Strangers From Hell | Korean Drama

| on
15:23
Assalamualaikum


i should be doing my assignments but takpelah luangkan masa sekejap buat post ni sebab manatau ramai yang terlepas drama ni kan? hehe


I'm sooooooo excited kalau drama thriller & mystery macam ni keluar. Tapi bagi aku drama ni scary dia another level k. Aku pernah sampai termimpi-mimpi drama ni hahaha

psychopaths dalam drama ni memang perghhhh! pelakon-pelakon dia semua berjaya bawak watak masing-masing! especially ahjumma dalam drama ni.


Strangers From Hell-GP.jpg

aku nak copy paste sinopsis drama ni tapi macam tak lengkap je so aku ringkaskan je lah kat sini.


Image result for strangers from hell characters

basically drama ni pasal Jong-Woo datang dari hometown dia ke Seoul sebab kawan senior dia tolong bagi dia kerja. If i'm not mistaken, Jong-Woo ni writer. Dah sampai kat Seoul, dia struggle nak cari apartment. Semua apartments yang dia cari semuanya lari dari bajet dia. Last-last dia terjumpa Eden Studio (macam apartment gak). Eden ni lebih murah tapi masalahnya bilik tu terlalu kecik pastu nak kongsi dapur & bilik air dengan residents lain. 

Aku dah rasa seram semacam time Jong-Woo ni masok dalam apartment tu HAHAHA maybe sebab background music dia tu kot. Tapi nak tak nak dia terpaksa gak sewa kat Eden sebab nak jimat duit.

Image result for strangers from hell characters

Bok-Soon ahjumma yang sapa Jong-Woo dulu. At first, kau akan fikir ahjumma ni je yang normal dalam drama ni sebab aku mula-mula ingat macam tu gak. Tapi rupanya ahjumma tu lah yang paling psycho sekali. 

Image result for strangers from hell characters

pastu, ada dua orang kembar (yang pakai baju belang). hah yang ni seram jugakkkkk. kembar yang sorang tu dia macam ada mental retardation sikit & suara dia seram k guys. Gelak dia tu semacam je ugh hahaha. kembar dua orang ni dijaga oleh ahjumma tu dari kecik lagi so korang boleh bayangkan lah ahjumma yang psycho tu jaga dua orang budak kecik. 

Image result for strangers from hell characters

Nam-Bok ialah ahjussi yang guna cermin mata tu. Dia ni pervert. Dia tengok porn tiap-tiap hari. Yang tak boleh blah dia tengok porn tapi tak tutup pintu bilik HAHAHA bodoh lah. Dia selalu pegang pisau kalau dia nampak Jong-Woo sebab dia macam tak sabar nak bunuh Jong-Woo tu. Dia ni memang selalu gak cari nahas dengan Jong-Woo, dah lah si Jong-Woo tu jenis yang panas baran.

Related image

Last watak yang penting ialah watak Lee Dong Wook ni, Moon-Zo. Dia ni dikira ketua psycho dalam rumah tu. Yang lain tu tunggu arahan dari dia je. Kalau diorang buat keputusan sendiri, automatic diorang akan dibunuh oleh Moon-Zo sebab dia tak suka orang langgar perintah dia. Sejak dia nampak si Jong-Woo ni, dia berusaha untuk jadikan Jong-Woo ni sebagai 'experiment' dia. Sebab dia dapat nampak yang Jong-Woo ni ada potensi nak jadi psychopath jugak. Kalau korang tengok dari first episode korang akan nampak Jong-Woo ni jenis yang panas baran & dia selalu imagine dia sedang pukul orang yang buat dia marah. Kadang-kadang dia macam takleh nak kawal emosi jugak. 

banyak watak yang mati dalam drama ni. Tapi aku sedikit hampa sebab girlfriend Jong-Woo ni tak mati hahaha lol. Sebab dalam banyak-banyak watak aku benci tengok watak Ji-Eun (girlfriend Jong-Woo) & Jae-Ho (boss Jong-Woo). Ji-Eun ni aku tahu lah dia stress kat tempat kerja sebab selalu kena buli dengan bos dia tapi come on lah, bf dia nak mengadu sikit je pasal studio tu pun dia boleh kata si Jong-Woo ni terlampau banyak fikir yang bukan-bukan. Fuhhh. Yang si boss Jong-Woo ni pulak jenis yang bongkak pastu boleh eh dia nak tackle gf kawan dia sendiri? Tapi aku rasa satisfied dia mati dalam drama ni HAHAHA well thanks to Moon-Zo gak.


