23 Nov 2016

Fame Matte Lip Cream | Review

Assalamualaikum


Hello everyoneeeeee haha uishh tak sabar pulak rasanya nak tengok Mama Award nihh *kpopers* tapi yelah tahun ni big bang tak ada so layan exo jelah hahahaha  okay tak ada kaitan. 


ini bukan review berbayar eh. aku guna duit sendiri beli sebab dari bulan lepas lagi teringin sangat nak beli tapi bila fikir banyak kali last-last kata nanti je lah,kalau beli barang macam ni aku memang kena fikir banyak kali tapi kalau bab makanan or baju-baju zupppp laju je duit habis -.-


aku jarang okay nak spend my money beli barang makeup. say no to makeup stuff sebab aku tak reti plus belum rasa macam nak main dengan makeup lagi hahahaha kalau skincare hah tu boleh lah. selalunya aku beli lip balm & face powder je.

oh ya matte ni maksudnya lipstick jenis kering yang dapat tahan lama kan? idk. 



aku beli yang dua jenis ni. satu batang RM29. Aku beli guna cod so tengahari tu order petang dah sampai. tapi yang aku tak berapa suka sangat charge cod dia mahal jugak lah. hm its okay janji dah beli haha




aku selalu stalk ig fame ni. actually mula-mula tu aku plan nak beli skincare diorang je tapi oleh kerana aku tengah guna produk lain sekarang so tak payah je lah. nak beli yang kylie jenner punya tapi harga yang ori mahalnya omg takyah membazir haha 



dari mula lagi aku memang aim nak beli yang jenis nude ni. sebab selalu tengok orang lain pakai nampak cantik plus sexy je hahahaha i really like this one! sorry eh jangan harap lah aku nak tempek muka aku dalam blog ni hahaha



aku beli gossip sebab aku tak suka jenis yang terang sangat like merah gila or pink gila. yang gossip ni cantik & light je bagi aku. aku bagi my mom try guna yang ni hahaha sebab dia memang suka guna lipstick yang terang menyala,kalau aku pulak no no sebab malu hahaha

tadi ada lah try guna kejap and bagi aku memang cantik gilaaaaaaaa. puas hati aku keluarkan duit beli matte lip cream ni! color memang cantik and tahan lama,tapi yang aku tak berapa nak suka is bibir aku ni jenis yang kering sangat 



kalau dah habis nanti aku nak try beli yang candy pulak . yang desire tu jangan harap lah hahaha merah gila kot tak berani pulak aku nak try,hmm tak konfiden sebenarnya T_T



10 Nov 2016

Craving Satisfied!

Assalamualaikum


woot woot

siapa suka oreo angkat tangan! haha boleh dikatakan aku memang gila oreo. kat malaysia ni ada jugak kan oreo daripada jack n jill. cream-o nama dia kalau aku tak silap. tapi jujur aku lebih prefer oreo yang original tu. cream-o tu pulak aku tak suka cream putih dia,rasa macam susu tepung baby (aku tak suka minum susu haha). kalau yang selalu makan oreo comfirm tahu kan perbezaan rasa antara oreo ori & cream-o? 


ok stop.


aku ni selalu craving benda yang manis je. kalau makanan lain aku memang akan cepat lupa tapi kalau benda manis ni sampai bila-bila pun aku rasa macam nak makan sekarang jugak! no excuse.


beberapa hari yang lepas ntah macam mana aku tiba-tiba rasa macam nak makan brownies. boleh je try buat sendiri tapi ya allah rasa malas gila nak pergi supermarket cari bahan hahahaha so lebih baik aku beli. aku try gak cari yang ada buat cod area kuching sarawak,nasib baik jumpa sebab sekarang ni aku lebih prefer beli barang secara cod. 


oh ya ni bukan review berbayar ke apa eh. lama sangat blog ni tak diupdate sebab tu muncul post ni haha


gambar ni credit kepada owner yang jual tu hahaha dah habis makan baru teringat nak ambil gambar T.T

aku lupa sebenarnya bagitau nak brownies kedut . aku beli size kecik je takut tak habis makan pulak sebab manis kan



mini cheese tart. alang-alang tempah brownies so beli lah sekali cheese tart ni. flavor blueberry & chocolate. yes memang sedap. harga rm7. tak mahal sangat kan?


