Tag Answers | Part 2

| on
12:39

Again,gambar Top :P


Assalamualaikum

Kali ni nak jawab soalan daripada Yoo pulak. Thanks for tag ya :)


1. Apakah impian anda yang paling anda nak?
Berjaya dalam hidup. Berjaya dari segala-galanya. haha
nak jadi seorang business woman. Inshaallah satu hari nanti kan.

2. Apakah perkara-perkara atau benda comel bagi anda?
Perkara-perkara? Kalau orang boleh tak? HAHAHA
Top,G-Dragon & Sehun. Dah start dah gila dia ni dgn kpop hahaha

3. 15 tahun kemudian,agak-agaknya macam mana keadaan anda ya?
Ntah lah. Tak terfikir pulak. Tiba-tiba rasa sedih je ni haha xD


4. Buku ataupun cerita yang membawa seribu makna dalam hidup anda?
Kalau buku tak ada kot. Jadikan sbg inspirasi maybe ada. Kalau cerita tu boleh termasuk drama kan? Drama Shut up Flower boy band & good friends. Try lah tengok. Both drama ni tentang persahabatan.

5. Alat muzik apa yang anda harap anda dapat mainkan?
Semuaaaaaaaaaaa. Especially piano,gitar & drum.


6. Apakah/siapakah yang memberi anda inspirasi untuk terus berblogging?

Kak Fatin Liyana :) hehe


7. Genres kegemaran anda?

Romantik komedi. 


8. Ceritakan pengalaman yang membanggakan diri anda?
Dapat sambungkan pelajaran ke tingkatan 6. Banyak sangat kenangan pahit & manisnya .


9. Adakah anda ada trauma/fobia kepada apa-apa?
Kalau fobia being alone tu adalah sikit-sikit haha. Aku tak biasa kalau ditinggalkan sorang-sorang. Even nak berjalan ke sesuatu tempat pun perlukan teman jugak. haha menyampah kan? lol


Baru perasan soalan ada 9 je. hehe

Anyway thanks for the tag! Harap jawapan saya ni dapat memuaskan hati awak. Sorry kalau jawapan saya ni banyak sangat merapunya. hahaha peace (Y)




























Tag Answers | Part 1

| on
23:26


Assalamualaikum

Malam ni nak jawab soalan yang telah diberikan oleh Aishah . Thanks for the tag btw :)

Okay kite start dgn soalan daripada Aishah.


1. Apa movie kegemaran korang?
Kalau movie rasanya tak ada kot. Sebab jarang tengok tv haha if drama korea tu banyak. Tak dapat nak senaraikan. Nak tengok ke drama korea ni kalau aku listkan? hehe

2. Perangai org yang macam mana korang paling tak suka? Berikan 2 sebab.
 Busybody & sensitif. Of course semua org tak suka kan dgn org yg busybody ni. Org yg sensitif ni pulak jenis yg kita perlu sentiasa menjaga pertuturan kata so i dont like that. Sikit-sikit nak merajuk,nak marah erh menyampah haha

3. Warna kegemaran korang?
Pink & grey. Pink of course lah i ni kan feminin gitu haha pui. Tapi lately aku lebih tertarik dengan warna grey. I dont know why

4. Berapa org sahabat korang? 
Sahabat tu bestfriend@kawan sejati kan? haha confuse mak haha
Kalau bestfriend tak ada kot. Cause aku tak caya sangat dgn org skrg ni. Kawan biasa biasa tu adalah. Ramai.

5. Pernah bergaduh dgn adik-beradik? Sebab.
Mustahil tak pernah. Selalu,always,everytime,everyday! haha sebab bergaduh tu byk sgt yang tak masuk dek akal. Biasalah bergaduh kejap je nanti okaylah tu.

6. Nak masuk pintu syurga @ pintu neraka? Bagi 6 amalan yg korang buat untuk masuk pintu yg korang pilih.
Yang ni takyah tulis pun dah tahu nak pilih apa kan? Siapalah yg tak nak masuk syurga.
Amalan yang perlu dibuat utk masuk syurga ialah spt solat,berbakti kpd ibu bapa,jaga pegaulan dan lain-lain :D

7. Adakah korang suka bersenam untuk dapat badan yg sihat? Jenis senaman?
Yes. Memang nak sangat tengok badan sihat dgn melakukan senaman. Tapi selama ni tengok orang buat senaman jelah,nak tunggu diri sendiri ni buat entah bilalah tu kan hahaha 

8. Apa yang korang inginkan masa hari jadi korang?
Nak senaraikan semua ke? Boleh je haha
Money (like a lot), Iphone, Macbook, kereta, novels, shoes, money, money, money, money .
Alamak terlebih pulak money tu hahaha lol

9. Kalau korang nak disuruh sampaikan dakwah,siapakah yg korang nak dakwahkan dulu?
Tettttt. Otak blank kejap. Hmmm

10. Apa yang korang rasa kurang dalam blog aku ni?
Tak nampak apa2 yang kurang pun. Cantik je. Especially gambar mata tu. Cun gila. 



