Ice Garden Cafe, Kuching

| on
13:10
assalamualaikum 


helloooooo hehe

post ni auto publish ye guys so kemungkinan besar aku tak bukak blog since semester ni aku dah start buat FYP :"( 😭😭 kalau bukak pun maybe baca post korang macam tu je kot, kalau rajin aku akan tinggalkan komen hehe


so, let's skip that part.


since aku dah berani drive sekarang (alhamdulilah), so kerja aku memang bawak kawan-kawan keluar je lah hahaha itupun kalau ada duit eh, bukan keluar tiap-tiap hari tau





masuk je dalam cafe ni terus mata terpukau tengok kek kat tepi kaunter. Actually sebelah area kek ni ada banyakkkk fruit popsicle tapi aku lupa nak ambil gambar ugh 

memandangkan kitorang tak makan lagi, so memang kena order makanan lain gak sebab takkan pagi-pagi makan shaved ice je kan? haha

aku ingatkan ada bermacam jenis shaved ice yang ada kat cafe ni, tapi kalau tak silap aku nampak 6 je menu shaved ice diorang & tanpa buang masa aku terus order green tea shaved ice sebab ada kawan yang recommend untuk try ni hehe


topping green tea shaved ice ni ada red beans, pudding & rice balls. RM9 jee hehe
dalam gambar nampak kecik je tapi sebenarnya besar guys. 

SEDAP! serious sedap. kitorang makan sikit-sikit pastu sambung ambil gambar sampai tak sedar shaved ice ni dah cair HAHAHA tapi lebih sedap kalau makan terus sebab kalau dah cair takde rasa dah

rice balls tu macam rasa pulut(?), bagi aku boleh lah ditelan benda tu hahaha takde rasa sangat pun


pastu kitorang order classic belgium waffle, belgium waffle with gelato + oreo & oreo cheesecake.

waffle diorang ranggup!!!!!!!!!! tertelan air liur je lah aku tengok gambar ni :'(((((  

yang belgium waffle with gelato + oreo tu bolehlahh. aku tak berapa suka kalau kat tengah-tengah waffle tu ada aiskrim haha sebab nanti confirm tak ranggup pastu manis. 

oreo cheesecake tu biasa-biasa je kot. sedap lagi oreo crepe dekat the coffee factory hehe


dahlah order makanan manis pastu order lagi air manis HAHAHA diabetessssss
ni oreo milkshake. seeeeee? nampak tak betapa sukanya aku dengan oreo ni HAHAHA 



bagi aku milkshake tu terlampau mahal sangat 😣 but whatever lah sebab puas hati makan kat sini! & lighting cantik gilaaaaa so thumbs up for that! HAHAHA lol




bye guys! 






B.Adore Malaysia | Review

| on
15:17
Assalamualaikum

i think i really need to uninstall instagram sebab selaluuuuuu je tak dapat nak kawal nafsu. and again, haritu ternampak ig shop ni jual kasut yang sangat cantik di mata aku hahaha taktau lah taste korang macam mana, tapi taste aku memang macam ni.


B.Adore ni local brand guys, diorang ada kedai dekat Johor je. Ramai yang tertarik dengan bag diorang. Mostly aku tengok diorang ada banyak jenis bag collection tapi i'm not a big fan of bags so korang boleh lah tengok sendiri eh dekat https://www.badore.com.my

my first purchase kalau tak silap tahun lepas. kalau nak tahu most of their shoes collection harga semua range dalam RM99 ke atas. Bag diorang pricey sikit lah sebab handmade hehe



diorang ada kotak sendiri tau! aku suka kalau online shop ada kotak sendiri sebab nak kumpul lol
saiz aku 39 je tapi team diorang nasihatkan beli size 1 inci lebih besar sikit. & obviously I am satisfied with my first purchased!

lepas barang tu sampai aku stalk website diorang pulak then screenshot barang yang aku suka. aku fall in love dengan heels yang satu tu tapiiiii bila difikir balik aku jarang nak pakai heels so aku hold dulu. lagipun masa ni aku dah shopping banyak sangat kasut sampai rasa menyesal nak tampar muka diri sendiri je lmao

& last week aku dah beli! hehe. kalau yang follow aku dekat instagram maybe tahu kot rupa heels tu macam mana sebab aku ada buat poll hahaha confuse nak pilih color black or brown



uuuuu kotak ni color lain dah



and walahhhhhhhhh! please lah puji cantik hahaha 

 


ah diorang ada bagi extra hmmm yang untuk bawah heels tu 👆, sorry taktau nama benda tu haha



rupa dia macam ni guys hehe

i love both of it! B.Adore ada keluarkan koleksi kasut yang baru jugak bulan lepas. Aku letak dalam wish list je lah dulu hahaha


nahh website diorang kalau korang nak stalk,