Tu aku baru cerita watak-watak dalam drama ni tau, sebenarnya ada banyak lagi aku nak bagitau tapi macam biasa, aku tak suka bagi spoiler so korang tengok lah sendiri.

aku sangat-sangat enjoy tengok drama ni 😂😂 ending dia aku memang dah boleh agak sebab Jong-Woo ni memang ada potensi yang besar untuk jadi macam diorang. Tapi last episode banyak sikit scenes yang ganas & bloody so aku dah bagi warning awal-awal ni eh hahaha


don't worry, drama ni ada 10 episodes je guys. Tak banyak mana pun, dalam sehari korang boleh habiskan ni. bagi aku pelakon dalam drama ni kena bagi awards sebab seriously diorang berjaya sangat-sangat bawak watak masing-masing! 


I is stress dengan Fyp.

| on
22:45
Assalamualaikum




hello guys.

sem ni dah start buat fyp. hmm cepatnya masa berlalu. Tinggal 2 tahun lagi nak habiskan degree sebab course psychology ni 4 tahun. 

minggu lepas ialah minggu untuk fikir tajuk for fyp 1. Aku duduk depan laptop dari pukul 2 petang sampai 1 pagi tapi malangnya masih tak jumpa2 tajuk jugak. Hmm. I is stress guys. Sebab the next day tu kena bincang dengan supervisor TAPI AKU TAKDE TAJUK LAGI HAH MACAM MANA TU. ok tertekan caps lock hahaha lol

aku tidur dalam pukul 2 pagi then bangun pukul 5 pagi, sambung balik cari tajuk. 

Actually kan, aku dah ada tajuk. Tapi aku tak yakin je whether nak buat tajuk tu ke tak hahaha. Sebab tak jumpa instrument yang bagus. Tapi last2 aku pilih tajuk yang first2 aku nak tu jugak. See? Nampak tak betapa complicated nya aku ni.

Aku belajar psychology tapi maseh tak dapat nak handle tahap stress aku ni hah. 

Tunggu supervisor approve aku punya tajuk tu dulu lah eh barulah aku bagitau dalam blog ni (acah je kau ni macam lah ada orang nak baca 😂)


best tak belajar psychology?


hmmm .......

hmmm ......

hmmm .......


bestttttttt! hahahaha 

sebab aku memang minat psychology lepas tengok drama korea dulu. Siapa pernah tengok drama Madame Antoine? Hahhh gara2 drama tu lah aku TER-curious pasal psychology ni. Lagi-lagi kalau tengok drama pasal psychopaths. Fuh ni favorite ni. Cita-cita nak jadi criminal psychologist HAHAHAHA tapi aku masih dalam dilema lagi ni 😭😭 sebab aku tak percaya dengan kemampuan diri sendiri. 


aku tak sabarrr nak belajar pasal criminal psychology sem 7 nanti. Kalau ada subject forensic psychology lagilah best tapi malangnya takde ye. dekat Malaysia kurang terdedah sikit dengan benda macam ni so paling best nak belajar criminal & forensic psychology ni obviously dekat US or UK. 


aku baru perasan aku tak pernah lagi buat entry pasal degree life aku dalam blog ni hahaha 
dah masuk sem 5 baru ingat omg tak faham lah dengan diri sendiri ni lol

anyway, doakan supervisor aku bagi green light untuk tajuk fyp aku tu, inshaallah. & semoga aku tak stress buat fyp 😭😭😭


lepas ni, nak buat entry pasal degree life lah. Asyik review online shop je kan cissss hahaha



byeeeee

Ice Garden Cafe, Kuching

| on
13:10
assalamualaikum 


helloooooo hehe

post ni auto publish ye guys so kemungkinan besar aku tak bukak blog since semester ni aku dah start buat FYP :"( 😭😭 kalau bukak pun maybe baca post korang macam tu je kot, kalau rajin aku akan tinggalkan komen hehe


so, let's skip that part.


since aku dah berani drive sekarang (alhamdulilah), so kerja aku memang bawak kawan-kawan keluar je lah hahaha itupun kalau ada duit eh, bukan keluar tiap-tiap hari tau





masuk je dalam cafe ni terus mata terpukau tengok kek kat tepi kaunter. Actually sebelah area kek ni ada banyakkkk fruit popsicle tapi aku lupa nak ambil gambar ugh 

memandangkan kitorang tak makan lagi, so memang kena order makanan lain gak sebab takkan pagi-pagi makan shaved ice je kan? haha

aku ingatkan ada bermacam jenis shaved ice yang ada kat cafe ni, tapi kalau tak silap aku nampak 6 je menu shaved ice diorang & tanpa buang masa aku terus order green tea shaved ice sebab ada kawan yang recommend untuk try ni hehe


topping green tea shaved ice ni ada red beans, pudding & rice balls. RM9 jee hehe
dalam gambar nampak kecik je tapi sebenarnya besar guys. 

