tahan gak handsome hahahaha cara dia layan anak dia memang sweet ah lembut lagi tu. Aku pulak yang cair dengar haishh. Lepas tu aku dengar suara pompuan,isteri dia. Tapi aku tak nampak mukalah. Again aku TERdengar perbualan diorang (in chinese). 



Diorang gaduh okay? Tapi bukan gaduh besar. Macam complain lah itu ini. Aku yang TERdengar diorang gaduh pun rasa awkward tau tak? Dalam hati dok kata janganlah gaduh besar pulak nanti. Please lah. Banyak jugak yang aku TERdengar hmmm nak buat macam mana dah diorang dok belakang aku je. Apa yang aku boleh katakan laki tu memang seorang yang lembut,not pondan okay tapi macam caring & bertanggungjawab lah. Aku tak nak share apa yang diorang gaduhkan hahahahaha sorry . Oleh sebab aku teringin sangat nak tengok isteri dia so aku pusing ke belakang. Kononnya nak cari my mom lah hahahaha lepastu aku pandang depan balik. Senyappppp ~ Isteri dia tu maybe jenis yang sensitif kot. Kesian pulak tengok laki dia. Hmmm eh yang kau nak sibuk dengan rumahtangga orang apesal? Hahahaha


 Lepas tu diorang pindah dok depan. Aku pun pandang ajelah. The end xD




13 comments:

  1. LOL laki orang. sama lah kalu pegi klinik lpastu jmpa baby mesti nak cubit2 tapi malu nnti mak dia marah huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ya suami org -.- kalau baby tu terlampau comel mmg cubit terus tak peduli dah dgn mak dia hahaha lol

      Delete
  2. wahhh ktk tauk klaka cina ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aok. belajar time sekolah rendah jak. haha

      Delete
  3. best sebab dapat faham bahasa diorang, kadang pergi beli dekat kedai diorang tak boleh nak tipu bebanyak,,sebab kita faham..hehe

    ReplyDelete
  4. hahahahahhaha...pun boleh gitu...emo tak stabil kot masa tu..kot! kotlah...

    ReplyDelete
  5. nasib baik makcik2 tak tanya "mana suami" tu kan :p
    bini stress kot tu... kesian suami. apapun semoga rumahtangga diorg bahagia je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA nasib baik,kalau tak... haha :P Harap2lah hehe

      Delete
  6. wah ktk pande klaka cina tek? best eh, jeles kmk :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aok kak. time sekolah rendah ajak. masuk form 1 dah sik ambik agik. haha

      Delete
  7. sy pun kadang2 suka perati jugak pasangan2 yang dah berumah tangga ni, sambil bayangkan future sendiri... tp standard la tu gaduh2.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...