3 hari lepas tu aku craving nak makan chocolate chip cookies pulak,dah macam orang tengah pregnant pulak rasanya -.- actually nak makan famous amos cookies,but again aku malas nak keluar hahaha pergi shopping mall just nak beli famous amos baik takyah. sebelum ni aku pernah spend almost rm100+ dekat famous amos sebab sedap gila wei. telan air liur je lah.


aku mintak tolong kat kawan aku carikan orang yang ada buat cod cookies hahaha alhamdulilah ada sebab aku dok scroll dekat ig semua tak ada,hampir putus asa jugak aku masa tu >.<




okay ni sedap gila. rangup + rasa memang sebiji macam cookies dari famous amos. yang ni aku beli banyak sampai 3 botol(?) sebab boleh tahan murah jugak. thumbs up!




hari sabtu tu adalah jugak rasa nak makan big apple donut but honestly aku tak berapa suka dengan donut tapi dah ada depan mata so makan je lah hahaha


kau rasa kan dengan semua makanan ni aku dapat kurus tak? 
(takyah jawab sebab aku dah tau jawapannya lol)




3 Nov 2016

Nightmare Teacher | Korean Web Drama

Assalamualaikum


Haritu ternampak post soompi list kan korean drama sempena halloween and this is one of it. Actually ni bukan drama but web drama. Web drama ni dalam satu hari je boleh tengok habis sebab satu video tak sampai satu jam pun,dalam 13 minit je. 


Image result for nightmare teacher

at first aku fikir drama ni memang seram nak mampus sebab tengok gambar tu je dah rasa semacam plus pasal sekolah lagi tu lagilah seram hahaha kat sekolah kan ada banyak benda yang seram


"Nightmare Teacher" is about the mysterious things that happen in a typical school. The students fall into a sweet but mysterious seduction in which their dreams happen as soon as they dream it.


pelakon utama dalam drama ni ialah 3 orang yang paling depan dalam gambar kat atas tu. yang belakang tu pulak mangsa-mangsa cikgu tu. btob minhyuk oppa sangat-sangat handsome dalam drama ni hahaha

okay aku tak kan bagi spoiler banyak sangat,sikit-sikit je lah okay?
drama ni ada 12 episodes je.

drama ni bermula apabila guru kelas diorang terpaksa bercuti sebab mengalami kecederaan so diganti dengan cikgu baru sementara (gambar atas). aku teka cikgu diorang ni bukan manusia,i don't know. well setiap pelajar of course lah ada masalah masing-masing kan? tipulah kalau kau kata kau tak pernah ada masalah kat sekolah hahaha eh


so cikgu ni macam tahu lah pelajar tu mengalami masalah apa. 
ada sorang pelajar ni yang bernama Chae Soo,dia selalu rank 2nd place dalam kelas. Ada satu kali tu dia try lah nak cheat kan,as expected cikgu dia memang dah tahu pun so dia panggil lah Chae Soo ke bilik kaunseling. For your information,semua benda pelik yang akan berlaku dekat sekolah tu akan bermula if cikgu tu bawa student masuk ke dalam bilik kaunseling. Cikgu tu bagi minuman tin kat Chae Soo and after that dia tiba-tiba dapat ingat semua benda yang dia baca (if only benda macam ni wujud hahaha). tapi ada syarat lah,satu hari just dapat minum satu tin je. well budak tu tak dengar kata so sedikit demi sedikit semua memory dia hilang including nama2 classmate & bestfriend dia.


cikgu diorang ni macam sengaja nak ambil kesempatan ke atas masalah yang student dia alami. dia macam dapat merealisasikan lah impian2 student dia and setiap student yang setuju akan disuruh sign contract dengan darah.


setiap student yang sign contract tu akan hilang satu demi satu. seolah-olah diorang tak wujud selama ni. and dua orang student (gambar atas) tu macam dah sense lah ada benda yang pelik berlaku kat kelas diorang.


ending dia seriously aku tak berapa nak faham hahaha can someone explain it to me? aku rasa cikgu dia ni tak jahat,maybe just nak bagi pengajaran kat student dia. eh yeke? hahahaha tak boleh jadi ni,kena tengok lagi.

overall drama ni best lah jugak untuk buang boring. yelah aku sebenarnya masih tak boleh move on dengan drama scarlet heart,ending dia omg aku masih tak dapat terima hahaha


kalau nak tengok nightmare teacher boleh pergi ke link ni http://dramacool.to/drama-detail/nightmare-teacher
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...