31 Jan 2016

Healthy# Overnight Oats

Assalamualaikum


Korang tahu tak apa itu overnight oat? well simple je. Oat yang disimpan dalam peti sejuk selama 1 malam then dimakan pada keesokkan harinya. For breakfast lah. Oat kan sihat. Lagipun senang je nak buat ni,janji ada bahan ajelah.



Ingredients yang paling penting ialah kena ada oat & milk aje. Kalau nak lebih "berstyle" sikit guna jar tu hah. haha. Topping ikut cita rasa korang lah nak letak blueberry,strawberry,peanut,almond ke. Ikut suka korang.


Aku start buat overnight oats ni dari last year lagi. Sedap k. Kalau lapar je makan ni. Haha nak elak makan nasi sebenarnya.









Lapar pulak tengok T_T

28 Jan 2016

Finally,2015 Photobook!

Assalamualaikum


1 minggu yang lepas aku ada order photobook malaysia ni kat lazada. Ada promotion so beli je lah.
RM10 je ,original price is RM89. Softcover :)




Lepas dah settle payment,the next day diorang akan bagi voucher code kat email. So dah boleh start mula design your own photobook dah kat http://www.photobook.com.my/.


Serious lah aku cakap,kalau korang jenis yang otak tak kreatif macam aku ni memang perlukan masa sampai 3 hari nak fikir layout nak macam mana. 40 pages okay? Memang ada je yang dah tersedia layout,korang just tinggal nak letak gambar tapi bosan lah jugak tengok layout yang sama so kena lah perah otak fikir lagi. Last minute baru teringat nak search layout kat google. Jeezzzz


Aku stress oi buat benda ni,siap sakit tulang belakang lagi nak duduk hadap laptop. Nasib baik internet laju je kalau tak lagi terseksa aku. 


Lepas settle je semua terus click order! Ingatkan tak ada benda lagi yang kena bayar tapi terlupa pulak dengan shipping price dia T_T  rm12 kalau tak silap. So bayar lagi.


Dah selesai order tunggulah dalam 3/4 hari macam tu.



Finally :)



Yang ni aku guna layout depan yang dah tersedia ada .





Kalau kawan aku nampak ni habis aku -.-



Okay lah tu je gambar yang aku dapat sharekan. hahaha sorry.

Overall,memang cantik. Softcover kan . Oh ya yang aku beli ni size dia 8" x 6" small landscape.
Akhirnya,dapat jugak setelah aku berperang selama 3 jam edit semua ni. Fuhhhh


Hujung tahun ni nak buat photobook 2016 pulak. Takpe,kumpul je gambar banyak-banyak. Untuk kenangan kan .



p/s : cantik tak watermark? hahahaha thanks again Kak Bv.

26 Jan 2016

Oh Tupai

Assalamualaikum

Teringat pulak dengan post yang dulu dulu. pasal burung hahaha


Alkisahnya tadi aku macam biasalah,lepas habis berperang kat dapur aku terus masuk dalam bilik. Dan macam biasa jugak tingkap bilik aku terbukak,bukan tak sengaja eh tapi memang sengaja sebab malas nak masuk dalam bilik. Tunggu aku habis berperang kat dapur dulu barulah gi tutup tingkap tu hahaha . pemalas sebenarnya.


Lepas aku tutup tingkap tu tadi,aku tarik langsir tu pulak and menuju ke arah meja bilik aku macam biasalah. Then tiba2 macam terdengar bunyi langsir tingkap tu bergerak. Like seriously kuat jugak bunyinya. At first aku biarkan je,mungkin sebab angin dari kipas bilik kan. Tapi second time tu aku dah cuak. 


"Dah kenapa pulak langsir ni,jangan jangan tikus tak?" hahahaha aku dah cuak gila do,dah aku ni memang benci nak mampus dengan tikus. Tapi bila fikir secara logik,takkan lah tikus boleh panjat kot? Ke dapat? hahahaha


Aku tak berani nak tengok so aku gi panggil adik bongsu aku hahahaha . tapi my mom terdengar aku menjerit tadi so dia lah yang pergi tengok2 kan. Bawak penyapu okay? hahaha lol


Goyang punya goyang tupppp ada benda warna hitam coklat terjatuh. Ya allah,dah rasa nak tercabut jantung aku masa tu,cicak ke? tapi mustahil jugak sebab besar kot. Tikus? ya allah jangan lah.


