29 Feb 2016

Last Minute

Assalamualaikum


Hello guys. Well seperti yang aku kata dalam post january story,result for penggal 3 aku ni boleh tahan jugak teruk. Tak berapa nak memuaskan lah maksudnya. Sebelum ni aku kata tak nak repeat any paper dah kan? Guess what,aku dah beli pin id untuk reseat 2 paper. Dengg it. Berkali-kali jugak fikir ni hah nak repeat ke tak,last2 pergi beli jugak takut menyesal nanti.


Aku repeat paper bm & sejarah. Ntah kenapa pulak bm aku boleh dapat C+. Tu lah,yakin sangat kan? Last2 result kemain lagi teruk dari yang disangka. 


Tarikh exam 8/3 & 9/3 ni. 1 minggu lagi. I REPEAT,1 MINGGU LAGI! Satu benda pun aku belum prepare. Kononnya masih awal lagi kan? Alaaaa,dua subjek je kot. Relax ah. Hahahaha kalau kau nangis lepas ni siap! :')


Harini baru keluarkan buku dari kotak ahahaha. Well aku ni jenis yang tak suka nampak buku2 sekolah thats why lepas habis exam je dulu terus campak dalam kotak & simpan dalam tu forever hahahaha





last minute study :') you can do it! lagipun 2 hari je,lepas ni bolehlah layan k drama & anime balik.



doakan aku dapat result gempak yaaaaa >.< hahaha



jangan lupa join giveaway ni jugak >>>  2nd Mini Giveaway by tashira

26 Feb 2016

Anime Anime Anime

Assalamualaikum


Aku dah pernah buat post pasal ni kat aktiviti selepas spm. Haha baru sekarang aku nak mencari.
Siapa dekat sini ada tengok Fairy Tail? Aku gila dengan anime ni pun sebab dulu adik aku dok selalu pasang kat tv. So aku pun terkenalah 'virus' anime ni. Hahaha 


But then,lepas habis je aku tengok sampai ep 175,adik aku kata dah tak ada sambungan lagi. Tunggu tahun depan (2014) baru diorang akan upload episode yang baru. Heh frust aku. Dahlah episode yang last tu buat aku curious tahap tinggi,last2 kau suruh aku tunggu berbulan nak tengok episode yang baru?


Setiap bulan gak aku dok taip benda yang sama kat google "fairy tail new episode" "fairy tail episode 176" hahaha 


Dah masuk tahun baru pun belum ada tanda2 ada episode baru. Adik aku pun dah muak asyik nak jawab pertanyaan yang sama je dari aku. Last2 aku pergilah layan korean drama. HAHAHA that is when I start gila dengan korean drama,variety show & idols. Kalau dah obses tu mana dapat nak berhentikan? muahahaha


So dalam masa 2 tahun tu aku dah completely lupa dengan Fairy Tail until few weeks ago aku terdengar adik aku tengah layan anime dalam bilik. Ejaan Fairy tail pun aku dah lupa tau tak hahahaha "Fairy Tale"




See? Latest dah sampai episode 97 and i manage to download all of em' in just a few daysss! 
Sekarang ni baru je tengok sampai episode 50. 


If you want to know more about this anime,please search kat google eh. Hehe malas pulak rasanya nak copy paste. Yang pasti anime ni memang best! Friendship,family, everything ada dalam anime ni. Kadang2 boleh menangis tengok ni tau tak(aku lah tu)





Hmm makin hari makin teruk rasanya perangai aku ni. Asal ada masa terluang je,bukak laptop. Lepas tu dah tak bangun2 dah. Terkaku depan laptop je T_T 


Dahlah paper repeat tinggal berapa hari je lagi :( bila nak belajar ni??????????