SEDAP! serious sedap. kitorang makan sikit-sikit pastu sambung ambil gambar sampai tak sedar shaved ice ni dah cair HAHAHA tapi lebih sedap kalau makan terus sebab kalau dah cair takde rasa dah

rice balls tu macam rasa pulut(?), bagi aku boleh lah ditelan benda tu hahaha takde rasa sangat pun


pastu kitorang order classic belgium waffle, belgium waffle with gelato + oreo & oreo cheesecake.

waffle diorang ranggup!!!!!!!!!! tertelan air liur je lah aku tengok gambar ni :'(((((  

yang belgium waffle with gelato + oreo tu bolehlahh. aku tak berapa suka kalau kat tengah-tengah waffle tu ada aiskrim haha sebab nanti confirm tak ranggup pastu manis. 

oreo cheesecake tu biasa-biasa je kot. sedap lagi oreo crepe dekat the coffee factory hehe


dahlah order makanan manis pastu order lagi air manis HAHAHA diabetessssss
ni oreo milkshake. seeeeee? nampak tak betapa sukanya aku dengan oreo ni HAHAHA 



bagi aku milkshake tu terlampau mahal sangat 😣 but whatever lah sebab puas hati makan kat sini! & lighting cantik gilaaaaa so thumbs up for that! HAHAHA lol




bye guys! 






B.Adore Malaysia | Review

| on
15:17
Assalamualaikum

i think i really need to uninstall instagram sebab selaluuuuuu je tak dapat nak kawal nafsu. and again, haritu ternampak ig shop ni jual kasut yang sangat cantik di mata aku hahaha taktau lah taste korang macam mana, tapi taste aku memang macam ni.


B.Adore ni local brand guys, diorang ada kedai dekat Johor je. Ramai yang tertarik dengan bag diorang. Mostly aku tengok diorang ada banyak jenis bag collection tapi i'm not a big fan of bags so korang boleh lah tengok sendiri eh dekat https://www.badore.com.my

my first purchase kalau tak silap tahun lepas. kalau nak tahu most of their shoes collection harga semua range dalam RM99 ke atas. Bag diorang pricey sikit lah sebab handmade hehe



diorang ada kotak sendiri tau! aku suka kalau online shop ada kotak sendiri sebab nak kumpul lol
saiz aku 39 je tapi team diorang nasihatkan beli size 1 inci lebih besar sikit. & obviously I am satisfied with my first purchased!

lepas barang tu sampai aku stalk website diorang pulak then screenshot barang yang aku suka. aku fall in love dengan heels yang satu tu tapiiiii bila difikir balik aku jarang nak pakai heels so aku hold dulu. lagipun masa ni aku dah shopping banyak sangat kasut sampai rasa menyesal nak tampar muka diri sendiri je lmao

& last week aku dah beli! hehe. kalau yang follow aku dekat instagram maybe tahu kot rupa heels tu macam mana sebab aku ada buat poll hahaha confuse nak pilih color black or brown



uuuuu kotak ni color lain dah



and walahhhhhhhhh! please lah puji cantik hahaha 

 


ah diorang ada bagi extra hmmm yang untuk bawah heels tu 👆, sorry taktau nama benda tu haha



rupa dia macam ni guys hehe

i love both of it! B.Adore ada keluarkan koleksi kasut yang baru jugak bulan lepas. Aku letak dalam wish list je lah dulu hahaha


nahh website diorang kalau korang nak stalk,



First Time Beli Barang Dari Life WareHouse Malaysia!

| on
15:57
Assalamualaikum


have you ever heard about Shopback? Basically Shopback is an app yang akan bagi korang cashback setiap kali korang berbelanja online! As for now, aku dah berjaya kumpul RM125+ guys! Want to know more? You can read my previous post here 👉 Shopback | Review


_________________________________________________________


again, this is not a sponsored post so chillax lol.


