Showing posts with label Skincare. Show all posts
Showing posts with label Skincare. Show all posts
Assalamualaikum
ni skincare routine untuk tahun lepas ye. But, I will definitely gonna repurchase most of the products dalam post ni. Ada product yang aku dah repurchase lebih dari 3 kali sebab berkesan dengan kulit aku.
Any familiar product yang korang nampak? Ok, let's begin.
Mostly semua product ni aku beli kat shopee, so pandai2 lah korang survey & cari yang ori ok?
1. Neogen Dermalogy Real Fresh Foam (Cranberry) | 160 g
RM43.30
Honestly, this is not the best face wash yang aku pernah cuba. Every time aku guna ni, aku rasa macam kulit aku kering & tegang. Tak ada rasa fresh lepas guna hahaha. Thats why sekarang ni aku guna Hada Labo (hydra & whitening) je guys. Dah berapa banyak product yang aku cuba pun masih jugak tak dapat face wash yang sesuai dengan kulit aku. So buat masa ni aku stick dengan hada labo tu je sebab kulit aku tak rasa kering lepas guna ni. Maybe aku patut try yang green tea punya kot.
Ada sesiapa yang dah pernah try product ni tak?
2. Pixi Glow Tonic | 100 ml
RM45.00
dah lamaaaaaa aku nak try toner ni lepas tengok post Kak Tqa! & trust me banyak sangat feedback yang positive untuk product ni! lepas guna toner ni, kulit nampak fresh & glowing je! serious tak tipu hahaha and obviously aku takkan guna toner lain dah. Tapi itulah, harga toner ni boleh buat aku tak makan dalam sebulan HAHAHA lmao but whatever I'm gonna buy it again anyway
3. Missha Treatment Essence | 150 ml
RM79.90
dah berapa kali aku postpone nak beli essence ni sebab harga mahal sangat. Finally dapat gak guna! But honestly, aku tak dapat detect apa2 perubahan dekat kulit aku selepas 2 bulan guna. Maybe tak berkesan kat kulit aku kot hmmm. Korang boleh search kebaikan product ni kat google eh, sebab malas nak taip panjang2 HAHA basically essence ni untuk wrinkle repairing & whitening.
here you go hehe
4. Madagascar Centella Asiatica 100 Ampoule | 50 ml
RM46.00
dalam banyak2 product, ampoule ni lah yang paling lama aku guna, sebab banyak sangat 😅 aku rasa semua orang tahu kebaikan centella kan? product ni pun selalu jadi perbualan gak & selalu tengok orang guna so aku pun terjebak nak try. Aku apply ampoule ni banyak2 time ada bekas jerawat, alhamdulilah dalam 2 hari gitu hilang gak sikit2 bekas tu. Thats why sekarang ni aku akan cari product yang ada centella je sebab berkesan kat kulit aku.
5. Coreana Lab Ample : N Vcshot Ampoule | 30 ml
RM45.60

Idk why aku beli banyak sangat ampoule but this one tho!!! aku recommend sangat ampoule ni! trust me, this one is the best so far. Aku dah pernah buat review pasal product ni so dipersilakan baca hehe
6. Etude House Moistfull Collagen Cream | 75 ml
RM55.00
(pls refer balik gambar kat atas sekali sebab aku lupa nak ambil gambar geezzz)
THIS.IS.MY.FAV.MOISTURIZER.SO.FAR
and again, this was my second bottle!! I super love love love the smell and the texture! Wangi sangat pastu bila guna je kulit rasa lembap fuhh macam kulit baby gituuuu 😍😍 aku tahu macam over sangat bunyi tu, but i'm serious. Moisturizer ni berkesan sangat kat kulit aku.
7. Biore UV Perfect Block Milk Moisture | 25 ml
RM13.80
Ok takde gambar untuk sunblock ni lol. Aku rasa semua dah tahu pasal sunblock ni kan? Dah nak dekat setahun lebih gak aku guna ni sebab bagi aku ni je sunblock yang bagi aku tak berminyak.
