23 Jan 2017

Favorite Game

Assalamuaikum



hai there.


aku start main game ni dari tahun 2015 kalau tak silap. banyak jugak game yang aku install tapi tak sampai seminggu dah uninstall balik. Pokemon Go pun ada gak aku main,tapi main dalam beberapa jam je lepas tu tak nak main dah,boring hahaha . my mom sampai sekarang main pokemon tu,ntah apa yang best aku pun tak tahu. 


ada gak try main candy crush tapi aku mengaku kalah je lah sebab makin lama makin susah so no ✋
aku lebih prefer game yang tak pakai otak hahahaha macam game cafe tu. game yang main berlawan2 or yang ada kuasa aku tak main,tak berapa minat. aku tengok adik aku main ya allah pening kepala sebab dia buka volume kuat yang amat sampai sakit hati aku ni hah


satu je game yang tinggal dalam hp aku sekarang ni. The Sims Freeplay. hahaha
aku masih ingat lagi dulu-dulu,dalam tahun 2012 ke ntah,lain kot the sims ni. kalau tak silap masa tu main dari facebook. dulu aku masih ingat lagi kita perlu cabut semua rumput2 keliling rumah so that dapat bina rumah untuk diorang. 


aku memang dah ketagih main game ni. setiap hari aku bukak and main. aku suka bila sims tu dah nak hampir mati,sebab bila diorang dah jadi tua,tak banyak hobby yang diorang dapat mainkan so annoying lah jugak,last2 aku 'matikan' je lah diorang. and aku suka bila ada new update,that means ada hobby or quest baru. tapi yang tak best nya lama gila tunggu nak habis update.


sekarang ni aku baru masuk level 51. banyak lagi bangunan yang aku belum bina,mahal gila kot haha jangan haraplah aku nak keluarkan duit hanya untuk game ni. tapi rasa macam nak main the sims 4 je,perlu bayar lah jugak πŸ’’ siapa yang ada main tu share2 lah. hihi





mula-mula tu rasa macam best je dapat bina rumah&design sendiri,tapi lepas tu aku dah malas dah sebab nak beli furniture lagi,tanah lagi so sekarang ni aku lebih prefer beli rumah yang dah sedia ada hahaha. ada 2 buah rumah je lah yang aku design sendiri,tu pun lama gila nak habiskan.




siapa yang belum pernah main game ni,you should try it. tapi kalau korang jenis yang lebih suka main game berlawan tu tak yah je lah haha 




what is your favorite game?

12 Jan 2017

#Throwback Bila Kena Tangkap Meniru

Assalamualaikum


haritu kemas kotak buku dalam bilik stor then tiba-tiba teringat dengan kisah zaman sekolah rendah. Tapi kebanyakan yang aku ingat ialah kenangan pahit lah tak ada kenangan manis sangat tsk tsk


masa tu dalam darjah 5 kalau tak silap. and trust me itulah kali pertama & kali terakhir aku meniru (masa sekolah rendah je lahπŸ˜‚) . Tapi aku meniru pun ada sebab okay haha bukan saja-saja nak meniru. dulu aku tak adalah pandai mana pun,biasa-biasa je. selalunya dapat antara nombor 7 or 8 je lah. nak dapat nombor 4 je pun susah ok,tak kuasa aku nak bersaing dengan budak2 cina dalam kelas haha


pagi tu lepas habis je kelas,cikgu Yang tiba2 je kata esok ada ujian karangan. Bayangkan kau perlu hafal satu page karangan bahasa cina tu then the next two days kau perlu tulis semula exactly macam dalam buku tu. Karangan tu panjang gila tau tak. Tu first time kitorang ujian macam ni. Thats why aku nervous plus aku tak reti macam mana nak hafal benda tu hahaha. aku dok tanya kawan aku yang lain dah hafal ke belum last-last diorang kata nak meniru je so aku pun macam terpengaruh jugak hahahaha 


kitorang bertiga dah berjanji nak meniru sama2 so bila tiba waktu ujian tu aku dah sediakan buku bawah meja. berani jugaklah aku masa tu sebab duduk belakang sekali kan. lepas tu tau tak apa yang terjadi? few minutes lepas start ujian, matahari tiba2 terpancar kat tempat aku duduk tu,memang silau sebab waktu pagi kan dalam pukul 9 gitu lah. Cikgu aku pun perasan lah so oleh sebab dia rasa kesian kat aku so dia suruh aku pindah duduk depan sekali. baik nya cikguuuuu hahahahahaha deng it.


tapi itu tak menghalang aku daripada meniru sebab aku tak nak hantar kertas kosong je kat cikgu tu nanti. dok tengah syok tutup buka tutup buka buku dari bawah meja,tiba2 budak laki kat belakang aku (a.k.a crush masa sekolah rendah πŸ˜…πŸ˜…) angkat tangan and tunjuk aku sambil kata "cikgu,tashira meniru."


