23 Jul 2016

Dramas

Assalamualaikum


Ehem lama dah tak merepek dalam blog. Update pun dah jarang. Tengoklah kalau ada masa nak update lagi minggu depan. 


Siapa dekat sini lebih suka download drama & tak suka tengok secara online? Me! haha bukan tak suka tapi macam tak best je tengok online ni. Lagi-lagi kalau asyik buffering heh habis lah laptop kena dera oleh aku. Aku memang jenis yang tak berapa nak sabar okay. Jangan main-main eh sebelum ni laptop aku dah bogel dah sebab didera last-last aku pegi buang letak dalam plastik. Sekarang tak tahu kat mana dah laptop tu,dalam bilik stor kot hahaha




Aku start download drama lepas aku habis spm dulu sampailah sekarang. Tak tahu dah berapa banyak drama aku download. Baru tahun ni terfikir nak listkan drama yang dah habis didownload. Kadang-kadang ada jugak terhegeh pergi mintak kat kawan yang gila korea. Dapatlah jugak hahaha best kalau ada kawan yang sama kepala ni hahaha 


Tak lama ke nak download drama tu? Lama lah jugak nak download habis kan,dalam 3 4 hari camtu habis lah. Tak banyak episod pun,paling banyak 20 ep je kan? Satu episod kena tunggu dalam 16 minit macamtu. Sambil download sambil tengok drama lain dulu. Sedar tak sedar dah habis download dah. Itu cara akulah,kalau orang lain aku tak tahu.





Yang ditick maksudnya dah habis tengok dah. X tu maksudnya tak best & tak tengok sampai habis plus dah didelete hahaha tengok awal episode je tapi boring sangat so delete je


Selalunya aku listkan dulu drama yang baru keluar,ni pun aku tahu daripada soompi (kpop news) & sometimes aku try gak search kat google. Drama yang paling banyak orang recommend lah yang akan aku downloadkan. Actually banyak lagi drama yang aku dah download,tahun lepas lah especially. 


Aku save semua drama ni dalam hardisk. kadang aku terpaksa delete okay sebab hardisk full gara-gara runningman T_T (ep 1 sampai the latest mana tak full?) . Rasa macam sayang je nak delete sebab dah bersusah payah download last last delete macam tu je?? Heh 



tahun ni rasa macam banyak je drama yang baru and best like let's fight ghost,W,Doctors,Squad 38,Wanted etc. Aku tak tahu nak buat macam mana kalau dah habis download & tengok. Sebab aku bukan jenis yang suka tengok drama berulang kali okay. Kalau variety shows tu lain lah like RM. 


Korang pun macam aku ke? download lepas tu delete jugak? ke masih dalam laptop sampai sekarang? helpppppppp




nampak sangat aku gila k drama gara-gara post ni. haha tsk tsk

22 Jul 2016

Print Like Original - AppleToner

Assalamualaikum


Well harini ada benda sikit yang aku nak bagitau. Haritu aku terjumpa satu website bernama Appletoner yang caters to most household printing needs. Maksudnya diorang jual most mainstream printer ink, printer and machine brands. Tapi mostly diorang lebih focus jual toner cartridge. But not just any toner,they mainly focus on compatible toners. Compatible toners is a printer ink yang dibuat oleh third party companies mengikuti specs of the brand they’re designing it for. This means lower costs in terms of branding and distribution for them because diorang buat on a much smaller scale.


Okay katakan kau ada samsung printer,and you run out of ink in your toner cartridge. Instead of pergi beli kat kedai, you can just visit them kat Appletoner for Samsung toner cartridge and just cari je mengikuti the type and serial number. Nanti diorang akan bagi offer both the original and also yang compatible. Kat situ dah boleh nampak the price difference (almost half off tu!).


Tapi kalau masih ada yang was was, the site ada offer 1-year warranty untuk semua product printing yang diorang jualkan. Appletoner is a local company yang ada kedai walk in dekat Klang cause diorang ada buat repair services jugak. Tapi most of the time,they mainly buat business diorang online. Siap boleh bagi next-day delivery kalau order sebelum tengahari on weekdays lah.


Satu yang aku suka pasal diorang ni is that diorang ada buat step-by-step page how to place an order with them. Yelah its not a big deal actually tapi sometimes ada je yang tak tahu macam mana nak order especially bagi yang jarang order online kan?





 Ni step by step macam mana nak order



So next time kalau korang nak beli toner cartridge untuk printer korang,tak kisah lah printer jenama apa like Samsung printer ke HP ke,order je dari diorang ni. Harga pun boleh tahan jugak murah daripada yang dijual kat kedai plus senang lagi beli online kan? Zaman sekarang semua beli online haha so lepas ni jangan lupa visit website diorang if ink printer korang dah habis :)

13 Jul 2016

The Coffee Factory,Kuching.