8. Nixoderm Ointment | 5.34 g
RM6 (beli kat pharmacy)
I will make a different post for this one sebab aku sangat sangat terpegun dengan keberkesanan (?) product ni! This is my penyelamat setiap kali jerawat baru muncul! Dalam sehari je jerawat tu akan hilang. Ointment ni lebih berkesan daripada pimple patch yang korang guna sekarang ni hahaha lol
so just wait for my next post ok?
actually ada banyak lagi product baru yang aku cuba tapi banyak yang tak berkesan so mehh malas lah nak update hehe
ok bye!
Assalamualaikum
post ni dah lama sangat tertangguh guys hahaha. you can read my previous post about my new skincare routine here 👉 new-skincare-routine-march-2019-review
aku tak berapa kenal sangat dengan jenama Coreana ni. Tahu pasal produk ni pun dari sorang youtuber dari korea. sebelum ni guna vitamin c dari klairs. Klairs pun bagus gak, ingatkan nak repurchase je tapi aku nak try produk yang lain dulu, mana tahu ada yang lebih bagus lagi kan.
for me lah kan, botol vitamin c sebaiknya guna color gelap macam ni instead of guna botol kaca yang clear tu. Sebab takut terdedah dengan panas. sebelum ni diorang guna botol kaca yang clear tapi sekarang dah tukar dah. good job!
product ni ada keluarkan 4 jenis ampoule which termasuk
💦 Hyaluron shot (moisture)
💦 Ceramide shot (high moisture)
💦 Peptide shot (anti-wrinkle)
💦 VC shot (whitening)
yang aku review sekarang ni ialah for whitening.
the ingredients 💬 (credit to her)
Water, Glycerin, Butylene Glycol, Propanediol, Dipropylene Glycol, Cyclopentasilxane, Niacinamide, Pentaerythrityl Tetraethylhexanoate, Arbutin, Behenyl Alcohol, Macadamia Ternifolia Seed Oil, Ascorbyl Tetraisopalmitate, Hippophae Rhamnoides (Seaberry) Fruit Extract, Aureobasidium Pullulans Ferment, Cyclohexasiloxane, Acrylates/Beheneth-25 Methacrylate Copolymer, Petrolatum, Sodium Laureth Sulfate, Potassium Sorbate, Xanthan Gum, Palmitoyl Oligopeptide, Caprylyl Glycol, Lactic Acid, Phenylpropanol, Glyceryl Caprylate, Polyvinyl Alcohol, Glycolic Acid, Phenoxyethanol, Fragrance, Potassium Hydroxide, Sodium Benzoate, Ethylhexylglycerin, Disodium EDTA
💭 The VC Shot Ampoule is designed to apply a derma-shot of hyaluronic acid, ceramide and xylitol complex to provide a whitening function and moisture circulation in the skin.
first of all, bau vitamin C ni wangi (macam bau citrus) & aku suka bau tu! lepas apply kat muka alhamdulilah takde rasa irritate kat kulit. & lepas guna tu macam ada glowing sikit kat muka hehe
but honestly, lepas sebulan lebih guna ni aku ada nampak perubahan sikit kat muka aku. kulit aku ni nak kata hitam sangat tak ah. sedang2 je haha . and oh vitamin c ni buat muka moisture jugak. yang ni aku dapat guarantee! bangun pagi je kau akan rasa muka kau lembap macam plump2 sikit kat area pipi tu (idk how to explain this lol)
setakat ni aku tak jumpa lagi cons untuk produk ni sebab bagi aku semuanya ok je & nampak perubahan gak kat muka.
aku beli vitamin c ni kat shopee guys. Althea & Hermo tak jual pun lagi produk jenama ni. I bought it for RM60 (30 ml), tahan lama gak dalam sebulan lebih.
ok tu je haha aku tak reti sangat nak buat review ni sorry >.<
Assalamualaikum
siapa yang belum baca post aku yang sebelum ni boleh lah ke link ni dulu eh
👇
👇
Ok let's get back to the main topic.
sebelum ni aku tak pernah dengar pun nama brand ni. Ni aku tahu pun dari sorang youtuber. Dengar dia buat review macam best je so aku pun try lah.
