#BAKING - Resepi Choc Chip Cookies ala Famous Amos

Friday, April 10, 2020

Assalamualaikum


Since semua rakyat Malaysia duduk dekat rumah selama lebih daripada 2 minggu ni, pageviews blog aku pun naik semacam je ni hahaha. Good job guys! Lets stay calm and bawak bersabar. Tak lama lagi bolehlah keluar kalau semua bagi kerjasama duduk dalam rumah.


Resepi ni senang gila! Dalam 1 minggu ni aku dah try dalam 3 4 resepi gak untuk buat choc chip cookies & resepi ni paling win + senang! Aku ni hantu cookies so kenalah rajinkan diri untuk puaskan craving ni hah. 


ok, lets start.

resepi ni credit kepada siraplimau 💓




BAHAN A

  • 250g  Marjerin
  • 1 1/4 cup  Brown Sugar (aku guna gula biasa since brown sugar dah habis 😪)            
  • 1 tbsp  Vanilla Essence 
  • 1  Egg 

Korang masukkan kesemua bahan A di atas then kacaukan sehingga sebati. Oh ya, gula tu kalau korang tak suka manis sangat boleh lah adjustkan sendiri eh. First try aku haritu macam terlampau manis sangat so masa second try tu aku kurangkan sikit gula.




Lepas dah kacau sebati semua bahan A tu tadi, korang campurkan pulak bahan B yang aku senaraikan kat bawah.

BAHAN B

  • 2 1/2 cup  Tepung Gandum
  • 1/2 cup  Tepung Jagung
  • 1 tbsp  Baking Powder
  • 1 tbsp Baking Soda
  • 6 sudu  Minyak Masak


and then kacaukan sekali lagi sehingga sebati. 



dah habis kacau barulah korang masukkan 2 cawan choc chip. Choc chip aku dah tinggal sikit sebab time first try haritu aku dah guna banyak hahaha. Tapi kalau tak letak choc chip pun still sedap bagi aku.


Lepas dah kacau sehingga sebati, korang masukkan adunan ni ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
Oh ya, adunan tu memang lembik guys so takyah panik hehe


Pastu dah boleh susun atas loyang & sedia untuk dibakar! Tolong jarakkan setiap adunan tu jauh sikit sebab biskut akan mengembang so takyah letak banyak sangat. Yang ni pandai2 lah korang sebab benda basic je ni hehe


Bakarkan selama 20 minit, suhu dalam 150 darjah or ikut oven masing-masing. Kalau dah siap tu jangan diangkat terus guys, biarkan pintu oven dibuka sedikit & tunggu dalam 10-15 minit gitu untuk sejuk then baru keluarkan dari oven.




yeay craving satisfied!! takyah beli kat famous amos dah lol hahaha, bukannya dapat keluar pergi shopping mall pun kan hahaha










stay safe guys & please stay at home. okay bai nak sambung tengok netflix hoho ciauuuu

23 comments

  1. mudah gak nak buat tu... nice sharing... leh buat ni. thanks

    ReplyDelete
  2. buat sendiri puas hati..
    dapat makan banyak2 =D

    ReplyDelete
  3. ohh, terliurrrr ! lama tak makan cookies ! maybe sometime during this time boleh try resepi ni ! tengok kerajinan macam tak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb lama tak makan cookies lah sy paksa diri buat ni hahaha kalau tak memang tiap2 malam asyik fikir je :')

      Delete
  4. 😭😭 nmpk sedap buat mkn ptg

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahhhh hehehe, resepi pun mudah je nak buat :D

      Delete
  5. boleh try ni..bahan semua ade kt dapur hehe

    ReplyDelete
  6. I love baking cookies jugak! Yours looks good! hehehe.

    I figured kan, the temperature of the butter/margerine yang kita guna waktu buat biskut pun boleh effect - if keras (as if you keluarkan dari peti lol pastu malas naktunggu hahaha) the cookies lagi well-shaped waktu bakar, kalau guna yg room temperature biskut tu mcm mudah jadi leper (hence more crispy!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank youuu ♥

      wow thanks for the info! tak tau pulak pasal bnda ni ><

      Delete
  7. malas nak buat biskut ni sebab selalu tak jadi. tapi nanti macam nak try resepi awak pula..hehe

    ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe awakk, try buat smpai jadi hehe. dulu pun sy slalu gagal gak buat cookies hahaha smpai hangus cookies dlu :P

      Delete
  8. lawanya cookies ni! saya tak berani lagi buat cookies sbb memang asal buat dessert je mesti failed loll
    kalau benda2 mcm pizza, lasagna tu eh elok pulak jadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you mazni! samaaaa. dulu slalu je failed. rasa nak give up pun ada. tapi craving punya pasal, buat smpai jadi gak hahaha

      Delete
  9. rajinya cuba banyak resepi.
    akak ni tahu xdak bakat baking membaking ni.. so xnak cuba takot jadi disaster..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb nak stick dgn satu resepi je, sbb tu cuba banyak rsepi dulu nak tgk mana satu resepi yg mudah & sedap hehe

      try dulu kakkkk! entah2 akak lagi berbakat dari sy ni hihi

      Delete
  10. Nak buat!!! Tapi kena beli mixer dulu hahahah. Resepi nampak simple and hasil dia cantik! Kak Nad bookmark dulu nanti ada mixer baru buat ehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. please buat kak nadddd! hahaha good luck kakkk! harap2 akak suka dgn resepi ni hehe

      Delete
  11. Okay nanti akak cuba sebab memang planning nak buat cookies pun. Not for Eid sebab takde mood raya, but doing it merely to gemukkan diri malam2 sambil tengok movie. It looks almost the same too.

    hmmm.. sabar Tqa sabar.. puasa ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. I literally buat cookies ni every week sbg stock utk tgk kdrama hahaha mmg dah makin gemuk dah ni sbb asyik mengunyah jeee

      Delete
  12. SELAMAT HARI RAYA!! best entry ini.. done follow u, follow me back.. tq
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete