Apa Yang Best Kat Phuket?

| on
21:29
Assalamualaikum

Lamanya tak update post baru huwaaa 😭😣

Ok guys, bercuti dan melancong adalah aktiviti yang tidak boleh dipisahkan dengan rakyat Malaysia. Siapa kata kita tak perlu bercuti dan melancong? Ada yang beranggapan macam tu. Ingat la, bercuti tu tak salah sebab minda dan badan kita perlu berehat. Ada banyak cara untuk bercuti. Nak gaya mahal ke, murah ke, semua tu atas pilihan korang sendiri. Kalau korang pandai manage, pandai prepare, maka berbaloi la percutian korang tu.

Bagi korang yang dah memang ada yang set nak bercuti ke luar negara tapi masih nak berbajet, korang boleh je bercuti di negara-negara jiran kita ni. Contohnya ke Thailand!

 Banyak je airline yang menawarkan penerbangan ke Thailand. Korang boleh check kat Traveloka bagi memudahkan korang untuk buat perbandingan. Antara airline yang ada kat Traveloka yang korang pilih untuk ke Thailand adalah Thai Airways. Disebabkan banyak airline lain yang menawarkan penerbangan ke sana, Thai Airways menawarkan harga yang lebih menarik bagi mendapatkan perhatian daripada pelancong yang ingin bercuti ke Thailand. In case korang tak nak ke Thailand, Traveloka juga ada menawarkan syarikat penerbangan bagi destinasi dari Kuala Lumpur to Langkawi flights. So pilihan di tangan korang. Korang pilih la mana korang nak pergi.

Andai kata Thailand menjadi pilihan korang, aku suggest korang ke Phuket. Kalau korang taktau, Phuket merupakan satu pulau yang terbesar bagi negara Thailand. Selain daripada Krabi, pelancong juga kebanyakkannya memilih Phuket sebagai destinasi pelancongan berkonsepkan pantai. Pemandangan yang indah dan menakjudkan dari persisir pantai aku yakin dapat menambat hati setiap pelancong yang datang. Jadi mari lah kita ke lokasi-lokasi menarik yang ada kat Phuket ni.


1. Promthep Cape


😍😍😍

Kat sini korang boleh lihat keindahan matahari terbenam dari puncak bukit ini. Walaupun kat sini tak ada aktiviti menarik yang korang boleh buat selain bergambar,tapi tu bukan satu halangan untuk korang datang ke sini. Sebabnya bergambar dari viewpoint ni merupakan satu kepuasan bagi ramai pelancong dan juga jurugambar professional. Pemandangan seperti di atas kertas lukisan ini telah banyak menambat hati pelancong. Kemudahan seperti tempat parking, tandas dan gerai menjual cenderamata juga disediakan di sini.


2. Tiger Kingdom


Pernah terfikir tak korang nak bergambar dengan harimau siap boleh pegang lagi? Nak rasa tak? Bukan setakat bergambar je, korang siap boleh pegang lagi. Jantung korang confirm gedebak gedebuk. Hahaha. Jangan risau. Dorang ada staff berkaliber yang menjaga harimau-harimau ni. Bayaran masuk sekitar 800 – 3500 baht sahaja. Kalau korang takut nak pegang yang besar, yang kecik comel pun ada juga.


3. Phi Phi Island


omg tengok ni! 😭😭😍 Kalau korang nak tau, dalam banyak-banyak pulau di Asia Tenggara, inilah pulau yang paling cantik iaitu Phi Phi Island. Keindahan flora dan fauna yang ada kat pulau ni menambahkan lagi keunikan lautan biru yang cantik serta terumbu karang yang boleh dilihat dari permukaan laut. Sampai je kat pulau ni korang confirm teruja! Jangan nganga sudah la. Kalau korang nak ke pulau ni, korang boleh naik speed boat ataupun feri yang disediakan. Tiketnya korang boleh dapatkan di agensi pelancongan yang banyak di sekitar pantai.