Aku dah lamaaaaaaaaa stalk ig Life WareHouse ni! Dari awal tahun ni lagi lepas ternampak post diorang dekat ig. Barang yang diorang jual semua cuteeeeeeeee! Masa tu aku hanya mampu cuci mata ja. Sebab time tu duit belanja aku banyak habis kat makanan hmm obviously kalau dah duduk hostel tu kan hahaha


aku hanya mampu add barang tu dalam wish list je HAHAH dah lah banyak pulak tu 💆
japp nak screenshot barang comel2 yang ada dalam website diorang.




bunny lamp ni dapat bertukar warna tau. korang just perlu tap belakang bunny tu then nanti dia ada macam2 warna keluar huwaaaaaa (tekan gambar tu kalau nak tengok hehe)



THISSSS! Dah lama aku teringin sangat dengan deer humidifier ni :"))



ni pulak website diorang. 


so last week my mom tanya bila nak beli bag travel bag yang kecik tu sebab dah nak masuk hostel balik dah lagipun alang2 adik pun dah nak start degree so beli je lah dua sekali. At first, my mom suruh usha2 kat zalora sebab my mom ni memang semua benda dia beli kat zalora lmao. Tapi dah nak dekat 30 minit cari tak jumpa yang berkenan then teringat pulak dengan website Life WareHouse sooooo apalagi tak sampai 5 minit aku cari dah jumpa yang aku nak! HAHA lol

aku plan nak beli yang humidifier tu sekali tapi aku hold dulu sebab nak tengok macam mana first pengalaman aku beli dengan diorang. So kalau ok obviously aku akan beli nanti plus aku plan nak beli hadiah untuk birthday kawan-kawan aku jugak.

so ni barang yang aku beli




sepatutnya aku pilih yang warna kuning ni tapi terambil warna hitam aaaaaaaa ciss

& unfortunately barang yang aku beli ni semua pre-order HAHA so perlu tunggu dalam 2 minggu lebih gak. 
tapi masa order tu aku TER-letak west malaysia padahal aku tinggal kat sarawak kot hahaha so nasib baik diorang cepat whatsapp & bagitau aku sebab kat east malaysia takde free shipping guys hmmmmmmmmmmmmmmmmm so kena tambah RM30+ gak untuk shipping tu. Hanya yang tinggal kat sabah & sarawak je lah yang faham betapa hancurnya hati lepas add to chart semua barang pastu tengok shipping price lebih mahal dari barang yang dibeli tu HAHAHA but no worries aku ok je lol


kotak ni besar guys

alhamdulilah barang dah sampai!

p/s: gambar yang aku ambil ni tak cantik sebab rasa malas nak ambil banyak kali so whatever lah malas nak fikir lagi haha



i was slightly disappointed with this bag tho. dalam gambar tali bag tu nampak mcm panjang, tapi bila sampai pendek sangat! seriously tak sama macam dalam gambar.


aku malas nak bukak so ambik gambar macam ni je lah hahaha. 


and, ada free gift! yeayyyy hehe

Kadang2 diorang ada buat promotion, so boleh lah beli time tu! Overall, it was a nice experience! Lepas ni nak beli humidifier tu pulak, and oh nak beli hadiah untuk kawan sebab birthday diorang nak dekat dah ni so i hope they will love it!


so kalau korang nak usha website diorang boleh lah ke https://www.lifewarehousemy.com or instagram @lifewarehousemy 



The Body Shop Big Sale! ---- Parcel Dah Sampai!

| on
11:47
Assalamualaikum


Wauu entah kenapa sekarang ni rajin sangat nak update blog haha tapi bila nak blogwalking tu tiba-tiba macam malas pulak hmmmm 


minggu lepas aku dah bersemangat & berazam tinggi nak simpan duit. Pastu, tiba-tiba petang tu the body shop hantar msg & email kata ada big sale sampai 70% !! Fuhhhh serious aku cakap masatu aku dah stress dah nak tunggu ke tak sales tu sebab pukul 12 malam sales tu dah start dah. See? aku ni jenis yang cepat tukar fikiran hahaha ntah bila lah nak simpan duit ni 😓😓

sebelum ni i'm not a fan of the body shop tho. Tapi lepas try beli body mist yang vanilla tu fuhhh tiba2 terjatuh cinta pulak dengan brand ni. 



tapi yang tak bestnya sale kalini macam mehhh sikit. aku ingatkan diorang ada buat banyak sales untuk fragrances tapi rupanya 10% je hmmmm takbanyak beza lah harga tu, lebih kurang je



free sample 💛💛


aku berjaya tahan nafsu dengan beli ni je HAHAHA i really really want to buy the body butter yang perisa(?) lain tapi aku takut giler nanti aku tak suka dengan bau tu so i end up beli yang vanilla pumpkin tu je sebab bau vanilla tak pernah mengecewakan! & aku beli mango shower gel tu jugak. 

