12 Jan 2017

#Throwback Bila Kena Tangkap Meniru

Assalamualaikum


haritu kemas kotak buku dalam bilik stor then tiba-tiba teringat dengan kisah zaman sekolah rendah. Tapi kebanyakan yang aku ingat ialah kenangan pahit lah tak ada kenangan manis sangat tsk tsk


masa tu dalam darjah 5 kalau tak silap. and trust me itulah kali pertama & kali terakhir aku meniru (masa sekolah rendah je lah😂) . Tapi aku meniru pun ada sebab okay haha bukan saja-saja nak meniru. dulu aku tak adalah pandai mana pun,biasa-biasa je. selalunya dapat antara nombor 7 or 8 je lah. nak dapat nombor 4 je pun susah ok,tak kuasa aku nak bersaing dengan budak2 cina dalam kelas haha


pagi tu lepas habis je kelas,cikgu Yang tiba2 je kata esok ada ujian karangan. Bayangkan kau perlu hafal satu page karangan bahasa cina tu then the next two days kau perlu tulis semula exactly macam dalam buku tu. Karangan tu panjang gila tau tak. Tu first time kitorang ujian macam ni. Thats why aku nervous plus aku tak reti macam mana nak hafal benda tu hahaha. aku dok tanya kawan aku yang lain dah hafal ke belum last-last diorang kata nak meniru je so aku pun macam terpengaruh jugak hahahaha 


kitorang bertiga dah berjanji nak meniru sama2 so bila tiba waktu ujian tu aku dah sediakan buku bawah meja. berani jugaklah aku masa tu sebab duduk belakang sekali kan. lepas tu tau tak apa yang terjadi? few minutes lepas start ujian, matahari tiba2 terpancar kat tempat aku duduk tu,memang silau sebab waktu pagi kan dalam pukul 9 gitu lah. Cikgu aku pun perasan lah so oleh sebab dia rasa kesian kat aku so dia suruh aku pindah duduk depan sekali. baik nya cikguuuuu hahahahahaha deng it.


tapi itu tak menghalang aku daripada meniru sebab aku tak nak hantar kertas kosong je kat cikgu tu nanti. dok tengah syok tutup buka tutup buka buku dari bawah meja,tiba2 budak laki kat belakang aku (a.k.a crush masa sekolah rendah 😅😅) angkat tangan and tunjuk aku sambil kata "cikgu,tashira meniru."


kau rasa macam mana perasaan aku masa tu? hahaha rasa takut,marah,gelisah semuaa ada. rasa macam nak tumbuk je budak tu. masa dia bagitau cikgu tu aku memang pusing kebelakang jeling dia,boleh pulak dia tak pandang aku,tak tahu whether dia rasa takut or bersalah hahaha


memang malu gila ah. semua budak dok pandang aku macam aku ni penjenayah. cikgu Yang dah sedia rotan dah,dia siap kata "selama ni cikgu percaya dgn kamu,tak sangka pula kamu pandai meniru." i still remembered everything from that day. rasa bersalah terus muncul hahaha nak nangis tapi tahan je lah. 


tapi yang tak bestnya kawan aku tak kena tangkap,aku sorang je lah. cikgu Yang adalah jugak tanya whether ada siapa2 lagi yang meniru,tapi aku diam je,biar aku sorang je kena cehhh hahaha . tau tak apa yang kawan aku cakap bila cikgu tu dah keluar? "kau ni dah tau duduk kat depan,takyah lah nak meniru lagi,last2 kan dah kena tangkap. nasib baik kitorang tak kena." kurang asam kau T__T


oleh kerana cikgu tu taknak aku meniru lagi,so dia suruh budak laki yang report aku tadi duduk sebelah aku bila ujian hahaha tak guna. tapi lepas kejadian tu aku memang work hard lah dok hafal buku tu. rupanya tak adalah susah mana pun hahaha kau tu bodoh sebenarnya hahahahaha


and thanks kepada cikgu Yang,aku mula rapat dengan budak laki tu haha tapi tak adalah rapat sangat,just kitorang dah mula bertegur je lah. 


rindu pulak dengan kawan-kawan sekolah rendah 😩😩




p/s : al-fatihah diucapkan kepada Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

28 comments:

  1. Hahahaha mesti kelakar bila ingat balik. Kita yg baca ni pun dah senyum sorang. Aish kaki report betul budak laki tu hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah mmg kaki report budak tu hahaha. rasa menyesal gak bila teringat balik T__T

      Delete
  2. Hahaha! Funny bila throwback balik zaman dulu ken. Pernah jugek meniru masa sekolah rendah but gratefully, tak kena tangkap, lol.


    New Update: How My Senior Year?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha nasib baik tak kena tangkap >.<

      Delete
  3. Kenangan meniru masa form4 paling tak boleh lupa... Sampai beberapa orang rakan sekelas yg lain kena rampas kertas exam and kena koyak... Sangat menakutkan bila jadi mcam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau masa sekolah menengah mmg seram omg,nanti ntah2 kena panggil ke bilik guru disiplin -.-

      Delete
  4. hhahahhaaha lawak na. sempat juak meniru ya oh, beraninya
    kmk dolok sikpernah rasanya meniru camya, selalu share jawapan ngan kawan2 jak la, ya pun takut2 XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa kak hahahaha :P masok sekolah menengah nang sik brapa berani dah.

      Delete
  5. haha ,, nasib baik ada cikgu Yang , yang tolong dekatkan dengan crush .. :P

    ReplyDelete
  6. hahahahahahaha aduhai budak laki tu. rasa nak pukul je hahahaha. saya pun pernah hampir tertangkap pass pass jawapan dengan kawan. nasib baik kawan pandai cover.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun geram gak masa tu hahaha. nasib baik tak kena tangkap hehe

      Delete
  7. hahaha dengki nya boboy tu. biasa lah zaman nakal nakal

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah,zaman budak2 lagi masa tu >.<

      Delete
  8. Nasib baik sy tak prnah trtangkap sbb tak prnah cuba meniru pun (budak baik)

    ReplyDelete
  9. Temu sorang gik blogger Sarawak. Tangkappp. Gotchaaa.. Dah macam main pokemon go. Anyway, I wanna say hi to org Sarawak, I just followed you. Semoga berjaya dalam dunia belog. :D oohaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh hai! i will follow you back,thank you :) hehe

      Delete
  10. hahahah nmpak sik hikmah nya disia....cikgu ya kasi chan ngan kitak soh berkawan bait ngan crush...huuuuuuu bestnya dapat kawan ngan crush kedirik! hahahahha

    anyway...kmk pun pernah juak meniru time matematik...guna kalkulator bah...^_^! anang klaka...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ada lah juak hikmahnya kak hahaha :P maths? masa sekolah rendah kah kak? hahaha

      Delete
    2. aok...time ya sik tauk kenak rasa math ya susah alu...sampe darab ngan bahagi pun guna kalkulator...
      pasya kantoi..apa lagik..kena masak cikgulah...

      Delete
    3. time sekolah nang sikdapat k kalkulator hahaha yalah time ya agik perlu hafal sifir nak kak haha

      Delete
  11. hahaha malu habis bila kena kantoi dengan cikgu xD nasib baik tak kena rotan kan
    haihh kawan2 lain yg meniru tu pun kejam jugak biarkan akak sorang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg malu habis hahahaha >.< diorang takut sebenarnya haha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...