DIY Custom Notebook Cover

| on
12:00
Assalamualaikum


Lama dah tak buat DIY. So here we go!
Korang boring tak tengok cover notebook korang yang biasa biasa tu? 


Kalau aku ye memang aku bosan hahaha
So here is what you need. Simple ja jangan risau



- Notebook (actually aku tak guna notebook ni sbb cover notebook ni dah cantik) -
- Glue -
- Scissor -
- Ruler -
- Magazine -


Step nya simple ja. Korang gunting magazine tu dalam bentuk triangle kecil. Sebelum tu ukur dulu ye ^^
Then gam kan.


So the result will be like this.




Althought tak perfect sangat erhhh hahaha
So do you like it? Kalau suka jom cuba! Heeeee




Adios

Oh Burung T_T

| on
20:34
Assalamualaikum

Kebelakangan ni rasa malas pula nak blogwalking & buka blog. Ohhh noooo T_T
Ditambah lagi dengan cuaca yang panas and masalah yang tak pernah nak selesai. Geezz


Nak dijadikan cerita petang tadi aku pergi rumah aunty . Then nenek aku cerita time dia tengah mop lantai kat luar rumah tadi tiba tiba ja seekor anak burung 'landing' betul betul kat depan kaki nenek aku. Bhahahaha
Kitorang gelak cause nenek aku memang melatah habis masa tu. Bhahahaha


 


Aku tak tahu nama burung ni. Kaki patah kot sebab tu burung ni 'landing' tadi. Maybe burung ni baru nak belajar terbang. Kesian pulak aku tengok,manalah mak burung ni. Tsk tsk


Sekarang ni anak buah aku yang kecik tu jaga,siap ada bantal & selimut lagi dia bagi kat anak burung ni. Sejuk katanya nanti. Hahaha




Adios



Blank !

| on
15:56

Assalamualaikum

Harini kitorang dah start belajar. Setiap kali cikgu tengah terangkan kat depan , masa tu lah otak aku rasa BLANK. *Krik krik krik*

Apahal susah gila matapelajaran form 6 ni? Perrggghhh
Tambah lagi ada budak yang annoying gila dalam kelas kitorang. Sabar jelah.

Cikgu bagitau nota memang kitorang sendiri yang catatkan. And kitorang dah tak guna buku nota dari koperasi sekolah lagi. So pandai pandai lah nak handlekan nota sendiri.

Bab ni memang leceh sikit. Aku dah blur plus stress gila nak fikir pasal ni.
Aku memang tak suka tengok nota aku bersepah sana sini.

Korang ada idea tak macam mana nak organize file or notes? Macam kat U juga. 
Aku dok cari kat google tapi tak jumpa yang berkenan .

Sekarang ni file,kertas,notebook,bookmark memang dah bersepah kat atas meja belajar.
Rasa nak berhenti pun ada juga ni. Sabar tashira,sabar.

Errhhhhh


p/s : Siapa siapa yg tag aku kat liebstar award tu,in shaa allah hujung minggu ni aku update.




Adios

Budak Tingkatan 6

| on
20:43

Assalamualaikum

Ya Allah,kenapa dalam dua hari ni panas betul erh. Serious even kalau dah mandi pun masih dapat rasa bahang panas nya. Perrrggghh

Oleh sebab aku sakit hati gila keputusan UPU tu belum keluar lagi so aku decide masuk form 6,walaupun hati aku mati mati kata TAK NAK! It's okay,cuba je dulu.

Setahu aku dah ada few sekolah budak form 6 yang dah guna baju biasa kan? Cikgu aku kata itu peraturan baru untuk pelajar form 6. Tak wajib tapi dah diberikan kebenaran untuk guna pakaian biasa .

Sekarang ni masih busy dengan orientasi. Baju kurung pun belum dibuat lagi. Last minute gila. tsk tsk :')
First day aku datang,okay ja. Tapi lepas masuk second day,Allah rasa nak berhenti terus! Sebab aku tak ada kawan yang nak masuk form 6.

Bilik pun dah bersepah sebab tak ada masa nak kemas. Penat weyyy penaaaaaatt.
In shaa Allah weekends ni aku active balik kat blog. Even dalam sehari dua tak buka blog pun rasa macam dah setahun ja.



Thank you sebab masih datang kat blog aku ni :D


Adios

Hadiah Dari Bloggers #4

| on
13:57


***

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih ada rezeki tahun ni . Walaupun sponsor tak minta pun untuk buat entry pasal hadiah ni tapi buat je lah sebagai tanda terima kasih kan :D



Actually ada yang tahun lepas dah sampai tapi lupa pula nak update.
Sorry sangat sebab tak semua hadiah ni aku ingat dari sponsor mana >.<

Yang candle tu aku baru dapat dari Grand Opening Giveaway by Haneulafiqah. Thanks kak .

