A Diary.

| on
13:19
Assalamualaikum


I think aku pernah buat post pasal diary ni. Ahh lantaklah. 
Masih ada ke yang tulis diari zaman sekarang ni? ramai jugaklah kan yang jadikan blog sebagai diari harian. 


Aku ni jenis yang tak suka sangat ceritakan benda personal kat public. Even nak letak gambar sendiri dalam blog pun rasa macam taknak je. Malu kot hahahaha. Sekarang ni aku nak elakkan create terlampau banyak account sosial media like twitter,facebook,instgram etc. Facebook aku dah 3 tahun kot deactive. Tak pernah dah bukak. Even gambar,status semua aku dah kosongkan. Banyak sebab sebenarnya aku tutup akaun facebook aku ni hahaha


Okay back to the topic. Aku start tulis diari ni pada hujung tahun 2014. Tapi,almost semua benda yang aku tulis tahun 2014 tu aku dah koyakkan. hahaha childish sangat kot. Merepek je banyak.
So aku start balik dengan wishlist for 2015.  Nak kata aku tulis banyak tu tak ah. Sebab hidup aku ni boring sikit so tak banyak cerita sangat lol




I try to find buku yang blank tapi susah gilaaaaaaaaa . Kalau ada pun yang blank semuanya tak berapa nak tebal plus tak menarik. Aku tak berapa suka dengan buku nota yang bergaris. Macam nak tulis karangan je. At least kalau blank dapat jugak aku nak lukis2.


At the back page buku ni aku catatkan wishlist (2016),my weight (setiap bulan haha lol),my social media account and etc. Sorry tak nak ambil gambar sebab personal haha


Buku ni masih tebal lagi. I have write about 43 pages aje kot. hahaha kau bayangkan dari tahun 2015 sampai sekarang baru 43 muka surat je? Oh my life T_T



Tempat paling safe aku nak letak diari ni ialah dalam almari yang berkunci. I try to find a book with a padlock too but satu pun tak cantik. Aku tak tahulah family aku ada ke tak try baca diari aku ni. Aku tulis dalam bahasa english tau tak bhahahahahahahaha ayat pun macam sampah je hahahahahaaaaaaaaa


Aku harap sangatlah dapat guna diari ni sampai tahun 2018 maybe. Tak nak guna banyak sangat buku. Leceh 


Dulu2 aku ada gak try nak buat journal. Jealous tengok journal orang lain yang dah tebal plus cantik lagi tu. Creative betul eh diorang ni. Nak pinjam otak tu kejap boleh? aku baru buat satu page dah putus asa dah hahahaha 



Ada sesiapa yang buat journal tak? Bagi link kalau ada buat post pasal journal tu. hahaha nak baca gak xD