24 Feb 2016

Wordless Wednesday #5 Driving License

Assalamualaikum



Baru pergi renew license tadi. Erhh yang buat aku tak puas hati ni diorang guna gambar IC aku pulak. Dengg it. Sampai sekarang aku belum tukar ic tau tak? Terpaksa lah guna gambar ic aku masa darjah 6. T_T gila muka aku nampak hitam pulak tu


Tapi alhamdulilah nasib baik aku perasan lesen aku nak tamat tempoh. Yelah walaupun aku dah tak berani nak drive lagi kan T_T



22 Feb 2016

25 Things That Makes Me Happy

Assalamualaikum


Thanks for tag Budakkoko & Leo. Sorry sebab lambat pulak buat post . heh
So here we goooo




De rules

1. Create a new post + insert the theme picture above.
2. List 25 things that make you happy most of the time (it can be any language that you want)
3. Mention the blog that have tagged you (of course it can be more than a blog)
4. Tag at least other 5 bloggers & make sure they know they've been tagged!
5. You might also share your favorite quote of the week! (if none,then it's okay)

______________________________________________________

  1. of course have a lot of money $$$$$ kaching kaching haha
  2. working at a bookstore (just imagine betapa bestnya dikelilingi dgn buku) gila haha
  3. pergi concert my favorite idols
  4. dikelilingi dengan chocolateeeeee (it feels so good haha)
  5. rainy days
  6. creative ideas yang muncul secara tiba2
  7. new experiences
  8. baking (although i haven't bake in my entirely life)
  9. good friends,not the fake ones
  10. new post from my favorite bloggers
  11. 9 hours of sleeping 
  12. delicious foods
  13. korean dramas of course
  14. staring at G-dragon cute face 
  15. online shopping
  16. bila poslaju datang rumah, "barang aku dah sampai!" kihkih
  17. a family vacation
  18. cute babies (i love to make them cry T_T)
  19. followers blog cecah 6k
  20. day dreaming
  21. slim body (please lah lemak)
  22. ariana grande's songs
  23. driving (although aku masih trauma,i just can't >.<)
  24. result gempak
  25. sambung belajar (amin)

As for favorite quotes,buat masa sekarang tak ada lah. 






20 Feb 2016

Beli Smartphone Untuk Nenek

Assalamualaikum


Tajuk bukan main lagi bhahahaha
finally ada jugak bahan untuk dijadikan sebagai post kan.


Nenek aku nak kata tua tak jugak ah. masih cergas je aku tengok. Umur pulak aku tak ingat .Yang pasti memang masih bertenaga macam orang muda k hehe


Aku pun tak tau sebab nenek aku nak beli smartphone ni. tapi kali ni at least lah kitorang nak tunaikan jugak permintaan nenek. Orang tua kan. Hmm tiba2 rasa sedih pulak T_T


So tadi pagi keluar cadang nak gi beli. Kau bayangkan dah pukul 10 pagi pun aku belum bangun dari tidur? hahahaha sejuk giler. hujan tak berhenti dari semalam lagi thats why terlena sangat,lagipun semalam tido lewat sebab tengok anime.


Dah bersiap tu kitorang pun pegi lah kat shopping mall & my mum dah plan nak target beli samsung sebab ahli keluarga kitorang semua guna hp samsung. Iphone tu tunggu aku kaya dulu eh


Kitorang pegi kat kedai samsung & aku pun terus menuju ke area earphone & phone casing. Biarlah diorang yang pilih. Plan nak beli yang sederhana besar je sebab nanti takut nenek kitorang tak reti nak guna. Takpe nek,cucu nenek ni kan ada. hahaha you can count on me grandma.


Actually aku nak snap gambar tempat kitorang beli hp tadi tapi rasa macam ada orang tengah perhati aku so takyah jelah haha



Kitorang suggest beli cover macam ni sebab takut nanti terjatuh ke apa ke



Samsung Galaxy J1 Ace


I dont think that this is the latest kan? Tak kot. Aku melencong ke tempat lain time pekerja tu tengah explain. hahaha ni pun jadilah. At least nenek aku dapat jugak merasa guna smartphone although bukan brand Iphone. 