By the way,aku memang suka gila dengan button badge kat sebelah kanan tu. Wait tak clear.
Here.


Yang ala ala tribal tu hadiah GA yang dulu. Tak sangka menang dua kali dari sponsor yang sama .
Hewhew . Button badge ni dari PrettyLittleArtsNDesign



Alhamdulilah buku doa & penawar dari https://www.facebook.com/kiwifarhana .

Lastly ,


Gambar ni sengaja je nak letak. Hahahaha



Adios






Dia Suka Dengan Engkau!

| on
21:54

Assalamualaikum

***

Nak dijadikan cerita masa ni aku darjah lima lagi kot. Dulu primary school my parents hantar kat sekolah cina. Sampai sekarang aku tak pernah menyesal diorang hantar aku kat sekolah cina. Kahkahkah

Cause setiap kali during secondary school kalau aku speak chinese dengan diorang,they was like "Eh?! What?"

Kadang kadang aku diam je kalau diorang tengah berbisik,mana tahu diorang tengah kutuk aku -.-
Engkau fikir aku tak faham ke? HAHAHA

Okay sambung balik. Time primary school aku memang rapat gila dengan budak laki. Best siot kawan dengan diorang sebab kawan pompuan aku semua jenis yang moody,congek. Erkkk

Semua aku anggap kawan biasa biasa je. Adalah sorang laki ni,dalam kelas aku duduk kat tepi dia.
Kalau dah duduk sama mestilah rapat kan? Selalu juga aku ajar dia BM,bergurau senda tu apalagi.

Then masa tu kalau tak silap,aku tengah borak kot. Tak hingat -.-
Tiba2 je kawan pompuan aku yang sorang tu jerit "Wei tashira, ***** suka kat engkau lah!" (in chinese)
And i was like "Hahhhhh?!"  Korang teka apa reaksi budak laki tu?

Dia senyum. Like this :)))))   . HAHAHAHA
Malu do. Satu kelas dengar kot. Lepas tu aku buat drama pulak. Pura2 nangis masuk dalam tandas padahal masa tu aku tengah blur "Suka? Dia suka kat aku?" HAHAHA

Balik rumah makan tak kenyang,mandi tak basah,tidur tak lena. Cehhh
Of course lah kan masa tu aku darjah 5 wei! Aku mana tahu pasal cinta cinta ni. Setiap hari kat sekolah selalu kena pressure dengan cikgu. Kerja rumah banyak tambah lagi dengan tuition.

Start from that day aku dah tak tegur lagi budak tu. Padan muka. Dah bagus aku nak berkawan dengan engkau tapi engkau yang cari pasal cakap suka dengan aku apahal? HAHA




Adios

Tips Mengambil Lesen Memandu

| on
23:37


Tengah ambil lesen? Or baru nak ambil?
Okay baca entry ni Lulus Ujian Memandu.

Maaf dalam entry tu aku over excited sangat -.-
Tips ni aku bagi ikut dari pengalaman aku je. Maaf kalau ada kekurangan atau silap kata . PEACE

Sebelum ambil lesen 

* Pastikan duit dah cukup . Dulu aku ambil lesen bayaran tu dalam RM 1200+ . Tak tahu lah kat tempat korang tu berapa. Tapi parents aku yang bayar -.- Aku mana ada duit. Lepas habis SPM my dad terus daftar nama kat MKM . Tak sempat nak carik kerja.

* Kalau sempat,tarik bapa atau abang korang untuk ajarkan step step basic memandu dulu. Haha

* Masa daftar tu terus cari cikgu memandu. I mean cikgu yang akan ajar korang drive.
Bagi aku lah kan,step ni penting. Kalau korang dapat cikgu yang buat kerja sambil lewa tu haaa habislah korang. Kalau boleh tanyalah kawan atau saudara mara ke yang pernah belajar memandu kat situ.

*Catatkan semua bayaran yang telah dibayar. Ni penting juga. 
My mom yang suruh aku catat semua ni. Sepanjang aku belajar memandu ni tak pernah pula aku dapat resit bila dah bayar,sebab kita tak kan bayar habis terus. Mesti bayar ansur-ansur ikut stepnya.


Sesi belajar memandu

* Ikut semua yang cikgu korang ajarkan. First sesi latihan tu of course lah belajar yang basic dulu kan? 
Kedudukan clutch,gear semua tu. Belajar perlahan-lahan. Tapi kalau bagi yang dah mahir tu buat on the road je terus. Senang cerita. Hahaha

* Kalau tak tahu atau confuse dengan sesuatu jangan tunggu lama lama tanya dengan cikgu korang tu terus!
Korang tak nak repeat lagi kan? So kena lah tanya banyak banyak kalau tak tahu. 