Price - RM56.00 (Althea Korea) | 60 ml
Centella Asiatica ni pokok pegaga guys. Kalau tak tahu jugak, boleh try google.
Centella Asiatica extracts can help to stimulate collagen synthesis in the skin, activating the cells and minimizing signs of aging when applied to the skin. It also helps to calm irritations and reduce pigmentation for bright, healthy skin.
first of all, aku suka bau serum ni hahaha. ada macam bau daun & herba sikit2. Yang bestnya, few weeks ago aku ada tumbuh jerawat kat area dagu, lepas apply semua cream & toner, aku letak serum ni sikit kat cotton pad then letak kat dagu yang ada jerawat tu tadi. Actually aku saja ja nak test tengok berkesan ke tak hehe. The next day tu jerawat aku tu dah tak merah dah. Nampak lah ada kesan sikit2 pastu setiap kali aku datang jerawat je aku ulang step tu balik.
Boleh try tengok ingredients serum ni
& jangan risau sebab serum ni cepat je meresap dalam kulit.
i love everything about this serum except the fact that botol serum ni kecik je. Ughhh pastu mahal sikit lah bagi aku hahaha
Aku expect botol serum ni besar sikit tapi bila sampai je ya allah kecik jugak eh hahaha so kena lah berjimat sikit bila guna tu guys. Pandai2 korang lah ye.
Yang pasti, obviously aku akan repeat beli serum ni. Dalam Althea pun ramai yang bagi positive feedback.
Lepas ni nak try semua produk jenama Purito sebab yang ni dapat nampak kesan kat kulit aku so tak adalah aku ragu2 nak guna lepasni!
Hai!
Assalamualaikum :)
kalau boleh tiap tahun memang ada je lah post pasal skincare ni hahaha. Sebab aku tiap-tiap tahun tukar skincares so yeah obviously kena buat post gak.
👇
link atas tu previous post aku untuk skincare bulan december lepas. Dalam post tu aku kata nak repeat beli produk Dear Klairs kan? aku tak beli pun produk tu kali ni HAHAHAHA
bukan tak suka guys, just aku nak try produk lain dulu so that aku dapat bandingkan nanti produk mana yang best bagi aku.
& kali ni aku jumpa banyakkkkkkk produk yang best-best! trust me :)
aku survey semua barang ni dalam althea je. pastu ada gak try cari kat shopee, mana tahu ada yang lebih murah ke kan hahaha
haritu hampir putus asa aku shopping kat Althea sebab website & apps diorang both LAMBAT GILA LOADING. Fuhh nasib baik aku sabarkan diri jugak masa tu. Tapi lama gak barang tu sampai kat sarawak ni, hampir 2 minggu lebih jugak.
tadaaaaa 💓💓
any familiar product yang korang nampak ke?
actually aku ada beli vitamin C gak tapi bukan dari Althea lah. Produk korea jugak tapi aku cari kat hermo & althea takde pulak.
ada produk yang aku akan review in separate post k guys. So dalam masa terdekat ni aku review. Produk yang xberapa sangat aku bagitau je lah terus dalam post ni hehe
ETUDE HOUSE LIP & EYE REMOVER
(RM 16.00 | 100 ml)
ok before that, aku ni bukan jenis yang bermakeup. Bukan taknak makeup tapi aku tak reti sebenarnya HAHAHA. Yang aku reti just nak guna lipstick je. So tujuan aku beli ni untuk buang lipstick kat bibir. Sebab selama ni aku buang macam biasa je guna air, tapi lepas buat kajian rupa2nya tak boleh cuci guna air je sebab takut nanti bibir makin hitam or whatever things like that.
