25 Jun 2016

#BAKING - Resepi Oreo Cookies

Assalamualaikum


Fuhh makin terabai blog kesayangan aku ni heh
anyways ni hah aku sediakan resepi oreo cookies yang simple as abc. Semalam dah try buat,kalau fail memang tak ah aku nak share kat blog hahaha


Resepi credit to sedapnya resepi ini. Do check their page sebab banyak resepi yang diorang sharekan.
Kalau nak tunggu aku buat resepi sendiri memang sampai 10 tahun akan datang pun tak akan jadi hahaha



Oleh kerana my mom tak ada kat rumah so haruslah paksa adik2 tolong kakak dia ni menjalankan misi nak buat cookies. Sebab tulah aku sediakan kertas a4 kat atas meja so that senang nak kemas nanti. Nak letak newspaper tapi buruk sangat nak ambil gambar T_T


1. Oreo - 1 pack besar (dipatah-patahkan)

2. Oreo - 1 pack kecik (actually tak guna semua,sikit je lepas tu buangkan cream putih & kisarkan dalam blender)

3. 2 cawan besar tepung gandum

4. Susu tepung setengah cawan (aku guna oat yang dah dikisar sebab lupa beli susu tepung -.- )

5. Gula castor setengah cawan

6. Esen vanila

7. 1 buku buttercup


Okay now,next step.


Kacaukan 1 buku buttercup tu tadi .



Masukkan gula castor setengah cawan then kacau. Kalau boleh rasa dulu mana tau terlebih manis ke.



Then masukkan esen vanilla setengah sudu teh yang kecik & gaulkan.



Pastu masukkan tepung gandum 2 cawan tadi & gaul sekali lagi.
Masukkan secara berperingkat lah ye.



Masukkan susu tepung (aku guna oat) & gaul.



Lastly,masukkan oreo yang dah dipatah-patahkan tu tadi & gaul sampai jadi macam gambar kat bawah ni





Alright dah siap! Sekarang korang hanya perlu bulat-bulatkan adunan macam gambar kat atas ni hah. Then susunkan dalam loyang macam gambar bawah ni


Jangan lupa sapukan margerin kat loyang tu dulu. Tak kisah lah korang nak buat bulat tu size kecik or besar ikut citarasa korang nak macam mana. Lepas tu korang tekankan sikit adunan tu guna sudu so that nampak macam cookies sikit.

Ingat lagi tak oreo yang dah dikisar tu tadi? Hah taburkan sikit2 kat atas adunan tu. Sorry tak ada gambar.


Lepas tu bakar pada suhu 150c (20-25 minit). 


Okay nak buat pengakuan sikit hahaha actually cookies aku ni memang dah berjaya dah cuma rupa dia buruk sikit je. Dah try dah pelbagai cara nak cantikkan gambar cookies ni tapi tak menjadi. So conclusion nya aku tak nak ah letak gambar cookies aku tu hahahaha 



Credit kepada owner


Rupa cookies memang macam yang kat atas ni tapi buruk sikit je lah haha takpe first try kan.

Don't worry memang sedap okay.  Aku suka sebab ada campur oreo kan haha











18 Jun 2016

Rezeki Blog #9

Assalamualaikum


Nampaknya aku hanya boleh bukak blog setiap hujung minggu jelah ni. Tapi bila bukak blog rasa macam malas pulak nak taip & blogwalking hehh parah dah ni.


Lagipun nak siap kan beberapa list sebelum hari raya nanti hehe eleh puasa baru 13 hari dah fikir raya T_T


Rasa macam nak update juadah buka puasa tapi heh malas lah. Tak sempat nak snap gambar makanan tengok dah licin so takyah lah. Tunggu aku update biskut & kek raya je nanti. hihi


Okay stop. Aku postpone entry ni dah lama dah sebab aku taksuka nak buat post ni banyak kali so lepas dapat semua hadiah giveaway haritu aku terus decide nak buat post ni. Although tak semua hadiah giveaway aku sampai tapi malas dah nak pedulik ah biarkan je tak ada rezeki kan.


First,hadiah dari Kak Sally. Jap tak ingat pulak contest yang mana satu. Tapi yang aku ingat antara hadiah dia haritu ialah nature republic & simplysiti. Sebenarnya aku menang product nature republic tapi ada sedikit kesilapan so dapatlah barang simplysiti. hehe



Thank you kak sally :)


Lepastu dapat cash RM20 from giveaway yang dianjurkan oleh Kak Nad. Alhamdulilah thanks kak.


Lastly ialah dari giveaway Kak Dylla. Dapat tafsir Al-Quran. Alhamdulilah thanks kak.



Alhamdulilah rezeki :) Thank youuuu so much. 





3 Jun 2016

Driving

                  

Assalamualaikum

First of all,gambar tu tak ada kaitan dengan tajuk post hahahaha can't wait for exo's comeback♡

Second,aku update post ni guna handphone okay. awkward gila

okay kembali kepada tajuk.

There are a few things/situation yang aku lakukan + takutkan ketika memandu. Aku tak tahu whether ni normal ke tak hahaha

1. Selalu tengok belakang

Setiap kali kalau drive je mesti pandang cermin sebab nak tengok belakang. Ye aku focus jugak tengok depan kalau tak memang nak cari naya lah. Pasalpa aku selalu tengok belakang? Sebab aku takut nanti orang kat belakang overtake sebab aku drive lambat. Actually aku tak kisah kalau diorang nak overtake tapi ntahlah rasa macam aku je yang bersalah kalau drive lambat2. pelik betul kau ni T_T

2. Line jalanraya

Okay ni yang aku tak berapa nak suka. Aku kadang2 jenis yang confuse tau tak nak guna line yang mana satu. Lagi2 kalau cat line tu dah tak nampak lagilah aku stress. Pernah sekali sikit lagi nak kena langgar sebab aku tersalah masuk line orang. Aku lebih suka kalau ada kereta kat depan aku. At leastlah nanti bila lampu isyarat tukar hijau aku dapat ikut bontot kereta depan tu je hahahaha

3. Motorbike kat depan

Hah ni pun aku takut jugak. Kadang2 ada je motosikal ni bergerak kat tengah2 jalan (of course lah kan lol) Kan terpaksa nak overtake dia. Aku memang tak boleh ah nak overtake motosikal ni,bukan tak reti tapi kesian pulak rasanya lol apalah kau ni. Especially kalau yang guna motosikal tu golongan orang tua. Asal aku overtake je diorang secara automatic aku akan terus kata 'sorry pakcik' sambil pandang diorang jap although diorang tak dengar pun-.-

4. Hujan + malam

perghh this is the worst situation ever. Lagi2 bagi yang berkaca mata macam aku ni. Boleh silau tau tak? Especially kalau kereta banyak ya allah memang tak boleh ah. Nak je berhenti dulu tapi takut pulak rasanya sebab dah malam hahaha

5. Tak tahu jalan

this is the worst sitution too! aku kalau nak jalan jauh je mesti dah sediakan waze dulu kalau tak memang nangis lah call parents sebab sesat hahahahaha 



Tu je lah haha sebenarnya ada banyak lagi tapi oleh kerana aku annoying sangat taip guna handphone so takyah jelah 

lepas ni aku akan jarang blogwalking so tunggulah dalam beberapa minggu/bulan lagi barulah aku blogwalking + komen puas2

kalau korang ada update post baru ke jangan lupa tinggalkan link kat cbox or komen tau! 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...