Unboxing The Mystery Box Giveaway by Liyana Jasmi

| on
17:55
Assalamualaikum


ingat lagi tak dengan mystery boxes giveaway yang haritu?

 tak sangka pulak aku boleh menang sebab selama ni aku memang tak ada rezeki nak menang mana2 giveaway yang aku join so aku tak expect sangat pun sebenarnya hahaha but walahhhh ternampak pulak link blog aku kat list pemenang tu hahaha alhamdulilah.



hadiah ni sampai pada hari rabu,tapi waktu tu aku sibuk sikit plus tengah rehat2 kan otak sebab stress belajar abnormal psychology ni 😭😭 aku ada 4 paper lagi untuk final exam minggu depan so guys doakan aku dapat jawab dengan baik nanti ye hehe 💪💓 anyway, aku buka hadiah ni pada hari khamis & harini baru sempat nak update hehe




i really love the business card(?) though! simple + cantik for me lah hehe. and thank you for the card Liyana 💓





andddddd walahhhhhhh!

i really need an eye mask sebab yang sebelum ni punya dah hilang ntah pergi mana, bangun dari tidur je benda tu dah hilang hahaha


pink shawl! unfortunately i don't wear shawl sebab muka aku bulat & i really look weird in shawl though idk why hahaha sebab tu aku lebih prefer bawal but don't worry someday i will need this maybe time mood rajin nak guna shawl hehe


i really love it when someone bought me a face mask or any mask lah yang related to skincare hehe. esok baru plan nak guna 😎


thank you jugak untuk notebook & coin purse tu! 



dah lama tak menang giveaway so excited dia tu semacam je hahaha



merci beaucoup Liyana! J'aime beaucoup 💓 (aku ambil elektif bahasa perancis so kenalah guna sikit basic tu dalam blog ni kan HAHAHA lol)




guys, don't forget to visit her blog hehe

Craving Satisfied #6

| on
15:48
Assalamualaikum


Sekarang ni dah masuk week 13 guys. Minggu2 akhir macam ni lah jerawat asyik tumbuh tak henti2. But alhamdulilah semalam presentation dah habis. Semalam kelas start dari pukul 8 pagi then habis sampai pukul 8 malam :') Non stop pulak tu kelas aku. Sempat nak solat je then zuppp terus masuk kelas. But alhamdulilah, it was worth it 💓



so..... i'm back with this post again. HAHAHA 

since gallery dah penuh dengan gambar makanan lagi, so let's upload dalam blog ni jugak. At least aku update jugak blog ni ken :')





yang ni takde yang special sangat haha ok next




secret recipe's aglio olio. Masa ni aku lapar sangat, dan bila aku kata lapar, aku takkan order nasi guys. Sangat sangat jarang nak tengok aku order nasi bila makan kat luar. I don't know why, aku lebih prefer tengok menu bahagian mee je



hah masa ni aku order nasi goreng hahaha tu pun sebab kawan paksa. plus kitorang tengah craving tomyam :') nasib baik jumpa kedai jual tomyam yang sedap. Alhamdulilah hehe




this is chicken salad btw hahaha lighting diorang tak cantik so i have no other choice but to use camera huji ni je. Aku ingatkan sikit je tapi sekali datang ya allah besar nya portion dia. Ingat aku kambing ke? HAHAHA aku tak habis makan pun sebab makan sikit je dah kenyang. 



Carbonara ni sedap sangat!! Ya allah teringat2 lah pulak 😭😭😭 carbonara dekat universiti kitorang ni tak sedap weiii, takde rasa hahaha. but this one omg it was totally worth it sebab harga boleh tahan mahal jugak hahaha. fyi, aku tinggal dekat asrama, takleh nak masak. So selalu craving makan carbonara. Balik rumah je lah baru dapat nak buat sendiri.








