Musketeers by Nadia Khan | Review Fixi

Monday, March 16, 2020



"Rogol maruah, lagi parah." 一 Ray


Assalamualaikum


If you are a fan of Gantung then you probably ingat dengan ayat ni, because I do. Gosh, rindunya dengan watak-watak dalam novel ni! I know this may sound weird but I tak dapat move on bila baca novel ni dulu! And I'm quiet surprised yang aku tak pernah buat review pun pasal novel ni hahaha. 

I didn't know yang Nadia Khan akan buat prekuel untuk novel Gantung until my friend (Thanks Yani!) send a poster of Nadia Khan's 'Musketeers book tour' dekat Kuching! Aku yang tengah baring plan nak tidur awal terus terbangun, terjerit and I was like;

"WTH BILA MASA NADIA KHAN KELUARKAN BUKU BARU NI?!! AND PREKEUL UNTUK NOVEL GANTUNG PULAK TU?! WHATTTTTT?! "

I'm serious guys. Aku dah lama tak ikut perkembangan fixi so terkejut sekejap. Eh bukan sekejap, lama gak. Sebab unexpected kot! 

Dah tenang sekejap tu, aku pergi bukak website fixi because I can't freaking wait any longer! AND BAMMMM satu buku tu RM49.90 😭😂😂 


buku ni hardcover guysss. I'm cryinggggg 😭😭
dalam novel ni nanti korang akan tahu kenapa cover depan dia tulis "Musketeers or suicide squad"




Buku hardcover ini dicetak hanya sekali untuk mengumpul dana untuk pembikinan GANTUNG The Movie. Cerita MUSKETEERS tak akan keluar dalam bentuk paperback atau ebook.Ia prekuel GANTUNG yang menceritakan kehidupan empat sahabat itu  Gibbs, KJ, Troll dan Ray (dari Tingkatan 1 ke Tingkatan 4)

Thats why nak tak nak aku kena beli gak buku ni sebab takde dalam bentuk ebook and most importantly buku hardcover ni dicetak sekali je.


If you guys haven't read Gantung then pergi baca tu dulu. Sebab dalam Gantung korang akan tahu ending novel ni macam mana, kalau Musketeers ni pulak macam permulaan daripada kisah persahabatan diorang. Gantung:2 pulak sambungan kepada Gantung; after the incident.


Dalam Musketeers korang akan tahu macam mana friendship diorang bermula, macam mana KJ boleh sebilik dengan Gibbs. And most importantly (for me), latar belakang family diorang. Mula-mula baca tu aku rasa excited and banyak ketawa gak because I really really really love their friendship! But then, bila dah nak habis baca novel ni, aku kembali ke realiti sebab ending dia betul-betul sedih. 

dalam Musketeers korang akan tahu diorang ni daripada keluarga berada tapi keluarga diorang masing2 tak perfect mana. Dalam novel ni jugak korang akan tahu macam mana Musketeer code tu terbentuk. Paling best permulaan novel ni sebab kelakar gila baca part diorang boleh jadi sebilik sebab KJ je HAHAHA 

Aku tak berapa setuju dengan tindakan & perangai diorang (well obvioulsy), bak kata Ray rogol maruah, lagi parah. If only KJ tak buat prank tu, mungkin akan dapat happy ending. And I have to admit yang prank KJ tu melampau sangat because tak siapa pun yang dapat move on kalau benda macm tu terjadi kat diorang. I was so pissed off dengan abang Deepa yang sengaja tak bunuh Ray sebab bagi aku orang yang hidup itu lebih susah nak teruskan hidup kalau benda tragis gitu berlaku kat depan mata diorang sendiri (ni dalam Gantung). 


hm macam off topic je hahaha tiba-tiba cerita pasal Gantung pulak. But anyway, buku ni tak tebal pun so dalam sejam aku dapat habiskan. 



THIS!!! 


you guys kena beli jugak buku ni sebab based on skrip yang aku baca, jalan cerita dia sedikit berbeza dengan yang dalam novel (berdasarkan permulaan skrip ni je ye). Korang dah tengok ke drama Gantung The Series sebelum ni? Yang dilakonkan oleh Randy Pangalila. Aku dah tengok and yes drama tu memang sengaja dibiarkan tergantung begitu sahaja sebab akan ada movie nanti. Thats why wujudnya Musketeers ni sebab nak buat crowdfunding untuk pembikinan movie Gantung!!

Harap-harap jadi lah movie tu 😭😭



nahh aku belanja korang tengok first page untuk skrip Gantung. Tu pun kalau korang nampak HAHAH so baik korang zoom kan je 😂😂


macam biasa, aku tak suka bagi spoiler so kenalah baca sendiri. Sebab macam tak best je kalau aku bagi spoiler hmmm lol


Gantung:2 pun aku dah beli & baca but why aku boleh lupa pulak dengan jalan cerita dia eh? Hmm tak boleh jadi ni, kena baca balik.




Bye!



14 comments

  1. Tak pernah lagi baca Gantung dan buku lain yang berkaitan tapi nampak ramai sangat orang suka baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah novel ni pernah viral dlu kalau tak silap hehe

      Delete
  2. Yup.. tahu pasal buku ini.. Harapnya berjayalah penulis kumpul dana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn! nak gak tgk movie ni sbb jalan cerita dia tak sama mcm dlm buku

      Delete
  3. OMG!! baru tahu Nadia Khan dah ada buku baru, thanks to you for posting this! arrgghhh kena beli ni 😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaaaaaaa cepat pergi beliiii! hahahaha sama sama awakk!

      Delete
  4. hahhaha kmk siktauk pun nadia khan ada buku baru. lamak dah sik follow buku fixi tk T^T
    lamak juak rasa sik baca buku bena XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. kmk dah hampir setahun rasanya sik follow buku fixi tapi nasib bait lah tauk pasal tok huwaaaaa

      Delete
  5. Looks interesting. Dah lama tak layan novel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sy pun lama gak tak layan novel hehe. ni first novel yg sy baca tahun ni haha

      Delete
  6. i am a fan of buku fixi and suka gila dengan cerita gantung ni but bila tengok harga for this book rasa nak nanges huaaaaaaaa! i'm dumb, young and broke T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. KANNNNN bila mula2 tgk harga dia fuhhh mahal nyaaaaa T T ni pun mintak my mom tlong belikan hahaha

      Delete
  7. Heyyo, salamm. I was quite excited jugakk like you. Dh lama tk update psal fixi and gantung antara fav fixi novel until keluar tv series. Bila dpt tau nk keluar movie lagi la tk sabarnyaaaa 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi,walaikumsalam. eeeeeee high five!! harap2 jadi lah movie ni nanti, kalau tak mmg sedih lahhh sbb yg series haritu tak puas nak tgk so mmg nak tgk movie dia jugak!! hehehe

      Delete