Price dah nak dekat dengan RM400+ kot. Original k
Colour : baby blue/turquoise


Ah date released October 2015. Click the link to see the specification Samsung Galaxy J1 Ace


Lepas ni aku nak ajar nenek how to take a selfie hahaha


Anyway tadi sempat jugak aku grab memory card 16 GB & a few novels to read. Oh yeahhh 
Kalau dah habis baca nanti lah aku review (if rajin)





Enjoy ur weekends guysss!






p/s : yang tag aku for post "25 things that make you happy" tu thank you eh. Nanti kalau aku ada masa aku buat entry

19 Feb 2016

Exo Concert??

Assalamualaikum


Dengggg it. Dah kenapa awal sangat diorang ni nak buat concert hah? Bulan march pulak tu. Hujung tahun tak boleh ke? Frusssssssssst


Tak dapat lah aku pergi ni. Hancurssss harapan. Harap2 tahun depan ada lagi lah. Nak tunggu Big Bang tahun lepas diorang dah buat kan? Tak tau lah tahun ni ada ke tak lagi sebab aku terbaca satu artikel tu diorang kata Top dah nak masuk army. Bila lagi? Nak tunggu 3 tahun lagi ke ni? Aahhhhh punah lagi harapan 


At least lah sekali dalam seumur hidup tengok konsert diorang. hahaha sebab dulu2 aku mana ada peluang nak pergi sebab masih sekolah plus parents tak bagi (bawah umur katanya T_T)


Nak pergi concert group lain tapi tak berapa nak minat sangat. Kalau Girls Day okay gak tapi diorang ni jarang kot buat tour. Aku ni minat big bang & exo je. Tapi tak fanatik okay. Album diorang aku tak beli,sebab buang duit. Support gitu jelah hahaha





T_T



Bloggers yang pergi concert exo nanti jangan lupa buat post eh. Share lah sikit kan. 
>.<


Next year je lah eh tashira. 




17 Feb 2016

A Diary.

Assalamualaikum


I think aku pernah buat post pasal diary ni. Ahh lantaklah. 
Masih ada ke yang tulis diari zaman sekarang ni? ramai jugaklah kan yang jadikan blog sebagai diari harian. 


Aku ni jenis yang tak suka sangat ceritakan benda personal kat public. Even nak letak gambar sendiri dalam blog pun rasa macam taknak je. Malu kot hahahaha. Sekarang ni aku nak elakkan create terlampau banyak account sosial media like twitter,facebook,instgram etc. Facebook aku dah 3 tahun kot deactive. Tak pernah dah bukak. Even gambar,status semua aku dah kosongkan. Banyak sebab sebenarnya aku tutup akaun facebook aku ni hahaha


Okay back to the topic. Aku start tulis diari ni pada hujung tahun 2014. Tapi,almost semua benda yang aku tulis tahun 2014 tu aku dah koyakkan. hahaha childish sangat kot. Merepek je banyak.
So aku start balik dengan wishlist for 2015.  Nak kata aku tulis banyak tu tak ah. Sebab hidup aku ni boring sikit so tak banyak cerita sangat lol




I try to find buku yang blank tapi susah gilaaaaaaaaa . Kalau ada pun yang blank semuanya tak berapa nak tebal plus tak menarik. Aku tak berapa suka dengan buku nota yang bergaris. Macam nak tulis karangan je. At least kalau blank dapat jugak aku nak lukis2.


At the back page buku ni aku catatkan wishlist (2016),my weight (setiap bulan haha lol),my social media account and etc. Sorry tak nak ambil gambar sebab personal haha


Buku ni masih tebal lagi. I have write about 43 pages aje kot. hahaha kau bayangkan dari tahun 2015 sampai sekarang baru 43 muka surat je? Oh my life T_T



Tempat paling safe aku nak letak diari ni ialah dalam almari yang berkunci. I try to find a book with a padlock too but satu pun tak cantik. Aku tak tahulah family aku ada ke tak try baca diari aku ni. Aku tulis dalam bahasa english tau tak bhahahahahahahaha ayat pun macam sampah je hahahahahaaaaaaaaa


Aku harap sangatlah dapat guna diari ni sampai tahun 2018 maybe. Tak nak guna banyak sangat buku. Leceh 


Dulu2 aku ada gak try nak buat journal. Jealous tengok journal orang lain yang dah tebal plus cantik lagi tu. Creative betul eh diorang ni. Nak pinjam otak tu kejap boleh? aku baru buat satu page dah putus asa dah hahahaha 



Ada sesiapa yang buat journal tak? Bagi link kalau ada buat post pasal journal tu. hahaha nak baca gak xD

13 Feb 2016

Bila nak beli ni?

