#BAKING - Resepi Meringue

Tuesday, August 02, 2016

Assalamualaikum


hi there beautiful :) 


hmm ada sebab sebenarnya aku selalu buat post pasal baking ni haha salah satu wishlist aku tahun ni adalah buat at least 3 post pasal baking or cooking . This is the third post so lepas ni kalau aku rajin je aku akan buat post ni okay. hahaha


I think yang korang dah pernah rasa & tahu kan macam mana rupa biskut meringue? Rasa meringue ni macam rasa gula kapas macam tulah. A little bit manis so tidak digalakkan untuk makan tiap-tiap hari. Okay guys?


Bahan yang diguna sangat-sangatlah simple TAPI once meringue kau tak jadi memang kena buat semula. First try aku memang failed! Aku tak biasa guna oven so aku main letak sukahati je janji menjadi last-last tengok bawah meringue tu dah hangus & dalam dia lembik semacam. Thats why kalau nak baking perlu ada kesabaran yang tinggi hahaha kalau aku tak ah aku tahu nak cepat siap je



bahan hanya guna tiga benda ni je. Telur 3 biji, setengah cawan gula & esen vanilla. Oh ya aku tak guna krim of tartar okay sebab malas nak pergi cari kat supermarket.



first sekali,asingkan putih telur (jangan  ada satu titik pun kuning telur okay?)



masukkan gula & sedikit esen vanilla. Gaulkan.



guna kaedah double boiler untuk hancurkan gula tu tadi. Gaul sehingga gula betul2 hancur.



next,guna mixer bermula dari  low speed ke high speed. Buat sampailah adunan menjadi soft peak. like this



hah masa ni korang dah boleh letak pewarna or serbuk koko kalau naklah. 



oleh kerana aku tak ada piping bag so aku diy kan ajelah. Jangan lupa letak parchment paper dulu k takut melekat pulak nanti. Dont judge. Tahu lah rupa bentuk tu buruk hahahahahahahahahahaha ciss


lepas tu korang bakarkan selama 1 jam 20 minit (suhu dalam 175°F). nak buat ni memang kena tunggu lama gila . lepas dah habis bakar jangan terus keluarkan dari oven. Bukakan pintu oven tu sikit dan biarkan dalam 20 minit macam tu then barulah boleh letak dalam balang.




adik aku kata tak sedap tapi last-last dia jugak yang makan habis T_T kurang asam 


kalau meringue korang tak jadi jugak hah nah baca ni dulu tips untuk membuat meringue. Rasanya ni kali ketiga aku buat meringue. kalau ada chocolate chips lagilah best. 


kalau aku rajin aku akan buat post pasal baking lagi. kalau tak, tahulah alasan dia apa hahahahaha bye




12 comments

  1. Wahh macam best lah! Boleh try ni~

    ReplyDelete
  2. senang je nak buat sebenarnya kan, huhu

    ReplyDelete
  3. nak tapi malas nak buat huhuhu

    ReplyDelete
  4. satu soklan jer...nk sebut macam mana name kuih ni?
    Faizal Tahir suruh terjah kat sini Raver Si Sotong Vs Hipster Bermisai Lentik

    ReplyDelete
  5. wahhh macam senang jak molah. tapi takut sikjadi lak T^T
    bahan pun sikit jak. :D

    ReplyDelete
  6. comelnyeee . boleh cuba ni .hehe .

    ReplyDelete
  7. Rajinnya baking. Akak paling malas bab baking. Tp suka makan..hahaha

    ReplyDelete