masa ni kitorang buat study group dekat cafe. Waffles tu so-so je. Tak berapa sedap, maybe sebab whipping cream tu kot. Tapi carbonara tu sedap jugak! Aku nak beli salad masa ni (nak diet konon) tapi menu tu dah takde so aku decide untuk melantak je lah hahaha





yang ni pulak aku dah buat review, so you can read it if you want to 💓




alright. that's it for this post. till we meet again in the next post hehe







Troots Dessert Café,Kuching

| on
11:49
Assalamualaikum 💗


let's just skip intro yang selalunya dimulakan dengan ayat "fuhh lamanya aku tak update blog ni" okay? hahaha


sementara tunggu result spss aku ni keluar (nak dekat 2 jam aku tunggu ni oi), so aku decide nak update blog. Time semester break ni nanti boleh lah aku update selalu,inshaallah.


so alkisahnya masa ni kitorang nak pergi site visit untuk assignment. so alang-alang masih awal lagi kitorang pergi lah vivacity dulu nak beli popcorn je hahaha . eh btw kat sini dah ada innisfree & etude house guys! hahaha tapi setiap kali aku lalu kedai ni aku pandang sebelah mata je sebab kalau tak habis pokai lah aku.


sebelum pergi troots ni, kitorang tengok wayang dulu and kitorang belum makan nasi lagi masa ni sebab dah kenyang makan popcorn. 

kitorang guna waze pergi sini hahaha ingatkan jauh tapi rupanya bersebelahan dengan boulevard shopping mall je kurang asam ciss. Masa ni hujan lebat jugak so tak sempat nak ambil gambar depan kedai ni.




Troots cafe ni ada desserts macam bingsu, paoping, waffles etc. Actually kitorang macam salah timing pulak pergi time ni sebab dah lah sejuk sebab hujan pastu boleh pulak nak pergi makan bingsu hahahaha but nvm sebab kitorang memang dah lama gila teringin nak pergi sini.




i really love the interior! semua white marble je. tapi yang tak bestnya diorang tak banyak seat. I think dalam ni ada 8 meja je kalau tak silap. 




aku suka gila meja yang white marble macam ni!


(picture credit to https://www.getteaspoon.com)


the menu 👆 i think the price is quite affordable lah kan? tak mahal sangat.


oleh kerana takut membazir, so kitorang berdua decide nak kongsi je. Alhamdulilah nasib baik tak tamak sangat masa tu hahaha sebab portion diorang boleh tahan besar jugak.



kitorang order oreo cheese cake bingsu .

Rating : 3.8/5

honestly kitorang tak berapa suka dengan cream putih tu so aku asingkan benda tu. at first, aku rasa macam mehhh tak ada lah sedap mana. Tapi lama-lama makan aihhhh kenapa tiba2 rasa sedap pulak HAHAHAHA maybe sebab aku dah asingkan cream tu kot,hmm. But i really like the dark chocolate yang square tu! Sedap gila! but i don't like yang cheese tu haha




chocolate waffle.

Rating : 4/5

and again, kitorang asingkan cream putih & ais-krim tu. Idk why kitorang berdua tak suka rasa dia. I don't know how to explain this. But waffle tu memang sedap! Nak kata manis tu takdelah manis mana. Cukup2 rasa je hehe


Overall memang puas hati lah. Next time kitorang nak try yang mango cheese cake bingsu tu pulak. And they do provide free lemonade drink kat tepi tu that's why kitorang tak order minuman. 


Sorry guys sebab aku tak banyak ambil gambar masa ni sebab handphone dah low battery. So faham2 lah ye hahaha





till next time!


Craving Satisfied #5

| on
22:33
Assalamualaikum


Semester baru dah start dah guys! No more cuti T_T 3 bulan cuti rasa macam taknak balik asrama semula 😭😭😭 Siap sedialah dengan segala assignments & exams. 