Assalamualaikum


Tadi blogwalking ternampak post fixi review : aksara. Damn selama ni aku tak tahu pun novel tu ada sambungan ketiga. Fine. Kalau aku tak nampak post tu tadi memang sampai sekarang lah aku tak tahu. Thanks by the way.


Yeah aku ngaku sekarang ni aku obses gila dengan novel fixi. Jalan cerita novel fixi ni lain daripada yang lain,plus cover novel pun misteri. Ofcourse lah tertarik nak baca kan? although kebanyakkan jalan ceritanya berbaur lucah sikit >.< 


Hmm aku tengah sedih gila kot sebab tak dapat nak beli lagi koleksi2 yang aku nakkan. No money no talk okay? Budak penganggur takyahlah nak berangan shopping online. hahaha sindir diri sendiri.


Kalau suruh parents beli nanti rasa bersalah pulak. Tak pasal2 nanti diorang tanya aku tengah baca novel apa. Parents aku ni susah sikit. Diorang takut aku ni mudah terpengaruh dengan benda yang tak baik. I'm old enough lah. Sekarang aku dah matang sikit so dah boleh guna otak. Dulu tu lain. haha


At first aku cadang nak beli kat mph bookstore. Seingat aku kat sarawak ni ada 3 buah je kedai mph. Tak jauh tapi malas nak keluar -.-  Kalau nak tau aku ni jenis yang tak suka pergi ke tempat yang crowded. Jangan tanya kenapa. Hahaha






gila kau tak murah? dah murah gila ni. Sebenarnya dah lama tahu pasal ni tapi bila ada duit je duit dah habis beli benda lain yang tidak berfaedah. Kalau macam ni tiap2 hari memang pokai lah aku. Pantang nampak duit sikit dah plan nak beli macam2 >.<



Ada sesiapa nak sponsor beli tak? hahahaha lol


dear 6-pack-fixi,tunggu aku ye. Inshaallah lepas ni kau akan jadi milik aku!

9 Feb 2016

D'Lite Tea | Review

Assalamualaikum


Few days ago my mom bought this tea untuk aku kuruskan badan. Kahkah
Actually sebelum ni aku pernah bagitau dia nak beli Dr Burn sebab tengok banyak sangat testimonial kata berkesan. So nak jugak ah try. Tapi harga pun boleh tahan RM80+,belum termasuk postage lagi tu . Thats why i ask my mom to buy it for me cause yeah aku penggangur sekarang ni. 


Tapi haritu tiba-tiba dia dah terbeli D'lite Tea ni pulak. So try jelah daripada tak ada kan. Harga RM70+. Beli kat Cosway kalau tak silap aku. 








The taste not bad lah. Tak pahit. Tapi bau herba kuat gila. Terpaksa tutup hidung sambil minum. Erh nak kuruskan? So sacrifice sikit. 


1 uncang tu boleh ulang guna sebanyak 3 kali. Takyah membazir. 
First day minum tu belum ada apa2 lagi sebab aku minum pada waktu malam. So the next day barulah sakit dia datang. Pagilah. Kau bayangkan aku dok ulang-alik masuk tandas 5 kali dalam sehari. Serious. Perut rasa tak selesa sangat so berlari lah masuk dalam tandas.