"Eh tupaiiiiii! Ardian tupaiiiii! Tupaiiiiii tupaiiiiii!" my mom menjerit sambil panggil nama adik laki aku hahahaha . aku masa tu dah cabut lari dah dari bilik. Tupai ke tapai ke aku tak kira,keluarkan dari bilik aku sekarang jugak,kalau tak,memang tidur kat ruang tamulah jawabnya.


Dengar je my mom menjerit adik laki aku dua orang tu terus keluar dari bilik,amboi selama ni bukan main susah lagi nak keluar dari bilik korang tu kan? dalam 25 minit gitu lah diorang selesaikan masalah ni hahaha . aku ilek je tak berani nak pergi tengok. 




Cute ke? tak ah. macam tikus je aku tengok T_T



oh tupai,lepas ni janganlah gatal sangat nak masuk bilik aku eh? Promise?

22 Jan 2016

Cerita Hari Ini


Assalamualaikum


Kenapa eh kebelakangan ni aku rajin sangat nak update blog? Dulu tak pernah pun macam ni.
Huh,hari ni macam biasalah tak ada apa yang 'special' berlaku haha. Nak cari kerja part time pun susah. Sampai bila lah aku nak dapat pengalaman bekerja ni hah.


Yesterday,alhamdulilah hadiah notebook dari Sofie dah sampai. Thank you for the gift!



Cute kan? 
Siap bagi bookmark lagi,hehe thank you again Sofie :)


Semalam keluar dengan family so aku pun pergilah terjah bookstore nak beli novel. Lama dah tak beli buku fixi. Adalah jugak manfaatnya aku duduk rumah ni. haha daripada aku layan korean drama lebih baik aku tambahkan ilmu pengetahuan dengan membaca kan? sangat.


Seingat aku lah,selama 4 tahun setengah aku blogging ni rasanya aku tak pernah lagi post pasal makanan dalam blog ni. Ke ada? Tapi aku belek post yang dulu2 tak ada pulak. Selama ni kalau aku keluar pergi makan,selalu je ingatkan diri ambik gambar makanan tu dulu sebelum melantak. Tapi apakan daya hahaha nafsu mengawal diri so sebab tu lah aku tak pernah lagi post pasal makanan ni. hahaha





Novel the fault in our stars tu sengaja nak beli versi malay. almaklumlah english aku ni so so je hehe


31 january ni kawan sekolah menengah aku tu dulu nak nikah. Wah cepatnya haha sorang dah bertunang,sorang ni lagi nak nikah. Aku bila lagi? Ilek ah baru 20 tahun kot. Belum cukup umur lagi aku ni. Nanti parents mengamuk pulak hahaha calon pun tak ada ye


Oleh kerana itulah,aku gelisah dok fikir nak guna pakaian apa nanti. adohai bab2 macam nilah aku tak berapa nak suka. Yelah tak kan lah aku nak guna tshirt dgn jeans je kot? hahaha memang gila lah


Conclusion nya beli online aje lah ni. Aku dah order jubah dari zalora. Kaler hitam. Kenapa hitam? So that aku tak nampak gemuk sangat. 



simple je tapi harga pun boleh tahan gak. 







k bai





20 Jan 2016

Before & After


Assalamualaikum


Ye aku tahu blog aku ni dah lama bertukar wajah tapi baru sekarang nak officially bagitau
 hahahaha

Tak cantik mana pun blog sekarang tapi still berpuas hati sebab at last aku reti jugak nak edit blog sendiri. Dari dulu aku memang selalu tempah dari blogger untuk edit blog aku ni. Ingat senang ke nak main dengan coding?


