Assalamualaikum
well hello there! Salam quarantine guys.
aku tak ingat ni dah hari keberapa sebab aku tak pernah kira pun hahaha so whatever janji korang semua duduk diam-diam je dekat rumah ok?
tengah scroll gallery dekat phone, baru perasan ada banyak sangat gambar maka terjadi lah post ni.
Disclaimer : post ni maybe panjang sikit & ada lots of pictures guys so please bawak bersabar kalau gambar tu lambat loading kat phone/laptop korang hahaha
1. Costa coffee & coffee date with my siblings
my dad masuk hospital since december tahun lepas and hampir dua bulan gak dekat hospital & nasib baik lah masa tu aku dah nak habis final exam so aku ulang alik gak dari rumah pergi ke hospital. Setiap kali sebelum pergi hospital aku akan singgah kat Shell beli costa coffee! selalunya aku akan order iced mocha, kadang2 aku ambik iced latte. My gallery penuh dengan gambar costa coffee ni je sampai satu tahap nak tak nak aku kena delete jugak gambar tu semua sebab banyak sangat!
since my dad dekat hospital, my mom pulak kerja so aku ambil kesempatan ni untuk keluar dengan my siblings sebab kitorang adik beradik jenis yang 24 hours dalam rumah & tak suka keluar so why not spend time together instead of tengok diorang main game je dalam bilik -_- pastu mak aku bising sebab tak ajak dia sekali HAHAHA
2. Lots of sky pictures
aku keluar dari rumah pukul 8 pagi (hospital,ambik adik,groceries&errands) pastu balik dalam pukul 630 petang setiap hari lepas ambik my mom dari tempat kerja. Yes penat, memang penat. Tapi best! Maybe sebab aku rasa enjoy kot time driving tu. Sambil2 driving tu aku bukak playlist dekat spotify & karaoke dalam kereta sorang2 walaupun suara sumbang 💁💁
3. Spending time with my mom and siblings
(dalam erti kata lain, habiskan duit mak untuk shopping HAHA lol)
setiap kali masuk dalam kaison, my mom mesti excited nampak patung cute2 dalam tu geezzz
pastu haritu dia suruh kitorang ambik patung setiap sorang. kalau boleh setiap kali masuk dia akan beli patung dalam kaison tu tapi obviously tak dapat sebab aku selalu marah mak balik sebab dekat rumah tu berlambak kot patung -_- kalau tak marah aku rasa dah boleh jadi zoo patung dah rumah kitorang ni.
and also the birthday cake! kitorang taktau nak beli apa or nak buat apa so last2 beli je lah kek dekat secret recipe tu. birthday mak 10 jan and guess what? aku baru je bagi mak hadiah 2 weeks ago sebab aku taktau nak bagi apa, thats why 2 bulan lepas birthday baru mak dapat hadiah HAHAHA janji ada daripada takde kan? 😂😂
4. First time lepak kat cafe sorang-sorang
kadang2 lepas balik dari hospital aku taktau nak buat apa so aku pun dengan beraninya singgah kat my favorite cafe & lepak sorang2 sambil baca buku yang aku baru beli (i will explain more bout this dalam next post) and updating my academic planner. I know bunyi macam biasa je "eleh perkara biasa je tu lepak kat cafe sorang2" BUT NO. Ni bukan benda biasa bagi aku sebab aku tak pernah buat macam ni seumur hidup aku. First time lepak sorang2 tu rasa macam awkward gak sebab orang lain semua datang dengan kawan kot tapi bila dah hampir 2 jam duduk sorang dekat cafe tu aku rasa macam "wow i'm so proud of myself!" lepas tu dalam seminggu 2 kali gak aku spend time alone dekat cafe tu. hahaha see? finally aku dapat keluar daripada my comfort zone.
& setiap kali pergi cafe ni aku akan beli red velvet cookies tu! SO GOOD GUYS!! haritu aku ambik 5 biji cookies je, tapi dah sampai rumah baru perasan abang tu bagi extra cookies hehe thank you!
