Apa Yang Best Kat Phuket?

Monday, February 24, 2020

Assalamualaikum

Lamanya tak update post baru huwaaa 😭😣

Ok guys, bercuti dan melancong adalah aktiviti yang tidak boleh dipisahkan dengan rakyat Malaysia. Siapa kata kita tak perlu bercuti dan melancong? Ada yang beranggapan macam tu. Ingat la, bercuti tu tak salah sebab minda dan badan kita perlu berehat. Ada banyak cara untuk bercuti. Nak gaya mahal ke, murah ke, semua tu atas pilihan korang sendiri. Kalau korang pandai manage, pandai prepare, maka berbaloi la percutian korang tu.

Bagi korang yang dah memang ada yang set nak bercuti ke luar negara tapi masih nak berbajet, korang boleh je bercuti di negara-negara jiran kita ni. Contohnya ke Thailand!

 Banyak je airline yang menawarkan penerbangan ke Thailand. Korang boleh check kat Traveloka bagi memudahkan korang untuk buat perbandingan. Antara airline yang ada kat Traveloka yang korang pilih untuk ke Thailand adalah Thai Airways. Disebabkan banyak airline lain yang menawarkan penerbangan ke sana, Thai Airways menawarkan harga yang lebih menarik bagi mendapatkan perhatian daripada pelancong yang ingin bercuti ke Thailand. In case korang tak nak ke Thailand, Traveloka juga ada menawarkan syarikat penerbangan bagi destinasi dari Kuala Lumpur to Langkawi flights. So pilihan di tangan korang. Korang pilih la mana korang nak pergi.

Andai kata Thailand menjadi pilihan korang, aku suggest korang ke Phuket. Kalau korang taktau, Phuket merupakan satu pulau yang terbesar bagi negara Thailand. Selain daripada Krabi, pelancong juga kebanyakkannya memilih Phuket sebagai destinasi pelancongan berkonsepkan pantai. Pemandangan yang indah dan menakjudkan dari persisir pantai aku yakin dapat menambat hati setiap pelancong yang datang. Jadi mari lah kita ke lokasi-lokasi menarik yang ada kat Phuket ni.


1. Promthep Cape


😍😍😍

Kat sini korang boleh lihat keindahan matahari terbenam dari puncak bukit ini. Walaupun kat sini tak ada aktiviti menarik yang korang boleh buat selain bergambar,tapi tu bukan satu halangan untuk korang datang ke sini. Sebabnya bergambar dari viewpoint ni merupakan satu kepuasan bagi ramai pelancong dan juga jurugambar professional. Pemandangan seperti di atas kertas lukisan ini telah banyak menambat hati pelancong. Kemudahan seperti tempat parking, tandas dan gerai menjual cenderamata juga disediakan di sini.


2. Tiger Kingdom


Pernah terfikir tak korang nak bergambar dengan harimau siap boleh pegang lagi? Nak rasa tak? Bukan setakat bergambar je, korang siap boleh pegang lagi. Jantung korang confirm gedebak gedebuk. Hahaha. Jangan risau. Dorang ada staff berkaliber yang menjaga harimau-harimau ni. Bayaran masuk sekitar 800 – 3500 baht sahaja. Kalau korang takut nak pegang yang besar, yang kecik comel pun ada juga.


3. Phi Phi Island


omg tengok ni! 😭😭😍 Kalau korang nak tau, dalam banyak-banyak pulau di Asia Tenggara, inilah pulau yang paling cantik iaitu Phi Phi Island. Keindahan flora dan fauna yang ada kat pulau ni menambahkan lagi keunikan lautan biru yang cantik serta terumbu karang yang boleh dilihat dari permukaan laut. Sampai je kat pulau ni korang confirm teruja! Jangan nganga sudah la. Kalau korang nak ke pulau ni, korang boleh naik speed boat ataupun feri yang disediakan. Tiketnya korang boleh dapatkan di agensi pelancongan yang banyak di sekitar pantai.

4. Flying Hanuman

Bukan setakat pantai-pantai yang cantik, Phuket juga ada menyediakan aktiviti outdoor untuk korang yang berjiwa kental, lasak dan sukakan cabaran semasa bercuti. Bagi korang yang sukakan outdoor activity, korang boleh datang ke Flying Hanuman ni untuk merasa zipline di Phuket. Semasa korang naik flying hanuman ni, korang boleh nampak keindahan Phuket dari sisi atas dimana ianya sangat mengujakan. Harga tiket untuk melakukan aktiviti ini adlaah dari 1500 – 3500 baht sahaja.


5. Phuket Trickeye Museum


Trickeye museum ni lebih kurang sama je macam 3D muzium yang ada di mana-mana negara. Gambar yang dilukis seakan-akan seperti reality. Apa yang berbezanya ialah jenis lukisan yang ada kat setiap tempat tu je. Tapi kalau korang nak masuk jugak, korang boleh la ke sini. Actually best jugak kalau dah masuk ramai-ramai. Gambar pun meriah. 


Okay la guys. Itu lah beberapa tempat kat Phuket yang mana bagi aku cukup untuk buat korang hilangkan duka lara di hati. Kalau nak bersantai-santai, boleh la lepak pantai sambil mengunyah. Kalau nak aktiviti sikit, boleh la ke flying hanuman atau tiger kingdom tu. Apa-apa pun, bercuti tu bercuti la jugak. Jangan lupa jaga keselamatan dan kesihatan korang okay! 





5 comments

  1. saya pernah pegi Phi Phi island tuuu, tapi ikut dari Krabi je!
    thailand ni pantai2 dia memang tk mengecewakan

    ReplyDelete
  2. bestnya kalau dapat melancong ke phuket dan krabi :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  3. mok melancong tapi kinek musim orang gik kamboh dengan covid19, tapi boleh bookmark tok. in case mok ke thailand :D

    ReplyDelete
  4. All my sibling have been to Phuket, Krabi and Bangkok. Only me and my dad yang tak pernah sampai Thailand lagi.
    InshaAllah kalau panjang umur, nak juga jalan2 Thailand sebab their cafe scene is THE BEST! Macam Seoul dah..

    ReplyDelete