4. Flying Hanuman

Bukan setakat pantai-pantai yang cantik, Phuket juga ada menyediakan aktiviti outdoor untuk korang yang berjiwa kental, lasak dan sukakan cabaran semasa bercuti. Bagi korang yang sukakan outdoor activity, korang boleh datang ke Flying Hanuman ni untuk merasa zipline di Phuket. Semasa korang naik flying hanuman ni, korang boleh nampak keindahan Phuket dari sisi atas dimana ianya sangat mengujakan. Harga tiket untuk melakukan aktiviti ini adlaah dari 1500 – 3500 baht sahaja.


5. Phuket Trickeye Museum


Trickeye museum ni lebih kurang sama je macam 3D muzium yang ada di mana-mana negara. Gambar yang dilukis seakan-akan seperti reality. Apa yang berbezanya ialah jenis lukisan yang ada kat setiap tempat tu je. Tapi kalau korang nak masuk jugak, korang boleh la ke sini. Actually best jugak kalau dah masuk ramai-ramai. Gambar pun meriah. 


Okay la guys. Itu lah beberapa tempat kat Phuket yang mana bagi aku cukup untuk buat korang hilangkan duka lara di hati. Kalau nak bersantai-santai, boleh la lepak pantai sambil mengunyah. Kalau nak aktiviti sikit, boleh la ke flying hanuman atau tiger kingdom tu. Apa-apa pun, bercuti tu bercuti la jugak. Jangan lupa jaga keselamatan dan kesihatan korang okay! 





The Owls Cafe, Kuching

| on
17:40
Assalamualaikum


I have lots of blog post yang masih postpone ni hah. Mula-mula bukan main lagi excited buat reminder kat notes tapi hampeh sampai sekarang tak buat lagi hmm


okay, let's continue. Last november 2019 (wow dah hampir 3 bulan baru nak buat post lol), aku terjumpa cafe ni time scroll kat ig kalau tak silap. Macam biasalah, aku memang tak boleh duduk diam kalau dah tahu pasal ni, so nak tak nak kawan aku kena teman aku pergi cafe ni jugak 😅😅



Cafe ni kat shopping mall baru Kuching, Kozi Square. First time pergi Kozi Square, macam banyak gak cafe dalam ni. Aku nak pergi sini sebab nak try waffles diorang je hehe



cafe ni tak berapa besar sangat. Nasib baik tak ramai orang time kitorang pergi ni. 



Harga dekat cafe ni standard lah macam biasa. Tapi portion diorang boleh tahan banyak gak.



okay now let's talk about the foods!


Hot caffe latte (RM11)

macam rasa latte yang aku selalu minum. Nothing special about this. Macam biasa aku akan order coffee, kalau dah taktau nak order apa aku ambik iced americano je. Ni aku ambik latte sebab aku suka tengok art kat atas latte tu lmao 



The Classic (RM12)

Yang ni pulak kawan aku punya. Dia kata sedap gak tapi tak crispy macam waffles dekat ice garden.



Rebecca (RM19)

So damn good! Aku taktau sebab waffle tu yang sedap or sebab buah tu haha. Honestly, aku tak berapa suka kalau waffle aku ada aiskrim sebab nanti waffle tu macam tak berapa crispy. So time ni aku cepat2 alihkan aiskrim tu ketepi 😂😂 but serious sedap!


Owlsome Salad (RM14)

Idk why aku selalu tamak kalau masuk dalam cafe, banyak gila aku order tapi tak makan habis pun. I don't really like this salad. Sebab salad dressing dia sikit! Lepas tu rasa dia bland je. Aku hampir nak muntah makan ni HAHAHA salad dia tak boleh lawan salad dekat tease by jase tea room!


yang Junior mushroom soup (RM8) tu pulak kawan aku yang order. Dia kata sedap gila! Aku tak rasa sebab aku tak suka makan mushroom soup yang macam tu haha


Overall semua makanan dia sedap kecuali salad tu je lah. Staff dia pun friendly. Tapi service charge diorang sampai RM9.20 haritu. No wonder lah aku rasa pelik semacam time bayar tu, sebab macam banyak je. Sekali tengok resit baru perasan 💁💁


oh btw, Kak Tqa pun ada jugak review pasal cafe ni. Tapi cafe yang dekat KL lah hahaha. Go read her post guys sebab gambar yang Kak Tqa ambik semuanya owlsome & cantik 👇





SEE YOU IN MY NEXT POST!