Showing posts with label baking. Show all posts
Showing posts with label baking. Show all posts
Assalamualaikum
Since semua rakyat Malaysia duduk dekat rumah selama lebih daripada 2 minggu ni, pageviews blog aku pun naik semacam je ni hahaha. Good job guys! Lets stay calm and bawak bersabar. Tak lama lagi bolehlah keluar kalau semua bagi kerjasama duduk dalam rumah.
Resepi ni senang gila! Dalam 1 minggu ni aku dah try dalam 3 4 resepi gak untuk buat choc chip cookies & resepi ni paling win + senang! Aku ni hantu cookies so kenalah rajinkan diri untuk puaskan craving ni hah.
ok, lets start.
resepi ni credit kepada siraplimau 💓
BAHAN A
- 250g Marjerin
- 1 1/4 cup Brown Sugar (aku guna gula biasa since brown sugar dah habis 😪)
- 1 tbsp Vanilla Essence
- 1 Egg
Korang masukkan kesemua bahan A di atas then kacaukan sehingga sebati. Oh ya, gula tu kalau korang tak suka manis sangat boleh lah adjustkan sendiri eh. First try aku haritu macam terlampau manis sangat so masa second try tu aku kurangkan sikit gula.
Lepas dah kacau sebati semua bahan A tu tadi, korang campurkan pulak bahan B yang aku senaraikan kat bawah.
BAHAN B
- 2 1/2 cup Tepung Gandum
- 1/2 cup Tepung Jagung
- 1 tbsp Baking Powder
- 1 tbsp Baking Soda
- 6 sudu Minyak Masak
and then kacaukan sekali lagi sehingga sebati.
dah habis kacau barulah korang masukkan 2 cawan choc chip. Choc chip aku dah tinggal sikit sebab time first try haritu aku dah guna banyak hahaha. Tapi kalau tak letak choc chip pun still sedap bagi aku.
Lepas dah kacau sehingga sebati, korang masukkan adunan ni ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
Oh ya, adunan tu memang lembik guys so takyah panik hehe
Pastu dah boleh susun atas loyang & sedia untuk dibakar! Tolong jarakkan setiap adunan tu jauh sikit sebab biskut akan mengembang so takyah letak banyak sangat. Yang ni pandai2 lah korang sebab benda basic je ni hehe
Bakarkan selama 20 minit, suhu dalam 150 darjah or ikut oven masing-masing. Kalau dah siap tu jangan diangkat terus guys, biarkan pintu oven dibuka sedikit & tunggu dalam 10-15 minit gitu untuk sejuk then baru keluarkan dari oven.
yeay craving satisfied!! takyah beli kat famous amos dah lol hahaha, bukannya dapat keluar pergi shopping mall pun kan hahaha
stay safe guys & please stay at home. okay bai nak sambung tengok netflix hoho ciauuuu
Assalamualaikum
hi there beautiful :)
hmm ada sebab sebenarnya aku selalu buat post pasal baking ni haha salah satu wishlist aku tahun ni adalah buat at least 3 post pasal baking or cooking . This is the third post so lepas ni kalau aku rajin je aku akan buat post ni okay. hahaha
I think yang korang dah pernah rasa & tahu kan macam mana rupa biskut meringue? Rasa meringue ni macam rasa gula kapas macam tulah. A little bit manis so tidak digalakkan untuk makan tiap-tiap hari. Okay guys?
Bahan yang diguna sangat-sangatlah simple TAPI once meringue kau tak jadi memang kena buat semula. First try aku memang failed! Aku tak biasa guna oven so aku main letak sukahati je janji menjadi last-last tengok bawah meringue tu dah hangus & dalam dia lembik semacam. Thats why kalau nak baking perlu ada kesabaran yang tinggi hahaha kalau aku tak ah aku tahu nak cepat siap je
bahan hanya guna tiga benda ni je. Telur 3 biji, setengah cawan gula & esen vanilla. Oh ya aku tak guna krim of tartar okay sebab malas nak pergi cari kat supermarket.
first sekali,asingkan putih telur (jangan ada satu titik pun kuning telur okay?)
masukkan gula & sedikit esen vanilla. Gaulkan.
guna kaedah double boiler untuk hancurkan gula tu tadi. Gaul sehingga gula betul2 hancur.
next,guna mixer bermula dari low speed ke high speed. Buat sampailah adunan menjadi soft peak. like this
hah masa ni korang dah boleh letak pewarna or serbuk koko kalau naklah.
oleh kerana aku tak ada piping bag so aku diy kan ajelah. Jangan lupa letak parchment paper dulu k takut melekat pulak nanti. Dont judge. Tahu lah rupa bentuk tu buruk hahahahahahahahahahaha ciss
lepas tu korang bakarkan selama 1 jam 20 minit (suhu dalam 175°F). nak buat ni memang kena tunggu lama gila . lepas dah habis bakar jangan terus keluarkan dari oven. Bukakan pintu oven tu sikit dan biarkan dalam 20 minit macam tu then barulah boleh letak dalam balang.
adik aku kata tak sedap tapi last-last dia jugak yang makan habis T_T kurang asam
kalau meringue korang tak jadi jugak hah nah baca ni dulu tips untuk membuat meringue. Rasanya ni kali ketiga aku buat meringue. kalau ada chocolate chips lagilah best.
kalau aku rajin aku akan buat post pasal baking lagi. kalau tak, tahulah alasan dia apa hahahahaha bye
Assalamualaikum
Fuhh makin terabai blog kesayangan aku ni heh
anyways ni hah aku sediakan resepi oreo cookies yang simple as abc. Semalam dah try buat,kalau fail memang tak ah aku nak share kat blog hahaha
Resepi credit to sedapnya resepi ini. Do check their page sebab banyak resepi yang diorang sharekan.
