12 Feb 2017

GIVEAWAY PRE-LOVED BUKU 2017


[KLIK BANNER UNTUK JOIN]

Due date // 4.3.2017


ehem. lama tunggu akak buat giveaway ni hehe.

lepas fikir punya fikir,aku nak buku Awek Chuck Taylor & Reinkarnasi. Ehm,tahun lepas memang dah letak buku ni dalam wishlist tapi oleh kerana tertarik dengan buku2 yang lain maka sampai sekarang belum terbeli lagi haha okay i know alasan je tu. tapi dah akak kimchaa nak bagi free so why not kan? kalau ada rezeki dapatlah hihi 🙌

sorry kak,saya memang lemah sikit nak buat ayat2 menarik ni 😡🙈


takpelah, kite bagi 💕 je kat akak muahahaha 



good luck everyone!

8 Feb 2017

Pencarian Bloglist Blog Baru by Farhana Jafri

assalamualaikum



nampak pasal post ni dari blogger kak sayidah,terus klik and join. nak jugak cerita perjalanan aku sebagai blogger kat sini hahaha plus hadiah pun menarik so let's go!



[klik banner kalau nak join yep]


Perjalanan sebagai seorang Blogger


aku start blogging since 16 november,2012. masa aku form 4. after aku balik dari kem pencegahan dadah ke ntah hahaha,masa tu dah otw nak balik,aku duduk sorang dalam bas sambil berselimut sebab masa tu musim hujan plus bas ber-aircond. aku termenung sorang-sorang. 


tik tok tik tok .... 


then,terfikir 'ah balik ni nak buat blog lah. nak cerita pengalaman aku pergi kem ni' then terus capai notebook and tulis segala pengalaman tu.  Balik rumah aku terus pengsan sampai malam sebab penat yang amat hahahaha puii 


actually aku tak ingat whether aku ada satu or dua blog sebelum ni tapi yang aku ingat masa aku form 4 tu aku tak berapa aktif sangat,bila masuk form 5 tu hah aku dah start aktif. aku design blog aku masa cuti sekolah,ala bukan design sendiri pun,aku ambil template dari website omputih. kaler hijau okay. bangga gila masa tu hahaha


nak cari follower pun aku taktau. aku masih ingat lagi ada sorang akak blogger ni tegur follower widget aku tak berfungsi (follower widget yang comel tu) so dia takdapat nak follow back. aku dah blur dah masa tu macam mana nak buat ni? blog id tu ape? hahaha bangang . so conclusion nya aku guna follower widget yang warna biru tu je lah


nak join giveaway pun aku bengap jugak. first giveaway yang aku join is giveaway dari kak uzu. mula dari situ lah aku banyak join giveaway,seriously banyak tau tak macam sakai je hahaha tapi alhamdulilah gara2 join banyak giveaway lah follower aku meningkat and ramai yang singgah kat blog. happy gila

oh ya,nama blog ni diambil sempena nama dari website 'ohbulan'. so tukar nama belakang dia tu jadilah 'ohthrillers' (masa cari dalam kamus rasa macam nama ni cool gila tapi sekarang menyesal pulak). rasa nak tukar url ni lagi tapi ahhh biar je lah 

kawan-kawan aku tau aku ada blog,tapi taktau lah diorang ada baca ke tak,i don't care. aku sorang je yang ada blog. dari aku mula berblog sampai lah sekarang ada 124 post je hahaha caya tak? sebab banyak yang dah delete,menyampah nak baca balik post masa zaman jahiliah dulu2


sampai sekarang aku bangga dengan blog aku ni,sebab ni je lah yang aku ada haha ceh kadang2 kalau dapat 1 komen je pun dah happy sangat,at least ada lah jugak orang baca kan? so setiap kali kalau dapat komen memang bersemangat ah nak up post yang baru lagi


dari ber-blog ,

 aku pandai main dengan code (sikit je),

aku dapat banyak hadiah,

aku dapat ramai kawan baru,

aku dapat baca pengalaman orang lain,

aku dapat kongsi ilmu (ilmu? biar betul kau hahaha,ilmu apa yang kau kongsi oi)


_____________________________________________________________________



tsk tsk. sebak pulak rasanya hahaha harap2 lah aku dapat bertahan lama dalam dunia blog ni. ramai favorite blogger aku dulu2 dah tak berblog,rindu pulak rasanya nak baca post diorang 😢


tag 💕💕


Kak BV ❤

Mazni 💛

Kak Sofie 💜



ooppss tak sangka panjang pulak aku taip,haih



6 Feb 2017

Voice | Korean Drama

Assalamualaikum


drama goblin dah habis dah kan? nak buat review tapi takyah lah,semua orang dah tahu dah pasal drama ni. Sekarang nak review drama Voice pulak. 


Voice ni ditayangkan di OCN. Kebanyakan drama dari OCN ni berunsurkan crime,detective & thriller. Macam drama tahun-tahun lepas : Vampire Detective, 38 Task Force, Bad Guys. Aku selalunya memang wajib tengok drama dari OCN sebab drama diorang memang tak pernah mengecewakan.


Image result for voice korean drama poster
credit,fanpop


first two episode memang daebak! Actually aku nak tunggu sampai drama ni habis ditayangkan but i cannot sebab aku terpengaruh dengan komen2 kat dramafire hahaha semua kata best,next ep pls, so last-last tengok je lah,lepas tu mengamuk sorang2 depan laptop sebab tak sabar nak tengok next episode.



A drama centered around the police of a 112 emergency call center. Two detectives teamed up to catch a serial killer who murdered their family. Moo Jin Hyuk (Jang Hyuk)’s life spiraled out of control after his wife was murdered. He starts to put himself together after he meets Kang Kwon Joo (Lee Ha Na), US-graduated voice-profiler, who lost her police father to the same serial killer years before.
They work together on the 112 (emergency telephone number) call center team.


some of the crimes yang ditayangkan dalam drama ni ialah berdasarkan kes sebenar yang berlaku di korea (correct me if i'm wrong) . First episode diorang tunjukkan isteri detective Moo Jin Hyuk dibunuh oleh serial killer. Ngeri gila cara dia bunuh tu ya allah. Sebelum isteri dia dibunuh,dia sempat lah jugak call 112 dan yang jawab call dia tu ialah Kang Kwon Joo (bapa dia pun dibunuh oleh serial killer tu) tapi yang buat aku geram diorang tak bertindak dengan cepat,boleh pulak diaorang (call center team) bertenang & tak buat apa2 bila pompuan tu call so last2 mati dibunuh jelah.


few years berlalu, Kang Kwon Joo balik dari US sebagai professional voice-profiler. dia dapat dengar benda yang manusia biasa tak dapat dengar sejak dia berumur 12 tahun (selepas dia accident)


\so far so good,macam drama detective yang sebelum ni jugak but yang ni dia fokus kat bahagian call center team. harap-harap lah ending dia tak mengecewakan macam vampire detective tu,ending tergantung macam tu je.


now aku dah tengok sampai episode 6,and the ending is killing me,i want the next episode! scary jugak aku tengok nenek tu sampai bunuh orang hahaha muka pun scary -.-


aku lebih enjoy tengok kes-kes baru yang diorang selesaikan daripada diorang siasat pasal serial killer tu sebab part tu diorang bertindak lembab sikit plus diorang selalu bergaduh dengan polis yang lain ugh scene tu memang dah biasa dah aku tengok dalam detective drama


go and watch it. drama ni je lah yang aku tak sabar nak tengok setiap minggu,drama yang tengah on going sekarang ni tak berapa best sangat. eh tak,innocent defendant pun best gak.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...