But trust me,once kau keluar dari tandas tu memang lega gila rasanya. hahahaha yelah perut rasa ringan sikit selepas membuang kan? Tapi aku suggestlah kalau korang dah plan nak keluar the next day tu baik jangan minum. Kang ulang-alik masuk tandas dalam shopping mall. hahaha


Hari khamis lepas aku plan nak pergi bank sebab nak beli pin upu & pin ulangan so aku tak minum benda ni. Nasib baiklah perut tak buat hal. Dahlah duduk kat bank bukan main lama lagi -.-




Tapi kena ingat,jangan lupa nak bersenam & jaga pemakanan lah. Tak ada hasilnya kalau korang dok minum air ni tapi masih lagi melantak semua makanan. hahaha


Overall,best kot minum ni. At least aku tiap2 hari "membuang" kan daripada sebelum ni memang jarang aku nak membuang. Boleh dikatakan 2 kali je dalam seminggu.


anyway,wish me luck untuk turunkan berat badan k! That is one of my wishlist for this year T_T



7 Feb 2016

Throwback #Tingkatan 6 (Part 2)

Assalamualaikum

Okay ni sambung ke part 2 pulak .


Part 1

Kalau tak silap aku result sem 1 keluar bulan march 2015 kot. Okay wait baru ingat aku ada buat post pasal result sem 1 T_T hahaha | result penggal 1


Alhamdulilah result okay except sejarah. macam biasalah aku ni memang bod*h sikit kalau masuk bab sejarah2 ni. Maaf. Masuk tahun 2015,semester 2 bermula. Kitorang dah ada bangunan baru khas untuk budak form 6 dalam sekolah tu. Asssaaaaaa! 

First day sekolah tu awkward sikit,yelah bangunan baru kan. And seperti biasa guru kelas kitorang tanya siapa yang nak volunteer jadi ketua & penolong kelas. Aku diam je masa tu sebab terpukau sikit tengok guru kelas kitorang. Chinese tapi masuk islam,macam model tau tak? Gila tak terpukau


Anyway,kawan aku kata dia teringin sangat nak jadi ketua kelas (actually saja je sebab nak sijil -.-) so aku pun bagitau lah cikgu tapi malangnya aku pun terkena sekali so terpaksa lah setuju jadi penolong ketua kelas. Sah banyak sangat kerja nak kena buat T_T

Sekarang dah ada kelas sendiri so apa lagi,memang aku dah plan awal nak balut & hias meja aku bhahahaha benda macam ni aku memang excited 

Nak tau aku duduk kat mana? Tuuu kat belakang sekaliiiiii hahahaha dari awal lagi aku memang target nak duduk belakang. Tapi kan sejauh mana pun aku duduk,aku tetap jadi mangsa cikgu -.- kuat sangat berangan dalam kelas. "Tashira,dah sampai ke mana sekarang? korea?"  hahahaha i wish i can lol

Start masuk sem 2 ni aku terpaksa biasakan diri bangun pukul 3 pagi. Allah,stress gila tau tak buat kerja kursus,especially sejarah & PA. Selalu sangat tak cukup tidur so ambil lah kesempatan tidur dalam kelas.

Aku start rasa malas nak belajar bila masuk sem 2 ni. I don't know why. Sem 1 dulu malas jugak tapi setiap kali kalau exam aku akan prepare 1 minggu lebih awal dari tarikh exam. But sem 2 ni aku banyak main je rasanya. Asal balik dari sekolah je rasa macam tak ada satu ilmu pun yang masuk dalam otak. Thats why result sem 2 aku menurun dengan teruk sekali. 