Kalau nak tunggu aku buat resepi sendiri memang sampai 10 tahun akan datang pun tak akan jadi hahaha
Oleh kerana my mom tak ada kat rumah so haruslah paksa adik2 tolong kakak dia ni menjalankan misi nak buat cookies. Sebab tulah aku sediakan kertas a4 kat atas meja so that senang nak kemas nanti. Nak letak newspaper tapi buruk sangat nak ambil gambar T_T
1. Oreo - 1 pack besar (dipatah-patahkan)
2. Oreo - 1 pack kecik (actually tak guna semua,sikit je lepas tu buangkan cream putih & kisarkan dalam blender)
3. 2 cawan besar tepung gandum
4. Susu tepung setengah cawan (aku guna oat yang dah dikisar sebab lupa beli susu tepung -.- )
5. Gula castor setengah cawan
6. Esen vanila
7. 1 buku buttercup
Okay now,next step.
Kacaukan 1 buku buttercup tu tadi .
Masukkan gula castor setengah cawan then kacau. Kalau boleh rasa dulu mana tau terlebih manis ke.
Then masukkan esen vanilla setengah sudu teh yang kecik & gaulkan.
Pastu masukkan tepung gandum 2 cawan tadi & gaul sekali lagi.
Masukkan secara berperingkat lah ye.
Masukkan susu tepung (aku guna oat) & gaul.
Lastly,masukkan oreo yang dah dipatah-patahkan tu tadi & gaul sampai jadi macam gambar kat bawah ni
Alright dah siap! Sekarang korang hanya perlu bulat-bulatkan adunan macam gambar kat atas ni hah. Then susunkan dalam loyang macam gambar bawah ni
Jangan lupa sapukan margerin kat loyang tu dulu. Tak kisah lah korang nak buat bulat tu size kecik or besar ikut citarasa korang nak macam mana. Lepas tu korang tekankan sikit adunan tu guna sudu so that nampak macam cookies sikit.
Ingat lagi tak oreo yang dah dikisar tu tadi? Hah taburkan sikit2 kat atas adunan tu. Sorry tak ada gambar.
Lepas tu bakar pada suhu 150c (20-25 minit).
Okay nak buat pengakuan sikit hahaha actually cookies aku ni memang dah berjaya dah cuma rupa dia buruk sikit je. Dah try dah pelbagai cara nak cantikkan gambar cookies ni tapi tak menjadi. So conclusion nya aku tak nak ah letak gambar cookies aku tu hahahaha
Credit kepada owner
Rupa cookies memang macam yang kat atas ni tapi buruk sikit je lah haha takpe first try kan.
Don't worry memang sedap okay. Aku suka sebab ada campur oreo kan haha
Assalamualaikum
Cari punya cari rupanya selama 4 tahun lebih aku buat blog ni belum pernah lagi aku buat post pasal resepi or post yang related dengan makanan. Belum pernah k,tak tahu kenapa hahaha
Actually ni resepi simple je. Rasanya semua orang pernah buat kan? Alah macam resepi kek cheese yang tak perlu dibakar tu,letak dalam peti sejuk je lepas tu makan terus. Hah macam tulah. Tapi yang bezanya aku letak milo sikit bhahahahahaha lol
Resepi ni credit kat kak Suraya. Kak Namee pun ada gak buat resepi ni. Nampak lebih sedap dari aku punya hahahahahaha :')
Bahan-bahan.
1. Cream cheese (tak kisah jenama apa)
2. Satu kotak susu Dutch Lady
3. Satu tin susu pekat manis (actually tak guna semua)
4. Milo/chocolate/oreo
5. 1 paket cream crackers (nak biskut lain pun boleh je janji bentuk segi empat)
6. Esen vanilla (tak guna pun tak apa)
Then,masukkan :
cream cheese, 1 sudu kecil esen vanilla, 3 sudu susu dutch lady, setengah tin susu pekat manis (ikut tahap kemanisan yang korang suka) ke dalam mixer.
suka pulak aku main benda ni hahaha. mix sampai hancur macam kat atas tu
Then tuangkan sedikit susu dutch lady ke dalam mangkuk & celupkan biskut cracker tadi. Jangan celup lama sangat nanti hancur pulak biskut tu
Lepas tu susunkan ke dalam container. Layer paling bawah letak biskut cracker macam kat atas then lapiskan dengan cream cheese yang dah di-mix kan tadi macam gambar kat bawah ni
Like this.
After that,taburkan milo. Punyalah kedekut aku letak milo tu hahahahaha . Letak banyak sikit eh
Then ulang balik letak biskut cracker (celupkan dulu),lepas tu layerkan sekali lagi dengan cream cheese tadi lepas tu taburkan milo. Ulang semula proses ni sampai korang rasa container korang tu dah nak penuh
Then,suka hatilah nak hias dengan oreo/strawberry /chocolate ke,ikut cita rasa korang lah.
Lepas tu letak dalam peti sejuk selama 5 jam. Aku the next day baru potong haha
Nama je cheesekut milo tapi milo tak nampak pun hahahaha kedekut sangat kan tadi T_T
Aku baru je ngap berapa potong sekali tengok dah licin dah T_T tsk tsk :')
Lain kali aku nak letak oreo or cadbury je haha lepas tu sorok makan sorang-sorang -.-
Subscribe to:
Posts (Atom)

























Social Icons