I haven't post about this entry sebab tak banyak gambar makanan yang aku ambil kebelakangan ni. Kadang-kadang rasa malas pulak nak ambil gambar sebab kalau rasa lapar tu dah menguasai diri handphone pun aku dah tak pandang dah hahaha. & selalunya aku keluar waktu malam so kebanyakkan gambar yang aku ambil tu lighting dia tak cantik so end up aku delete je lah gambar yang aku ambil tu



my favorite cafe! masa ni kawan aku ajak keluar tapi masalahnya esaimen aku belum siap,tinggal sikit je lagi so i end up bawak laptop & siapkan esaimen tu kat cafe ni. rasanya dah banyak gambar dari cafe ni aku upload dalam blog hahaha nampak sangat suka lepak kat cafe ni.



ya i know gambar ni tak nampak menyelerakan sangat,but trust me,everytime aku pergi sini memang aku akan order wanton fried mee ni je. EVERY SINGLE TIME. kalau kedai dia tak bukak ya allah boleh menangis aku taktau nak makan apa lagi HAHAHA K TU OVER SANGAT. It was so freaking good. time puasa haritu boleh pulak aku mengidam mee ni sampai rasa nak nangis je sebab teringin sangat T_T



nampak macam portion nasi ni sikit je kan? BUT aku tak habis makan pun sebab idk aku makan setengah je rasa macam dah kenyang gila masa tu. oh ya ni Nasi Ayam Goreng Special kat SCR & yes diorang serve dalam periuk kecik hahaha.



well masa ni aku tak expect sangat dengan Nasi Ayam Lemon ni cause i don't even know apa yang aku nak makan masa tu so end up aku order ni je. Nasib baik sedapppp. Ayam dia lembut je 



ok yang ni semua orang tau apa kan hahaha nothing special about this. masa tu craving nak makan kfc so why not try menu baru diorang masa tu




green tea iced latte dia sedapp gilaaaaaaa aaaaaaa i can't. tapi kawan aku kata pahit hahaha masa ni dah kenyang so beli air ni je lah. Dah tak mampu nak makan kek lagi



i really really love spaghetti carbonara! kadang2 buat sendiri kat rumah sampai habis satu mangkuk besar tau tak. Ramai yang tak dapat nak habiskan carbonara sebab muak diorang kata,but idk kenapa aku boleh pulak telan benda ni banyak-banyak. Kalau pergi kat western restaurant,aku tak pandang pun chicken chop yang ada dalam menu tu hahaha



ok gambar ni lain sikit hehe. dah lama sebenarnya aku simpan resepi chocolate chip cookies yang kak Amy post kan ni,baru ada masa nak buat sebab masa tu craving sangat dengan cookies. Sorry gambar cookies yang dah siap takde pulak hahaha tapi sedap ok. Berjaya jugak aku buat ni. Thank you for the recipe kak Amy! 💓



okay guys,tu je lah gambar setakat ni. Line internet tak bagi kerjasama ni hah,asyik loading je bencinya.









📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌


oh ya, siapa-siapa kat sini yang minat kpop & selalu beli album diorang boleh lah singgah ke ig shop saya ni ehhh. Dijamin korang akan puas hati! Semua album kpop yang dijual ni FREE POSTAGE guys! 


FREE POSTAGE!

If you are interested, you can go and check my ig shop below


👇






📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌





Shopback | Review

| on
23:54
Assalamualaikum


asyik postpone je nak buat entry ni tsk tsk. inilah yang akan berlaku kalau rasa malas tu menguasai diri hahaha 

idk if you guys ever heard about shopback though. aku tahu shopback ni pun masa tahun lepas kalau tak silap. and i love it! meh nak cerita sikit pasal shopback ni


but before that, no, this is not a sponsor post or something. saja nak share benda yang best & berbaloi kat korang 


Shopback ]

Shopback ni kira macam korang beli barang secara online macam biasa tapi at the same time shopback ni akan bagi korang cash balik hasil dari barang yang korang beli secara online tu tadi. 
Gosh idk how to explain this hahahaha 


contohnya korang beli barang kat zalora, jumlah harga barang yang korang beli tu tadi RM120+ , then nanti shopback akan bagi RM11 cashback hasil dari pembelian korang kat zalora tu tadi. Faham tak?