Bagi aku produk ni biasa je. hahaha tapi lepas ni memang repeat beli jugak sebab aku tak kisah sangat pasal lipstick remover ni.
Repurchase?
Yes, maybe.
ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY
(RM 43.00 | 55 ml)
(RM 43.00 | 55 ml)
sebelum ni aku selalu guna sunscreen Biore yang dijual kat watson tu je. Tapi kalini nak try produk lain pulak. Lagipun bagi aku sunscreen Biore tu buat muka aku agak berminyak & tak bermaya hahaha
ok first of all, aku suka sunblock ni sebab cepat meresap dalam kulit. & after effect dia pun macam ada glowing sikit-sikit. Pastu senang jugak nak apply. Xde kesan white cast & muka pun tak nampak berminyak sangat. BUT, I DON'T LIKE THE SMELL THO. SERIOUSLY. aku tengok dalam review diorang kata macam bau rose, tapi bagi aku macam bau liquid paper yang kita guna time kat sekolah tu hahaha. Bau tu kuat sangat2. Kadang2 aku tergosok mata then dapat rasa yang mata aku pedih gila, maybe sebab aku letak banyak sangat kat muka kot.
Actually produk ni bagus je, tapi tu lah aku tak tahan dengan bau tu je. Minggu lepas ada pergi hiking so aku dah guna sunblock ni siap2, alhamdulilah nasib baik muka tak sunburn pun.
Repurchase?
Nope. Nak try brand Missha pulak lepasni hehe
PURITO CENTELLA GREEN LEVEL BUFFET SERUM
(RM 56.00 | 60 ml)
Repurchase?
YASS!
INNISFREE GREEN BARLEY BUBBLE CLEANSER
(RM 36.00 | 150 ml)
Someone help me cari cleanser yang bagus pleaseeee. Kalau tak, lepas ni aku repeat je beli produk Klairs tu. Idk about this cleanser tho. Biasa-biasa je. Tapi cleanser ni tak buat muka aku kering or tegang lepas cuci. Sebab cleanser yang aku guna sebelum ni memang dapat rasa yang kulit aku kering sangat-sangat. But overall boleh lah kalau nak try guna. & the best part about this cleanser is the FOAM je lah hahaha. Bagi aku lebih bagus guna cleanser yang dalam bentuk foam berbanding dengan yang biasa.
Repurchase?
Nope. Someone please recommend me your favorite cleanser?
SON & PARK BEAUTY WATER TONER
(RM 94.00 one set | 340 ml + 60 ml)
my favoriteee 💓💓
[ tunggu kat next post hehe]
Repurchase?
ABSOLUTELY YAS YAS YAS.
COREANA LAB AMPLE : N VCSHOT AMPOULE
(RM 60.00 | 30 ml)
ok yang ni aku beli kat shopee. Sebab memang xde jual kat Althea & Hermo.
Repurchase?
YAS!
MISSHA GLOW SKIN BALM
(RM 60.00 | 50 ml)
yang ni dikira macam moisturizer + morning pack + primer + glow cream 4 IN 1
first time gak aku try brand Missha ni. Reason aku beli cream ni sebab after effect dia tu akan buat skin glowing & 30 hours of moisture maintenance.
Yang part glowing tu aku memang setuju! Kulit aku sekarang ni kering sikit. So bila pakai cream ni dapat nampak 'glowing' tu hahaha. Tapi kalau kulit korang jenis yang berminyak aku tak recommend guna cream ni. Sebab cream ni takleh letak banyak sangat kat muka, nanti muka korang bertambah berminyak pulak. Tak sampai sebulan aku pakai cream ni tengok2 tinggal sikit je.
& yang part 30 hours of moisture tu hmm tak sangat lah. Tapi bangun pagi je memang masih terasa lah kelembapan cream tu kat muka.