Teringat dengan kata2 cikgu pp , "tashira,perangai tu kena ubah. Ingat tu." Although kata2 cikgu tu taklah sepower mana tapi cara cikgu tu tengok aku lain macam sikit. Like kecewa & dah putus asa nak ubahkan aku. Hmmm

Now that kitorang dah ada kelas,aku selalu beli & bawa makanan banyak2 pastu simpan bawah meja untuk dijadikan sebagai stok bila lapar. Kau bayangkan aku makan nasi lemak 3 kali dalam satu hari! Gila,memang gila, Stok keropok tu takyah cakaplah,memang banyak. Tak terkira. Dulu form 5 dalam 57kg,now dah naik 68kg. Speechless T_T


Muet test aku dapat band 3 je. 6 markah lagi nak dapat band 4. Dengg it. Aku paling tak suka ah dengan listening test. Kalau speaker kuat & clear takpe lah,ni tak. Dahlah aku ni memang sah pekak lagilah tak dapat dengar sebab buat ujian dalam dewan sekolah. Arghhhhh





K sambung part 3 nanti hahaha bai

4 Feb 2016

Reply 1988 | Korean Drama

Assalamualaikum


Mesti yang peminat tegar drama korea dah tahu pasal drama ni kan? Drama ni sekarang boleh tahan popular tau tak. Aku baru sekarang nak tengok. Biasanya kalau aku dah habis khatam mana2 drama korea,aku akan rehat selama 3/4 hari untuk menerima kenyataan yang drama kesukaan aku dah habis T_T  you guys know how its feel right?




Sinopsis drama .


In 1988, Duk-Sun (Hyeri), Jung-Hwan (Ryoo Joon-Yeol), Sun-Woo (Ko Gyung-Pyo) and Dong-Ryong (Lee Dong-Hwi) are high school students and Taek (Park Bo-Gum) is a go player. These five people have been friends since they were little kids. They all grew up together and are neighbors to this day. Their families are also very close to each other. They always hang around Taek's room and spend time together.Duk-Sun’s family is poor and they live in a semi-basement house. Duk-Sun's father Dong-Il (Sung Dong-Il) lost money due to guaranteeing someone else's debt. Nevertheless, Duk-Sun has a bright personality and enjoys singing and dancing. She always gets into fights with her older sister Bo-Ra (Ryoo Hye-Young).Jung-Hwan’s family became rich overnight. Jung-Hwan is crazy about soccer.Sun-Woo is a model student at school, good son and good brother at home. Sun-Woo’s mother has raised Sun-Woo and his younger sister alone after Sun-Woo’s father passed away.Dong-Ryong likes dancing and hanging out with his 4 friends. He gives up going to a university due to his poor academic score.Taek is a famous go player known as God. Since he dropped out of school, Duk-Sun, Jung-Hwan, Sun-Woo and Dong-Ryong are his only friends.
credit to asianwiki.


First episode je dah best. Hahaha drama ni boleh tahan lawak. Tak rugi korang tengok. Aku memang peminat Girls Day,so bila tahu Hyeri berlakon dalam drama ni lagilah excited nak tengok. 

Dalam drama ni bagi aku Choi Taek (Park Bo Gum) je yang handsome. Ah no,i mean cute. kahkah
Yang lain tu boleh lah. Tidak menepati citarasa aku hahahaha kidding. Sekarang ni baru je sampai episode 6 okay? Rasa lama pulak aku tengok drama ni. Selalunya dalam satu hari aku boleh habiskan dalam 5 episode tapi drama ni susah sikit. Tak boleh skip-skip sebab nanti terlepas nak tengok scene yang lawak.


Aku tak dapat nak review banyak sebab baru je start tengok tapi overall memang recommed lah drama ni. Although segala benda dalam drama ni dalam tahun 1988,tapi tidak membosankan. Drama ni lebih ke arah relationship dengan family & kawan. You will learn a lot from this drama.

oh ya,setiap kali kalau ada scene yang lawak,setiap kali tu jugaklah ada suara kambing "mengembek" kat background sound drama ni hahahaha i cant stop laughing if suara tu muncul hahaha lol








Download & watch


2 Feb 2016

Giveaway 2016 Tahun Impian Kita by Mawar Assufi



Impian aku pada tahun ni? Actually nak kata ni impian tak jugak but more to something that i really want to do this year.


