Strangers From Hell | Korean Drama

| on
15:23
Assalamualaikum


i should be doing my assignments but takpelah luangkan masa sekejap buat post ni sebab manatau ramai yang terlepas drama ni kan? hehe


I'm sooooooo excited kalau drama thriller & mystery macam ni keluar. Tapi bagi aku drama ni scary dia another level k. Aku pernah sampai termimpi-mimpi drama ni hahaha

psychopaths dalam drama ni memang perghhhh! pelakon-pelakon dia semua berjaya bawak watak masing-masing! especially ahjumma dalam drama ni.


Strangers From Hell-GP.jpg

aku nak copy paste sinopsis drama ni tapi macam tak lengkap je so aku ringkaskan je lah kat sini.


Image result for strangers from hell characters

basically drama ni pasal Jong-Woo datang dari hometown dia ke Seoul sebab kawan senior dia tolong bagi dia kerja. If i'm not mistaken, Jong-Woo ni writer. Dah sampai kat Seoul, dia struggle nak cari apartment. Semua apartments yang dia cari semuanya lari dari bajet dia. Last-last dia terjumpa Eden Studio (macam apartment gak). Eden ni lebih murah tapi masalahnya bilik tu terlalu kecik pastu nak kongsi dapur & bilik air dengan residents lain. 

Aku dah rasa seram semacam time Jong-Woo ni masok dalam apartment tu HAHAHA maybe sebab background music dia tu kot. Tapi nak tak nak dia terpaksa gak sewa kat Eden sebab nak jimat duit.

Image result for strangers from hell characters

Bok-Soon ahjumma yang sapa Jong-Woo dulu. At first, kau akan fikir ahjumma ni je yang normal dalam drama ni sebab aku mula-mula ingat macam tu gak. Tapi rupanya ahjumma tu lah yang paling psycho sekali. 

Image result for strangers from hell characters

pastu, ada dua orang kembar (yang pakai baju belang). hah yang ni seram jugakkkkk. kembar yang sorang tu dia macam ada mental retardation sikit & suara dia seram k guys. Gelak dia tu semacam je ugh hahaha. kembar dua orang ni dijaga oleh ahjumma tu dari kecik lagi so korang boleh bayangkan lah ahjumma yang psycho tu jaga dua orang budak kecik. 

Image result for strangers from hell characters

Nam-Bok ialah ahjussi yang guna cermin mata tu. Dia ni pervert. Dia tengok porn tiap-tiap hari. Yang tak boleh blah dia tengok porn tapi tak tutup pintu bilik HAHAHA bodoh lah. Dia selalu pegang pisau kalau dia nampak Jong-Woo sebab dia macam tak sabar nak bunuh Jong-Woo tu. Dia ni memang selalu gak cari nahas dengan Jong-Woo, dah lah si Jong-Woo tu jenis yang panas baran.

Related image

Last watak yang penting ialah watak Lee Dong Wook ni, Moon-Zo. Dia ni dikira ketua psycho dalam rumah tu. Yang lain tu tunggu arahan dari dia je. Kalau diorang buat keputusan sendiri, automatic diorang akan dibunuh oleh Moon-Zo sebab dia tak suka orang langgar perintah dia. Sejak dia nampak si Jong-Woo ni, dia berusaha untuk jadikan Jong-Woo ni sebagai 'experiment' dia. Sebab dia dapat nampak yang Jong-Woo ni ada potensi nak jadi psychopath jugak. Kalau korang tengok dari first episode korang akan nampak Jong-Woo ni jenis yang panas baran & dia selalu imagine dia sedang pukul orang yang buat dia marah. Kadang-kadang dia macam takleh nak kawal emosi jugak. 

banyak watak yang mati dalam drama ni. Tapi aku sedikit hampa sebab girlfriend Jong-Woo ni tak mati hahaha lol. Sebab dalam banyak-banyak watak aku benci tengok watak Ji-Eun (girlfriend Jong-Woo) & Jae-Ho (boss Jong-Woo). Ji-Eun ni aku tahu lah dia stress kat tempat kerja sebab selalu kena buli dengan bos dia tapi come on lah, bf dia nak mengadu sikit je pasal studio tu pun dia boleh kata si Jong-Woo ni terlampau banyak fikir yang bukan-bukan. Fuhhh. Yang si boss Jong-Woo ni pulak jenis yang bongkak pastu boleh eh dia nak tackle gf kawan dia sendiri? Tapi aku rasa satisfied dia mati dalam drama ni HAHAHA well thanks to Moon-Zo gak.


Tu aku baru cerita watak-watak dalam drama ni tau, sebenarnya ada banyak lagi aku nak bagitau tapi macam biasa, aku tak suka bagi spoiler so korang tengok lah sendiri.

aku sangat-sangat enjoy tengok drama ni 😂😂 ending dia aku memang dah boleh agak sebab Jong-Woo ni memang ada potensi yang besar untuk jadi macam diorang. Tapi last episode banyak sikit scenes yang ganas & bloody so aku dah bagi warning awal-awal ni eh hahaha


don't worry, drama ni ada 10 episodes je guys. Tak banyak mana pun, dalam sehari korang boleh habiskan ni. bagi aku pelakon dalam drama ni kena bagi awards sebab seriously diorang berjaya sangat-sangat bawak watak masing-masing! 


9 comments on "Strangers From Hell | Korean Drama"
  1. omg thankyou for sharing! baru je nampak org share pasal drama ni tadi. nak downloadddd

    ReplyDelete
  2. Hah ! Cerita ni dah lama duk dalam drive.. Entah bilalah nak ada mood utk tengok ! Your review gave me a high expectation on this drama !

    ReplyDelete
  3. Cerita ni adaptasi from webtoon eh?

    https://mylittlestoryi.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. ehhh sik sangka dongwook jadi watak psycho 😆 mok nangga la macam best jak 😊 kmk ok jak mun part thriller, tapi mun hantu2 terkejut2 ya nang sikpat gilak 😂

    ReplyDelete
  5. Fuhh!!! menarik ni tak sabar nak tengok sebab ada Im Si Wan

    ReplyDelete
  6. macam best drama ni. ok nak kena cari mood dulu utk tengok drama ni..hehe

    ReplyDelete
  7. Wah tak sangka ada drama psychopath macam ni especially bila actors yang lakonkan pun semua dah macam A-List.
    Okay nak tengoklah. Better layan drama ni dari extraordinary you tu. Yang tu kena tunggu hype dia reda sikit baru boleh tengok.

    Nasib baik 10 episode je tapi kalau lebih pun takpe. Sebab pernah habiskan satu drama (Reply 1988) dalam sehari je pastu barai hahaha

    ReplyDelete
  8. saya tag awak untuk giveaway by farah farhana yaa

    https://itsthesuraya.blogspot.com/2019/10/comeback-giveaway-by-farah-farhana.html

    ReplyDelete