Pengabdi Setan | Movie Review

| on
18:41
Assalamualaikum


heyyyyy

dah

nak

final

exam

wei

ha

ha

ha

whatever hahaha 💁


siapa yang dah tengok movie ni?  🙋🙋

lepas habis kelas je pukul 4 petang tu kitorang terus naik grab pergi tengok wayang. Ingatkan nak tengok yang pukul 8 malam tu tapi kelas habis awal so tengok je lah yang pukul 6 petang tu hah

kitorang suka pergi tengok wayang kat area shopping mall unimas ni sebab tak banyak orang kan tapi semalam gila lah ramai jugak orang pergi tengok movie ni erhhh , selalunya sikit je hahah

aku kalau tengok cerita seram kan memang taklah aku nak beli popcorn hahaha tapi beli jugak lah semalam. nasib baik popcorn tak terbang dalam panggung tu 😑



Image result for pengabdi setan sinopsis pendek 2017


sinopsis movie ni korang cari lah dalam google haha malas aku nak copy & paste.


nak kata movie ni seram tak jugak lah. Tapi banyak sangat scene yang mengejut omg boleh sakit jantung aku. and muka "ibu" dalam cerita ni seram gila hahahaha the makeup though 


and jalan cerita ni tergantung tau tak?! aku memang marah gila tengok ending dia wth dah lah jalan cerita dia pun tak berapa jelas gosh buang duit je beli tiket dia ni 


and then ada scene bila anak lelaki ustaz tu mati accident erhh yang part tu aku rasa paling seram haha sebab dia memang tunjuk laki tu diheret di bawah lori,dengan muka dia terbelah lah yarabi seram pulak aku bayangkan scene tu hahaha


part yang aku tak faham,boleh pulak si "ibu" tu datang kacau Rini tengah bersolat? Wth 
lepas tu boleh pulak hantu pocong tu bunuh manusia eh? hahaha macam-macam jenis hantu aku tengok dalam movie ni tau tak. Ada pocong kaler putih & hitam.


scene yang terakhir tu memang gila lah. Stress aku fikir jalan cerita movie ni. Maybe ada sambungan kot nanti,ntah lah.


tapi sampai sekarang aku masih terbayang muka si ibu tu wei hahaha kawan aku asyik ulang ayat "ibu datang balikkkkkkk" isyyy kuang ajar betul lah haha


sorry lah kalau aku tak review sangat,sebab malas lah nak review panjang2. korang tengok je lah sendiri nanti 😁

overall boleh lah jugak tengok untuk buang masa kan haha orang2 dalam pawagam pun dok terjerit macam kena histeria 😱😱 dengan aku sekali yang terkejut dengar diorang isyyyy

Sambung Degree!

| on
20:10
Assalamualaikum


aku dah berapa kali nak taip entry ni tapi sekarang barulah mood tu datang xD
Rasanya aku tak ada bagitau kot dalam blog ni,actually aku habis STPM pada tahun hm 2015 rasanya. Aku rehat selama hampir 2 tahun jugak lah (maksudnya aku tak buat apa2 sepanjang habis stpm lol)

so bulan 9 haritu alhamdulilah aku dapat jugaklah tawaran masuk Unimas. Aku dari dulu memang target nak masuk Unimas sebab tak nak duduk jauh sangat tapi adalah dalam 40 minit jugak dari rumah sendiri,itupun kalau tak jem weii

Tapi aku masih ingat lagi masa nak isi upu haritu aku confuse nak pilih course yang mana satu. Serious confuse gila. Tapi last-last aku dapat course yang aku nak tapi rasa macam menyesal pulak wei ambil course ni hehhhhhhhh benda dah terjadi nak buat macam mana kan?


Course ni banyak melibatkan science! Mula-mula tu aku okay je janji tak ada maths kan cause i really really really tak suka mathematics. Kau nak cakap macam mana sekali pun aku tetap tak suka maths hahaha nampak tak betapa bencinya aku dengan maths ni? 😤😤

Image result for college life tumblr


kau kena belajar dari sekarang sebab kalau kau belajar last minute ya allah jangan harap lah benda yang belajar tu akan masuk ke dalam otak hahaha hancuss exam


course yang aku ambil ialah Psychology. Kitorang first batch psychology ni hahaha sebab ni course baru dalam unimas. 


Subjects untuk sem 1 je dah buat otak aku rasa nak pecah tau tak? 

Basic helping skills, Introduction to cognitive science, Cognitive psychology, Introduction Psychology, Physiological psychology.

tu semua wajib kena ambil. 


Dengan assignment lagi yarabi hahaha yang tu takyah cakap lah memang boleh jadi gila aku ni,lagi-lagi aku jenis yang suka sangat nak tangguh kerja lagilah gila aku dibuatnya.

and ni first time lah aku tinggal kat hostel hahaha selama ni tak ada pengalaman wei nak tinggal kat hostel tapi semua okey je and yang paling best,first day masuk je dapat roommate yang sama course ya allah alhamdulilah menangis2 aku malam sebelum tu sebab takut sangat tapi alhamdulilah dipermudahkan.


nak marathon drama tu jangan haraplah. List drama yang aku nak download kan dah panjang gila dah ni. Entah bila nak download. ni pun tengah nak siapkan assignment fuhhh dalam minggu ni je kena hantar 3 assignment yang berbeza sekali gus . korang doakan lah aku k? hahahaha desperate sangat dah ni


nak blogwalking tu memang susah sangat-sangat apatah lagi nak tinggalkan komen,kalau internet laju tu takpe lah jugak aihhhh


nantilah aku update lagi hahaha banyak gila rasanya benda yang aku nak ceritakan ni.
 sampai sini je kot. Bye!