5. My new favorite shopping store
iORA ni ialah clothing brand daripada Singapore, diorang baru buka outlet dekat vivacity kuching mall. At first aku saja je nak masuk sebab dari luar nampak macam cantik je pastu bila keluar je dari kedai ni tengok2 dah terbeli 2 helai baju. Second time pergi pun sebab nak tengok je mana tahu ada baju yang new arrivals ke kan, pastu entah macam mana aku dah berdiri depan kaunter dengan 2 helai baju dekat tangan. So sekarang, aku ada 6 total baju dari iORA. HAHAHA damn it! Lepas habis pkp ni memang aku serang tempat ni dulu ok? lmao
6. Recycled my empties!
if you haven't read my previous post here RECYCLE YOUR EMPTY PLASTIC BEAUTY PRODUCTS & DAPAT FREE SAMPLE! then go and read it first!
so after months of kumpul semua botol plastik from my skincares & shampoos, finally ada gak masa nak pergi L'occitane bawak semua botol tu.
yeayyy dapat free samples from them too!! lpas rmo nak pergi sekali lagi sebab masih banyak botol2 kosong dalam bilik aku ni.
(i really hope korang dapat tengok video tu sebab aku lupa pulak nak ambil proper picture)
7. Ice-cream date with my old friends!
dah lama tak jumpa kawan dari sekolah menengah so dapatlah gak lepak sekejap sebelum aku balik asrama. Saja letak gambar sendiri je dalam ni hahaha. aku rasa macam tak pernah lagi letak gambar full sendiri dalam blog ni 😂😂 so ni first and last ok? hahaha
8. New semester!
dah masuk semester 6 dah sekarang. fuhhh cepat je masa berlalu. tinggal dua sem je lagi.
baru masuk minggu ke-6 tapi aku dah rasa macam nak give up 😭😭 stress oi sumpah stress 😂😂 tapi sekarang dah ok sikit sebab cuti kitorang dipanjangkan sampai 2 bulan!! hahaha mid sem break yang paling panjang kitorang pernah dapat gara2 musim coronavirus ni.
obviously kalau dah masuk semester baru, wajib ada banyak gambar baru untuk sepanjang semester tu.
aku suka gila tengok gambar langit ni!! masa ni kitorang dekat restaurant tengah tunggu makanan sampai & aku perasan yang dekat luar langit macam cantik je so kitorang pun keluar kejap ambil gambar langit ni 😍😍 gambar langit dekat Unimas/samarahan tak pernah mengecewakan!
9. New favorite cafe in Unimas!
apesal tajuk semua new new je ni haihhh
cafe ni baru buka semester ni and nasib baik dekat je dari fakulti. I dont know how much I have spend my money dekat cafe ni.
selalunya aku order menu sama je 😂😂 iced caramel latte + sugar. Last aku pergi sini before rmo aku beli iced matcha latte and sedap gilaaaaaaa! lepas ni nak tukar menu beli matcha tu je setiap hari 😂
ok thats it. ada banyak lagi gambar tapi aku dah tak sanggup nak taip sebab tiba-tiba rasa lapar & craving lepas tengok gambar-gambar ni hahaha k bye!
oh ya, before aku lupa. Please rate my pictures guys. How many stars korang akan bagi untuk gambar2 yang aku letak dalam post ni? 😂😂
thanks a lot 💛
bestnyaaa, selalu lepak kafe hipsterr!
ReplyDeleterichiamo tu mmng ada kat universiti jeke? sebab kat uitm puncak alam pun ada. wonder gak kafe tu memang letak khas kat U ke apa
tak selalu mazni hahaha kalau selalu mmg makan pasir je lah setiap hujung bulan hehe
Deletehaah sy pun tertanya jugak pasal ni, sbb selalu nmpak richiamo ni dekat universiti je, maybe lah kot.
I'm drooling from all the coffee and food pics! T_T
ReplyDeleteBut I have to admit, life before MCO was so much more colourful than it is now. I'd do anything to go to that life now. But until this virus pandemic is over, I can only just sit at home and dream on. hahaha
And I'm really surprised that you also enjoy chilling outside with nobody but your own company. There's nothing lonely in that. It almost feels therapeutic in a way to just spend time at your own leisure for yourself. I think I miss that most during the MCO. hehe
kannn. first time chill sorang2 kat cafe tu rasa tenang dia lain macam, rasa macam best sgt! & yes life before mco lebih best lagi! harap2 cepat lah habis wabak corona ni, inshaallah.
