New Skincare Routine, December 2019 | Review

Friday, March 06, 2020

Assalamualaikum


ni skincare routine untuk tahun lepas ye. But, I will definitely gonna repurchase most of the products dalam post ni. Ada product yang aku dah repurchase lebih dari 3 kali sebab berkesan dengan kulit aku.



Any familiar product yang korang nampak? Ok, let's begin.
Mostly semua product ni aku beli kat shopee, so pandai2 lah korang survey & cari yang ori ok?


1. Neogen Dermalogy Real Fresh Foam (Cranberry) | 160 g
RM43.30 



Honestly, this is not the best face wash yang aku pernah cuba. Every time aku guna ni, aku rasa macam kulit aku kering & tegang. Tak ada rasa fresh lepas guna hahaha. Thats why sekarang ni aku guna Hada Labo (hydra & whitening) je guys. Dah berapa banyak product yang aku cuba pun masih jugak tak dapat face wash yang sesuai dengan kulit aku. So buat masa ni aku stick dengan hada labo tu je sebab kulit aku tak rasa kering lepas guna ni. Maybe aku patut try yang green tea punya kot. 

Ada sesiapa yang dah pernah try product ni tak?



2. Pixi Glow Tonic | 100 ml
RM45.00


dah lamaaaaaa aku nak try toner ni lepas tengok post Kak Tqa! & trust me banyak sangat feedback yang positive untuk product ni! lepas guna toner ni, kulit nampak fresh & glowing je! serious tak tipu hahaha and obviously aku takkan guna toner lain dah. Tapi itulah, harga toner ni boleh buat aku tak makan dalam sebulan HAHAHA lmao but whatever I'm gonna buy it again anyway 


3. Missha Treatment Essence | 150 ml
RM79.90


dah berapa kali aku postpone nak beli essence ni sebab harga mahal sangat. Finally dapat gak guna! But honestly, aku tak dapat detect apa2 perubahan dekat kulit aku selepas 2 bulan guna. Maybe tak berkesan kat kulit aku kot hmmm. Korang boleh search kebaikan product ni kat google eh, sebab malas nak taip panjang2 HAHA basically essence ni untuk wrinkle repairing & whitening. 

here you go hehe


4. Madagascar Centella Asiatica 100 Ampoule | 50 ml
RM46.00



dalam banyak2 product, ampoule ni lah yang paling lama aku guna, sebab banyak sangat 😅 aku rasa semua orang tahu kebaikan centella kan? product ni pun selalu jadi perbualan gak & selalu tengok orang guna so aku pun terjebak nak try. Aku apply ampoule ni banyak2 time ada bekas jerawat, alhamdulilah dalam 2 hari gitu hilang gak sikit2 bekas tu. Thats why sekarang ni aku akan cari product yang ada centella je sebab berkesan kat kulit aku.


5. Coreana Lab Ample : N Vcshot Ampoule | 30 ml
RM45.60


Idk why aku beli banyak sangat ampoule but this one tho!!! aku recommend sangat ampoule ni! trust me, this one is the best so far. Aku dah pernah buat review pasal product ni so dipersilakan baca hehe


6. Etude House Moistfull Collagen Cream | 75 ml
RM55.00


(pls refer balik gambar kat atas sekali sebab aku lupa nak ambil gambar geezzz)

THIS.IS.MY.FAV.MOISTURIZER.SO.FAR

and again, this was my second bottle!! I super love love love the smell and the texture! Wangi sangat pastu bila guna je kulit rasa lembap fuhh macam kulit baby gituuuu 😍😍 aku tahu macam over sangat bunyi tu, but i'm serious. Moisturizer ni berkesan sangat kat kulit aku. 


7. Biore UV Perfect Block Milk Moisture | 25 ml
RM13.80

Ok takde gambar untuk sunblock ni lol. Aku rasa semua dah tahu pasal sunblock ni kan? Dah nak dekat setahun lebih gak aku guna ni sebab bagi aku ni je sunblock yang bagi aku tak berminyak. 



8. Nixoderm Ointment | 5.34 g
RM6 (beli kat pharmacy)


I will make a different post for this one sebab aku sangat sangat terpegun dengan keberkesanan (?) product ni! This is my penyelamat setiap kali jerawat baru muncul! Dalam sehari je jerawat tu akan hilang. Ointment ni lebih berkesan daripada pimple patch yang korang guna sekarang ni hahaha lol
so just wait for my next post ok?




actually ada banyak lagi product baru yang aku cuba tapi banyak yang tak berkesan so mehh malas lah nak update hehe


ok bye!

11 comments

  1. I love the Pixi Glow Tonic too! Have been using it for almost a year now. But just like you, harga dia sedikit huhu (alamak ada rhyme la pula lol)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yessss geng!! kalau harga dia tak mahal sgt mmg dah beli byk2 dah untuk buat stok hahaha

      Delete
  2. Belum pernah cuba semua produk tu kecuali Biore sunscreen. Harga murah tapi sayang sebab tak sesuai dengan kulit.

    Syaza | www.syazaraihanah.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sunscreen biore ni lebih murah sikit daripada sunscreen yg lain. kalau sy pulak, sunscreen ni je yg sesuai dgn kulit sy hehe

      Delete
  3. I'm seriously eyeing that Pixie Tonic because I'm literally surrounded by friends who swear its their holy grail in their skincare routine!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yasssss! dah boleh try dah awakkk hahaha sbb mmg berkesan!

      Delete
  4. lamak dah teringin nak try PIXI yaaa! tapi susah mok carik. mok beli online juak mahal T^T
    yessss nixoderm ya, kmk ada juak pake! nang best sebab jerawat cepat kecut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. try carik yg original kat shopee kakk. rega sia lebih murah daripada dkat sephora mpun haha. yassss geng pakei nixoderm! berkesan nak kakk? kmk slalu beli byk2 utk simpan stok lol

      Delete
  5. You've got some amazing products there. Selalu teringin nak try tapi mahal sangat, so kalau dah jumpa skincare yang serasi dekat drugstore, I would just stick to it. Takmo membazir kat skincare dah 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sy pun tak selalu beli skincare ni hahaha sbb harga dia fuhhh. tapi skincare dkat drugstore slalunya tak sesuai dgn kulit sy tsk tsk :')

      Delete