I is stress dengan Fyp.

| on
22:45
Assalamualaikum




hello guys.

sem ni dah start buat fyp. hmm cepatnya masa berlalu. Tinggal 2 tahun lagi nak habiskan degree sebab course psychology ni 4 tahun. 

minggu lepas ialah minggu untuk fikir tajuk for fyp 1. Aku duduk depan laptop dari pukul 2 petang sampai 1 pagi tapi malangnya masih tak jumpa2 tajuk jugak. Hmm. I is stress guys. Sebab the next day tu kena bincang dengan supervisor TAPI AKU TAKDE TAJUK LAGI HAH MACAM MANA TU. ok tertekan caps lock hahaha lol

aku tidur dalam pukul 2 pagi then bangun pukul 5 pagi, sambung balik cari tajuk. 

Actually kan, aku dah ada tajuk. Tapi aku tak yakin je whether nak buat tajuk tu ke tak hahaha. Sebab tak jumpa instrument yang bagus. Tapi last2 aku pilih tajuk yang first2 aku nak tu jugak. See? Nampak tak betapa complicated nya aku ni.

Aku belajar psychology tapi maseh tak dapat nak handle tahap stress aku ni hah. 

Tunggu supervisor approve aku punya tajuk tu dulu lah eh barulah aku bagitau dalam blog ni (acah je kau ni macam lah ada orang nak baca 😂)


best tak belajar psychology?


hmmm .......

hmmm ......

hmmm .......


bestttttttt! hahahaha 

sebab aku memang minat psychology lepas tengok drama korea dulu. Siapa pernah tengok drama Madame Antoine? Hahhh gara2 drama tu lah aku TER-curious pasal psychology ni. Lagi-lagi kalau tengok drama pasal psychopaths. Fuh ni favorite ni. Cita-cita nak jadi criminal psychologist HAHAHAHA tapi aku masih dalam dilema lagi ni 😭😭 sebab aku tak percaya dengan kemampuan diri sendiri. 


aku tak sabarrr nak belajar pasal criminal psychology sem 7 nanti. Kalau ada subject forensic psychology lagilah best tapi malangnya takde ye. dekat Malaysia kurang terdedah sikit dengan benda macam ni so paling best nak belajar criminal & forensic psychology ni obviously dekat US or UK. 


aku baru perasan aku tak pernah lagi buat entry pasal degree life aku dalam blog ni hahaha 
dah masuk sem 5 baru ingat omg tak faham lah dengan diri sendiri ni lol

anyway, doakan supervisor aku bagi green light untuk tajuk fyp aku tu, inshaallah. & semoga aku tak stress buat fyp 😭😭😭


lepas ni, nak buat entry pasal degree life lah. Asyik review online shop je kan cissss hahaha



byeeeee

6 comments on "I is stress dengan Fyp."
  1. Good luck untuk tajuk fyp tu. Moga lulus tajuk dan move untuk step seterusnya! ^^

    ReplyDelete
  2. goodluck! awalnya dah buat fyp, eh sama la tengah sem5 :D

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan urusan! Update2 pasal degree life. kenangan tu nnti boleh baca2 balik hehe

    ReplyDelete
  4. goodluck fyp! semoga dapat jumpa tajuk yg sesuai hehe

    bestnya blaja psychology

    ReplyDelete
  5. I hope your supervisor give you the 'green light' for your fyp's title.
    I know you can nailed it.

    But yes, Criminal & Forensic Psychology punya subject mmg takde dekat Malaysia, because I did asked my uncle once, dia kata subject macam tu banyak dekat US.

    ReplyDelete
  6. sebab tengok drama korea jugalah saya dapat tahu sikit2 pasal psychology ni..hehe

    gudluck ye awak utk fyp :D

    ReplyDelete