kau rasa macam mana perasaan aku masa tu? hahaha rasa takut,marah,gelisah semuaa ada. rasa macam nak tumbuk je budak tu. masa dia bagitau cikgu tu aku memang pusing kebelakang jeling dia,boleh pulak dia tak pandang aku,tak tahu whether dia rasa takut or bersalah hahaha


memang malu gila ah. semua budak dok pandang aku macam aku ni penjenayah. cikgu Yang dah sedia rotan dah,dia siap kata "selama ni cikgu percaya dgn kamu,tak sangka pula kamu pandai meniru." i still remembered everything from that day. rasa bersalah terus muncul hahaha nak nangis tapi tahan je lah. 


tapi yang tak bestnya kawan aku tak kena tangkap,aku sorang je lah. cikgu Yang adalah jugak tanya whether ada siapa2 lagi yang meniru,tapi aku diam je,biar aku sorang je kena cehhh hahaha . tau tak apa yang kawan aku cakap bila cikgu tu dah keluar? "kau ni dah tau duduk kat depan,takyah lah nak meniru lagi,last2 kan dah kena tangkap. nasib baik kitorang tak kena." kurang asam kau T__T


oleh kerana cikgu tu taknak aku meniru lagi,so dia suruh budak laki yang report aku tadi duduk sebelah aku bila ujian hahaha tak guna. tapi lepas kejadian tu aku memang work hard lah dok hafal buku tu. rupanya tak adalah susah mana pun hahaha kau tu bodoh sebenarnya hahahahaha


and thanks kepada cikgu Yang,aku mula rapat dengan budak laki tu haha tapi tak adalah rapat sangat,just kitorang dah mula bertegur je lah. 


rindu pulak dengan kawan-kawan sekolah rendah 😩😩




p/s : al-fatihah diucapkan kepada Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

6 Jan 2017

The Trauma

Assalamualaikum


Happy new year everyone! πŸ™Œ 😎


Sebenarnya aku malas nak buat post ni sebab malas nak ingat balik kejadian tu. Perangai aku ni pelik sikit,asal ada orang tegur/marah aku or bila ada kejadian yang tak diingini berlaku je aku akan rasa down yang sangat-sangat down and aku akan ambil masa hampir sebulan untuk lupakan semua tu. 


aku dah catat dah benda ni dalam diary tapi ahhh teruskan je lah taip haha


i think i have write this somewhere in my previous post,


first trauma aku masa driving ialah pada tahun 2013. okay masa tuh baru mula nak drive tapi tak ada lah teruk sangat,yelah first time drive lepas dapat lesen kan so memang aku akan ingat sampai bila-bila lah. masa tu guna kereta manual so aku masih tak confident dengan clutch and masa nak pergi sekolah tu okay je tapi bila nak balik tu cun pulak stop dekat traffic light so aku tekan lah brake,entah macam mana kereta mula berundur ke belakang hahaha idiot,aku mulalah panik,lori kat belakang aku dah mula hon (for ur information,aku tak suka orang hon aku,kalau ada orang hon mulalah aku rasa gelabah yg semacam) aku tekan brake,dah lampu hijau lori tu overtake and alhamdulilah dapat jalan macam biasa although sepanjang jalan tu guna gear 2 je hahahahahaha puiii after that,aku stop driving selama 1 tahun 



second trauma pulak,yang ni ya allah aku memang mengaku memang salah aku 100%. masa tu pergi ambil my mom (mac,2016),oleh kerana aku masih tak confident nak buat u-turn (masa ni dah guna kereta auto dah) so aku decide guna jalan lurus tu je. sebelum ni okay je aku guna jalan tu,tapi lepas kejadian ni berlaku aku dah tak guna jalan tu dah,guna u-turn je hahaha. macam biasa aku berhenti and tunggu line clear,dari jauh lagi aku nampak lori tu datang,aku tak perasan yang lori tu laju gila so aku pun masuk lah and tiba-tiba dengar bunyi hon yang tersangat lah kuat dari arah belakang,aku pusing stereng ke tepi,lori tu hampir2 nak langgar belakang kereta aku. tapi alhamdulilah pemandu lori tu tak tunjuk tangan tapi dia toleh belakang je lah hahaha . lepas tu aku diam,my mom pun diam. dalam hati aku ya allah rasa nak nangis je 😒 balik tu aku memang dah nangis dah , tangan pun bergetar je



third trauma,berlaku pada beberapa hari yang lepas. pagi tu aku pergi hantar my mom bekerja. masa otw tu tak ada apa sangat,bila nak balik tu hah. macam biasa lah aku perlu masuk ke lorong kampung aku sebelah kanan,dah nak sampai tu aku stop,banyak sangat kereta yang lalu,then aku ternampak satu kereta ni boleh tahan gak slow,lepas tu aku nampak lampu kereta dia macam berkelip-kelip,so aku apalagi jalan lah kan,bila dah hampir nak masuk dalam lorong tu aku terdengar bunyi hon. Apa pulak ni? bukan dia bagi aku jalan ke tadi? ya allah aku salah tengok ke tadi? masa dia hon tu aku memang tak tengok belakang sebab masa nak masuk lorong tu ada kereta kat depan so kena lah fokus kat depan kan. tapi adik aku cakap hampir nak terlanggar dah. damn it,i hate this. balik lepas hantar adik ke sekolah aku menangis hahahaha puii congek ah kau


conclusion nya, I hate myself. I hate driving. 
  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...