* Tengah belajar tu tiba2 tersilap pastu kena marah dengan cikgu memandu pulak. Aihhh.
Ni memang pernah terjadi kat aku. Geram pun adalah jugak. Tapi sabo je lah. Tak kan nak marah balik pulak kan?


Driving Test ( Bukit,parking & on the road)

* Sehari sebelum ujian tu doa banyak banyak. Dulu aku nervous lah juga. Banyak yang aku dah lupa,so aku bukak google then search and fahamkan sekali lagi pasal handlekan clutch.Cause aku memang selalu confuse . Meh aku bagi link http://tipsbelajarmemandu.blogspot.com/. Serious berguna!

* Berzikir banyak banyak. Aku kalau dah terlampau nervous memang jantung pun dup dap dup dap dup dap. Hahaha

* Bila nama korang kena panggil untuk ujian on the road,senyum je. Hahaha. Abang JPJ tu baik okay?
Pegang stereng tu betul betul. Jangan pulak stereng tu bergegar sebab terlampau nervous. Cool je 
Tarik nafas dalam dalam.

* Bila dah habis on the road buat muka kesian kat abang/kakak JPJ tu. Hahaha. Gurau je. Kalau nak cuba pun boleh gak :P


Apa apa pun keputusan tu nanti janganlah menangis kalau terpaksa repeat. Cari kesilapan yang korang dah buat tu. Tak yah nak duduk termenung lap hingus sebab sedih . Tak payah nak putus asa sangat.
Okay? Chill



Tu je. Salam

DIY BRACELET HOLDER

| on
20:52


DIY again. Harap korang tak leju singgah kat blog ni. Hewhew
Dah lama sebenarnya nak buat DIY yang ni. 

Things that you need,simple je.


1) Toilet paper roll (1 panjang dan 1 pendek) *tengok gambar
2) Tape
3) Fabric/paper
4) Knife & scissor
5) A piece of wood
6) hot glue gun (sorry lupa letak dalam gambar)

Macam biasa,potong fabric/paper untuk cover toilet paper roll dan kayu kecik tu tadi.
Like this.


Next,aku tak tahu macam mana nak explain so tengok gambar.



*pastikan lubang yang dipotong mengikut saiz toilet paper roll tu k?

Then cantumkan.


Akhir sekali guna hot glue gun untuk cantumkan dekat kayu kecik tu tadi.
And siap! Tak faham?  Sorry step ni aku tak tahu macam mana nak explain.

So ni hasilnya.



Kalau tak lawa diam je erh? ssshhhhh. hahaha

Nak tengok DIY lagi? Tengok kat sidebar. Hihi



Adios








DIY PAPER BOWL

| on
21:35


Well hello there.
DIY ni aku dapat dari blog akak Dila.
So credit to her ^^


Things that you need :


1 . Mangkuk (sbg acuan)
2 . Gam tepung
3 . Kertas warna/any paper (better guna kertas yang keras sikit)
4 . Gunting
5 . Wrapping plastic/plastic biasa
6 . Pencil & brush

Sebelum tu aku tunjukkan cara nak buat gam tepung .


1 . Masuk kan 5 sudu tepung. (Ikut kehendak korang je nak letak berapa banyak)

2 . Campurkan 2 gelas air sejuk dan gaul .

3 . - Panaskan kuali. 
- Masukan 2 gelas air sejuk sekali lagi dalam kuali.
- Kemudian,campurkan adunan dalam mangkuk tu tadi dalam kuali.
- Gaulkan

4 . Masukkan 3 sudu gula dan kacaukan.

Biarkan sejuk dahulu.


Next step,


1 . Potongkan kertas warna tadi menjadi bentuk bulat.
(Besar lagi bagus)

2 . Balutkan mangkuk dengan pembalut makanan.

3 . Sapukan gam tepung seperti biasa . (Pastikan semua celah kertas digam)


Then,biarkan sejuk sebab kalau dah sejuk kertas tu akan menjadi keras.
Kalau nak cepat letak kat bawah kipas je . HAHA

Lepas tu barulah korang boleh tanggalkan plastik tu perlahan-lahan dari mangkuk.
Ingat erh PERLAHAN-LAHAN. Cause kalau korang guna wrapping plastic seperti kat atas tu memang susah nak tanggalkan sebab plastic tu jenis yang melekat.

Tadi hampir rosak juga bila aku tanggalkan.

So here it is.




Colour kertas tu tak matching sangat -.-

So thats all. 

