Misi Mencari Cactus

| on
21:23
Assalamualaikum


Petang semalam keluar kejap dengan kawan,plan nak pergi ambil sijil-sijil form 6 dekat cikgu kitorang sebab cikgu tu dah janji nak bagi. Last-last cancel sebab ada meeting,again. Huh geramm


So alang-alang dah keluar fikir lah kejap nak pergi mana kan. Aku elakkan diorang nak pergi kat tempat yang banyak makanan sebab masa tu aku tengah ganti puasa hahahahaha 4 hari je lagi baki puasa


Actually aku ada jumpa satu cafe haritu,sebelum ni pernah google banyak kata cafe tu cantik tapi tak dapat ah sanggup aku tahan semata-mata nak habiskan ganti puasa ni hihi


Aku belek memo kat handphone tengok list-list barang yang aku nak beli. Ternampak perkataan "cactus" so apalagi tanya lah kat kawan aku mana kedai yang jual cactus dengan harga yang murah sikit. Aku masih ada satu kelemahan time nak memandu,which is aku perlukan seseorang kat sebelah aku untuk tunjukkan jalan. Aku paling lemah tau tak bab-bab nak hafal jalan ni. Even dekat jalan yang aku selalu lalui masa sekolah dulu pun aku tak berapa nak ingat.


Okay panjang sangat merepek ni. Why aku nak beli cactus? Sebab terpengaruh dengan gambar ala tumblr kat pinterest. Gila ah jealous aku. Yang ada pinterest tu mesti tau kan macam mana perasaan dia bila nampak gambar decor yang cantik-cantik?




Sorry aku tak ambil gambar depan kedai ni sebab banyak sangat orang kat depan masa tu hahahaha


Bila masuk tu omg hijau nya hahahaha dari depan sampai ke belakang kot penuh dengan bunga & pokok. Aku skip kat area pokok-pokok besar,tunggu aku ada rumah sendiri nanti barulah aku usha balik hahahaha fokus aku hanya kepada bunga cactus yang comel & kontot







Actually banyak lagi gambar tapi aku rasa macam tak perlu je letak hahahaha


Lama okay aku pilih. Banyak kali jugak fikir nak beli yang mana satu. Aku taknak beli banyak sebab takut nanti tak sampai seminggu benda ni dah mati hahahaha i'm sucks okay nak jaga benda alah ni. So aku decide nak beli 2 je lah. 

Meet my new babies hahahahaha lol


i don't know 'her' name actually. Let's just call her Ari. hahaha
Her price is RM9



first of all,aku nyesal pilih yang ni huwarghhh ada lagi yang cantik dari ni tapi ntah kenapa aku pilih dia jugak. Haraplah kau dapat bertahan lebih lama. Give 'him' a name please? Sebab dia lebih besar thats why 'him' hahahaha dia ni pulak RM15.90

Lepas tu kitorang cepat-cepat keluar dari kedai tu sebab hujan lebat yang amat. Alhamdulilah hujan kan tapi aku macam fobia je nak drive time hujan. Asyik fikir benda yang negatif je erhhhh


Semoga my babies dapat bertahan selama yang mungkin . Kalau tak taubat dah tak nak beli lagi benda macam ni haha





tak hijau sangat ke gambar? hahahaha





Guardian Pore Strips | Review

| on
12:54
Assalamualaikum


Haritu pergi giant teman my mom beli barang dapur then nampak guardian so masuk je lah. Actually tak ada benda nak beli sebab lotion,shampoo etc semua masih ada tapi yelah aku kalau masuk watson ke guardian ke mesti nak tengok face mask je. Kalau terjumpa face mask yang cute comfirm beli lepastu tak pernah pakai. haha


Pusing punya pusing ternampak pore strips. Dulu aku pernah beli pore strips jenama apa ntah tak ada kesan langsung. Banyak pulak tu aku beli huh buang duit je. Ntah kenapa tak ada kesan. Expired kot? Tapi tak mungkin.


Was-was jugak nak beli takut tak ada kesan nanti kan. Orang kata kalau was-was takyah beli tapi aku ambik jugak hahahaha 



Harga kalau tak silap aku RM9.90 each



Yang ni perisa(?) tea tree oil. Kaler putih.


sorry gambar tak berapa memuaskan sebab diambil pada waktu malam hehe
aku lebih suka yang ni daripada yang satu lagi.



Kaler hitam ni pulak perisa(?) charcoal . Ada bau herba sikit-sikit.
Ada sebanyak 10 strips dalam satu package.



Sebelum nak guna,basahkan & cucikan muka dahulu. Tapi jangan lap pulak. Lap tangan je. Lepas tu tempekkan pore strip ni kat bahagian hidung. Tekankan. Kalau hidung korang tu tak basah benda ni takkan berkesan. Nak tempek bahagian pipi or dahi pun tak ada masalah. Potong kan aje lepas tu basahkan muka & tempek. Biarkan selama 15 minit then baru cabutkan secara perlahan-lahan.


Lepas tu tengok banyak tak bulu-bulu or (apa nama benda putih tu) melekat? hahaha lupa pulak


Aku tak nak share sebab geli pulak tengok T_T Tapi tak banyak lah haha