New Skincare Routine 2018

| on
14:56
Assalamualaikum


dah masuk tahun baru so semua benda pun kenalah baru hahaha lol
actually aku dah lama nak tukar skincare products aku ni. and fyi tahun lepas aku dah 3 kali tukar skincare products. Nasib baik kulit aku jenis yang tak sensitif so i have no problem at all 👌


tapi kali ni aku decide nak guna korean punya product lagi,mazni & kak bv pun selalu review pasal barang yang diorang beli kat althea so aku pun pergilah cari & baca semua review yang aku dapat. youtuber Krist Soup pun ada upload video pasal benda ni so lebih senang lah kerja aku nak cari product baru hehe. Lagipun aku tak nak beli yang mahal sangat,pokai tak makan sebulan nanti ni hahaha 


aku dah siap list & kira bajet so aku pun bukak lah website althea & hermo. Althea ni kadang2 banyak barang yang out of stock jugak.

aku tak pernah lagi beli barang kat althea,plan nak beli kat situ je tapi barang dari althea ni lambat sampai kan? lagi2 aku ni dari sarawak,nak dekat seminggu jugak kan? so aku cancel plan tu haha sebab aku tak sanggup nak tunggu lama lagipun aku dah nak masuk asrama so aku beli dari hermo je,dalam masa 3 hari barang dah sampai dah.



kali ni aku nak beli cleanser,toner,moisturizer & serum je. Sunblock aku guna Biore UV Aqua Rich (watery essence) je,boleh beli kat watson terus.



kecewa jugak aku masa dapat barang ni sebab kotak dia tak cantik macam yang sebelum ni. why hermo whyyyy?




toner & cleanser ni aku tak beli online sebab TER-jumpa masa jalan2 kat shopping mall. fyi dekat sini tak ada kedai innisfree,please lah aku nak jugak kedai ni ada kat sarawak.

Innisfree Green Tea Cleansing Foam - RM34 (kat althea RM20+ je wth)

Innisfree Green Tea Balancing Skin - RM28

so far aku guna dua benda ni alhamdulilah tak ada apa2 masalah. toner tu je lah yang aku tak berapa nak suka sangat,sebab selalunya kalau aku sapu toner je mesti muka rasa macam segar gila tapi ntah kenapa aku tak rasa segar sangat lepas guna toner ni hahaha 



 

I LOVE THE SMELL OF THIS! youtuber krist soup kata moisturizer ni bagus so aku pun terpengaruh sekali. Serious bau dia wangi gila! Macam bau perfume.

Nature Republic Super Aqua Max (Combination Watery Cream) - RM35 (kat althea RM45)

aku baca review banyak kata benda ni buat muka berminyak,tapi bagi aku taklah berminyak sangat okay je aku pakai. 



serum ni aku baca kat blog kak bv (thank you kak) 😅 aku tengok ramai je yang guna serum ni.

It's Skin Power 10 Formula (#VC Effector) - RM31.70

A vitamin E serum that nourishes and moisturizes skin to give a luxuriously soft & smooth complexion.

boleh pergi ke blog kak Bv kalau nak tahu lebih lanjut pasal serum ni

  
 

powder pact ni aku baca dekat blog mazni hahaha (thank you mazni). ingatkan benda ni besar sikit tapi rupanya kecik je haha

Innisfree No Sebum Mineral Pact - RM37.26 

muka aku ni boleh dikategorikan sebagai berminyak jugak lah,so sebelum pergi kelas aku akan sapu benda ni dulu so that muka nampak 'licin' sikit hahaha 

aku jenis yang berhati-hati kalau nak beli powder,sebab dulu aku tak ingat lah jenama apa tapi powder tu buat muka aku berjerawat gila,setiap hari ada je jerawat kecik yang tumbuh. tapi alhamdulilah powder ni sesuai dengan kulit aku. 

✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂

sebelum ni,aku akan guna semua produk kat atas ni dua kali dalam sehari (siang & malam),but then aku perasan yang banyak jerawat kecik2 mula tumbuh kat bahagian dahi & pipi. Mula2 tu aku risau jugak,mana tahu salah satu produk tu tak sesuai dengan muka aku. Lepas tu aku tukar steps routine aku macam ni  👇


Siang 🌞

✔ Cleansing Foam, Toner, Serum, Moisturizer, Sunblock


Malam 🌙

✔ Cleansing Foam, Toner, Moisturizer



lepas tu,jerawat kecik2 tu tak muncul dah. maybe ada yang guna serum pada waktu malam tapi ntah aku rasa macam lebih selesa guna time waktu siang. Overall semua produk yang aku mention kat atas ni semua nya best! Especially moisturizer tu lah.  Tapi ikut kulit masing2 jugak. Kalau kulit yang jenis sensitif tu maybe ada yang tak sesuai kot.