Dia Suka Dengan Engkau!

| on
21:54

Assalamualaikum

***

Nak dijadikan cerita masa ni aku darjah lima lagi kot. Dulu primary school my parents hantar kat sekolah cina. Sampai sekarang aku tak pernah menyesal diorang hantar aku kat sekolah cina. Kahkahkah

Cause setiap kali during secondary school kalau aku speak chinese dengan diorang,they was like "Eh?! What?"

Kadang kadang aku diam je kalau diorang tengah berbisik,mana tahu diorang tengah kutuk aku -.-
Engkau fikir aku tak faham ke? HAHAHA

Okay sambung balik. Time primary school aku memang rapat gila dengan budak laki. Best siot kawan dengan diorang sebab kawan pompuan aku semua jenis yang moody,congek. Erkkk

Semua aku anggap kawan biasa biasa je. Adalah sorang laki ni,dalam kelas aku duduk kat tepi dia.
Kalau dah duduk sama mestilah rapat kan? Selalu juga aku ajar dia BM,bergurau senda tu apalagi.

Then masa tu kalau tak silap,aku tengah borak kot. Tak hingat -.-
Tiba2 je kawan pompuan aku yang sorang tu jerit "Wei tashira, ***** suka kat engkau lah!" (in chinese)
And i was like "Hahhhhh?!"  Korang teka apa reaksi budak laki tu?

Dia senyum. Like this :)))))   . HAHAHAHA
Malu do. Satu kelas dengar kot. Lepas tu aku buat drama pulak. Pura2 nangis masuk dalam tandas padahal masa tu aku tengah blur "Suka? Dia suka kat aku?" HAHAHA

Balik rumah makan tak kenyang,mandi tak basah,tidur tak lena. Cehhh
Of course lah kan masa tu aku darjah 5 wei! Aku mana tahu pasal cinta cinta ni. Setiap hari kat sekolah selalu kena pressure dengan cikgu. Kerja rumah banyak tambah lagi dengan tuition.

Start from that day aku dah tak tegur lagi budak tu. Padan muka. Dah bagus aku nak berkawan dengan engkau tapi engkau yang cari pasal cakap suka dengan aku apahal? HAHA




Adios