New Skincare | Review

| on
22:37
Assalamualaikum


Happy new year everyone! 💥💥💥


Aku stuck kat asrama sekarang ni sebab exam week. Saja curi masa nak update blog ni. Kalau boleh tahun ni nak update banyak sikit dari tahun lepas. Maybe sebab sekarang ni ramai sangat bloggers yang dah tak aktif so aku pun rasa macam malas dah nak update. Ok alasan je tu


bulan 3 tahun lepas aku ada update pasal new skincare routine. You can read it here if you want to [New Skincare Routine 2018]

aku suka tukar2 skincare sebab aku nak tengok produk mana yang sesuai untuk muka aku. Kalau produk tu bagus of course aku akan repeat order lagi. Tapi semua skincare yang aku beli tahun lepas tu semua nya tak best. Macam mehhh, tak ada kesan sangat kat muka aku. 

I thought that i'm gonna purchase another innisfree or nature republic's products, tapi kali ni aku tak beli langsung skincare dari jenama ni. Dah dua tahun aku guna products diorang,rasanya semua jenis produk diorang aku dah guna (just aku tak update semua dlm blog je). Tapi sekarang ni aku dah tak tengok pun produk diorang ni. Kalau boleh nak try jenama lain pulak. 



tadaaaaa! my new babies hihi


aku start guna produk2 ni 7 november 2018. So kira dah 2 bulan lebih jugak lah aku guna ni.
Sorry guys aku tak ambil gambar produk ni satu2 eh sebab masa tu busy pastu terlupa nak ambil so ni je lah gambar hahaha ok jom tengok review dari aku 


Semua produk ni aku beli kat e'Ace. Kedai ni jual semua produk skincare jenama korea. Masa tu aku malas nak beli online sebab haritu aku survey ada produk yang tak ada stock kat althea & hermo. Aku malas nak tunggu ada stock so aku cari je lah kat Vivacity. Nasib baik semua produk yang aku nak ada.

Tapi satu je lah masalahnya. Harga dia jauh berbeza dari althea & hermo. MAHAL SANGAT. PERGHH semua barang ni aku beli dah cecah RM450+ tau tak?! Balik tu aku pergi compare pulak harga dia dari online shop lain HAHAHAHA  menyesal pulak aku. Ughh but whatever. 

Anyway,


BANILA CO : CLEAN IT ZERO CLEANSING BALM

I know benda ni khas untuk buang makeup je. But aku tetap nak beli gak hahaha. Nak jugak try sebenarnya. Aku terbeli pun sebab youtuber Michellechoi. Dia asyik puji produk ni so aku pun "hmm,habislah duit aku lepas ni 😅" . Dia ada bagi tips nak guna cleansing balm ni tau. & bila aku massage muka aku guna ni aku dapat rasa macam ada rasa2 pasir je kat area hidung aku (gosh i don't how to explain this HELP ME) i love massage my face using this product! Cleansing balm ni macam minyak je sebenarnya. 

Repurchase? 

Yes!



COSRX SALICYLIC ACID DAILY GENTLE CLEANSER

aku teringin nak try produk dari Cosrx so aku pun decide nak try guna cleanser ni. Bagi aku produk ni ok lah jugak. Tak ada effect sangat bagi aku. Aku rasa macam kulit aku kering je lepas guna ni. But overall, tak ada effect mana pun.


Repurchase?

Nope.



DEAR,KLAIRS SUPPLE PREPARATION TONER

I LOVE THIS TONER! No wonder ramai yang kata produk ni bagus. Kalau korang tengok kat althea or hermo produk ni dapat 5 bintang tau. Ramai je yang bagi positive reviews. Lepas cuci muka guna cleanser cosrx tu aku terus letak toner ni kat muka. Rasa fresh sangat2! Packaging dia pun simple je. I love the smell too. It really helps to hydrate my skin. 

Repurchase?

Absolutely!


COSRX ADVANCED SNAIL 96 MUCIN POWER ESSENCE

produk ni pun best gak! masa nak apply kat muka memang akan rasa a bit sticky sikit tapi cepat je absorb kat muka. I use this every single day. Produk ni pun dapat banyak positive reviews gak. I love the packaging as well.

Repurchase?

Maybe (sebab rasa macam nak try produk baru lagi lepasni hahaha)



DEAR, KLAIRS FRESHLY JUICED VITAMIN DROP

THIS IS MY FAVORITE PRODUCT SO FAR! I LOVEEEEE THIS! I will definitely repurchase this every year! 

Semua ni sebab terpengaruh dengan youtuber michellechoi tu lah hahaha . aku tengok masa dia apply vitamin ni fuhhh muka dia shining semacam je weiii! Kalau tak percaya nah tengok video dia ni [nightime skincare routine] aku guna vitamin ni day & night. Tapi kalau guna time siang jangan lupa guna sunscreen or moisturizer jugak eh. I really recommend this guys! Tapi itulah, harga vitamin ni pun boleh tahan mahal gak 😅 Tapi bagi aku botol dia boleh tahan besar sikit. Sampai sekarang masih tinggal setengah lagi padahal aku guna setiap hari kot. 


Repurchase?

Absolutely! 



GUERISSON 9COMPLEX LIFTING CREAM

Ni kira macam moisturizer. Packaging + bau cream ni memang perfect! Bau dia perghh aku suka sangat2 hahaha. 

But satu benda je yang aku tak suka, produk ni macam berminyak sikit. Maksud aku kau takleh nak apply banyak sangat sebab nanti nampak macam kau sapu minyak masak pulak kat muka kau tu HAHAHA oily sangat guys. Nak kata dia absorb kat muka macam tak je. Malam time aku nak tidur masih jugak dapat rasa muka aku berminyak semacam je. Thats why aku guna cream ni time malam je. & sampai sekarang cream ni masih banyak padahal dah 2 bulan aku guna hahaha. Macam lama je nak habis pakai ni aigoo. But bagi aku produk ni boleh lah jugak. Sesuai dengan muka aku,just aku tak suka part oily tu je lah.

Repurchase?

No. But tunggu cream ni habis dulu baru aku cari yang lain lol 





Ok guys. That's it for now. 

Lepas semua produk ni dah habis barulah aku survey cari produk yang lain pulak hahaha. Tapi haritu aku dah aim beberapa produk dah. Yang produk Klairs tu aku akan repurchase je sebab aku dah jatuh cinta sangat dengan produk ni hehe



ok bye 💓