TAPI, syaratnya korang kena click laman web zalora tu dari website Shopback. Kalau korang tak click dari shopback then of course korang takkan dapat duit. Okay let me show you step by step okay.

1. First,macam biasa korang kena sign up dulu.

👉 sign up here 


2. then,after sign up korang cari website online shop yang korang nak. There are a total of 500+ online shop dalam ni. Tapi Shopee tak ada ye hahaha idk bila diorang nak add shopee dalam ni.


3. Tolong baca tips tu dulu sebelum purchase so that cashback korang masuk. Ada online shop yang boleh guna mobile apps je contoh macam Lazada. ni pun syarat baru,nasib baik aku baca dulu tips dia haritu kalau tak perghh sia-sia je hahaha . Make sure korang empty kan cart korang jugak sebelum tekan shopback ni eh. Dulu aku ilek2 je letak barang dalam cart pastu tengok2 cashback tak masuk2 pun ciss . Setiap online shop lain syarat/tips dia.

4. Kalau korang guna promo code selain daripada yang diberikan oleh shopback,kemungkinan cashback korang tak akan masuk ye. Aku pun baru tahu pasal ni 😪😪😭 



5. Lepas baca semua tips tu then korang tekan 'activate cashback' pastu tekan  'continue to zalora'.

6. Pastu korang boleh lah shopping macam biasa! TAPI,make sure korang stay kat tab yang sama eh. jangan pergi tekan new tab pulak. kalau korang bukak new tab,korang takkan dapat cashback.

7. Lepas tu korang tunggu je email daripada shopback. Kalau email tak masuk jugak,try tengok kat account shopback korang. Usually dalam 2-3 hari diorang akan bagi cashback. Kalau tak masuk jugak maksudnya korang tak ikut syarat2 yang ada dalam tips tu tadi lah.


Korang boleh check cashback korang kat "cashback overview".


this is mine. Ye aku tahu diorang bagi cashback tu sikit gila. Tapi kalau kumpul lama2 banyak jugak kan nanti? At least lah korang dapat sikit duit tu lepas shopping online.

Last month, aku try cash out RM40 HAHAHA sebenarnya aku saja je nak cash out sebab aku nak try tengok rumit tak proses untuk cash out dia. Rupanya senang je -_- tak pakai check pun okay. Duit tu terus masuk dalam account bank aku hahaha nyesal lah pulak cash out awal2 aigoo kalau tak,dah banyak dah aku kumpul hmm



Okay guys tu je aku nak bagitau. So kepada siapa2 yang belum sign up tu pergilah sign up sekarang. Tak rugi. Percuma je pun,korang jugak yang dapat duit nanti hehe



Mossery's Academic Planner | Review

| on
20:22
Assalamualaikum


hai guys. so yeah sekarang ni musim cuti so why not aku update blog ni? even dengan hanya satu post baru pun jadilah kan hahaha

idk why but aku rasa macam aku banyak sangat beli barang secara online dalam bulan ni 😒 setiap kali barang sampai,confirm abang poslaju & abang gdex yang sama jugak yang hantar hahahaha 

aku dari tahun lepas lagi stalk Mossery ni. Dari tahun lepas jugak lah plan nak beli notebook tu tapi oleh kerana aku rasa macam banyak lagi barang yang lebih perlu diutamakan so aku tundakan dulu. If i'm not mistaken, academic planner ni baru lagi rasanya. Tengah berbelah bagi whether nak beli academic planner or notebook je hm. Tapi memandangkan bulan 9 ni dah masuk U balik,so aku decide untuk beli academic planner tu je lah. Saja nak bagi semangat untuk belajar hahahaha puiii





why diorang selalu bagi kotak cantik2 macam niiiiiii. dah berlambak kotak2 hasil pembelian dari hermo,althea ... aku tak sampai hati nak buang sebenarnya sebab cantik sangat HAHAHA siapa yang selalu dilema macam ni? 😭😅

and guess what? dalam kotak kuning tu ada kotak warna biru lagiiiiii



goshhhh 😍😍



and walahhhhhh aku pilih yang color hitam sebab kalau pilih color pastel confirm cepat kotor nanti hahaha

nah close up sikit kat bahagian tepi




planner ni include free sticker jugakk. korang boleh pilih whether nak sticker movie night, after class or balanced diet. (aku pilih after class)



and then korang boleh pilih nak letak nama korang or just nama "mossery" je. Ofcourse lah semua akan letak nama sendiri kan? rugi pulak rasanya kalau tak letak nama sendiri.

