My Top 5 High School Korean Drama (Must Watch)

| on
12:43
Assalamualaikum



Aku kan setiap kali kalau dah habis marathon drama,aku akan catat kat buku nota drama yang aku dah tengok hahaha so that aku tak confuse whether dah tengok ke belum drama tu.


Aku kalau tengok drama memang aku fikir masak-masak dulu. I mean kalau drama tu terlalu banyak romance aku takkan tengok. Kalau episode 1 je dah boring aku memang delete terus ah. Tak nak tengok dah. Hahaha cita rasa aku ni lain sikit. I'm more to high school,comedy,crime & thriller dramas. Kalau 100% pasal romance/relationship aku memang takkan tengok. Kalau ada aku akan skip hahaha lol


Sekarang ni aku tengah tunggu diorang buat high school related k drama. Tapi belum ada lagi nampaknya. Yang pasal doctors,lawyers banyak pulak. Hmm


So here,must watch high school korean drama.


Oh ya,aku tak masukkan boys over flowers eh dalam ni. Sebab aku belum tengok lagi T_T


1. THE HEIRS


Yang memang obses dengan k drama memang tahu lah drama ni. Dah takyah nak cakap dah hahaha
Perghhh pelakon-pelakon dia semua mantap! I'm not a fan of Lee Min Ho actually. Aku tengok drama ni sebab Park Shin Hye & Kim Woo Bin. 


2. Angry Mom



Must watch! You can read my review here [ANGRY MOM]


3. SHUT UP! FLOWER BOY BAND



Korang takkan dapat move on kalau dah tengok drama ni :') Trust me. 
The best! 

Drama ni more to friendship,loyalty & dreams maybe? Dah lama jugak drama ni,tahun 2012. Tapi rugi kalau tak tengok okay. 


4. SCHOOL 2013 


Hah drama ni tak ada scene romance sangat,around 2% je lah. Bromance maybe ada hahaha kim woo bin & lee jong suk. Kim Woo Bin ni memang sesuai ah jadi orang jahat. Selalu dapat watak jahat je dia ni. This drama more to pasal masalah sekolah & disiplin pelajar. Setiap episode ada je scene yang sedih-sedih :')


5. WHO ARE YOU,SCHOOL 2015 


Tadi School 2013 kan? Sekarang school 2015 pulak. Nak kata sambungan tak jugak sebab dua-dua drama ni tak ada kaitan langsung. Tapi banyak scene kena buli. Biasalah sekolah kan. Geram memang geram tengok diorang kena buli tapi apa boleh buat kan diorang berlakon aje hahahaha


Malas pulak rasanya nak letak plot drama. Korang search je lah kat google,hehe
Memang tak rugi okay tengok drama ni. Tengok dulu,lepas tu barulah berterima kasih kat aku hahaha lol


Kalau korang dah tengok semua high school drama kat atas ni,boleh lah jugak try search drama lain like 

Monstar (Beast,junhyung)

High school : Love On (Infinite woohyun & sungyeol

Sassy Go Go (Apink,Eunji

White Christmas  (yang ni thriller & mystery,oh ya ada kim woo bin jugak haha lol)

Moorim School 

Orange Marmalade (drama ni boleh lah,tak berapa nak faham sangat,hee).




Boleh recommend high school korean drama lagi tak?

After 2 Years

| on
20:31
Assalamualaikum


Makin jarang pulak rasanya aku bukak blog ni. Korang dah start ganti puasa ke? Aku kena ganti 7 hari ni. Tak lama lagi nak puasa lepas tu rayaaaaaaaa,hip hip hoorayyyyy! hahaha 
Nak kata excited tak jugak ah,sebab takut raya nanti kena pakai baju size xxl,ya allah. Cepat lah kurus :)


Back to the topic.


Aku start ambik lesen memandu ni masa hujung tahun 2013,selepas spm. Awal tahun 2014 dah dapat lesen dah. Punyalah excited dapat lesen kan,kira dah bebas lah katanya tapi hampeh sebab last aku drive ni ialah pada bulan 3 (2014),time nak ambik result spm. Itu last okay. Trauma sebab dalam perjalanan nak balik tu ada kejadian tak diingini berlaku. Hampir kot nak accident,hampir je.


Lepas tu aku dah stop dah driving. Sanggup okay balik sekolah guna bas,kalau bapak aku busy lah.
Setiap kali kalau my mum bebel suruh bawak kereta,hah masa tu lah rasa macam tangan menggigil,jantung berdegup dengan kuat. hahahaha over tak? Tapi aku tak tipu k


selama 2 tahun aku tak driving. Terpaksalah pekak kan telinga kalau dengar family atau kawan-kawan membebel. Ada lesen tapi tak guna,katanya. Arhh lantaklah,janji aku happy hahahaha



So alkisahnya,my mum beli kereta baru,myvi je k tunggu aku kahwin dengan orang kaya nanti barulah aku beli bmw hahaha lol


So aku pun try lah drive. At first kekok gila ah. So aku bawak lah kereta tu jalan2 dekat area kampung. Mula-mula tu aku pelik dah kenapa asyik berbunyi je kereta ni. Seat belt aku dah guna,pintu pun semua dah tertutup rapat,apalagi yang tak kena ni? Lepas tu baru perasan handbrake tak diturunkan bhahahahahahahahahahaha deng it. Aku kalau guna kereta auto memang selalu macam ni ah. Sah2 kena bebel dengan orang sebelah cisss




Ingat senang ke nak drive balik selepas 2 tahun tak pernah pegang stereng kereta? hahaha 
azam aku tahun depan ialah nak buang segala trauma drive ni. Inshaallah. Tahun ni tak dapat kot,sebab dah terlampau banyak sangat azam yang belum tercapai. so slow slow je dulu hihi