Thanks for the tag Aishah! hihi peaceeee ^^








































NANO WHITE FRESH | Review

| on
13:00
Assalamualaikum


Couple days ago aku ternampak my little cousin (not that little lah,dah form 4 skrg haha) guna product yang sangat menarik pada mata aku. i mean packaging dia comel gila kot. Terus je pergi serbu dia tanya guna product apa. Maklum lah aku ni jenis yang main hentam je nak guna apa janji muka tak berjerawat :P haha



Lepas dengar explanation dari dia aku decide nak try guna jugak. So the next day aku terus pergi beli kat watson. Setahu aku product ni dah lama kan? Aku je yang ketinggalan zaman sangat -.-




Untung jugak aku pergi beli haritu sebab ada promotion beli dalam satu pek terus. harga dalam RM28.90 kalau tak silap aku. Nampak tak betapa cutenyaaaaaaa product ni??


Dalam ni ada tiga benda which is



Dark spot corrector (bentuk ori besar sikit dari yang ni)




Mattifying Moisturiser (diguna selepas pencuci muka)



Foam Cleanser



Anti Dullness Scrub ( diguna 2 kali dalam seminggu sahaja)

yang ni pulak tak termasuk dalam satu set tu aku beli separate which is dalam RM15.90 kot.


Nano white fresh mempunyai formula vitamin C, sea algea dan tea oil.




Setakat ni baru dalam beberapa hari try so tak tahu lagi whether berkesan ke tak tapi bila first time guna cleanser and scrub tu muka memang rasa macam licin & segar habis. Moisturiser dia pun tak berapa berminyak so not bad. Haha


Kalau nak tahu lebih lanjut cari je kat fb page diorang sebab aku tak pakar sangat haha



*Update 23/2/2016


Aku dah guna produk ni for more than 1 months already. So nak share gak kesan selepas gunakannya.


First,the dark spot corrector. Nak kata berkesan tak jugak. But it takes like few weeks barulah dark spot aku ni hilang. Sometimes tak ada kesan langsung.


Second,foam cleanser & anti dullness scrub. Best! Bau wangi and it feels fresh selepas diguna especially lepas guna anti dullness scrub,rasa macam muka licin selicinnya. The foam cleanser pun sama gak.


Mattifying Moisturiser. I think this is my favorite moisturiser so far. Bila guna je muka tak berminyak cause moisturiser ni cepat meresap dalam kulit(?). Tak macam krim safi yang aku guna sebelum ni. Berminyak sangat tapi bau memang wangi lah.


So far,aku tak nampak perubahan sangat guna produk nano white fresh ni. Yang aku perasan muka aku dah kurang berminyak lah. Bagi aku bolehlah kalau korang nak try produk ni. Tak ada masalah. Its just that perlu tengok kulit korang jugak,kalau kulit korang makin teruk guna ni aku suggest korang stop guna for a while,maybe tak sesuai dengan kulit korang. Lain orang,lain kulit kan? (macam pelik je ayat aku ni. heh)


Lepas ni nak try product oxy pulak :)


Angry Mom | Korean Drama

| on
23:34

Assalamualaikum

I'm back with korean drama! Drama ni dah lama ditayangkan dalam bulan 3 tahun ni.
Pelakon nya ialah  Kim Hee-sunKim Yoo-jung, and Ji Hyun-woo.

What i can say is drama ni berkaitan dengan alam persekolahan and a little bit about politik. Bagi aku lah kan kebanyakkan drama korea yang aku tengok almost semua ada kaitan dengan politik & kuasa so dah tak heran sangat lah, hahaha





The plot :

Jo Kang-ja was once legendary for being the toughest, most feared troublemaker at her Busan high school. When she gets pregnant in her late teens, she drops out of school and tries to become a responsible mother to her daughter, Oh Ah-ran. Fast-forward to the present, and Kang-ja is now in her thirties and Ah-ran is a teenager. The two have a contentious relationship, with Ah-ran ashamed of her quick-tempered, foul-mouthed, sashimi knife-wielding mother for the latter's unrefined ajumma manners.
When Ah-ran befriends the class outcast, it makes her the target of the school bullies who make her life hell; yet she's too proud to tell her mother what's happening. When Kang-ja finds out that her daughter is getting bullied, she decides to take matters into her own hands. Unbeknownst to Ah-ran, she enrolls in her daughter's high school as an undercover student with the false name "Jo Bang-wool" to teach those bullies a lesson. But, she learns that there are bigger, darker problems within the educational system, and Kang-ja makes it her mission to put a stop to the school violence, with the help of Ah-ran and naive, idealistic homeroom teacher Park No-ah.


Aku memang recommend lah untuk tengok drama ni. Drama ni more to sifat seorang ibu yang ingin protect anaknya daripada dibuli. Tapi banyak sangat halangan. Funny scenes pun banyak jugak escpecially part student laki tu jatuh cinta dengan Jo Kang Ja  (mak Oh Ah Ran) & akhirnya kecewa selepas tahu Jo Kang Ja tu ahjumaa hahahaha. Memang the best lah. 

this guy hahaha
Part pasal kuasa tu agak menyampah sikit sebab tahu aje lah kan kalau dah kaya & mempunyai kedudukan yang tinggi semua benda pun boleh buat termasuk nak bunuh orang.

Ending drama ni happy ending so jangan risau. Haha ada jugak part yang sedih tapi kejap aje.

Saya bagi 9/10 star untuk drama ni. Ntah lah bagi aku drama ni memang best tapi maybe ada jugak setengah org yang tak berminat sangat ikut citarasa masing masing lah kan.

Kalau nak tengok boleh je pergi ke Dramafire.

Enjoy!