DeleteHi.. Blh bg 10/10 utk gmbr2 ni hehe. Cerita berdasarkan gambar dlm memory ye. Biasa nk cerita 1 1 topic br ambil gmbr kdg tu x tau pun nak attach gmbr apa yg bersesuaian dgn cerita hehe
ReplyDeletehehehe terima kasihhhhhhh ♥
Deletektk nang suka pergi cafe oh. best na juak kuching banyak cafe kacak2. baruk plan mok pergi kuching tahun tk tek before puasa, hahhaha harap dapat la kelak pergi cafe kacak2 di kuching :D
ReplyDeletelamak dah sikjumpa kawan dari sekolah menengah dolok T^T walaupun kinek mostly semua di daerah yg sama susah juak mok temu oh ><
kmk suka peg try coffee sidak senanya kak hehe. mun temu coffee yg best nang kmk akan peg kat cafe ya jak lah selalunya haha. sikdpt lah ktk peg kch gara2 mco tok, sikhal, lain kali masih ada masa gik hehe
Deletebila kita dah besar mcmtok makin ssh mok temu dgn kwn2. sbb smua dah ada tanggungjwb bsar sik kdak dlok, gituuuu hahaha
Hahahhahah banyak gambar makanan ui. Sejak-sejak duduk rumah ni, blogpost resepi pulak yang selalu up kan? Hahahah. Tapi kak Nad nak kena tunggu rajin datang dulu la hehe.
ReplyDeleteyessss! tiba2 post resepi smua naik mendadak HAHAHAHA rakyat malaysia jadi makin rajin nak masak time gara2 mco ni hahaha
DeleteThis is very random but I love all the pictures in this post.
ReplyDeletethank you kak farahhhhhhh ♥♥
Deletenice pictures you have here.. cantik2 =)
ReplyDeleterindula nak keluar rumah makan2.. tapi rasanya lepas MCO pun
masih banyak cafes yang ambil masa nak beroperasi kan..
thank youuu ♥
Deletehaah rindu gila nak peg makan kat luar :') maybe jugak. tapi skrg ni byk gak cafe yg masih beroperasi, tapi diorang buat delivery je hehe
haiii hehe maksehh!! aok gmbar makanan slalunya kacak hahaha lol
ReplyDeleteWe have same routine. Hehe. Aril ade post baru. Jom singgah
ReplyDeletegirl, you and me both the same when it comes to Costa especially bila menatang tu dekat dengan rumah.
ReplyDeleteDalam phone penuh gambar costa coffee even kalau balik kampung, while the others singgah R&R beli Starbucks (my siblings tu orang have have), I'll stick to my Costa at the same R&R haha
Oh my, I know how you feel about going back and forth to visit your dad at the hospital because I was in that situation too. Hope he's feeling better now.
Some people might think that chilling at a cafe alone is normal and small matter but for an introvert like me, it's a huge deal! I get anxious especially when I don't know how to drive so my brother always drop me off and such, I always overthink that what if he forgot to pick me up? Am I supposed to be a statue here for another hour? bla bla bla I think I blog about it here (http://ohtqalondon.blogspot.com/2019/08/cafe-tiny-temptress-bangsar.html) just I didn't mention about how nervous I am that the waiter even offer to turn off the a/c because I look so uncomfortable in my seat he thought I was freezing haha
eeee same kakkkk! lebih prefer lagi costa coffee!
Deletehe is feeling better now kak tqa, alhamdulilah. nasib baik sempat balik sblum kes covid 19 teruk.
yasss kakk. sumpah anxious gila kalau duduk dkat cafe sorang2 :'( lagi2 kalau kita sorang je yg xde kwn kat cafe tu hahaha terpksa lah buat2 busy je HAHAHA. i'm gonna read that post now! hehe
Nice picture and nice blog...cikguzim follow here..salam ramadhan
ReplyDeleteHaaaa rindu moment tak pakai mask!!!! hahahahhaha
ReplyDelete