2 May 2016

#BAKING - Resepi Cheesekut Milo

Assalamualaikum


Cari punya cari rupanya selama 4 tahun lebih aku buat blog ni belum pernah lagi aku buat post pasal resepi or post yang related dengan makanan. Belum pernah k,tak tahu kenapa hahaha


Actually ni resepi simple je. Rasanya semua orang pernah buat kan? Alah macam resepi kek cheese yang tak perlu dibakar tu,letak dalam peti sejuk je lepas tu makan terus. Hah macam tulah. Tapi yang bezanya aku letak milo sikit bhahahahahaha lol

Resepi ni credit kat kak Suraya. Kak Namee pun ada gak buat resepi ni. Nampak lebih sedap dari aku punya hahahahahaha :')



Bahan-bahan.

1. Cream cheese (tak kisah jenama apa)
2. Satu kotak susu Dutch Lady 
3. Satu tin susu pekat manis (actually tak guna semua)
4. Milo/chocolate/oreo 
5. 1 paket cream crackers (nak biskut lain pun boleh je janji bentuk segi empat)
6. Esen vanilla (tak guna pun tak apa)


Then,masukkan :

 cream cheese, 1 sudu kecil esen vanilla, 3 sudu susu dutch lady, setengah tin susu pekat manis (ikut tahap kemanisan yang korang suka) ke dalam mixer. 


suka pulak aku main benda ni hahaha. mix sampai hancur macam kat atas tu



Then tuangkan sedikit susu dutch lady ke dalam mangkuk & celupkan biskut cracker tadi. Jangan celup lama sangat nanti hancur pulak biskut tu



Lepas tu susunkan ke dalam container. Layer paling bawah letak biskut cracker macam kat atas then lapiskan dengan cream cheese yang dah di-mix kan tadi macam gambar kat bawah ni



Like this.


After that,taburkan milo. Punyalah kedekut aku letak milo tu hahahahaha . Letak banyak sikit eh
Then ulang balik letak biskut cracker (celupkan dulu),lepas tu layerkan sekali lagi dengan cream cheese tadi lepas tu taburkan milo. Ulang semula proses ni sampai korang rasa container korang tu dah nak penuh 


Then,suka hatilah nak hias dengan oreo/strawberry /chocolate ke,ikut cita rasa korang lah.


Lepas tu letak dalam peti sejuk selama 5 jam. Aku the next day baru potong haha


Nama je cheesekut milo tapi milo tak nampak pun hahahaha kedekut sangat kan tadi T_T



Aku baru je ngap berapa potong sekali tengok dah licin dah T_T tsk tsk :')




Lain kali aku nak letak oreo or cadbury je haha lepas tu sorok makan sorang-sorang -.-











4 comments:

  1. Woaaah cheesekuut. Faaaaaaveret nihhh ;-)

    ReplyDelete
  2. faveret. :D
    thanks for simple recipe :)

    ReplyDelete
  3. wah nyaman na rupa cheesekut ya...mok cuba juak la kelak <3

    ReplyDelete
  4. Raizah suka buat cheesekut milo ni sebab sedap sangat ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...