#BAKING - Resepi Oreo Cookies

Saturday, June 25, 2016

Assalamualaikum


Fuhh makin terabai blog kesayangan aku ni heh
anyways ni hah aku sediakan resepi oreo cookies yang simple as abc. Semalam dah try buat,kalau fail memang tak ah aku nak share kat blog hahaha


Resepi credit to sedapnya resepi ini. Do check their page sebab banyak resepi yang diorang sharekan.
Kalau nak tunggu aku buat resepi sendiri memang sampai 10 tahun akan datang pun tak akan jadi hahaha



Oleh kerana my mom tak ada kat rumah so haruslah paksa adik2 tolong kakak dia ni menjalankan misi nak buat cookies. Sebab tulah aku sediakan kertas a4 kat atas meja so that senang nak kemas nanti. Nak letak newspaper tapi buruk sangat nak ambil gambar T_T


1. Oreo - 1 pack besar (dipatah-patahkan)

2. Oreo - 1 pack kecik (actually tak guna semua,sikit je lepas tu buangkan cream putih & kisarkan dalam blender)

3. 2 cawan besar tepung gandum

4. Susu tepung setengah cawan (aku guna oat yang dah dikisar sebab lupa beli susu tepung -.- )

5. Gula castor setengah cawan

6. Esen vanila

7. 1 buku buttercup


Okay now,next step.


Kacaukan 1 buku buttercup tu tadi .



Masukkan gula castor setengah cawan then kacau. Kalau boleh rasa dulu mana tau terlebih manis ke.



Then masukkan esen vanilla setengah sudu teh yang kecik & gaulkan.



Pastu masukkan tepung gandum 2 cawan tadi & gaul sekali lagi.
Masukkan secara berperingkat lah ye.



Masukkan susu tepung (aku guna oat) & gaul.



Lastly,masukkan oreo yang dah dipatah-patahkan tu tadi & gaul sampai jadi macam gambar kat bawah ni





Alright dah siap! Sekarang korang hanya perlu bulat-bulatkan adunan macam gambar kat atas ni hah. Then susunkan dalam loyang macam gambar bawah ni


Jangan lupa sapukan margerin kat loyang tu dulu. Tak kisah lah korang nak buat bulat tu size kecik or besar ikut citarasa korang nak macam mana. Lepas tu korang tekankan sikit adunan tu guna sudu so that nampak macam cookies sikit.

Ingat lagi tak oreo yang dah dikisar tu tadi? Hah taburkan sikit2 kat atas adunan tu. Sorry tak ada gambar.


Lepas tu bakar pada suhu 150c (20-25 minit). 


Okay nak buat pengakuan sikit hahaha actually cookies aku ni memang dah berjaya dah cuma rupa dia buruk sikit je. Dah try dah pelbagai cara nak cantikkan gambar cookies ni tapi tak menjadi. So conclusion nya aku tak nak ah letak gambar cookies aku tu hahahaha 



Credit kepada owner


Rupa cookies memang macam yang kat atas ni tapi buruk sikit je lah haha takpe first try kan.

Don't worry memang sedap okay.  Aku suka sebab ada campur oreo kan haha











17 comments

  1. wow, nampak sedap tu T^T

    hajat nak buat cookies/kek kat rumah tapi, mak tak bagi. hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes mmg sedap hahaha lol . lain kali pujuk mak sekali lagi hehe

      Delete
  2. sedapnyaa tgk . terluir je nii . hihihi ;)

    ReplyDelete
  3. Weeeyyhjhj sedapnyaaa oreo .. Nak buat, tp xde oven. Huhu

    ReplyDelete
  4. nyaman nya. boleh plh tk pake raya kelak. thanks :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aok senang jak molahnya. hehe no prob kak :)

      Delete
  5. bila tengok orang buat kan, nampak takdelah susah mana. sekali bila saya buat.. puih mesti tak jadiii T^T

    Biar rupa dia tak lawa, asalkan masih sedap dan boleh dimakan. ye dak? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu selalu ah mcm tu rasa ptus asa lah jugak tapi last2 berjaya jugak hahaha

      Delete
  6. Mak aihh sedapnyaaa. Nasib tengok malam2. Kalau tengok siang hari ni mmg terliurrr abes. Haha

    ReplyDelete
  7. I love oreo. homigod confirm sedap ni!

    ReplyDelete