Actually aku teringin nak repurchase cream ni, tapi entah kenapa rasa macam tak berapa puas hati pulak bila guna cream ni hahaha lol
so
Repurchase?
Nope. Nak try moisturizer lain pulak lepas ni.
ok guys tu je lah untuk post kalini. Yang belum di review tu inshaallah dalam minggu depan jugak aku review hahaha. But not now tho. Nanti lepas review aku letak link tu dalam post ni. Thanks sebab sudi baca! 😭😭🙆
Assalamualaikum
Happy new year everyone! 💥💥💥
Aku stuck kat asrama sekarang ni sebab exam week. Saja curi masa nak update blog ni. Kalau boleh tahun ni nak update banyak sikit dari tahun lepas. Maybe sebab sekarang ni ramai sangat bloggers yang dah tak aktif so aku pun rasa macam malas dah nak update. Ok alasan je tu
bulan 3 tahun lepas aku ada update pasal new skincare routine. You can read it here if you want to [New Skincare Routine 2018]
aku suka tukar2 skincare sebab aku nak tengok produk mana yang sesuai untuk muka aku. Kalau produk tu bagus of course aku akan repeat order lagi. Tapi semua skincare yang aku beli tahun lepas tu semua nya tak best. Macam mehhh, tak ada kesan sangat kat muka aku.
I thought that i'm gonna purchase another innisfree or nature republic's products, tapi kali ni aku tak beli langsung skincare dari jenama ni. Dah dua tahun aku guna products diorang,rasanya semua jenis produk diorang aku dah guna (just aku tak update semua dlm blog je). Tapi sekarang ni aku dah tak tengok pun produk diorang ni. Kalau boleh nak try jenama lain pulak.
tadaaaaa! my new babies hihi
aku start guna produk2 ni 7 november 2018. So kira dah 2 bulan lebih jugak lah aku guna ni.
Sorry guys aku tak ambil gambar produk ni satu2 eh sebab masa tu busy pastu terlupa nak ambil so ni je lah gambar hahaha ok jom tengok review dari aku
Semua produk ni aku beli kat e'Ace. Kedai ni jual semua produk skincare jenama korea. Masa tu aku malas nak beli online sebab haritu aku survey ada produk yang tak ada stock kat althea & hermo. Aku malas nak tunggu ada stock so aku cari je lah kat Vivacity. Nasib baik semua produk yang aku nak ada.
Tapi satu je lah masalahnya. Harga dia jauh berbeza dari althea & hermo. MAHAL SANGAT. PERGHH semua barang ni aku beli dah cecah RM450+ tau tak?! Balik tu aku pergi compare pulak harga dia dari online shop lain HAHAHAHA menyesal pulak aku. Ughh but whatever.
Anyway,
BANILA CO : CLEAN IT ZERO CLEANSING BALM
I know benda ni khas untuk buang makeup je. But aku tetap nak beli gak hahaha. Nak jugak try sebenarnya. Aku terbeli pun sebab youtuber Michellechoi. Dia asyik puji produk ni so aku pun "hmm,habislah duit aku lepas ni 😅" . Dia ada bagi tips nak guna cleansing balm ni tau. & bila aku massage muka aku guna ni aku dapat rasa macam ada rasa2 pasir je kat area hidung aku (gosh i don't how to explain this HELP ME) i love massage my face using this product! Cleansing balm ni macam minyak je sebenarnya.
Repurchase?
Yes!
COSRX SALICYLIC ACID DAILY GENTLE CLEANSER
aku teringin nak try produk dari Cosrx so aku pun decide nak try guna cleanser ni. Bagi aku produk ni ok lah jugak. Tak ada effect sangat bagi aku. Aku rasa macam kulit aku kering je lepas guna ni. But overall, tak ada effect mana pun.
Repurchase?
Nope.