Aku dah lama simpan niat nak tukar wajah blog sebab dulu aku guna blogskin. Blogskin ni cantik tapi yelah banyak jugak yang tak bestnya. Ingat nak mintak tempahan je kat blogger yang handal tapi no money no talk. hahaha 


So one day tu aku try gak edit kat second blog aku and hasilnya boleh lah. Second blog aku tu khas untuk giveaway je so aku malas nak hias cantik cantik kahkah

Thank to mr google & tutorial dari bloggers sekalian,akhirnya dapatlah jugak blog aku ni merasa guna baju baru pada tahun baru ni. 

Before.




After.



As you can see,aku masih kekalkan tema burung hantu kat header blog. hehe 
Kali ni aku nak kekalkan warna putih kat background blog. Biarlah,malas nak matching kan lagi


Oh ya,header tu bukan hasil tangan aku eh. Bab buat header ni aku tak reti lagi,otak tak kreatif so conclusion nya tempah dengan akak BV. Senang sikit. lagipun kak bv ni tangan berseni so tak ragu2 nak tempah dari dia. Hee thanks kakkkk!



Anyway,alhamdulilah followers blog dah cecah 1600. Thank you for those yang sudi follow blog aku ni. 





and thank you to blogger "the sound music" sebab dah jadi follower yang ke-1600 blog ni!
click the header below untuk singgah.



again,thank you :)

18 Jan 2016

Rezeki Blog #6


Assalamualaikum


Alhamdulilah masih ada rezeki nak menang giveaway. Tak banyak yang aku menang although dah join giveaway banyak mana pun kalau tak ada rezeki memang tak dapatlah jawabnya



Adalah dalam 3/4 hadiah lagi belum dapat. Actually dah lama aku draft kan entry ni sebab aku tak suka nak buat satu satu,nak gabung terus je senang lagi. Tapi takpelah publish kan je


Few months ago aku dapat email dari pihak zalora. Invitation utk collaborate dengan diorang. Bloggers semua tahu pasal ni kan? Ramai je yang dah dapat. At first aku teragak2 nak reply sebab tak sure nak ke tak tapi last2 reply je lah rezeki kan :)


Gaya Selendang Terkini


Dah dapat voucher RM100 tu aku terus grab dua benda. Tshirt dengan sandal. Aku dah tak tahu nak beli apa so hentam je lah hahaha






pergh tak menyesal beli :D



Novel ni pulak dari Mommy Irra. Alhamdulilah. Thank you mommy :) hehe
Sampai sekarang belum baca,balutan pun belum buka lagi :P


Itu je lah hadiah yang aku dapat. Tak ada rezeki sangat nak menang giveaway sekarang ni. Dulu selalu jugak menang tapi sekarang dah tak ada peluang dah. hihi


Oh ya,after aku dah dapat barang dari zalora haritu,aku terus order lagi sekali. Kali ni guna cash on delivery je. Lebih senang dan cepat. Aku ingatkan barang tu sampai dalam 4/5 hari tapi tiba2 haritu gdex call aku tanya rumah kat mana. Aku apalagi memang panik gila sebab aku tengah outing dengan kawan so cepat cepat gi call adik balik. Aku beli beg untuk hadiah birthday my mom and satu lagi beg untuk diri sendiri lah ofcourse :)



Aku decide nak beli beg ni for my mom memandangkan aku selalu tengok dia guna beg yang macam ni pergi kerja. Boleh tahan besar jugak. Tapi bila bagi je, dia kata lepas ni nak beg yang kecik,taknak beg yang besar. Ughhhh whyyyyy?



And this is for me lah kan. For all this year aku memang tak suka bawak beg pegi mana2 even keluar dengan kawan. Bawak phone dgn dompet je senang. Tapi kalau dengan family aku bawak phone je haha sebab tak perlu keluarkan duit :P 

Anyway,beg ni murah je k. RM29 kalau tak silap aku .









15 Jan 2016

CPUV Ke-4 & 5


Assalamualaikum


Finally,ada jugak rezeki. Kali terakhir aku dapat CPUV ni ialah pada tahun 2014. See? Lama gila kot. tu pun tak berapa banyak sangat.


