23 Jul 2016

Dramas

Assalamualaikum


Ehem lama dah tak merepek dalam blog. Update pun dah jarang. Tengoklah kalau ada masa nak update lagi minggu depan. 


Siapa dekat sini lebih suka download drama & tak suka tengok secara online? Me! haha bukan tak suka tapi macam tak best je tengok online ni. Lagi-lagi kalau asyik buffering heh habis lah laptop kena dera oleh aku. Aku memang jenis yang tak berapa nak sabar okay. Jangan main-main eh sebelum ni laptop aku dah bogel dah sebab didera last-last aku pegi buang letak dalam plastik. Sekarang tak tahu kat mana dah laptop tu,dalam bilik stor kot hahaha




Aku start download drama lepas aku habis spm dulu sampailah sekarang. Tak tahu dah berapa banyak drama aku download. Baru tahun ni terfikir nak listkan drama yang dah habis didownload. Kadang-kadang ada jugak terhegeh pergi mintak kat kawan yang gila korea. Dapatlah jugak hahaha best kalau ada kawan yang sama kepala ni hahaha 


Tak lama ke nak download drama tu? Lama lah jugak nak download habis kan,dalam 3 4 hari camtu habis lah. Tak banyak episod pun,paling banyak 20 ep je kan? Satu episod kena tunggu dalam 16 minit macamtu. Sambil download sambil tengok drama lain dulu. Sedar tak sedar dah habis download dah. Itu cara akulah,kalau orang lain aku tak tahu.





Yang ditick maksudnya dah habis tengok dah. X tu maksudnya tak best & tak tengok sampai habis plus dah didelete hahaha tengok awal episode je tapi boring sangat so delete je


Selalunya aku listkan dulu drama yang baru keluar,ni pun aku tahu daripada soompi (kpop news) & sometimes aku try gak search kat google. Drama yang paling banyak orang recommend lah yang akan aku downloadkan. Actually banyak lagi drama yang aku dah download,tahun lepas lah especially. 


Aku save semua drama ni dalam hardisk. kadang aku terpaksa delete okay sebab hardisk full gara-gara runningman T_T (ep 1 sampai the latest mana tak full?) . Rasa macam sayang je nak delete sebab dah bersusah payah download last last delete macam tu je?? Heh 



tahun ni rasa macam banyak je drama yang baru and best like let's fight ghost,W,Doctors,Squad 38,Wanted etc. Aku tak tahu nak buat macam mana kalau dah habis download & tengok. Sebab aku bukan jenis yang suka tengok drama berulang kali okay. Kalau variety shows tu lain lah like RM. 


Korang pun macam aku ke? download lepas tu delete jugak? ke masih dalam laptop sampai sekarang? helpppppppp




nampak sangat aku gila k drama gara-gara post ni. haha tsk tsk

17 comments:

  1. dulu masa tak ada hard disk external memang terpaksa la delete lepas tengok haha. Sama la kita hard disk hampir full gara-gara running man xD sekarang jarang dah tengok drama korea, lebih banyak tengok movie korea hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. movie kadang2 je tgk,tu pun kalau ada fav artist je hahaha

      Delete
  2. saya pun lebih prefer donwload sbb tengok online selalu lembab. btw, rasa kesian dgn laptop ee sbb kena dera, hahaha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? kalau tgk online mcm tak ada feeling je hahaha. laptop tu buat hal hahahaha xD

      Delete
  3. Kalau internet okay and no buffering. I okay je tengok online.
    But usually Korean Dramas, I ambik dari kawan je hehe XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kdg2 ambik dari kawan lagi senang tak yah nak download dah >.<

      Delete
  4. W best gilaaa. doctors pun best :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum start tgk lagi sbb masih on going haha kalau tgk skrg mmg hampeh lah setiap minggu kena tunggu T_T

      Delete
    2. doctors uhuhu saya stop kejap sbb rasa beautiful mind lagi best..

      Delete
  5. Akak pun lagi suka download tapi bila dekat Canada dulu, aku stream je sebab internet dia laju. hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sometimes sy macam tu jugak hahaha tapi jarang lah sbb internet slow T_T

      Delete
  6. kmk pun suka download baruk tgk. sebab line ng lambat :D
    mun drama ya ongoing, sanggup tunggu semua hbs lok baruk kmk download XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? enjoy jak ngga mun dh hbs download xD kmk pn salu gia. drama nak latest nktok kmk blum tngga agik,terpaksa sabar jak dlok -.-

      Delete
  7. vampire dtective best gilerr tp ending macam asdfghjkl

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikr heh dah agak dah ending tak best sbb ada 12 ep je -.-

      Delete
  8. dah lamak oo sik layan drama...mun mok layan pun, masa kat kolej jak mood layan drama ada...mun kat rumah, iboh hrplah drama tok...mun drama ya sik best, delete jak trus..bazir space..hahahhahah

    ReplyDelete
  9. Kalau drama yg download sayang lorh nak delete, walaupun dah tak ulang tengok. Tp kadang terpaksa jugak padam sebab dah tak muat nak ganti crita baru. Itu pun sambil pejam mata, sambil tekan delete. Haha .. kalau yg RM memang sayang nak mati. Sebab suka ulang tengok. Hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...