Which is,experience different kind of part time job. Tak kira lah kerja kat supermarket,bakery,saloon or anything but cleaner tu tak nak eh. Hehe 


Contoh,satu bulan tu kerja kat bakery. The next month berhenti then kerja kat saloon,then cari lagi pekerjaan yang berbeza. Macam best je kan? Ke tak? Ke bagi aku je best? hahahaha


After one month dah berhenti tu,i will start making a journal & diary. Yelah nak simpan kenangan bekerja kan. For me pengalaman tu berharga sangat sangat. Tak kiralah masa kau bekerja tu kena marah dengan bos sepanjang hari or tak ada kawan tapi at least kau tabah and gagahkan jugak nak try kan? Nanti beberapa tahun kemudian kau dapat baca & kenang balik semua pengalaman yang kau pernah lalui masa tu. Is it weird? hahaha rasa macam pelik je impian aku ni.


Not only you get your experience,duit tu? Tak happy ke dapat duit? hahaha kalau aku perghhhh takyah cakaplah. Aku jenis yang akan catat and ambil gambar tentang semua benda yang pernah aku alami. Kalau bad memories tu takyah lah,dah tersemat dalam otak dah. Aku kalau bad memories memang aku akan ingat sampai bila bila. Trust me. Kalau happy moments tu kadang ingat kadang tak.


I know benda ni susah nak capai sebab zaman sekarang susah gila nak cari kerja, Especially ekonomi malaysia dah menurun lagilahhhhhhhh erhhhh.


Walaupun sekarang aku dah rasa give up sikit nak carik kerja,but i hope that i can still at least get 2 or 3 different kind of jobs though this year. Hmmm i hope so.



taggie







January Story

Assalamualaikum


Hmm a lot of "not so good" things happen to me lately. Padahal 24/7 diam rumah aje tapi still ada jugak masalahnya. Yarabi


Aku start cari kerja awal bulan januari ni. Nak kerja part time je. Pengalaman kan. Unfortunately,setelah 2 kali tidak berjaya/ditolak aku dah putus asa dah. aahhh duduk rumah jelah lagi senang. Aku memang jenis yang cepat sangat give up. First aku g minta kat bakery tapi masalahnya diorang tak nak cari yang bekerja part time so aku pun chau,ada hikmah kot.
Then isi borang kat kfc pulak,masalahnya diorang sampai sekarang tak kol,kurang asam buang masa aku je!

Lepas tu dah tak cari lagi. Malas


31 januari,ahad. Best friend masa tingkatan 3 nak nikah. Aku siap beli baju bagai nak pergi nikah dia tau tak tapi last last tak pergi sebab tak ada transport. Bapak aku g sabah,kereta ada kat rumah tapi haram lah nak tengok aku ni drive jauh jauh. Erm tak jauh sangat pun rumah kawan aku tu,dalam 10 minit dah sampai. Tapi almaklumlah aku masih trauma. Tak guna punya hati,takut sangat nak drive kan? Last last kau jugak yang rugi cisssssss

So baju aku terbiar gitu jelah. Takpe,nanti raya kita guna pulak hahahaha



Then hari ni result penggal 3 keluar. Pukul 10 pagi tadi dah boleh check. Plan nak bangun awal tapi tetap bangun pukul 930 pagi jugak cissss takguna. Sebelum tengok result tu ada pulak perkara yang tak diingini berlaku cissss sekali lagi. Sakit hati gila



Pukul 12 pm tadi check result kawan aku dulu. Aku siap catat nombor ic diorang lagi tau tak? hahahaha


Okay fine. Check result aku pulak. Dupdapdupdap sebelum isi nombor ic. Ya allah. Aku taknak repeat lagi ni hah.


And booommmm! Frust gila tengok result. Sejarah aku memang dah tau dah dapat berapa. Dah boleh agak dah dapat berapa. BM aku tu hah,korang tahu tak masa exam haritu aku TER-miss satu muka surat. Lepas masa tamat je baru perasan ada satu page lagi tak disentuh. Cisssss memang cisssssssssss


Dahlah tawakal je kali ni. Aku taknak repeat paper lagi. Penat tau tak especially sejarah. Lantak ah.
Tunggu result ulangan hari jumaat ni pulak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...