For more DIY' click here,



ADIOS







Review : Novel Bunga Di Rimba

| on
20:48


Assalamualaikum

Hari tu my mom kata nak pergi bookstore sebab adik aku nak beli buku rujukan for his studies.
Disebabkan aku ni malas sangat nak keluar sebab kat mall yang my mom nak pergi tu banyak sangat ex student sama sekolah dengan aku. Aaaa menyampah -_-

So conclusion nya aku suruh je my mom belikan novel satu untuk aku. Sebab aku ni memang kaki novel :)
PEACE

Lepas diorang balik aku terus tengok novel yang my mom belikan tu. Cehh macam tak best je,sebab cover depan pun macam old school sangat. Tapi disebabkan aku boring yang teramat,so baca je lah.

Ni sinopsis nya.

Rimba itu adalah rumahnya. Tempat di mana dia berbicara dengan alam, meneruskan kehidupan siang yang rutin tetapi mengembirakan. Menjalani kehidupan malam yang panjang tetapi cukup mendamaikan. Bagi Ajura, hidup dan matinya, biarlah di rimba itu. Namun sesuatu telah berlaku. Pemergian si ayah yang sudah melangkau waktu, benar-benar membuat dia buntu. Akhirnya, gadis itu terpaksa memberanikan diri, cuba menjengah dunia luar yang asing yang tidak pernah diimpi. Dalam pencarian, dia bertemu Yusri, lelaki yang berbudi. Lelaki yang dalam diam menyimpan hati padanya tapi takut meluahkan. Dapatkah Ajura bertemu dengan ayahnya semula, apakah hubungan Yusri dan Ajura akan berkembang mekar?


-----------------------------------

Over all best lah novel ni. That's why don't judge a book by it's cover. HAHA

Markah : 4/5





Dah Lulus Ujian Memandu !

| on
22:01

Assalamualaikum

Alhamdulilah,tak sia-sia aku work hard selama ni. HAHA
Finally! My first wishlist dah beres. Boleh baca kat sini 2014 Wishlist

Nak aku cerita dari mula ke? HAHA
Okay,awal pagi pukul 8 aku datang kat MKM tahu tak? Punya lah awal tapi ambil masa sejam baru nak start -_-

Lepas check nama ada bagi taklimat pulak. Masa tu aku dah start menggigil. HAHA
Then,diorang suruh tunggu kat track. Nervous oo tengok diorang buat test yang naik bukit tu.
Sementara tunggu giliran aku berselawat lah juga. Nak hilangkan rasa nervous.

Tiba tiba pak cik tu panggil nama aku,so aku buat muka tenang je bajet macam engkau tak nervous sangat kan?

Dengan lafaz bismillah aku gerakan kereta and alhamdulilah berjalan dengan lancar :D
Seterusnya buat side parking & tiga penjuru. One thing about guna kereta manual ni aku memang tak clear lagi pasal nak handle kan clutch. LECEH

Lepas lulus abang JPJ tu kata okay lulus,buat on the road pulak.
I was like WHAT?? Eh,bukan lepas lulus ujian track dah boleh balik ke? Aku tak tahu pun -_-
HAMPEH

Tawakal je lah.

Masuk dalam kereta tu aku dah start menggigil semula,abang JPJ tu buat muka slambe je tanya aku nervous ke? HAHA
Dah tu? Tak kan aku excited kot?

Aku buat step by step . Tengok cermin sisi-depan,guna seatbelt,pastikan gear free,adjust seat.
Masa ni everything masih dalam keadaan terkawal lagi. Tapi bila lalu je kat area sekolah banyak dah pulak kereta yang slow. Aku kalau bab bawa kereta slow ni memang aku tak tahu. Bukan tak tahu tapi takut nak berhenti. Tak pasal pasal enjin mati kat situ.

And you know what? Yeah,memang enjin kereta tu mati. Tapi alhamdulilah dapat handle lah juga.
Tapi at that time aku nervous gila . Dalam fikiran aku,gagal ke tak eh? Gagal ke tak eh? HAHA

Dah sampai kat MKM , abang JPJ tu tanya nak tick LULUS atau KANDAS
Aku diam je sebab dalam fikiran aku dah rasa macam gagal je.

Tapi rupanya Lulus. Hewhew
Cer korang teka berapa markah aku dapat over 20?

Jyeah 20/20!

Ye betul. HAHA. Tapi kan rasa macam tak layak je dapat full mark. Hmm
Anyway happy tak terkata aku sekarang ni. 

Alhamdulilah Allah dah kabulkan doa aku. Memang sebelum ujian tu aku doa banyak banyak semoga dipermudahkan semuanya. Alhamdulilah :)