DEAR,KLAIRS SUPPLE PREPARATION TONER
I LOVE THIS TONER! No wonder ramai yang kata produk ni bagus. Kalau korang tengok kat althea or hermo produk ni dapat 5 bintang tau. Ramai je yang bagi positive reviews. Lepas cuci muka guna cleanser cosrx tu aku terus letak toner ni kat muka. Rasa fresh sangat2! Packaging dia pun simple je. I love the smell too. It really helps to hydrate my skin.
Repurchase?
Absolutely!
COSRX ADVANCED SNAIL 96 MUCIN POWER ESSENCE
produk ni pun best gak! masa nak apply kat muka memang akan rasa a bit sticky sikit tapi cepat je absorb kat muka. I use this every single day. Produk ni pun dapat banyak positive reviews gak. I love the packaging as well.
Repurchase?
Maybe (sebab rasa macam nak try produk baru lagi lepasni hahaha)
DEAR, KLAIRS FRESHLY JUICED VITAMIN DROP
THIS IS MY FAVORITE PRODUCT SO FAR! I LOVEEEEE THIS! I will definitely repurchase this every year!
Semua ni sebab terpengaruh dengan youtuber michellechoi tu lah hahaha . aku tengok masa dia apply vitamin ni fuhhh muka dia shining semacam je weiii! Kalau tak percaya nah tengok video dia ni [nightime skincare routine] aku guna vitamin ni day & night. Tapi kalau guna time siang jangan lupa guna sunscreen or moisturizer jugak eh. I really recommend this guys! Tapi itulah, harga vitamin ni pun boleh tahan mahal gak 😅 Tapi bagi aku botol dia boleh tahan besar sikit. Sampai sekarang masih tinggal setengah lagi padahal aku guna setiap hari kot.
Repurchase?
Absolutely!
GUERISSON 9COMPLEX LIFTING CREAM
Ni kira macam moisturizer. Packaging + bau cream ni memang perfect! Bau dia perghh aku suka sangat2 hahaha.
But satu benda je yang aku tak suka, produk ni macam berminyak sikit. Maksud aku kau takleh nak apply banyak sangat sebab nanti nampak macam kau sapu minyak masak pulak kat muka kau tu HAHAHA oily sangat guys. Nak kata dia absorb kat muka macam tak je. Malam time aku nak tidur masih jugak dapat rasa muka aku berminyak semacam je. Thats why aku guna cream ni time malam je. & sampai sekarang cream ni masih banyak padahal dah 2 bulan aku guna hahaha. Macam lama je nak habis pakai ni aigoo. But bagi aku produk ni boleh lah jugak. Sesuai dengan muka aku,just aku tak suka part oily tu je lah.
Repurchase?
No. But tunggu cream ni habis dulu baru aku cari yang lain lol
Ok guys. That's it for now.
Lepas semua produk ni dah habis barulah aku survey cari produk yang lain pulak hahaha. Tapi haritu aku dah aim beberapa produk dah. Yang produk Klairs tu aku akan repurchase je sebab aku dah jatuh cinta sangat dengan produk ni hehe
ok bye 💓
Assalamualaikum
dah masuk tahun baru so semua benda pun kenalah baru hahaha lol
actually aku dah lama nak tukar skincare products aku ni. and fyi tahun lepas aku dah 3 kali tukar skincare products. Nasib baik kulit aku jenis yang tak sensitif so i have no problem at all 👌
tapi kali ni aku decide nak guna korean punya product lagi,mazni & kak bv pun selalu review pasal barang yang diorang beli kat althea so aku pun pergilah cari & baca semua review yang aku dapat. youtuber Krist Soup pun ada upload video pasal benda ni so lebih senang lah kerja aku nak cari product baru hehe. Lagipun aku tak nak beli yang mahal sangat,pokai tak makan sebulan nanti ni hahaha
aku dah siap list & kira bajet so aku pun bukak lah website althea & hermo. Althea ni kadang2 banyak barang yang out of stock jugak.