harga untuk satu planner ni is RM115.49 (include free sticker & free personalised name on cover). Hasil carian dari google,aku dapatlah jugak 15% off code haritu hahaha so pandai2 lah cari code kalau nak beli barang secara online k guys

kalau ada siapa2 yang nak beli you can use my 15% code guys, just enter TASHIRA15 (only applies to purchases of academic planners)



dalam planner tu pulak ada front & back pocket 😍 (gambar credit to mossery.co)



kat front page ada illustration jugak


other than that, dalam planner ni ada pages untuk inspiration boards, goals & values page, extra dotted paper (24 pages), yearly planner (august 2018 - july 2019), monthly planner & weekly planner.


paper quality 👆


oh ya hampir lupa, diorang ada bagi buku kecik untuk tips,guides & usage examples jugak.





buat masa sekarang aku belum isi apa2 lagi hahaha. tunggu semester baru dah nak start baru lah aku isi eh. 

harap2 lah dengan adanya academic planner ni aku lebih on time buat segala assignment nanti! & tak lupa jugak dengan study hahaha 


 so siapa2 yang terpukau dengan planner ni dipersilakan tengok kat (https://www.mossery.co). Kat Mossery ada jual notebook,sketchbook, planner & stationery jugak. Confirm rambang mata pilih nanti 😂


use my 15% code (TASHIRA15), only applies for academic planners k guys 💗

Eulachacha Waikiki | Korean Drama

| on
21:39

Assalamualaikum


mood aku nak belajar dah terbang ke laut so aku ambil lah kesempatan ni untuk update blog 😁😁
before that, selamat berpuasa guys! tinggal berapa minggu lagi nak raya 💥💥

actually aku nak buat post pasal sambungan untuk entry "craving satisfied" tapi hahaha tak berselera pulak aku nak tengok gambar makanan kat gallery aku ni. nak termuntah rasanya sebab terlampau kenyang yarabi 🙈🙈


okay back to the topic. 


drama ni dah lamaaaaa habis. Baru sekarang nak review sebab mana tahu ada yang terlepas tengok drama ni hah tunggu apa lagi? Pergi tengok cepat. Eh jap,baca review aku ni dulu.


Eulachacha Waikiki-P3.jpg


Kang Dong-Goo (Kim Jung-Hyun) dreams of becoming a movie director, but he is cynical due to bad luck. Cheon Joon-Ki (Lee Yi-Kyung) wanted to follow in his father's footsteps and become an actor, but he is now just a minor actor. Bong-Doo-Sik (Son Seung-Won) came to Seoul to become a scenario writer, but things have not been easy for him.
These 3 men run the guest house Waikiki in Itaewon, South Korea. Their guest house is facing bankruptcy and then a mysterious baby and single mother appear at Waikiki.



Please jangan tengok drama ni time tengah malam. Sebab korang takkan berhenti ketawa tengok drama ni 😆 

baca plot tu pun korang dah faham kan? 

aku tengok first episode and then i was like wtf takdelah lawak mana. Lame gila lawak dia. Benda ni pun lawak ke? Pffff . But.....