Aku start letak iklan nuffnang ni pada tahun 2014 jugak. Masa tu aku tak reti sangat pasal CPUV ni. Yang klik klik tu paham lah. Masuk tahun 2015,aku dah tak pandang and bukak nuffnang sebab earning tak naik-naik. Lagipun tahun lepas aku jarang jugak bukak blog apatah lagi nak blogwalking. Busy sangat kan -.-


Hujung tahun 2015 aku dah start bw bagai sebab dah habis stpm so free time tu banyak sangat sampai lah sekarang ni hah. dok menganggur kat rumah. Masa ni lah aku start berikan perhatian kat nuffnang aku tu. Yelah aku pun heran jugak apahal eh aku tak pernah dapat cpuv? Padahal pageview boleh tahan jugak banyak,tapi tak tinggi sangat lah hahaha


After that aku cari lah cara nak tingkatkan cpuv nuffnang dalam blog then aku hantar tiket kat nuffnang. Alhamdulilah adalah jugak hasilnya. haha




Yang singgah ke blog aku tu jangan lupa klik nuffnang dalam blog ni tau! Hihi i will click yours too.


Thank you nuffnang :)

11 Jan 2016

Throwback # Tingkatan 6

Assalamualaikum

"I have finish my form 6 & now tengah tunggu result je lah."


That is what i always said to them yang selalu tanya aku buat apa sekarang. Penat tau tak? Asyik tanya soalan yang sama je. Lepas tu tanya lagi comfirm ke dapat masuk U lepas ni? Aku apalagi memang panas hati sangat. Hmm inshaallah kalau ada rezeki dapatlah aku masuk u.


Ni saja je nak buat post pasal form 6,dapatlah aku baca balik post ni dalam 5 tahun akan datang.
Aku decide masuk form 6 lepas aku tak terpilih dalam upu. Yelah semua ni salah aku jugak sebab aku pilih course yang tak layak dengan result spm aku. Now rasakan. hah


At first memang putus asa gila aku masuk form 6 tau tak? Malu pun ada dengan students sekolah tu sebab kawan yang lain semua dah masuk u,aku sorang jelah yang tersekat ni. hahaha

Lama-lama hilang jugak perasaan tu tapi sikap malas nak ambik tahu dengan pelajaran form 6 tu still ada lagi yelah suasana baru kan? Tambah lagi aku sorang je melayu sobsob :')  Almost semua budak cina.


First month tu banyak jugak students yang "keluar masuk" sesuka hati. aihh dah macam sekolah mak bapak dia pulak. Aku pulak still dengan perasaan tak puas hati tak dapat masuk u. Masa tu dah apply rayuan tapi tak dapat jugak damn it memang marah gila lah masa tu so final decision tu masuk je lah form 6 hahahaha tak ada pilihan lagi. Dalam kepala otak dah set dah kata ada hikmah engkau masuk form 6 ni.


First semester kitorang tak ada kelas,guna makmal sebab sekolah kitorang ni dah ditukar jadual dimana semua students form 1 hingga form 6 dimasukkan ke sesi pagi. no more sesi petang dah. Great memang sesak ah kantin masa tu. And unfortunately kitorang last batch form 6 sebab diorang dah tak terima form 6 yelah sekolah dah nak diiktiraf sebagai international baccalaureate .


Semester 1 aku memang bersemangat nak belajar altough still ada perangai gila gila sikit tapi bila result keluar alhamdulilah. Membanggakan jugak lah walaupun sejarah dapat F hahahahahahahahahahaha yang 3 subject lagi memang aku puas hati

Aku ambik subject sejarah,bahasa melayu,pengajian perniagaan & pengajian am


Tahun baru 2015 kite dah masuk upper six. Wahh bangga lah kan senior wehhh hahahaha 
Oh ya kitorang masa tu masih guna uniform sekolah warna peach although kementerian dah membenarkan form 6 guna pakaian formal tapi kitorang tak ah . lagi selesa guna uniform sekolah taklah nampak selekeh sangat hahaha


Alhamdulilah kitorang dah dapat "bangunan form 6" yang dulunya dijadikan sebagai rumah kepada pengetua sekolah kalau tak silap aku.




