Dah Beli 6-Pack Fixi!

| on
21:05
Assalamualaikum

[ Siapa yang belum join Pre-Loved fixi novel giveaway tu cepat-cepat lah join eh. Tinggal 8 hari je lagi hah]



Woot woot ... Ingat lagi tak dengan post [ bila nak beli ni?] Hah sekarang baru dapat beli. Aku order hari selasa 26/4 harini dah sampai. Berkali-kali bukak website poslaju tengok bila diorang nak hantar hahahahaha bengong betul



Actually aku kecewa sikit bila nampak abang poslaju tu bagi aku parcel ni. Sebenarnya aku berharap sangat fixi ni ada kotak sendiri like kotak yang aku dapat dari Hermo haritu. Kahkah


Tapi bila aku bukak je aku nampak ni



ada beg rupanya hahaha tarik balik lah rasa kecewa tu tadi hahahaha tapi apesal warna kuning? I cannot tau tengok warna kuning. Tak suka hahaha 


6 pack fixi ni maksud dia korang boleh pilih 6 jenis buku fixi yang korang nak dengan harga RM84 sahaja! Tapi belum termasuk postage lah T_T Total aku beli ni termasuk postage RM99.90. Pokai -.-


Mula-mula memang excited buka laman web fixi tapi bila masuk je aku dah stress sebab tak tahu nak pilih novel apa. Lama jugak aku pilih,ingat senang ke? Ada sebanyak 298 buah buku tau! Hah try lah pilih hahahaha tapi campur lah ada penerbit dari buku fixi,lejen press etc.


Last-last aku pilih ni jelah



Aksara & Obsesi tu memang wajib aku beli sebab tu last sambungan dia kan.

aku ada buat review pasal Trilogi Ngeri . Sila klik kalau nak baca hehe


ASRAMA tu pulak dari tahun lepas lagi aku plan nak beli tak terbeli sebab tak berani nak baca hahahaha kalau novel seram aku memang tak boleh ah tapi terbeli jugak kan. No way aku nak baca waktu malam hahaha


KAMPUNG kalau tak silap,aku ada baca review dari blog siapa ntah dah lupa dah. Blogger tu kata best so awal-awal dah letak dalam wishlist

Aku beli PAKAR sebab penulis dia Nadia Khan,so memang wajib. Kelabu aku belum baca lagi.


Yang sebelah kiri atas sekali tu ialah AKSARA. Sambungan trilogi ajaib. The best! Ajaib & awan both memang terbaik lah so tak sabar nak baca aksara!


Sebenarnya aku taknak pilih novel PENTAS tu hah,nak pilih novel PATUNG tapi baca sinopsis seram nak mampus so aku beli je lah yang pentas tu hahaha



Tunggu aku habis khatam semua ni dulu barulah aku buat review okay haha bai




btw boleh tak recommend buku fixi yang best ?