aku tak pernah lagi beli barang kat althea,plan nak beli kat situ je tapi barang dari althea ni lambat sampai kan? lagi2 aku ni dari sarawak,nak dekat seminggu jugak kan? so aku cancel plan tu haha sebab aku tak sanggup nak tunggu lama lagipun aku dah nak masuk asrama so aku beli dari hermo je,dalam masa 3 hari barang dah sampai dah.
kali ni aku nak beli cleanser,toner,moisturizer & serum je. Sunblock aku guna Biore UV Aqua Rich (watery essence) je,boleh beli kat watson terus.
kecewa jugak aku masa dapat barang ni sebab kotak dia tak cantik macam yang sebelum ni. why hermo whyyyy?
toner & cleanser ni aku tak beli online sebab TER-jumpa masa jalan2 kat shopping mall. fyi dekat sini tak ada kedai innisfree,please lah aku nak jugak kedai ni ada kat sarawak.
Innisfree Green Tea Cleansing Foam - RM34 (kat althea RM20+ je wth)
Innisfree Green Tea Balancing Skin - RM28
so far aku guna dua benda ni alhamdulilah tak ada apa2 masalah. toner tu je lah yang aku tak berapa nak suka sangat,sebab selalunya kalau aku sapu toner je mesti muka rasa macam segar gila tapi ntah kenapa aku tak rasa segar sangat lepas guna toner ni hahaha
I LOVE THE SMELL OF THIS! youtuber krist soup kata moisturizer ni bagus so aku pun terpengaruh sekali. Serious bau dia wangi gila! Macam bau perfume.
Nature Republic Super Aqua Max (Combination Watery Cream) - RM35 (kat althea RM45)
aku baca review banyak kata benda ni buat muka berminyak,tapi bagi aku taklah berminyak sangat okay je aku pakai.
serum ni aku baca kat blog kak bv (thank you kak) 😅 aku tengok ramai je yang guna serum ni.
It's Skin Power 10 Formula (#VC Effector) - RM31.70
A vitamin E serum that nourishes and moisturizes skin to give a luxuriously soft & smooth complexion.
boleh pergi ke blog kak Bv kalau nak tahu lebih lanjut pasal serum ni
powder pact ni aku baca dekat blog mazni hahaha (thank you mazni). ingatkan benda ni besar sikit tapi rupanya kecik je haha
Innisfree No Sebum Mineral Pact - RM37.26
muka aku ni boleh dikategorikan sebagai berminyak jugak lah,so sebelum pergi kelas aku akan sapu benda ni dulu so that muka nampak 'licin' sikit hahaha
aku jenis yang berhati-hati kalau nak beli powder,sebab dulu aku tak ingat lah jenama apa tapi powder tu buat muka aku berjerawat gila,setiap hari ada je jerawat kecik yang tumbuh. tapi alhamdulilah powder ni sesuai dengan kulit aku.
✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂✂
sebelum ni,aku akan guna semua produk kat atas ni dua kali dalam sehari (siang & malam),but then aku perasan yang banyak jerawat kecik2 mula tumbuh kat bahagian dahi & pipi. Mula2 tu aku risau jugak,mana tahu salah satu produk tu tak sesuai dengan muka aku. Lepas tu aku tukar steps routine aku macam ni 👇
Siang 🌞
✔ Cleansing Foam, Toner, Serum, Moisturizer, Sunblock
Malam 🌙
✔ Cleansing Foam, Toner, Moisturizer
lepas tu,jerawat kecik2 tu tak muncul dah. maybe ada yang guna serum pada waktu malam tapi ntah aku rasa macam lebih selesa guna time waktu siang. Overall semua produk yang aku mention kat atas ni semua nya best! Especially moisturizer tu lah. Tapi ikut kulit masing2 jugak. Kalau kulit yang jenis sensitif tu maybe ada yang tak sesuai kot.
Subscribe to:
Posts (Atom)


































Social Icons