Kat tingkat bawah tu untuk budak yang ambik science,yang tingkat atas sebelah kiri pulak kelas aku,sastera. 

Sebelah kanan pulak for budak ekonomi. Tapi yelah masalahnya bangunan ni jauh sikit dari pagar sekolah. Penat aku nak berjalan dari pejabat guru dah lah aku ni ketua kelas lagilah sengsara ambik itu ini


Start dari semester 2 tu aku rasa "alive" sikit sebab dah dapat sesuaikan diri plus budak cina sama kelas semua baik baik belaka ceh hahahaha . no problem dengan diorang lagipun aku reti nak berbahasa cina so lagilah best. 

Tapi yang tak best nya diorang dok suka sakat aku hahahaha perangai aku ni gila gila sikit and friendly gituuuu hahahaha


Okay stop,nantilah sambung next entry. Dah panjang sangat ni haha 


[PART 2]

[PART 3]

2 Jan 2016

TRILOGI NGERI | Fixi Review


Assalamualaikum


Happy new year guysss! Finally dah masuk tahun 2016. Well haraplah banyak kenangan pada tahun ni.


Now,oleh kerana aku terlampau rajin so aku nak review novel fixi. Mungkin ramai yang dah baca kan trilogi ngeri #1 #2 #3 ? Aku baru je habis khatam trilogi ngeri #2 Mangsa.

Yang sambungan ketiga belum beli lagi -.- Actually aku start obses dengan fixi ni sejak bulan march 2015. Dah banyak buku fixi yang aku beli tapi aku terpaksa stop beli pada pertengahan tahun,alasannya nak focus dengan study. kahkahkah



You know what? Aku menyesal gila beli awal buku ngeri tu sebab sekarang cover depan buku ni dah ditukar pffff 

yang ni cover baru.



  

Tapi takpelah janji kandungan sama kan? Hahaha

Novel ngeri ni best sebab tak ada part yang "pelik-pelik" just pasal cara pembunuhan tu je yang seram sikit. Tragis sangat cara diorang bunuh tu sampai aku pun dok terbayang-bayang. Ending novel ngeri ni je yang buat aku tak tersangka yang Rehan pun bersubahat dalam semua pembunuhan tu. At first,Rehan rakam aje tapi lama lama dia pun macam ketagih nak rakam aksi pembunuhan tu,puas katanya. Erhhhh seram kot orang yang macam ni. 



  

Sambungan yang kedua pulak. Baru je beli minggu lepas . Sambungan yang kedua ni adalah part yang tidak sepatutnya dibaca oleh budak umur bawah 18 tahun. Aku buat tak tahu je

At first aku fikir watak utama dalam novel ngeri yang first iaitu Samuel & Joanne ada dalam sambungan ni tapi rupanya sambungan yang ketiga (Obsesi) baru lah diorang muncul.

Sambungan yang kedua ni mengisahkan orang baru pulak iaitu Nazwan dan Natalia yang merupakan BFF & FWB. Tahu apa FWB? Friends With Benefit. Fahamkan je lah ye haha

Serious sambungan yang kedua ni lagiiiiiiiiiiiiiii lah seram,i mean pembunuhan dia. Dan korang tak akan percaya siapa watak Jo dalam novel ni ahahahaha kalau nak tahu baca lah ye?

Rehan tu semakin menjadi pulak obses dia nak rakam aksi pembunuhan. Aku tak dapat nak bayangkan kalau wujud orang yang macam ni.

Aku tak nak review dengan lebih detail sebab tak nak jadi spoiler hahaha


 

Sambungan yang ketiga ni aku belum beli so ......... to be continue dulu 





See the differents between buku lama & baru? Huwaaaaaaaaaaaaaaaa you feel me?? Sakit hati aku











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...