HAHAHAHAHA AKU SUKA TENGOK CHARACTER JOON KI 🙉

Kalau masuk je scene dia ni confirm lawak gila wei hahaha. Pandai gila dia bawak watak ni


jalan cerita drama ni simple je. tak complicated sangat. Ending dia pun korang boleh agak. Tapi scene lawak tu setiap masa ada. lagi2 bila scene si Joon Ki tu hilang bulu kening sebelah kanan HAHAHAHAHA bodo nya hahahaha aku tak berhenti ketawa tengok scene ni,dahlah aku duduk kat asrama,nasib baik tak kena marah hahahaha


Image result for eulachacha waikiki gif

pompuan ni pun lawak hahahaha. dia kena cukur misai dia setiap hari sebab kalau tak cukur,misai dia akan tumbuh banyak gila hahahaha. semua ni gara2 dia ternampak pastu terikut abang & kawan abang dia cukur misai masa kecik so sampai sekarang misai dia akan tumbuh macam lelaki. memang habis kena sakat lah dia ni masa tu hahaha


Image result for eulachacha waikiki gif

tak lupa jugak dengan scene baby ni 😍😍 cutenya Sol. 


dalam pertengahan drama ni dah masuk scene romance. Tapi aku tak sangka yang si Joon Ki tu boleh couple dengan Seo jin hahaha sebab selama ni diorang macam anjing dgn kucing je. Tak sangka pulak boleh jatuh hati hahaha lagi2 bila abang Seo Jin tahu pasal diorang berdua.


Related image

watak dia ni pulak ada bengap sikit hahaha asyik kena buli dengan Soo-A je. yang tak boleh blah bila Soo-A asyik panggil dia pig dalam last 2 episode,padahal laki ni tak buat salah pun hahahaha 


tu je lah aku nak bagitau haha. jalan cerita dia ringan je so takyah lah review panjang sangat. kalau nak aku senaraikan scene yang lawak memang takkan habis ni hahaha 


overall,kalau korang tengah stress ke apa,boleh lah tengok drama ni. Takpe,relax je sekejap. Takyah nak 24 hours hadap assignment tu hahaha . Tapi janganlah 24 hours hadap drama je (reminder untuk diri sendiri sebenarnya pff)





okay bye


Craving Satisfied #4

| on
22:21
Assalamualaikum


fuhhhhh finally update jugak. rasa macam nak buat giveaway je ni haha tunggu lah nanti kalau aku tak busy,lepas sem 2 ni kot. Semester 2 tinggal berapa bulan je lagi lepas tu cuti 3 bulan 👏👏

nasib baik dalam gallery penuh dengan gambar makanan so dapat lah jugak update blog ni kan haha



ice blended mocha dia 👍 yang kek warna kuning tu kek mango cheese. sedap! and tak sah kalau aku tak order kek yang ada chocolate. last-last menyesal beli sebab tak makan habis 😅


the fruit salad was so good! masa ni kalau tak silap aku nak chicken salad tapi pekerja tu kata ayam diorang dah habis wth hahaha konon nak diet so aku order salad je lah 💁  



lama tak makan steamboat so alang2 kawan teringin sangat kan so jom! hahaha kenyang sangat masa ni alhamdulilah tak ada berlaku pembaziran hahaha



you know what dari tahun lepas lagi aku stalk ig kerepek bronis ni. Bulan lepas kat kolej kitorang ada buat bazaar and ternampak ada orang jual benda ni so aku pun terus beli. tapi mahal sangat diorang jual cisss at least dah dapat rasa lah haha . sedap lah jugak sebab tak berapa manis sangat.



ni cendol gula apong kalau tak silap aku lah. masa ni kan tengah viral dengan pompuan cendol tu hahaha aku pun tiba2 pulak rasa macam nak makan cendol. SEDAP! lepas ni nak pergi lagi. Tempat ni (Mami Cendol) pun famous sebab cendol dia.




tak sah kalau tak beli aiskrim gula apong ni! nyesal pulak aku ambil yogurt ni dalam size medium sebab masa ni aku demam so takde selera nak habiskan hahaha 



cake ni boleh lah. biasa-biasa je. maybe sebab masa ni aku dah kenyang kot tapi last2 aku yang terpaksa habiskan separuh sebab kawan aku dah kenyang 😵😵


harap2 korang tak terliur lah baca post ni hahaha alhamdulilah syukur. lepas ni aku update lagi dengan gambar makanan okay? hoho