Blank !

| on
15:56

Assalamualaikum

Harini kitorang dah start belajar. Setiap kali cikgu tengah terangkan kat depan , masa tu lah otak aku rasa BLANK. *Krik krik krik*

Apahal susah gila matapelajaran form 6 ni? Perrggghhh
Tambah lagi ada budak yang annoying gila dalam kelas kitorang. Sabar jelah.

Cikgu bagitau nota memang kitorang sendiri yang catatkan. And kitorang dah tak guna buku nota dari koperasi sekolah lagi. So pandai pandai lah nak handlekan nota sendiri.

Bab ni memang leceh sikit. Aku dah blur plus stress gila nak fikir pasal ni.
Aku memang tak suka tengok nota aku bersepah sana sini.

Korang ada idea tak macam mana nak organize file or notes? Macam kat U juga. 
Aku dok cari kat google tapi tak jumpa yang berkenan .

Sekarang ni file,kertas,notebook,bookmark memang dah bersepah kat atas meja belajar.
Rasa nak berhenti pun ada juga ni. Sabar tashira,sabar.

Errhhhhh


p/s : Siapa siapa yg tag aku kat liebstar award tu,in shaa allah hujung minggu ni aku update.




Adios