Yang body butter tu aku beli dalam RM23.70, body shower tu pulak RM14.95 je! Shower sponge(?) tu pulak RM2.97 je guys! ada banyakkkkk lagi product yang best tapi itulah aku tak tahu bau dia macam mana hahaha nak agak2 bau dia pun takleh gak. Kat sarawak takde in-store sales so obviously aku beli online je. Shipping fees sampai RM15 fuhhhh. Part shipping ni aku kurang suka sikit sebab SS memang selalunya mahal -_-


anyway, siapa2 yang tak tengok lagi sales the body shop ni bolehlah pergi bukak website diorang sekarang! Sebab sales ni sampai 18 AUGUST JE!





Mossery's Undated Academic Planner Dah Sampai!

| on
14:03
Assalamualaikum


yeayyy! excited sangat nak guna planner ni hehe
Aku ni boleh tahan cerewet jugak kalau nak pilih planner, lebih cerewet dari pilih makanan ok haha
kalau boleh, aku nak planner yang simple je. Taknak isi planner yang warna warni & tak suka kalau tengok planner tu macam padat sangat. Kalau beli notebook pun aku akan check setiap pages dalam buku tu. Sebab kalau boleh, aku nak hias sendiri dalam planner tu nanti. Cover pun nak yang simple & nice je.


Plan asal nak beli undated planner, tapi memandangkan tinggal 4 bulan lebih je lagi nak masuk tahun 2020, so aku tukar fikiran. Lagipun bulan september nanti dah nak masuk sem baru so aku lebih utamakan ni je. Lagipun kat planner tu nanti tak ada orang tahu pun tu academic planner kan? So kita combine kan je lah jadi life & academic planner hahaha 

sebelum ni aku pun ada gak beli mossery academic planner. tapi yang sebelum ni dah ada tarikh yang diberikan dalam planner tu so dapatlah juga guna planner tu untuk 2 sem hehe. BUT kalini mossery keluarkan undated academic planner! Maksudnya bila-bila masa je korang boleh start guna planner tu! ada 14-months Undated Monthly Planner pulak tu! other than that, diorang ada tambah 12-months Habit Tracker jugak! 

so personal pages termasuk inspiration boards, priorities, values, goals & 12 months habit tracker.

dekat note pages pulak ada 32-pages dotted notes. pages ni aku jarang sikit guna. Kadang-kadang guna untuk tulis nota penting yang pensyarah bagitau time kelas je. itupun kalau aku rajin nak tulis hahaha lol sebab selalunya mintak dengan kawan je hehe

pastu pages yang aku paling suka ialah the 56-weeks undated weekly planner (vertical). aku palingggggg suka isi part yang ni hahaha sebab aku ni jenis pelupa so semua dateline assignments, meeting, exam, outing, to do list semua aku campak dalam ni je! & the best part ialah korang boleh lukis sekali (well eventho lukisan aku taklah cantik & creative mana hahaha lmao).


macam biasa ada kotak warna kuning & warna biru ni hehe




thank you for this tho!


tadaaaaa! sebelum ni aku beli color hitam tapi kalini nak beli yang pastel pulak 😍😍😍




& aku ada beli transparent sleeve untuk cover planner ni sebab color pastel kan so takut nanti cepat kotor pulak


transparent sleeve ❤ yang ni RM16+ kalau tak silap. Actually diorang ada buat promo kalau beli planner ni diorang akan bagi percuma transparent sleeve + lots of stickers BUT macam biasa dah terlambat HAHAHA aku tak perasan yang promotion tu dah habis dah hmmmmm


ada free calendar hehe

obviously, aku berpuas hati dengan planner mossery ni! Ni kali kedua beli & i'm still rasa excited nak unboxing planner ni hahaha 

planner yang sebelum ni aku dah guna dengan baik & bolehlah banyak jugak benda yang aku lukis dalam tu. contohnya macam kat bawah ni 👇


sorry ni tulisan malas ni HAHAHA selalunya tulisan aku cantik ok lol


excuse my ugly drawings, don't judge please sebab aku memang tak reti nak lukis so whatever hahaha


ok tak sabar nak hias planner! aku enjoy sangat buat benda2 macam ni idk why. I really wish some of my friends ada hobi yang sama macam aku ni but unfortunately tak ada sorang pun yang suka buat benda gini so its okay hahaha


Korang boleh ke link mossery ni untuk tengok planners, sketch books or notebooks jugak

https://www.mossery.co/


dont worry guys Mossery ni dari Malaysia bukan dari US. Tapi diorang ada buat international shipping thats why dalam website tu guna dollar hehe




byeeee. nanti aku blogwalking ok nak hias planner jap HAHA lol