Assalamualaikum

*gambar extra large okay haha*


Well aku teragak-agak jugak lah nak buat post ni sebab aku tengok bloggers yang review pasal ni semua dok post dalam english okay hahahaha kau sorang je guna bahasa rojak tsk tsk


I knew about this cafe like baru tahun ni okay hahaha location dia terpencil sangat thats why tak berapa nak perasan. Aku fikir tempat ni jual perabot untuk buat cafe -.- lol hahaha


Lepas dapat tahu pasal tempat ni terus fikir nak pergi dengan siapa eh? lama jugak dok postpone & finally masa raya ketiga tu dapat jugak pergi hahaha . orang lain raya kan aku pulak pergi layan minum latte T_T Raya tahun ni tak ada feel sangat hmm



gambar signboard tak ada okay sebab panas gila masa ni
Sebelum pergi of course lah cari review kat google dulu kan senang sikit lah kalau macam ni



masa nak ambil gambar ni orang ramai berpusu-pusu nak masuk ah lantak lah blur



masa ni tak banyak orang so yeeeaaaaa . aku suka sangat dengan suasana dalam ni. tempat ni ada dua tingkat. tempat duduk pun banyak jugak lah. kalau weekend ni comfirm ramai orang. kadang2 adalah jugak students yang datang buat study group. bestnya diorang,jealous ai. 



masuk terus order. masa ni aku tengok macam tak banyak pulak pekerja diorang ke ada? actually kitorang plan nak duduk kat belakang tingkat atas tu hah tapi section closed okay urgh











lepas order kitorang duduk kat tingkat atas & apalagi ambil gambarlah kan sementara tunggu order sampai. i haven't try their foods yet masa ni kitorang nak makan kek je 



mine,green tea latte. RM9. Creamy & i really like it! siapa yang peminat green tea you must try this.



Hot Chocolate,RM8.50



Ultimate Choc,RM8.50

Cheese Crackers Cake,RM7.90

I don't know sedap ke tak sebab aku tak rasa pulak 




this is mine,Oreo Cheese Delight,RM8.50

this is really yummy! well oreo kan of course lah campur cheese lagi tu,perfect combination!




lepas ni comfirm akan datang lagi sebab nak try makanan diorang pulak hahaha 


4.5/5


yang nak datang tu korang google lah sendiri location okay? or guna wazeeee ke

3 Jul 2016

Kek & Biskut Raya

Assalamualaikum


Selamat berbuka puasa korang. Alhamdulilah aku dah kenyang dah pun hahaha nasib baik dapat tahan tadi sebab sibuk sangat kemas rumah & beli barang-barang raya plus dengan cuaca panas ya allah memang mandi peluh je lah aku dari tadi.


Aku rasa sekarang ni semua busy dengan persiapan hari raya. Nak kemas rumah lagi,buat kek & biskut lagi kan? Best gila dapat buat kek sendiri haha aku mampu berhuhu jelah teringin jugak nak try buat sendiri tapi sampai ke tahun ni pun tak terbuat. 


Tadi sempat lah jugak pergi beli kek lapis & biskut. Aku buat post ni pun sebab lepas ni aku takkan update pasal raya lagi hahaha malas arh plus tak sempat. Dari aku mula berblogging sampai sekarang tak pernah lagi post gambar raya dalam blog hahahahaha lol



oleh kerana penat tahap nak pengsan aku malas nak letak watermark & bukak kek lapis ni satu persatu hahaaha sorry



Aku tak ingat berapa jenis yang kitorang beli sebab kek ni semua dah masuk dalam peti sejuk so aku just ambil a few of them. Aku tak ingat nama okay hahaha yang aku tahu color purple tu blueberry cheese,yang merah tu strawberry apa ntah yang green pulak kismis. Satu jenis ni je kitorang ambil 4 paket(?) sebab tak berapa besar sangat. Satu RM10. mahal ke? I dont know. Im not a fan of kek lapis actually. Kalau kek chocolate haa tu aku suka hahaha



Yang atas sekali aku memang ingat sebab aku yang ambil hahaha red velvet cheese. Tak tau rasa dia macam mana kenyang aih malas nak try hahahaha . dari tadi asyik perkataan malas je keluar heh
Yang tengah tu tak ingat yang bawah chocolate cheese maybe? Masa masuk kedai kek lapis tu baru perasaan kek yang warna warni tu tak ada. Most of the kek dah habis sikit je yang tinggal masa kitorang pergi beli tadi




this is so nyummyyyyyyy belum raya lagi aku rasa dah habis licin dah ni hahaha my brother actually dah bagi warning tak bagi makan cookies ni T_T red velvet cookies tapi rasa tak macam red velvet hahahahahaha lol tapi sedap okay



ice nestum. siapa pernah makan ni? Nak bukak try tapi takyah lah hahahaha raya nanti nak bagi apa? hahahaha lol



yang ni memang wajib. semua suka kan



semalam ternampak kak irine nadia upload biskut kacang ni kat ig cun pulak terjumpa apalagi belilah haha tapi yang ni aku makan sorang2 tak nak kongsi ah kedekut

okay sampai sini je sebab internet lembap nak mati so malas dah nak upload gambar . 

kalau bab biskut ni aku lebih suka berbanding dengan kek. Especially cookies ohmy memang kegemaran aku tu haha 

Actually aku plan nak bagi kek lapis ni kat rakan blogger tapi tak sempat dah ni maaflah inshaallah tahun depan okay. 


oleh kerana takut tak sempat nak bagi ucapan ni sebab aku memang yakin aku takkan bukak blog masa raya nanti (maybe adalah bukak tapi kejap je kot lol) sebab kepenatan plus kekenyangan sampai tertido haha lol so dengan ini aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya kepada semua yang baca blog aku ni. Especially to kak Kimchaa,kak Nad,kak Zizie,kak Sofie,Tomo,kak BV,Mazni & kepada semua yang selalu singgah kat blog aku ni. Maaf kalau sebelum ni aku pernah terkasar bahasa or kecilkan hati siapa2 yang baca blog aku. 

Maaf zahir & batin. 


0-0 okay? okay? hahahaha



take a good care of yourself guys & jangan makan banyak sangat raya ni nanti :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...